Merhaba Turki Part 5.1! Shopping batu permata dan manisnya Love Valley di Cappadoccia

Sunday 4 December 2022

Part 4.2

Part 4.3

Part 5.0

Assalamualaikum dan hai semua! Dari hotel, kami menaiki bas ke Hanem Art Centre. Macam biasalah, kalau ikut tour guide Turki memang akan dibawa ke tempat shopping macam ni. Kalau aku travel sendiri memang tidaklah aku nak ke sini sebab aku bukan jenis yang pergi travel je shopping. Satu sebab tak minat, kedua sebab tak kaya. Haha


Ada staf berbangsa Indonesia yang attend kitorang. 

Aku dah lupa nama staf tu. Orangnya masih muda, buat part time sambil belajar. Dia memang ditugaskan untuk attend tourist dari Indonesia dan Malaysia. Dia asal dari Riau, jadi slang dia mirip bahasa Melayu negara kita. Ala, macam watak-watak filem 'Laskar Pelangi'. Cakap Turki pun fasih. Berabuk dengar dia cakap Turki dengan staf lain kat situ. 




Perhiasan yang dijual kat sini memang cantik, tapi aku rasa macam membazir je. Pendapat aku lah, pendapat korang aku tak tahu. Aku suka je pakai perhiasan, tapi bagi aku better beli emas, sesak-sesak boleh jual balik. Kalau nak pakai perhiasan ala gemstone ni pulak, yang palsu pun dah cukup bagi aku sebab orang bukan tahu pun.

Ada juga ahli group yang membeli. Aku cuci mata je sambil menghirup teh epal yang dihidang percuma. Harga cam biasa in USD, so bila tukar ke MYR beratus jugak. Biasalah, gemstone kan. Lainlah kalau dia kutip batu tepi jalan buat batu cincin.



Once dah settle semuanya, kami gerak ke Love Valley pula. Agaknya dari sini datangnya inspirasi penulis novel Manisnya Cinta di Cappadocia

Singgah sini dulu. Aku lupa apa nama tempatnya. Ada perkhidmatan naik unta kalau ada yang berminat nak feeling kembara di tanah gersang.


Matahari memancor weh. Panas lit lit

Uchisar Castle tak silap aku. Maafkan kalau silap. Ozgur dah entah ke mana. Ahli group buat hal sendiri ambil gambar


Tadaaaaa!!! Inilah dia Love Valley.

Bentuk muka bumi Cappadocia ni memanglah tersangat cantik dan unik tau. Tapi...aku pernah baca yang Love Valley ni dapat nama dia sebab ada beberapa formasi bantuan di sini yang berbentuk seperti anu orang lelaki. Ops..nakal doh! Aku takde gambar close up pulak. Ada jugak kata sebab kat sini selalu jadi top spot untuk lamaran perkahwinan. Hence, dapatlah nama lembah chenta gituuu..

Attraction macam Love Valley dan Uchisar Castle keduanya masuk percuma. Pengunjung boleh hiking dan explore dalam area tu. Kalau datang Cappadocia tanpa agen memang kena sewa kereta atau ambil pemandu peribadi sebab takde public transport macam bas atau Grab. Teksi ada jugak, tapi bukan macam yang kita boleh tahan dengan mudah macam di KL.

Yang tak bestnya bila datang dengan agen, masa agak terhad. Nak pergi jauh-jauh karang takut kena tinggal. So stay jelah dengan group. Ni kalau aku datang sendiri ni memang sampai ke tengah-tengah tu aku ambil gambar tau.

Jadilah buat raso-raso

Kesimpulannya kalau datang ke Cappadocia, bawaklah orang yang pandai posing dan pandai ambil gambar, bukan macam aku. 

OKlah nanti sambung lagi ye, aku nak gi tengok bola. Thanks for reading!

39 comments

  1. Haha kt KL mmgla senang nk tahan teksi tp nk tawa menawar tu yg berjanggut nk settle..

    Ps. Mn gmbr formasi anu lelaki tuhh.. ammvoiii ciksal yv kecil tp ringan tuuuhh nakal erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuma share apa yang saya baca Wak. Tu pun saya baru tahu masa nak tulis entry

      Delete
  2. Cantiknya Love Valley tu... subhanallah... sal x naik unta ke? hihihi... jewellery tu kalau collector mmg berbaloi... kalau sy beli 1 je lah kot... tu pun kalau harga berpatutan... utk kenangan dh sampai di turki... bkn tiap bulan boleh ke sana kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah masalahnya saya tak tau harga yang berpatutan macamana sebab bukan collector. tak naik unta sebab takde ahli group yang naik. kang takut kena kidnap. haha

      Delete
  3. Subhanallah, cantiknya Love Valley!

    Warga emas sukalah kot shopping perhiasan gemstones. Emas dieorang dah berlambak lolz

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan, yang mana duit banyak tak tau nak buat apa bolehlah beli

      Delete
  4. Cantik kawasan dia.. Tapi bila dengan group macam ini memang tak boleh sesuka hati.. Ada rezeki lebih, bolehlah ke sini lagi Sal.. Masa tu boleh bergambar sampai ke tengah.. hehehe.. Cantik-cantik gemstone dia tapi setakat memandang jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki lebih nak honeymoon kat sini. wah..besar kan cita-cita? hahaha

      Delete
    2. Aamiin.. Aamiin.. Semoga Allah permudahkan impian Sal..

      Delete
  5. ni jenis bukit berpasir atau berbatu?

    ReplyDelete
  6. mengagumkan pandangan love valley

    ReplyDelete
  7. Mungkin formasi batu-batuan yang membuatkan nama jadi love valley kut. Tapi memang unik lah love valley tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang cintan cantun propose kat tempat ni katanya

      Delete
  8. Tempat-tempat shopping tu ahkak tak kaya pun suka je pergi sebab apa....cuci mata je apa lagi batu-batuan yang cantik-cantik. Ala tak shopping tak apa yang penting cuci mata je. Kasi bersih anak mata yang berabuk.....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, cuci mata je. cuma bagi saya masa yang ada tu baik gi tempat lain. duduk lama-lama tapi tak beli apa-apa, rimas jugak

      Delete
  9. Turki banyak attraction dia jauh-jauh. Kalau kena tinggal bas huwaa...... mana nak tahan grab balik hotel. Sadis beb kalau kena tinggal bas. Bukan sonang tahan bas pelancong orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish..mintak jauh lah. tapi kalau ikut agen, dia kenalah tunggu. Unless kita memang kronik sangat lambatnya. tu memang mitak kena maki. huhu

      Delete
  10. yg part perhiasan tu, masa memula datang HongKong, follow tour guide, wajib singgah tempat amethyst... dah le tak pernah2 nak kenal batu jade ke apa jadah. Kita follow je la kan tp mmg tak membeli pun, Sekadar tengok tengok je la mampu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau nak membeli pun kena ada ilmu. Kang kita je perasan batu kita beli tu cantik dan bernilai, padahal kena ketuk dengan seller.

      Delete
  11. Canteknya.. Semua permandangan cantek2.. Elok je ibu tgk Sal bergambar.. Comel jer.. Hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Biasalah tengok gambar orang lain banyak yang lagi cantik. Maybe sebab kamera atau handphone mahal

      Delete
  12. Ok apa Sal pandai bergambar.
    Rupa memang macam di tengah padang pasir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca pun macam di padang pasir jugak. Plan asal nak pakai skirt, kalau tak gambar lagi cantik sebenarnya

      Delete
  13. Boleh ambik gambar fefeeling gitteww kat love tuu. Hehe

    ReplyDelete
  14. Seronoknya... Moga suatu hari nanti saya sampai di sana.

    ReplyDelete
  15. subhanallah...cantiks nya...seronok bergambar ni
    nanti sal jengah blog MA jab yer... :-)
    https://mummyayu.blogspot.com/2022/12/a-little-surprise-for-my-reader.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Ada apa tu? Ok, nanti saya singgah ye

      Delete
  16. paling murah berapa lira batu permata kat situ? boleh dpt 1000 lira tak? hehehe

    ReplyDelete
  17. naik unta pun ok, background view dah sesuai...

    ReplyDelete
  18. MasyaAllah cantik Love Valley. Memang takde nama Turki ya? Kurang syok nama omputih.

    Akak pun selalu pasrah je gambar tak lawa, pasal tak pandai posing 😅

    ReplyDelete
  19. riau tu mcm bahasa ustaz abdul somad tu lah..senang je kita nak faham..takdelah pekat sangat indo nye tu

    ReplyDelete
  20. Hi Kal Sal. Lama saya tak datang sini. Tiba-tiba datang, tengok ada post pasal Turki <3

    ReplyDelete
  21. Cantiknyaaa...nak pergi lagi tak? jom bawak akak...akak leh ajar posing..hahahahaha

    ReplyDelete
  22. uishhh kita nampak Turqoise! Susah nak dapat yang natural gitu dan mahal harganya..nampak cincin tourmaline jugakkk..hahahha kalo kita ke sana agaknya da gila tengok 🤣

    ReplyDelete
  23. turki ni byk tempat best kalau untick tempat shopping. haha, memang kena sewa kereta. tak nampak batu mcm anu pun. nina teringin nk naik unta.

    student indonesia ni merata negara ada. lps tu ramai dh kawen dgn jejaka turki

    ReplyDelete
  24. pandai dh sal selfie bila ke turki ni

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah