Thursday, 20 February 2020

Rindu Pada Mu

Rindu Pada Mu - Yasin

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu

Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Adu'llar Rahmani
Arju An La Tinsani
Fi Kulli
Awqati
Nafsi Wa Fuadi
Laka Ya Maliki

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu





Siapa pernah dengar lagu ni? Lagu ni antara lagu Yasin yang aku suka selain dari Mimpi Laila, Salsabila, Kerana Dia dan Alhamdulillah (duet dengan Too Phat). Lagu ni mungkin kurang popular tapi aku suka sebab suara Yasin sedap dan lirik lagu ni penuh makna. Tentang seorang hamba Allah yang mengharap kasih sayang dari-Nya walaupun sedar diri tu banyak dosa.

Nanti korang dengar lah ya, pastu share pendapat dengan aku. Thanks for reading!


Status : Dah putus asa mengharap cinta manusia

Sunday, 9 February 2020

In The Mood For Light - Hong Kong throwback

Assalamualaikum. Sedang aku clear draft blog post, aku terperasan satu entry yang dah hampir 2 tahun tergantung. Tengok gambar-gambar yang aku dah upload tanpa text, teringat pulak masa bercuti kat sana. Negara yang satu masa dahulu menjadi tumpuan pelancong, kini agak 'ditakuti' kerana sering berlaku demonstrasi dan protes. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman Coronavirus. Sampaikan taman-taman tema utama mereka terpaksa ditutup sementara.

Yup, aku bercakap tentang Hong Kong. Suasana HK bagi aku agak sama dengan KL. Ramai pekerja asing, orang sentiasa berpusu-pusu dan sedang membangun dengan pantas. Tapi, tiap-tiap tempat ada keistimewaan dia sendiri. Aku harap keadaan kembali pulih so that korang pun boleh gi sana dan merasa betapa majuya HK ni, tapi still ada elemen ol skool.

HK terkenal dengan 'cahaya'. Memang cantik sangat di waktu malam

Tak lengkap rasanya datang HK kalau tak tengok Symphony of Light. Masa aku dengan Anies kat sana, kitorang bergegas supaya dapat sampai Tsim Sha Tsui Promenade sebelum pukul 8 . Manusia memang ramai so always be aware of your belongings. Kalau tak cukup tinggi macam aku pandai-pandailah cari port, kalau tak nampak kepala je.

SOL ni adalah light show yang diiringi muzik. Ada voice over jugak tapi dalam bahasa kantonis. Memang mata tak tau nak tengok mana. Jap bangunan ni yang kelip. Tetiba tukar plak.



SOL ni percuma dan diadakan setiap malam pada pukul 8. Provided cuaca cantik. Kalau ribut ke hujan ke tak dapek la.



Ambil gambar ni lepas habis show. Cover gigi sebab rongak. Haha

Lupa share, another interesting stuff aku discover kat HK adalah ia mempunyai underwater tunnel untuk MTR. So dari HK Island ke Tsim Sha Tsui kitorang merasa la lalu dalam tunnel. Gelap je tak nampak apa. Cuma kagum, at the same time takut sebab lalu terowong dalam laut kan. Malaysia belum ada lagi teknologi ni. HK macam Singapore. Kecik tapi maju. 

Tips: Orang HK agak sensitif bab politik. Elakkan mention negara China bila berada di sana. Aku pun tak berapa faham konflik politik diorang so tak nak la cakap apa-apa kang tersalah info kena tangkap pulak. Sis takowdd.

Tu jelah nak share. Aku syukur diberi peluang travel macam ni kalau tak aku ingat semua negara China sama je. Haha. Trip HK-Shenzhen-HK ni kami akhiri ke satu lagi 'negara China' iaitu Macao. Macao ni lagi rare. Insha Allah ada kelapangan aku story. Buat masa ni korang hold lah dulu plan travel ke China dan Hong Kong ye. Semoga wabak Coronavirus dapat dibendung. Sabarlah rakan-rakan travel ku.

Thanks for reading!

Nota kaki : Marah dengan China sebab apa yang mereka buat pada etnik Uighur, bukan tiket untuk cakap 'padan muka' atas musibah yang menimpa. Just my two cents.

Saturday, 8 February 2020

Unboxing hadiah top komentator blog Shikin Razali

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Al-kisahnya.suatu petang bila aku balik dari kerja, mak aku kata aku dapat parcel. Tanjat jugak i olls sebab takde beli barang online. Kalau beli pun selalunya pos kat office. Rupa-rupanya ia merupakan hadiah dari pemilik blog Jurnal Shikin Razali. Baru aku teringat yang aku pernah terpilih sebagai pemenang top commentator blog Shikin ni tahun lepas. Aku ingatkan hadiah tak sampai sebab aku tersalah bagi alamat ataupun time posmen datang takde orang kat rumah. Rupanya memang dah tertulis tu rezeki aku. Oh yeah!


Oh my Gucci! Besar betul hadiah Shikin bagi. Terharunya, memang nampak aku dihargai sebagai pengomen tegar. Tereasa kerdil diri ini yang jarang-jarang bagi hadiah kat follower setia aku.

Shikin ni seorang pembantu pustakawan, at the same time membuat  rawatan urut buang angin untuk wanita jugak. Ha, yang mana selalu angin satu badan ( termasuk yang menulis ni) boleh try dapatkan rawatan dari Shikin.

Jom tengok Shikin bagi apa ye..


Yang besar tu adalah board photo hardwood ni. Tak tau lagi nak letak mana. Cadangnya kat rumah baru nanti. Eh..

Sticker, bookmark dan budget planner

 Semangat nak saving ada budget planner ni. Dapat small cosmetic bag sekali. Pink pulak tu, my favourite colour! 

 Calendar dan planner. Belum sempat nak isi. Harap calendar tu dapat rumah baru which is office baru. Doakan ye.

Nice jugak planner dia. Sayang pulak nak conteng. Pun belum sempat isi

Akhirul kalam, nak ucap thanks sekali lagi kat Shikin sebab bagi kiter hadiah banyak-banyak ni. Serius tak sangka. Terima kasih dear. Semoga awak dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup yang tenang dunia akhirat. Korang yang nak berkawan dengan Shikin boleh usha Jurnal Shikin Razali.

Terima kasih sudi membaca! See you next time gais!

Saturday, 1 February 2020

Berakhir sudah Januari

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Allahu, Januari terasa begitu lambat berlalu. Mungkin sebab bulan lepas aku demam sampai 2 kali. Ni pun baru nak baik. Atau mungkin jugak sebab bulan ni macam-macam bencana yang jadi. Virus Wuhan, gempa bumi Turki, gunung berapi Taal di Manila. Risau dan sedih. Pendapat peribadi aku, semoga apa yang jadi dekat China tu mendatangkan keinsafan kepada rakyat dan pemerintah China. Tolonglah jaga kebersihan dan jangan makan pelik-pelik lagi. Pemerintah China pulak janganlah ego dan cakap besar macam dia tu kuasa paling hebat dalam dunia.

Ah malaslah jadi keyboard warrior. Tulis bahasa Melayu bukan bahasa Mandarin yang aku expect diorang nak faham. Haha.

OKlah, meh kita tengok siapa yang jadi penyeri Blog Sal di bulan Februari..sekuntum mawar merah sebuah puisi..Eh, ternyanyi pulak.

Siti Yang Menaip
Blog: http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

Nina Mads
Blog: http://ciksukataip.blogspot.com/

mamapp
Blog : http://www.mamapipie.com/

Wak Lat
Blog: http://tigalalat.blogspot.com/

Azhafizah MN
Blog: http://www.azhafizah.com/

nohas
Blog: https://al-pakri.blogspot.com/

paridah
Blog: http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/

Mrs.A
Blog : https://mrsablogstori.blogspot.com/ 

notie
Blog : http://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/

Jepun Mari
Blog : http://jepunmari2.blogspot.com/

Han Hanni
Blog : https://puapoo.blogspot.com/

ezy.xixii
Blog: http://lemonribena.blogspot.com/

adianiez AIDA
Blog : http://www.adianiez.com

Sha Mohamed
Blog:http://kasihkuamani.blogspot.com/

Mimie
Blog: https://www.mimiazirah.com/


OKlah, macam biasa nak ucap thanks kat sesape yang selalu singgah kat blog aku ni. Tak kisahlah follower, silent reader atau kaki komen, korang semua memang awesome! Thanks a lot, walaupun korang tak sedar, aku memang happy dengan kehadiran korang. Nanti free aku gi jalan-jalan blog korang ye!

Doakan aku dapat berpindah tempat kerja memandangkan company aku kerja sekarang tak tentu lagi masa depannya. Paling penting aku nak sihat. Nak dapatkan berat badan seimbang dan nak ceria balik macam dulu.

Till then, see you next time, lovelies! Thanks for reading and supporting my blog ya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com