Thursday, 25 January 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM - TAMAT

Pengumuman : Giveaway ini telah tamat. Terima kasih kepada yang dah join. Boleh semak senarai pemenang di SINI



******



Assalamualaikum dan hai semua !!! Sempena kepulangan aku dari Pulau Jeju, Korea bersama Cik Siti Yang Menaip, aku nak jemput korang join Giveaway Souvenirs yang kitorang anjurkan. Manalah tau ada rezeki. Sambil-sambil tu boleh kita follow each other dan berkenalan. Gituuu.

Cara join GA ni senang je, korang boleh baca kat bawah ni.Walaupun giveaway bersama, korang tak perlu taruk link penyertaan kat both blog. Hanya letak di entry INI sahaja.

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

SOUVENIRS YANG BAKAL DIBERIKAN :
  1. 3 x Fridge Magnet Pulau Jeju (3 Orang Pemenang)
  2. 5 x Keychain Khas Pulau Jeju (5 Orang Pemenang)
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
  1. Terbuka kepada semua rakan-rakan Bloggers di Malaysia bermula 25 Januari 2018 - 31 Januari 2018.
  2. Follow blog SITIYANGMENAIP & SALBIAHM. Saya TIDAK akan semak satu persatu. Sendiri ukur tahap kejujuran diri anda.
  3. Buat satu entry khas bertajuk 'GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM'.
  4. Letak banner dan backlink kepada entry INI sahaja.
  5. Tinggalkan link entry penyertaan anda pada ruangan komen entry INI sahaja.
  6. Pemilihan pemenang akan dibuat menggunakan khidmat Encik Random. Tunggu sehingga pengumuman para pemenang diumumkan.
MARI JOIN RAMAI-RAMAI. SEMOGA BERJAYA. THANK YOU !!
 

Wednesday, 24 January 2018

I'm back!!

Warning : Ini adalah entry rambling+merapu. Read at your own peril

Assalamualaikum dan hai semua..

Alhamdulillah, home sweet home. Actually hari Isnin aku dah sampai rumah. Semalam sibuk kemas baju, kemas beg, kemas bilik pastu tidur. Tak taulah nape badan rasa letih dan lemau sangat. Maybe sebab period, or maybe sebab beralih cuaca. Bayangkan lebih seminggu terperap dalam suhu tak lebih 9 degrees, balik ke negara beriklim khatulistiwa. Tetibe semalam hidung dah start meleleh. Nice! Hari ni aku kerja, rasanya tak sanggup amik MC.

So, here I am at work, today so kelam-kabut, bangun lewat and everything. Pastu jalan jam. Pastu check result Atletico Madrid kalah. Dahlah Liverpool pun kalah dan Rafael Nadal tarik diri sebab injured for Australian Open. Luka paling perit adalah Alexis Sanchez pemain yang aku minat sejak dia masih berhingus sampai dah ada six pack pindah ke kelab rival - Manchester United. Tapi aku suka video promo dia. Nampak sexy giler main piano pastu tayang perut boleh basuh baju dia tu. Hahaha. Aish, asal gatal sangat ni!

Tu alasan-alasan kecik je, kemurungan aku pagi ni adalah disebabkan poket tengah kering. Sape suruh ikutkan sangat nafsu travel tu! Tak pernah aku travel sampai berhutang. Tapi bukanlah hutang Along atau Ah-long, tapi hutang my travel partner. Nasib baik dia tak berkira bayarkan duit flight dan expenses aku dulu. So terharu dear, rasa nak nangis. Thanks a lot for understanding how badly I need a break. Ingatlah rakan-rakan, jangan join MLM. Nangis tak berlagu.


Shout out to whoever invented concealer and foundation, coz I would look macam hantu today if it wasn't for them. Sunburn teruk walaupun gi tempat sejuk. Kulit kering dan jerawat naik mencanak. Benci betul tengok muka sendiri. Kalau ada laki mau dia pun nangis sekali. Kah kah.

OK then, I should go, kerja melambak seminggu aku tinggalkan. Bad mood tolong pergi jauh-jauh. Duhai hidung, tolonglah berkerjasama. Duhai hati, aku dah bawak kau jauh ke seberang lautan kau nak menjeruk rasa lagi kenapa? Cukup-cukuplah tu.

Maybe I should just blame it on hormones..Yerp!

Monday, 15 January 2018

Aku, Dia dan Kasut Corak Hati

Aku ada sepasang kasut flat color cream, with heart shaped embellishment besar terletak warna coral pink. Beli dekat Padini. Ramai puji kasut ni comel. Well, bukankah kasut melambangkan personaliti pemakai. Hahaha.

Tapi hari tu masa jalan dengan dia, dia senyum-senyum tengok kasut aku pastu tanya:

"Kenapa letak hati kat kaki, Sal?".

Sejujurnya aku terdiam tak tahu nak jawab apa. Dah memang pattern dia macam tu. Masa aku beli, aku beli sebab aku rasa kasut tu comel dan murah. Tu je.

Last-last aku jawab macam ni:

"Sebab selalunya saya bagi hati saya kat orang, orang pijak-pijak. So, baik saya sendiri letak kat kaki, puas hati".

Tak taulah kenapa aku terlintas nak jawab macam tu. Dia diam. Aku pun diam.

Aku ingatkan dia pun tak kan pijak hati aku macam dia, dia dan dia yang dulu-dulu tu. Tapi entahlah, memang diri ditakdirkan single sampai mati kot. Kalau tak malang, selalunya aku bangang.

Bye KL, bye awak.


Pergi vacation membawa hati yang dipijak orang. See you in a week, guys. Semoga bila aku pulang nanti hati dan semangat semakin pulih. Doakan ye. 

Ah...lantaklah dari fikir pasal dia baik aku enjoy!!!


Tuesday, 9 January 2018

Pitch Perfect 3 - Movie Review

Always give 100%
Except when giving blood, and going through a divorce


Aku menonton filem ni di Paradigm Mall bersama sepupu-sepupu aku, malam sebelum kami pulang ke kampung sempena cuti tahun baru. Plan asal nak tengok Jumanji tapi tiket habis so Pitch Perfect 3 layanlah jugak since aku dah tengok yang first dan second.

Dalam siri ketiga filem muzikal ni, ahli-ahli kumpulan Barden Bellas semuanya telah tamat pengajian dan bekerja kecuali Emily (Hailee Steinfeld). Beca (Anna Kendrick) boleh dikatakan antara yang paling berjaya dan berkerja sebagai produser muzik. Bellas telah menghadiri reunion yang diaturkan oleh Emily dan ahli-ahli Bellas yang baru.

Walaupun dah tamat pengajian dari Barden University, tapi sejujurnya diorang semua ni belum boleh move on terutama Chloe (Brittany Snow) dan Aubrey (Anna Camp). Aubrey mencadangkan mereka mengikuti tour konsert yang diaturkan untuk tentera-tentera US di merata tempat. Beca yang tidak tahan tekanan dan telah berhenti kerja bersetuju untuk mengikut ahli-ahli Bellas yang lain termasuk Fat Amy (Rebel Wilson) menyertai tour tersebut.


Tour tersebut rupanya bukan sahaja disertai anggota Bellas tetapi terdapat juga band lain. Sepanjang tour tersebut Bella menghadapi banyak cabaran. DJ Khaled, seorang DJ terkemuka pula bercadang untuk memilih salah satu dari kumpulan yang menyertai tour tersebut untuk menjadi artis naungannya.

Yang best bagi aku Pitch Perfect 3 ni banding yang dulu-dulu adalah genre muzik yang lebih luas. If 1 dan 2, Bella hanya compete dengan kumpulan acapella tapi yang 3 ni ada band lain yang jauh lebih hebat dan boleh main alat muzik. 'Dunia' Pitch Perfect 3 juga lebih luas dan matang. Kalau dulu hanya di universiti dan golongan rakan sebaya, sequel kali ni The Bellas ke serata Eropah dan berjumpa bermacam jenis manusia.

Dari segi koreografi dan lagu aku rasa lagi best. Lawak pun boleh tahan kelakar. Scene paling aku suka dalam kapal masa dah hujung-hujung cerita.

So..rekemen ke? Highly kalau korang memang follow since first movie dan untuk peminat filem muzikal. Filem yang light dan fun though lawak dia PG13 sikitla.

Pssst...peminat watak Fat Amy confirm teruja dengan sequel kali ni!

Thursday, 4 January 2018

New Year, New Bloglist

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Selamat Tahun Baru 2018. Cmane azam 2017 korang, dah terlaksana belum? Aku doakan tercapailah hendaknya ye. Kalau tak tercapai pun, semoga kita semua dapat istiqamah menjadi insan yang lebih baik. Aku? Still single...still mengharap Liverpool akan menang Premier League dan still tak yakin nak travel solo. Marilah kita berhuhuhu

Macam biasa, jom tukar bloglist, aktiviti wajib setiap kali awal bulan. Tujuan aku letak bloglist bulanan ni adalah sebagai promosi blog diorang kat readers lain sebagai tanda penghargaan sebab tak putus-putus komen kat blog aku. Yang tak ada pun jangan risau, aku akan tetap terjah. Percayalah, kekerapan aku merayap kat blog orang, lagi tinggi dari kekerapan update blog sendiri.

OKlah, meh kita tengok siapa yang terpilih bloglist pertama 2018 ni..

Siti Nurzafirah
Blog: http://www.zafirahkama.com/

dear anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

Muhammad Khairuddin Lim
Blog : http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/

Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

raihanah
Blog : http://vitamin-cerdik.com/

Siti Yang Menaip
Blog: http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

azealeania
Blog :  http://azaleania.blogspot.my/

Zie Azi
Blog : http://jepunmari2.blogspot.com/

Ana Suhana
Blog : http://www.anasuhana.com

Etuza Etuza
Blog : http://madey09.blogspot.my

aryan azra
Blog : http://aryanazra.blogspot.my

nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

I am LZ
Blog : http://ladyinredplanner.blogspot.my/

mamapp
Blog: http://www.mamapipie.com/

Mrs.A
Blog : https://mrsablogstori.blogspot.my


So, selain dari World Cup apa lagi yang dinanti di tahun 2018? As for me, mengharapkan dinaikkan gaji (sape tak nak duit kan?), dapat jadi anak dan muslimah yang lebih baik and who knows...cinta sejati maybe?

Semoga tahun ini kita punya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com