Saturday, 24 June 2017

Salam Aidilfitri 2017

Assalamualaikum dan hai semua. Macamana persiapan hari raya korang? Bohonglah kalau aku cakap aku tak hepi nak sambut raya walaupun Syawal kali ni cuti tak lama. Raya kali ni lain dari tahun lepas sebab both akak dan abang aku spend raya pertama kat sini. Raya ni jugak raya terakhir adik lelaki aku beraya bujang. Tahun depan dah beraya sebagai laki orang. Aku? Masih #TeamRayaSingle.

Walaupun aku kena naik opis seawal raya keempat, tapi aku dah ambil cuti dari 26 Ramadhan (Rabu lepas). Saja, nak rileks. Entah apa nak dibuat cuti 4 hari sebelum raya, macamlah balik kampung. Macam biasa, kami raya KL lagi tahun ni. Family aku memang complicated. Nak explain kenapa tak raya kampung kena cerita panjang lebar, so baik korang layan ketupat rendang dari layan kisah hidup aku. Lagipun, Abah aku still bertugas sebagai amil zakat tahun ni, so macam biasalah amil kan kena bertugas pagi Syawal. The most wanted person tau. Tak ada dia mau kalut satu taman.

Bila cuti awal, aku berpeluanglah gi shopping barang raya awal sikit. Kuih dah buat weekend sebelumnya so just chill beli barang untuk hias rumah dan barang dapur. Usha baju raya sambil tu, last-last beli brooch je. Heaven betul gi supermarket time orang tak ramai. Sampai lupa weekdays parking kena bayar. Buat selamba aku je.

Khamis lepas. Masih lengang. Beli barang dengan senang hati.

Tahun ni aku tak beli baju raya baru sebab takde yang berkenan. Orang dah tak pakai baju kurung ke? Aku jenis klasik sikit, suka baju kurung berbanding jubah, dress atau kurung moden yang fancy. So, macam biasa, baju jarang pakai aku anggap je baju baru. Tak payah membazir. Rupa macam tu jugak, tak lawa-lawa pun. Kah kah.

Ketupat dan lepat pun kitorang dah siap anyam semalam. Hari ni baru nak isi beras/pulut dan rebus. PM tepi kalau mak awak nak menantu yang pandai anyam ketupat. Haha.


So, projek hari ni nak merendang, melondeh, eh melodeh dan sebagainya. Jap lagi kakak aku anak-beranak sampai tak dapatlah nak online. So, nak wish Selamat Hari Raya, mohon maaf segala silap yang nampak mahupun tidak. Tak sabar nak baca cerita raya korang. Hati-hati di jalan raya ye.

Friday, 16 June 2017

Osaka ke Kyoto by Shinkansen - Part 10 - Kansai Trip

Assalamualaikum dan hai semua! Lama kisah Jepun ni terbengkalai. Entry ni sebagai pengubat rindu kaki yang dah gigil nak travel tapi tak berkesempatan. Ye, agak pelik menulis entry travel time Ramadhan ni, tapi ketahuilah aku sangat perlukan vacation tapi mustahil. Sob sob. Nangis sorang-sorang menahan stress.
.
.                                      
.

Hari ke 4 di Kansai, kami nak ke Kyoto plak. Jarak Kyoto dengan Osaka dalam 60 km. Nampak jauh, tapi sebab banyak pilihan public transport antara 2 bandar ni, takde masalah untuk balik hari. Pindah-pindah rumah or hotel ni leceh, so unless korang teringin nak tidur di Kyoto (duit korang, sukati koranglah kan), stay aje di Osaka.

Orang yang paling excited pagi hari ke-4 ni of courselah aku. Sebab nak naik Shinkansen (Bullet Train)!! Shinkansen ni kalau korang dah sampai Jepun, wajib naik tau. Tak kisahlah naik dari mana ke mana, tapi yang penting naik. Memang rugi kalau terlepas, sebab pengalaman yang tak dapat kat negara lain.

Display nama stesen dalam subway aliran Midosuji ke Shin-Osaka. See, takdelah susah sangat train di Jepun. Lagi-lagi tempat yang tourist selalu pergi, senang cari info dalam bahasa Inggeris.

Nak naik Shinkansen, kitorang kena naik dari Shin-Osaka station. So, dari Namba, guna kad Kansai Thru Pass yang sama kitorang guna kat Kobe, stop di Shin-Osaka. Tapi, nak naik Shinkansen tak boleh guna Kansai Thru Pass. Sama ada guna Japan Rail Pass atau beli one-way/return ticket.

Platform untuk naik dan beli tiket Shinkansen ni kat tingkat tiga, so ikut je papan tanda. Sebagai tourist, lebih mudah beli tiket di kaunter berbanding di mesin. Kaunter ada banyak, so tak perlu risau beratur lama. Ada staf yang akan sabar melayan kerenah korang. If nasib baik boleh dapat yang hensem macam Takeshi Kaneshiro. Gituuu..

Semasa beli tiket, pastikan perkara-perkara ni:
1. Tarikh perjalanan
2. Carriage - Ordinary Car or Green Car. Green Car lebih selesa dan luas. Slightly mahal
3. Destinasi
4. Reserved or non-reserved seat. Reserved seat mahal sikit.
5. Return atau one-way

Kami pilih yang paling basic. Ordinary Car dan tak select seat. Dalam hati nervous gak, what if tak dapat duduk? Berdiri dalam lrt tak berapa laju pun kena pegang tiang, dalam bullet train ni kang mau melayang aku. Tapi tawakkal jelah, lagipun masih pagi dan takdelah ramai orang sangat.

Tiket Shinkansen kitorang. 

Atas tiket shinkansen, ada segala info tentang perjalanan. 1,420 tu adalah harga tiket iaitu 1.420 yen. 10.30 adalah tarikh tiket iaitu 30 October manakala waktu shinkansen berlepas ialah 8.33 am (dicop berwarna merah). Yang lain tulisan Jepun tu tak tahulah pulak aku. Hehe. Nak faham lebih lanjut tentang cara baca tiket shinkansen, boleh baca SINI

Kitorang saja pilih yang ada gap dalam 20 minit dari waktu kitorang beli tiket, takut sesat dok cari platform. Sampai je platform tu, terus nak confirmkan dengan sorang staf ni, tetibe dia suruh naik satu shinkansen yang sedang tunggu nak berlepas ke Kyoto. Slightly awal dari waktu sebenar. Rezeki.

Sambil mengawal keterujaan, kitorang pun cari tempat kosong. Alhamdulillah, orang tak ramai. Eventually, train pun bergerak. Walaupun excited, aku controll jugak perangai kampung aku. Hehe. Naik shinkansen aka bullet train ni merupakan antara impian aku sekian lama. Syukur sangat-sangat Allah makbulkan.

Suasana dalam bullet train. Selesa dan ada tempat letak luggage

The best part is, kat dalam bullet train ni, kelajuan tu tak terasa. Walaupun boleh mencecah 285km/h, tapi perjalanan smooth je. Nak tangkap gambar kat luar memang blur. Aku pun malas fikir, so just duduk dan menikmati pengalaman pendek berdurasi 15 minit. Yup, hanya 15 minit dari Osaka ke Kyoto.

Dah sampai stesen Kyoto, kami pun turun. Shinkansen kami naik tadi pun meneruskan perjalanan sampai ke Nagoya dan seterusnya Tokyo. Bacaan lanjut di SINI. Terdapat juga bullet train dari Osaka ke kawasan Kobe, Hiroshima sampai ke Fukoaka. Yang tu boleh baca SINI

Dah sampai Kyoto baru amik gambar. Agak susah nak ambil gambar berlatarbelakangkan shinkansen. Malu nak tepek muka sendiri, tapi macam nilah keadaan di stesen Kyoto.


Aish, bijak pulak aku amik gambar yang tulisan Jepun. 

Dah sampai Kyoto, marilah kita ke destinasi pertama iaitu Kinkakuji atau Golden Pavilion. Kalau ikut google map atau tripadvisor ada macam-macam cara nak sampai ke Kinkakuji ni. Tapi sebab kita ni traveler biasa-biasa je, kita ikutlah cara yang mainstream iaitu naik bas di Kyoto Bus Station.

Once dah turun dari Shinkansen, nak ke mana kita? Kyoto Station ni boleh tahan besar macam Osaka Station jugak. Stesen Shinkansen terletak di bahagian selatan (Hachijo), manakala Kyoto Bus Station dan Kyoto Tower terletak di bahagian utara (Karasuma). Ada ISETAN (bukan Setan), Porto Dining dan stesen JR di antaranya. Tabahla menapak. Ikut saja papan tanda atau tanya orang.

Bila dah sampai stesen bas, nak buat apa? Kat mana nak beli tiket? Betul ke orang Jepun beratur nak naik bas? Ke tu semua propa je? Nak tau tunggu sambungan entry ye.

Thanks for reading and for commenting. Love you all!

Part 9

Sunday, 11 June 2017

Volunteer with Carefugees - Feed a Family

Segalanya bermula dengan satu wasap dari rakan blogger, Cik Huda mengajak aku join jadi volunteer untuk Carefugees.  Carefugees adalah sebuah persatuan yang membantu pelarian-pelarian di Malaysia, terutamanya di kawasan Lembah Klang. Program yang kami sertai ini adalah program 'Feed a Family' yang dilaksanakan sebelum Ramadhan menjelang. For more info, you guys can visit Carefugee's Facebook

Kelakar jugak mula-mula nak join ni, entah cmane aku dan Huda ditugaskan di post berasingan, lepas tu kena pulak dari pukul 9 sampai 5. Dahlah segalanya berurusan melalui email. Jenuh aku ngan Huda dok klik sini sana nak request bertugas setengah hari je.

Hari kejadian, since event tu dekat giler ngan rumah aku, aku mintak Huda amik. Tapi aku takut Huda sesat, aku ajak jumpa kat Ampang Naan's Corner untuk breakfast. Gedak-gedik 9.30 baru gerak gi carpark Spektrum Ampang, tempat aktiviti volunteering akan diadakan. Mentang-mentang dekat.

Sampai-sampai tengok volunteers dah start packing makanan macam minyak masak, susu, beras, bawang dan kentang. Tapi kitorang ditugaskan untuk load makanan dah pack tu ke dalam troli dan handover ke arah volunteer yang akan unload ke dalam kereta/van. Ada volunteer lain yang akan drive bawak makanan-makanan tu untuk refugees. Aku bab driving ni surrender lah, kang sesat aku plak yang nampak cam pelarian di negara sendiri. Kah kah, so kita buat ground works jelah.

Kena make sure dalam setiap troli tu cukup 5 item. Ada group lain yang tolong pack. Kitorang just ambil dan isi.

Gambar dari jauh, segan pulak nak gi dekat-dekat ambil. Refugees sedang beratur di belakang garisan merah untuk mendapatkan kupon makanan

 Kami si pengisi troli. Credit gambar : Huda

Dah ambil kupon, mereka akan beratur di sini. Tengok, ada  volunteer yang memantau mereka supaya tak keliru. Ramai tak reti cakap bahasa Inggeris mahupun Melayu.

Beratur ikut kawasan tempat kediaman, supaya senang volunteer driver nak hantar diorang balik nanti

Kereta sampai je, loading makanan dalam troli tu ke dalam kereta. Isi balik troli kosong tu untuk penerima bantuan seterusnya

Bagi aku pengalaman ni memang menarik. Ni kali pertama join volunteer yang untuk refugees. Kesian jugak tengok diorang ni, yelah terbuang dari negara sendiri. Ada yang dari Rohingya, Palestin dan Syria.

Volunteer Carefugees ni ramai je yang non-Malaysian. Ada Philipines dan Arab jugak. Mat Arab hensem ramai, menaikkan semangat kakak. Haha..jangan kecam please. Aku ini wanita biasa, bak kata Kris Dayanti.

Pilihlah yang mana satu..haha.

Memang cool je diorang ni, and they are so rajin OK. Kita selalu ingat bebudak Arab yang duduk Malaysia ni kerek n bergaul sesama diorang je, tapi hakikatnya sangat friendly dan ringan tulang.


Harap lepas ni dapat lebih kerap join diorang dan team volunteer lain. Dapat kawan baru, pengalaman baru, pada masa yang sama kita akan belajar bersyukur. Kitorang balik dalam pukul satu macam tu lepas volunteer sesi petang makin ramai datang.

Korang kalau nak ajak join volunteer, roger lah aku or Huda..Till then, thanks for reading!

p/s: Sekadar berkongsi, harap tak disalah sangka sebagai menunjuk. Moga Allah redha.



Al-fatihah untuk arwah Shea Rasol, one of my favourite blogger. Suka tengok gaya dan betapa humblenya dia. Such an inspiration. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.

Saturday, 3 June 2017

Jejari Jun

Assalamualaikum semua! Dok buat apa tu? First of all, macam biasa, sebagai blogger cliche perasan famous, mestilah nak tanya korang rindu aku tak? Hahaha. Ah..poyolah semua ini.

Macam biasa, masuk bulan baru ni apa lagi aktiviti aku selain mengupdate bloglist sebagai penghargaan top komentator bulan lepas. Cari nama korang, ada tak?

Jari Manis
Blog :  http://jarimanistravel.blogspot.com

dear anis
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

Scdha Sein (SS)
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

aRz MoHa
Blog : http://www.arzmoha.com

Nour Adieb
Blog: https://nourayuadieb.blogspot.my/

Siti Nurzafirah
Blog : http://miamorzafirah.blogspot.my

raihanah
Blog : http://vitamin-cerdik.com/

Muhammad Khairuddin Lim
Blog : http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/

Hainom Okje
Blog : http://hainomokje.blogspot.com/

Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

Zie Azi
Blog : http://jepunmari2.blogspot.com/

I am LZ
Blog : http://ladyinredplanner.blogspot.my/

Fadzi Razak
Blog : http://www.fadzirazak.com

LYAfrina
Blog : http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.my/

Ana Fatihah
Blog : http://solehahgirlz.blogspot.my

Kak Jari Manis memang legend. Jarang datang komen, tapi sekali dia datang memang bawak bom. Nak dekat 5 pages komen dia sorang je. Allahu terharunya aku. Aku dah lama tak jejak blog dia. Thanks a lot kak JM! Entry lama-lama pun dia komen tau.





OKlah, macam biasa nak ucap thanks kat sesape yang selalu singgah kat blog aku ni. Tak kisahlah follower, silent reader atau kaki komen, korang semua memang awesome! Thanks a lot, walaupun korang tak sedar, aku memang happy dengan kehadiran korang.

Selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com