Pejam celik, pejam celik, know know je dah World Cup Qatar 2022 akan sampai ke penghujung. Berbaloi tunggu sampai bulan November. Kebiasaannya kejohanan Piala Dunia dilangsungkan pada musim panas iaitu bulan Jun/Julai, tapi disebabkan cuaca Qatar yang terlampau panas dari bulan Mei hingga September menyebabkan ia terpaksa ditunda. Panas negara padang pasir mana sama dengan panas di negara 4 musim. Jap lagi semua player kena heatstroke, payah pulak FIFA nak menjawab.
Argentina vs Perancis, jujur aku tak tau nak pilih mana. Argentina ada Lionel Messi, Greatest of All Time (G.O.A.T, bukan kambing ya). Aku memang fan Messi berbanding Ronaldo, bukan kerana Ronaldo pernah main untuk Man United tau. Messi adalah pemain yang mampu dribble bola secara solo separuh padang walaupun diasak pemain lawan, boleh create chances, tak selfish dan clinical di depan gol samada free play atau set piece. Kecik-kecik cili padi gitu.
Aku bukanlah die hard fan Argentina, tapi aku teringin tengok Argentina menang sebab Messi. Cuma Argentina selalu tak consistent dan pemain-pemain negara Amerika Selatan kalau terjatuh sikit, gulingnya lama. Drama lebih tau. Kadang-kadang menyampah jugak.
On the other side, aku suka jugak team France sebab diorang main laju dan ada player yang aku minat dari zaman diorang main untuk Atletico Madrid iaitu Lucas Hernandez dan Antoine Griezzmann. France memang perform World Cup kali ni dan tengah top of their game. Ibarat zaman kegemilangan Spain national team circa 2008-2012 gitu. Oh ya, pemain Liverpool pun ada juga iaitu Ibrahima Kounate. So..kena sokong France ke macamana?
Aku meramalkan game yang open-play dan banyak peluang menjaringkan gol. Segalanya bergantung kepada Martinez (keeper Argentina) dan Lloris (keeper France). Ramalan aku je lah. World Cup kali ni tak banyak sangat aku tengok. Layan highlight je so tak reti nak ulas lebih.
OK lah, selamat menonton semua!
p/s: Menaip entry dalam LRT on the way balik rumah. Busy betul sis. Huhu
x sokong mn2 sbb 2x team seimbang. mgkn smpi pen shoot out. kalu perancis mng dia repeat sejarah 60 thn brazil mng wc back to back.
ReplyDeleteHarap tak sampai pen shoot out sebab Isnin keje. hehe
Deletelek arr game awal kot bkn kol 3😁
Deletenasib baik work from home
Deletengelat! ;-)
Deletebtw betul tak ramal ahli nujum pak belalang? smpi pen shoot out... ehem... sotong paul hidup balik tgk ramalanku benar belaka
DeleteItaly.. eh, Italy tak masuk. Pilih france la
ReplyDeleteHaha. Kalau ada Itali mesti lagi best. Euro nanti harap Itali buat comeback
DeleteIbu rasa nak pilih Argentina.. Tp ayah Aqil cakap France juara bertahan.. Hihihi Apapun Morocco tetap pilihan hati budak Aqil Naim.. Jaga diri Sal.. Hati2 ye.. ;)
ReplyDeletePilihan hati Aqil kalah sudah. Boleh fokus final pulak
DeleteTeam pilihan Aqil & Ayahnya menang.. Ibu pun tiba2 jadi penyokong Argentina.. Hihihi
DeleteAqil pilih team yang tepat dan selayaknya menang
DeleteArgentina sebab messi. Last wc game tu
ReplyDeleteRamai orang happy bukan sebab Argentina sangat, tapi sebab Messi
DeleteLebih pada Argentina. Entah apa-apa boleh berlaku. Perancis nampak kuat juga.
ReplyDeletePerancis simpan player bagus kat bench. 80 minit pertama hilang dari radar
Deletetak sabar nak tau siapa yg menang esok. Walaupun saya langsung tak tengok, tapi tau perkembangan kat twitter je xD
ReplyDeleteSaya pun harap Argentina menang sebab ada Messi. Suka tengok Messi main.
ReplyDeletebtol kan wak ckp Messi dgn Mbappe akan masuk final.. dan France akan jd juara lg.. hehe mana rm5? 😅 😅
ReplyDeletekurang tepat tekaan Wak tu. tak boleh la nak bagi 5hengget
Deletehahaha kita tikam2 jeerr 😅😅
Deletesaya pilih yang menang...tak kisah negara mana sebab Malaysia belum sampai final world cup lagi hehehe
ReplyDeletekiter try AFF Cup dulu ye
DeleteSA pilih Argentina....
ReplyDeletesama je ngan ayat Ian..dia nak Argentina menang sbb final game Messi.. bukan main melompat dia pagi tadi....terjebak sama Kak Ayu layan sampai kul 2 pagi...tak pasal2 la kan
ReplyDeleteitulah..lambat nau habis gamenya. nasib baik menang. berbaloi lah, Messi banyak kali frust dari 2006 lagi
DeleteYeh Argentina menang. Tak tenguk sebab tidur awal. Tau result besok je. hehehehe aci dak
ReplyDeleteTakpe, boleh tengok highlight. Selamat tak tengok, kalau tak nyaris sakit jantung
Deletekiranya Messi ni ada daya kepimpinan yg lebih,
ReplyDeleteTak sokong mana-mana sebab tak ikuti sangat perkembangan pemain bola sepaknya.
ReplyDeletetahniah argentina, byk unexpected tahun ni kan
ReplyDeleteeh kita sama, suka dedua team menang...ye teringin nak tengok Messi menang, tapi suka juga Mbappe dalam France tu..akhirnya dedua menang...haha
ReplyDeleteFrance boleh tahan juga, kalau tak ada drama atas padang memang tak sah
ReplyDelete