Monday, 30 March 2020

Doa Yang Ditolak?

Asalamualaikum dan apa khabar semua? Rindu nak menulis. Macamana kalian mengharungi PKP?Aku masih perlu ke office 2 kali seminggu. Lagi 3 hari work from home. Kerja essential service kan. Itupun aku bersyukur. Kerana gaji masih berjalan seperti biasa. Tengoklah sejauh mana company aku boleh bertahan. Kerja sahajalah selagi tak dibuang. Pakar ekonomi meramalkan recession kerana Covid19. Agak sukar mencari kerja dalam keadaan ekonomi tak menentu jadi tak digalakkan untuk berhenti kerja waktu macam ni.

Syukur aku tak ikut kata hati dan berhenti sebelum dapat kerja baru. Aku mungkin kurang rasional tapi aku ni mata duitan. Hahaha. Takde keje takde duit lah kan. Takde duit cmane nak makan dan travel. Aku tak reti meniaga, masak tak pandai, bakat luar biasa pun takde, jadi memang tak mampu nak buat freelance.

Bila difikirkan balik, ada hikmah aku tak dapat kerja baru seperti yang dirancang dari tahun lepas. Aku memang beria apply sana-sini dan kebanyakan yang aku apply, semuanya di luar KL. Bukan aku nak menjauh dari famili, tapi aku dah jemu hidup kat KL. Aku nak buka buku baru dan belajar berdikari. Ada hikmah rupanya Allah tolak doa aku. Bayangkan tercampak sorang-sorang di negeri asing sepanjang PKP ni. Syukur mengharungi PKP ni bersama Mak, Abah dan adik bongsu. Takdelah sunyi dan dapat juga berbakti.

Gambar random : Aku craving sate!

Penting sebenarnya bila kita berdoa untuk dapatkan sesuatu, kena tambah "Kalau itu yang terbaik buat aku". Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mungkin doaku sebenarnya bukan ditolak, tapi Allah nak gantikan dengan yang lebih baik.

Massive respect untuk rakyat Malaysia yang mematuhi PKP terutama golongan yang bekerja sendiri. Ramai terpaksa ikat perut kerana tak boleh keluar mencari rezeki. Yang makan gaji pula ramai berdepan risiko gaji dipotong kerana syarikat nak cover balik business yang tersengguk-sengguk. Survival adalah isu utama waktu ini. Untuk memastikan perut diisi, pada masa yang sama kena jaga diri dari dijangkiti Covid19.

Begitupun, kelakar jugak tengok ramai dok bertikam lidah kat internet. Netizen ngan artis lah. T20 vs B40 lah. Dari dok gaduh tu kan , baik fikir cara nak stabilkan kewangan balik. Kita semua terjejas, tak kisahlah kaya macam mana pun. Tokei kapal terbang pun menung, apatah lagi Mak cik Kiah jual goreng pisang. Kalau nak minta bantuan, guna saluran yang betul. Memekak kat socmed bukan kerajaan ada masa nak layan. Silap-silap lagi keruhkan keadaan. Pastu kena kecam. Maleh aku.

Waktu-waktu macam ni elok muhasabah diri. Lepas ni kena rajin menyimpan dan lebihkan sedekah. Flex sana-sini pun tak guna dik. Handbag mahal bukan boleh makan. Biarlah ukur baju di badan sendiri. Ingat, susah-susah kita, ramai yang lagi susah.

Jaga diri ye semua. Stay safe. Stay at home. Semoga wabak Covid19 ni akan hilang terus dari muka bumi.

Nota kaki : Aku rindu nak tengok bola.

Tuesday, 10 March 2020

Wanita vs Wanita

Ada wanita yang tabah. Namun ada juga yang goyah. Mungkin sebab tu ada yang mendabik dada.

"Hei, tengok aku ni. Dah jatuh teruk pun boleh bangun balik! Kau jangan lembik sangat!"

Mungkin niat tu baik. Ingin mengembalikan semangat rakan. Cuma itulah, seolah mengangkat diri sendiri pulak. Sedarlah, kekuatan kau tu pun Allah yang pinjamkan.

Ada wanita tak pernah buat silap besar. Jalan hidupnya diatur cantik oleh Tuhan. Syukur. Namun itu bukan tiket untuk mengutuk wanita yang pernah buat salah.

"Kau tu bodoh! Kalau aku, takdelah aku nak ....(sambung dengan cerita rekaan anda sendiri)".

Syukurlah andai diri dipelihara Allah. Namun ramai juga wanita yang salah langkah. Bantu mereka bangkit, bukan buang dan pulaukan.

Kerana di penghujung hari, wanita semua sama. Ketawa untuk sembunyikan air mata. Menangis sendiri bila tak ada yang memerhati.

Selamat Hari Wanita. Post yang terlambat sebab biasalah perempuan kan lambat bersiap. Haha

-Bukan wanita pendendam, aku hanya wanita yang tersakiti-

Monday, 9 March 2020

Chao Da Lat - Part 3 - Plaza Hotel, Restoran Kampong Pandan & Night Market

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita Da Lat. Lepas settle di Datanla Waterfall, kitorang request untuk balik ke hotel. Hotel yang kami duduk ni agensi yang booking. Book 2 bilik. Mak ayah aku satu bilik, aku share dengan adik aku.


Roi kata Dalat Plaza Hotel ni agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong Korea dan Rusia. Diorang lebih suka menginap di kawasan bandar dan berhampiran dengan stesen bas utama. Dari Dalat ni boleh naik bas ke tempat-tempat lain di Vietnam macam Ho Chi Minh dan Nha Trang.



Lobi hotel yang cantik. Kami siap dibekalkan face mask. Pekerja hotel ni peramah dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.


Kitorang hanya berdua tapi dapat bilik 3 katil. Hotel di Da Lat tak ada air cond. Siang kalau panas, gunalah kipas

Sebab aku ada baca yang Da Lat ni sejuk di waktu malam, so aku mandi dulu sebelum keluar untuk dinner. Pukul 6.00 petang, Roi datang jemput kitorang di hotel.

View luar hotel. Banyak jugak teksi lalu-lalang.


Dinner di Restoran Kampong Pandan. Abah aku sempat borak dengan owner restoran. Katanya berasal dari Malaysia. Tak banyak restoran halal di Da Lat, so memang tempat ni jadi tumpuan tourist Muslim.


Masakan ala Vietnam dan Thai. Mix stail Malaysia sikit. Vietnam Rolls dan Pandan Chicken dia sedap!



Perut dah kenyang, Roi bawak kami ke Da Lat Night Market. Da Lat di waktu malam sangat lah sejuk. Ada orang kata, kalau datang Disember, siang pun kena pakai sweater. Tapi time kitorang ni, pakai sweater waktu malam sahaja. Dari Restoran Kampung Pandan, Mr. Tanh drive dan drop off kami di night market.


Sejuk-sejuk macam ni memang terliur lah tengok goreng-gorengan street food kat pasar ni, tapi tulah tak halal so lap lah air liur pakai hujung sweater. Haha. Nak beli rebus-rebus pun tak berani sebab tak yakin. Nasib baik lah datang masa tengah kenyang.


Selain dari street food, boleh jugak beli bunga, keychain, fridge magnet , barangan kraf dan Tshirt. Sini jugak banyak handbag dan kasut murah dan cantik tau. Tak nampak langsung macam beli kat pasar malam.


Tapi yang paling aku suka tengok kat pasar malam Da Lat ni adalah knitwear diorang. Cardigan, sweater semua cantik dan murah. Sangat fashionable. Sape yang suka pakai baju dari material kait memang rambang mata. Knitting diorang kukuh dan tak jarang. Most of the salesperson kat sini bila takde customer memang diorang mengait. Laju pulak tu. Jaket dan windbreaker bundle pun banyak jual. Kualiti macam baru.


Disebabkan wabak Corona virus, night market ni agak lengang. Masa ni Roi dah tinggalkan kitorang. Yelah, dia ikut pun nak buat apa. Bab shopping ni rakyat Malaysia tak payah diajar. Haha.


Posing dekat roundabout. Makanan dalam polisterine tu tapau dari restoran tadi sebab tak habis. Korang jangan nanti tanya aku beli apa kat gerai mana pulak. 


Selama ni aku just dengar cerita orang, tapi kali ni aku lalui sendiri pengalaman melintas jalan di Vietnam. Memang susah nak melintas kat roundabout ni sebab takde traffic light atau jejantas, tak macam kat Malaysia. Driver dan motorists kat sini takdenya nak berhenti bagi laluan. Kena redah. Tu stail orang sini.


When in Vietnam, do like the Vietnamese do. Dari night market ke hotel, kami berjalan kaki je. Kecut perut aku melintas jalan. Mak aku yang confident jalan depan. Aku cakap dah, dia tu hati kering. Naik alpine coaster je dia takut.

Dalat Plaza Hotel ni nampak mewah

Sampai je bilik, rest kejap dan packing barang. Lepak jap layan TV dan salin baju pastu tido. Memang lena tido kat Da Lat sebab sejuk. Berbungkus aku dalam selimut tebal.

Sekian cerita hari pertama di Da Lat. Rajin pulak aku blogging kali ni ye. Thanks for reading!

Saturday, 7 March 2020

Jalan-jalan KL - Pintasan Saloma

Assalamualaikum semua! Sejak-sejak musim virus ni, cam malas je nak tulis blog. Haha. Padahal takde kena-mengena.

Last week, aku teman BFF aku, ND gi amik kit larian kat Kampung Baru. Sambil-sambil tu dia ajak la usha Pintasan Saloma yang baru dibuka. Siapa yang ulang-alik lebuh raya AKLEH mesti perasan kewujudan jejantas viral ni. Aku pun setuju aje sebab dah lama tak jumpa. Lagipun, kalau nak pergi mana-mana tanpa kehadiran pelancong asing, ni lah masanya. Kalau musim pelancong ramai memang sesak lah.


Kalau naik kereta, boleh parking di Kampung Baru. Tak digalakkan untuk orang yang tak familiar dengan jalan KL dan kawasan yang dibenarkan parking. Golongan tersebut (termasuk aku), better naik LRT dan turun di stesen Kampung Baru. Jalan sikit je dah nampak 'menara' untuk naik ke Pintasan Saloma. Lif disediakan, tapi 2 sahaja. Kalau malas tunggu, gunakan tangga. Exercise sikit. Nanti boleh top up balik kalori tu sebab kat Kampung Baru banyak kedai makan.


Dekat tangga nak naik lagi dah boleh tangkap gambar cantik-cantik. Tapi gambar aku bese jelah HP pun cap Liverpool ayam

Penuh dengan BBNU posing. Macam-macam gaya

 Nak jugak..


Orang lain datang siap OOTD, mekap tebal. Aku datang lepas balik kerja dengan tshirt sempoi, tudung tak menjadi dan muka berminyak. Nantilah aku datang lagi sekali pakai helok-helok dan bawak kamera cun sikit.


Thanks ND! Walaupun asalnya aku yang teman kau, tapi hakikatnya kau yang teman aku. Aku agak down on that day so bila ko ajak jalan-jalan rasa terubat sikit hati. Korang tolong doakan kawan baik aku ni murah rezeki dan panjang umur serta sentiasa sabar melayan kerenah aku. Aku mengaku, perangai aku ni agak annoying sometimes, sebab tu walaupun ramai kawan, aku tak ramai kawan baik. Luaran aku nampak periang dan kelakar tapi hakikatnya sisi gelap aku tak semua orang boleh terima. *Ko ingat ni Star Wars ke ada dark side plak hek eleh*

 Ha..baca ni. Jangan tanya aku macam-macam


Dari atas Pintasan Saloma, boleh nampak Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, tempat bersemadinya Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarhamah Saloma. Al-Fatihah untuk arwah berdua dan semua saudara Islam yang telah pergi dahulu sebelum kita.

Pintasan Saloma ni if korang nak datang dari KLCC pun boleh. Ada parkir motor berbayar di area Restoran NZ. Parking kereta area Restoran NZ or dalam Suria KLCC pun boleh. If datang dari Suria KLCC, naik tingkat G (nampak kedai Coach) dan keluar ikut exit Ampang Mall dan belok kanan. Jangan ikut Ramlee Mall pulak ye, terpusing-pusing korang jap lagi.

OKlah, tu je aku nak cerita. Jaga kebersihan dan keselamatan diri hokay! Take care gais!

Wednesday, 4 March 2020

Chao Da Lat - Part 2 - Tuyen Lam Lake & Datanla Waterfall

Assalamualaikum dan hai semua! Sebelum mood blogging tenggelam angkara kebusy-an, jom sambung cerita trip Da Lat aku awal Februari hari tu.

Selepas mencuci mata di Truc Lam Monastery, kami tak naik cable car Robin Hill, sebaliknya terus masuk van untuk ke destinasi seterusnya. Roi bawa kami ke Tuyen Lam Lake.


Masa berhenti dekat tasik ni, aku ngan adik aku je turun. Mak ayah aku tak larat katanya. Lagipun tengah panas berdenting time ni. Roi kata kalau berminat boleh je nak main bot angsa kayuh sendiri atau memancing tapi memandangkan kat Malaysia pun boleh buat semua tu, kitorang decide untuk skip. Lagipun tengah panas, takut pitam pulak.



Tuyen Lam Lake ni memang cantik dan terjaga rapi. Roi kata di Da Lat, tourism merupakan antara mata pencarian utama. Sebab tu kot diorang jaga tempat-tempat yang menjadi tumpuan macam ni.

Next kami ke Datanla Waterfall. Korang kalau pergi Da Lat please jangan skip tempat ni! Sebab kat sini ada Alpine Coaster. Ia merupakan mini roller coaster, tapi korang yang kawal sendiri, bukan mesin. Satu coaster boleh naik 2 orang. Orang yang duduk belakang yang control throttle dan brek.


Kena beli tiket. Setahu aku, nak tengok Datanla Waterfall kena naik coaster tu. Takde choice lain. Kalau ada masalah kesihatan, tunggu sahaja di luar atau skip. Yang aku pelik, walaupun kat tempat lain orang tak berapa nak ada, kat Datanla ni tetibe ramai pulak orang. Lama jugak kitorang beratur.

Aku nasihatkan korang kalau nak naik Alpine Coaster ni tak payahla bawak beg. Buat leceh je. Tak digalakkan pegang barang-barang carelessly sepanjang ride, takut terlepas dah jenuh kena mintak bantuan staf untuk gi kutip kat trek.


Aku tak pandai nak cerita so layan jela video dari youtube ni supaya dapat 'tangkap' apa yang aku cuba sampaikan

Aku rasa bersalah sebab pujuk mak aku naik ni. Sorry Mak. Padahal Mak aku jenis yang daredevil jugak tau, takat drive kete cilok sana sini bukan dia tak biasa. Hehe. Mak aku tak bawak, tapi adik aku. Dia duduk depan. Lagilah mak haji tu berzikir panjang.



Cantik jugak air terjun Datanla ni, tapi tak boleh mandi tau


Rupa coaster tu macam go-kart pun ada. Nak naik atas balik kena naik coaster jugak tapi kali ni 100% dikawal mesin. So korang rilek je. Ko tengok makcik dalam gambar atas ni muka confident je ok.

Kalau korang berminat, boleh jugak beli gambar korang tengah naik coaster. Ada certain camera point, bila korang lalu kat situ sengih jelah konon-konon tak takut. Harga gambar tu pun murah je. Lagi murah dari harga naik coaster ni.

Perut pun dah lapar, kitorang bagitau Roi yang kitorang nak check in hotel. Penatlah jugak, lagipun aku asal panas je pening. Asal pening je panas. Eh.

Next entry aku share hotel tempat kitorang menginap dan apa aktiviti malam kat Da Lat ye. Thanks for reading. Doakan semoga virus Corona ni cepat-cepat pulih. To be honest, nak menaip entry travel ni pun mood aku kureng sebab takut orang kata aku macam 'racun' orang supaya travel. Huhuhu.

Jumpa next entry! Bye!

Monday, 2 March 2020

Chao Da Lat - Part 1 - Robin Hill & Truc Lam Monastery

Assalamualaikum dan hai semua! Setelah hampir dua tahun gantung passport, aku dapat jugak peluang nak travel. Trip kali ni idea adik aku. Dia nak bawak mak ayah aku travel sekali, tiket dia yang belanja. Alang-alang tu aku tumpang la sekaki.

Awal-awal mak ayah aku cam ragu-ragu nak pergi. Risau sebab wabak corona virus. Tapi aku jenuh pujuk. Aku cakap tempat yang kitorang nak pergi ni jauh dari town dan tak berapa sesak. Last-last aku guna ayat "Nak mati kat mana-mana pun boleh". Akhirnya mak ayah aku tumpas bila adik aku buat muka seposen. Taktik anak bongsu gak yang menjadi. Kesian katanya, dia dah beli tiket lama. Duit tour guide pun dah bayar 30%.

Nak dijadikan cerita, kami nyaris tertinggal flight sebab lambat sampai airport. Cuma rezeki boarding kat gate P1, gate paling depan dan keadaan airport yang lengang. Aku ngan adik aku ni nama je selalu terbang, tapi ilmu urusan di airport ni kitorang slow sikit. Print luggage tag pun terhegeh-hegeh sampai kaunter dah tutup, terpaksa mintak tolong customer service. Mujurlah staf Air Asia tu dapat tolong kalau tak heretlah beg tu naik flight. Rugi je beli luggage.

Muka hepi dan kepenatan berjaya sampai ke Da Lat. Mask jangan dilupa sebab airport kan ramai orang

Dari KL ke Da Lat ni ambil masa around 2 jam. Airport Da Lat ni kecik je. Sambil cop passport eh dah nampak conveyor belt untuk ambil beg. Yang penting airport wifi laju. Nak masuk Vietnam tak perlu arrival card, tapi ada barang yang kita bawak, kena declare dulu. Ni bolehlah check dengan Kastam Vietnam

Kami bawak makanan macam roti, biskut, megi dan kopi three in 1. Semua sumbat dalam luggage. Alhamdulillah takde kena tanya.

Lepas je clear imigresen, kitorang pun keluar cari tour guide kitorang. Sebab trip ni bawak mak ayah takadalah aku nak aci redah naik public transport macam dengan kawan-kawan. Tour guide dah tunggu siap-siap dengan placard nama adik aku sebab dia mastermind trip ni.


Aku teruja sebab seumur hidup ni lah first time bercuti dengan mak ayah ke luar negara. Selalu tu dalam negara je. Plus, ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Vietnam. Orang Vietnam ni kalau dengar diorang bercakap macam orang Thai pun ada. Gambar atas ni aku tangkap masa on the way dari airport ke pekan Da Lat. Waktu Vietnam lambat satu jam dari Malaysia. Waktu kitorang sampai ni baru pukul 12 lebih. Masih awal nak check in hotel.


Mini bus yang kami naiki. 9 seater tapi kitorang hanya berempat. Memang selesa habis. Tour guide kitorang, nama dia Roi. Driver nama Mr.Tanh, tapi tulah dia tak berapa pandai cakap bahasa Inggeris. Dengar la Roi ni cerita yang sekarang ni tourism di Vietnam sangat low sebab corona virus. So kami dinasihati supaya berhati-hati dan jangan bercakap dengan stranger. Kami siap dibekalkan mask.

Tempat pertama Roi bawak kami adalah Robin Hill. Aku ni kalau ada tour guide memang maleh la nak buat research. Layan jelah.

Tarikan utama Robin Hill ni adalah cable car dia

Da Lat dikelilingi bukit-bukau. Sebab tu cuaca kat sini sejuk dan nyaman



Berhampiran kaunter tiket ada kedai souvenir tapi kitorang tak beli apa-apa sebab masih terlalu awal untuk shopping. Selain tu ada kafe jugak, untuk lepak santai minum teh. Macam kat Cameron gitu

Menikmati view dari atas. Cantik kan?

Lagi cantik bila ada aku. Haha


Kaunter tiket yang lengang. Duit cable car dah masuk dalam pakej. Boleh pilih untuk return atau one way sahaja.

Masa tunggu giliran nak naik cable car, nampak ramai tourist dari Rusia. Teringat ada sorang rakan blogger yang pernah sampai Da Lat ni cerita yang orang Rusia suka datang sini. Tour guide group Rusia tu siap bagi salam kat kitorang. Entahlah dia memang muslim atau sekadar nak berbudi bahasa, kitorang jawab je Waalaikumsalam. Malas fikir banyak.


Cable car sini takdelah besar sangat. Boleh muat 4 orang dewasa sahaja. Perjalanan sepanjang 2.4km, bawah tu nampak view hutan pokok pine, tasik dan kebun sayur-sayuran. Nice jugak view, cuci mata tengok hijau daun.

Cable car ini membawa kami ke Truc Lam Monastery

Monastery ni kawasan tempat duduk untuk para sami. Ada tokong, dewan dan juga asrama. Before sampai sini Roi ada jugak tanya kitorang if tak kisah bagi kami melawat tempat penganut agama Buddha. Aku bagitau yang kitorang OK je. Roi cakap dekat tempat ni ada sesetengah kawasan merupakan kawasan private dan ambil gambar orang tengah sembahyang adalah dilarang sama sekali.



Suka tengok tokong ni sebab ukiran dekat loceng besar dan dinding yang sangat teliti dan berseni. Tiba-tiba aku teringat filem Kung Fu Hustle.

Dekat area Truc Lam Monastery ni banyak kebun bunga. Mekar cantik mungkin kerana suhu Da Lat yang sejuk







 Dewan yang cantik tapi ditutup untuk orang awam. Private property sami-sami di situ.

 Tasik. Entahlah tulis apa dalam bahasa Vietnam

 Roi kata kat sini ada bela kura-kura


Before keluar ada kedai souvenir. Antara yang paling banyak dijual adalah windchime berbagai saiz. Yang minat bolehlah beli.


Kedai souvenir kat Truc Lam ni banyak jual trinket agama Buddha. Aku cari jugak kot ada FM tulis 'Robin Hill' ke tapi tak ada.

Lepas habis merayap kat Truc Lam Monastery ni, kami dibawa ke destinasi seterusnya. Tak naik pun cable car return. Sambung perjalanan dari situ. Nak tahu kami ke mana, tunggu next entry ye. Thanks for reading!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com