Monday, 29 June 2020

Jalan-jalan KL - Hop On Hop Off

Assalamualaikum dan hai semua. Allahu lamanya tak update blog. PC kat rumah ni rosak. PC office pulak kena control by company's domain, so tak boleh access blog. Blog aku punya suci murni ni pun tak lepas. Sedih akak. Ni computer rumah dah repair baru boleh menulis dengan riang gembira.

Cuba teka siapa orang terakhir date dengan aku sebelum PKP, juga orang pertama ajak aku date lepas PKP? Mestilah orang yang aku mention kat tajuk entry ni kan. Jumpa-jumpa je terus bagi hadiah belated birthday gift. Terharu akak. Thanks a lot bebeh!

Botol air dan facemask connector

Thanks ajak aku jalan-jalan naik bas Hop On Hop Off (HOHO). Anies ni antara kawan yang aku kenal dalam dunia blogging pastu terus jadi rapat in real life. Maybe sebab dua-dua minat travel dan penyokong tegar Liverpool.


Punyalah semangat dua-dua pompuan ni pakai jersi Liverpool. Ikutkan nak bawak bendera sekali tapi takut kena suruh turun. Haha. Dahlah naik free.

Kebetulan HOHO bagi promo naik free sampai 30.6.2020 untuk warganegara. Since nak cuti-cuti oversea tak boleh, kita cuti la dalam negeri dulu. Nak sembang rentas negeri tapi hakikatnya Kolumpo pun belum habis explore.


KL HOHO ni ada 2 route, so kita naik City Route dulu since tu je bas yang dah ada


Cuaca mula-mula panas. Gigih aku dok tenyeh sunblock. Tapi KL susah dijangka. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya...

Bukan selalu ada selfie dengan KLCC

Tudung kelepet ni kan trademark

Cubaan membuat simbol 19. Apa yang 19 tu Anies? Aura ke-19 ke? Hehe. Jangan marah ha..

Tempat lepak zaman remaja

Trophy parade tanpa trofi



KL agak lengang. Tak semeriah sewaktu sebelum Covid. Petaling Street masih ditutup. Seronok naik HOHO ni bila tengok bangunan-bangunan bersejarah. Sambil-sambil terkenang sejarah sendiri jugak.

Bas akan patah balik ke hentian pertama sampai tadi.

Then kita naik Garden Route plak

Tengok je Menara KL, tak berhenti pun. Naik HOHO free ni dia tak singgah di setiap stop macam biasa. Just lalu je. Kalau berenti pun 2 saat.

Istana Negara. Ada jugak yang bergambar kat situ tapi bukan group kitorang la. Bas ni lalu je


Taman Burung

Dataran Merdeka

Ride yang second route ni kitorang dah tak amik gambar sangat sebab masing-masing dah kebulur. Alhamdulillah cuaca baik, kalau hujan, kena masuk dalam area bas yang berbumbung. Tak best la kan. Korang nak tau lebih lagi bas HOHO KL ni boleh klik SINI

Kalau u olls nak kenal lebih lanjut dengan Anies pulak klik Anies&You

Blogger lain kalau rasa nak dating dan berkenal-kenalan bolehla drop komen selalu. Mana tau lama-lama boleh jadi kawan in real life pulak. Till then, thanks for reading ye gais! Stay Safe!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com