Baca ni dulu :
Assalamualaikum dan hai semua! Hanya tidur dua malam di Cappadocia, pagi esoknya dalam pukul 9 lebih bergerak ke Ankara.
Semasa dalam perjalanan ke Ankara, aku perasan hamparan putih sepanjang jalan seluas mata memandang. Sekali pandang nampak macam padang pasir. Bezanya ia agak bersinar di bawah cahaya matahari. Mula-mula rasa macam nak pergi kat Ozgur untuk tanya tapi teringat nak baca balik di itinerary. Rasanya memang inilah tempatnya cuma aku tak expect ianya panjang. Biasalah kalau pergi dengan agen mana nak buat research semua ni.
Tuz Golu sepanjang 80 km ( Dalam bulatan pink)
Lama jugak aku tunggu driver berhenti. Yelah, takkan nak main parking je tepi jalan. Haruslah berhenti di tempat yang dibenarkan.
Eh, singgah lunch dulu ke? OKlah memang dah lapar dah ni. Credit pic : Restaurant guru
Roti tu sedap dan fresh, memang diorang uli dan bakar on the spot
Lepas makan dan guna toilet, Ozgur ajak kami ke bahagian luar restoran. Tersergam pemandangan indah putih ibarat salji dan kepingan ais. Semua pakat turun, rugi lah tak tengok.
Salt Lake/ Tuz Golu di belakang arca flamingo tu ye
Sedikit info tentang Tuz Golu (Sumber : Wikipedia, All About Turkey dan Amura World
- Tasik garam kedua terbesar di Turki dengan keluasan permukaan 1,665 km2 (643 batu persegi).
- Terletak 105 kilometer (65 batu) timur laut dari Konya, 40 km dari Cappadocia, bersempadan juga dengan wilayah Nigde dan Ankara.
- Ketumpatan air ialah 1.225 gr/cm3, dan peratusan garam ialah 32.4%, menjadikannya antara tasik termasin di dunia. Kajian mengatakan air di Tuz Golu lagi masin dari air laut.
- Semasa musim panas yang kering, air menyejat dalam kuantiti yang banyak meninggalkan kerak garam di permukaan sehingga 30 sentimeter
- Tasik Tuz adalah sumber lebih daripada 50% garam untuk kegunaan negara Turki, di mana 300,000 tan dihasilkan setiap tahun dan dieksport ke lebih dari 60 negara
So far tu jelah info yang aku research dan translate. Korang bolehlah klik link atau google sendiri. Soklan-soklan aneh aku akan cuba jawab.
Aku reti selpie je
Tak nampak sempadan. Macam laut, padahal tasik
Video bisu
Video dengan komentar. Ajet-ajet vlogger. Haha. Janggal rasa, mungkin aku lebih sesuai menulis saja
Close up. Memang ibarat hablur garam.
Majoriti orang yang datang ke sini berjalan pakai kasut, tapi boleh je nak bukak, nak feel garam tu camne. Masa tu terfikir jugak, aduh orang dah pijak-pijak, pastu diorang jual buat makan pulak. Haha. Tapi, mestilah ada proses pemurnian dulu sebelum dijual ke pasaran.
Aku bukaklah kasut jap, nak buat raso-raso. Rasa macam pijak atas garam kasar. Tak sejuk, tak panas. Suam-suam je. Aku ada baca yang Tuz Golu ni ada waktunya berwarna merah jambu disebabkan kehadiran alga. Sebab tu kot burung flamingo digunakan sebagai ikon? Masa aku pergi ni tak pink pulak. Dah 2 kali kempunan tasik pink. Last time masa gi Melbourne.
Cuaca masa ni nice je. Tak panas dan berangin. Bawak je sweater kot lah perlu tapi tak pakai pun
Dalam bangunan restauran ada kedai jual garam paket kot lah nak buat souvenir. Scrub dan sabun pun ada. Nyesal lak tak beli scrub garam tu. Kot lah kulit boleh halus macam orang Turki
Sebelum naik bas, tengkor dulu kasut kat sini. macam pergi pantai jugak, bila balik kasut berpasir. Pengalaman sama di Tuz Golu, bukan pasir tapi garam.
Hampir sejam kemudian kitorang pun sampai ke Ankara. Tak sangka merasa jugak jejak ibu negara Turki sejak 1923 ni. Memang bersih dan moden tempatnya. Terasa berbeza aura tempat ni dengan Cappadocia. Tempat gomen lah katakan.
Di Ankara kami pergi mana? Ha, nantilah tunggu next entry ye. Thanks for reading!
mek boleh ke nak kutip garam kat situ bawa balik?
ReplyDeleteboleh je, tapi ko sanggup ke orang dah pijak-pijak tu nak masuk dalam makanan terus. huhu
Deleteha ha ha ha jawapan sal ni memang win!
Deletex nak buat mkn tp tabur keliling rumah elak🐍
DeleteLast time masa gi Melbourne (angkat kening sebelah sambil mengenyit mata)
ReplyDeletehaha. dulu lah zaman imigresen Aussie x strict kena buat visa bagai
Delete#rinduzamanimigresentakstrict gituuuuu
DeleteWahhhh...syoknyer dh sampai sana 😊💕
ReplyDeletesuara dlm video dh cun sgt tuh, muka pun dh putih mcm salt lake jugak - kalah org turki., hehe
ReplyDeletebtw, mcm x panas je kat tasik garam tu kann
muka putih tu filter aje Wak. haah, tak panas tapi memang poyo gitu pakai spek mata hitam.hihi
DeleteLuas betul tasik tu punya kawasan sekitar. Pengalaman yang sukar untuk dilupakan bila dapat berjalan tempat orang kan :)
ReplyDeleteorang duduk dekat2 dgn tasik ni jimat duit beli garam, boleh cedok je dlm tasik tu agaknya kan hihi
ReplyDeletekedai makan kitorang ni pun entah-entah cedok garam situ je. patut lah sedap masakannya
DeleteLawa gambar selfie Sal tu..
ReplyDeleteBestnya dapat main garam (selalu orang duk sebut main pasir kan) ;)
tulah, patut cuba buat istana garam. hehe
DeleteHa! Betul juga tu awat Sal x buat Istana garam 1.. Hihihi! Sal tanya abah ibu x marah ke amik gambar nasi lemak kukus tu kan?! Ha iye gambar mknan dia x marah amik tapi nak amik gambar dia dengan emak yang dia bising tu.. Hahahaha!
Deletenak buat istana susah sikit sebab struktur kasar. kang berderai sebelum sempat dibina
DeleteLuas mata memandang. Rupanya Turkiye kaya dengan garam.
ReplyDeleteSubhanallah!! Cantiknya tasik garam ni.. kalau hujan garam ni mencair ke x eh
ReplyDeleteRasanya tak kot sebab struktur dia macam garam kasar. Unless kalau hujan lebat
Deletetasik dia bila kering boleh jalan atasnya ke sebab nampak putih garam merata. Ubik sekali tasiknya
ReplyDeleteboleh je jalan sejauh mana kaki larat
DeleteAgaknya garam dia di bersihkan macamna ye. Takkan nak cuci dengan air terus cair tapi dah di pijak-pijak tu huhuhu takkan terus di kutip buat jual. eh macam-macam pulak aku pikir...hehehehe
ReplyDeletehehe. ada lah kot prosesnya. kalau kak notie ke sini boleh selit lawatan ke kilang garam dalam itinerary
Deletegaram ni kalau nk ambil bawa balik fikir 2x, tak pasal cair dlm flight, kedua org dh pijak, ludah etc. hahaha
ReplyDeletenak bawak balik beli yang dah diproses tu. nak cedok gitu je kat tasik ni macam susah pulak sebab keras
Deleteluas betul tasik ni. kalau ada air boleh rasa kemasinan tu
ReplyDeletenak rasa tapi macam tak sanggup sebab dah pijak-pijak. huhu
Deletesaujana mata memandang ek.
ReplyDeleteuntung sal dpt berjalan time memuda ni.
takdelah muda sangat sis..haha. nak masuk 40 dah
DeleteDalam gambar tu nampak cam pink warna tasik belakang Sal tu..
ReplyDeleteRezeki betul bila dapat berjalan macam nie kan Sal.. Banyak pengalaman yang tak terjangkau.. tq tau share pengalaman..
subhanallah..indah & menakjubkan ciptaan Allah kan...
ReplyDeletesama mcm Sal fikir, kalau pijak2 tu..cam ne diaorg proses sebelum jual tu plak kan.. he he he...
Tak nampak putih garam tu nampak macam pink...boleh bawak balik nape x amik skit..tabur keliling rumah halau hantu setan..ehhhh
ReplyDeleteseluas mata memandang tasik tu
ReplyDelete