Assalamualaikum dan hai semua! Kali pertama terlihat video yang dihantar oleh salah seorang 'orang kuat' Standard Chartered dalam group penyokong Liverpool, hati ni terus berbunga-bunga nak pergi. Mana tidaknya, dalam video yang dikirim, setting event 'Arena of Adrenaline' anjuran Standard Chartered di area Side Court Pavilion Bukit Jalil seolah-olah mini 'Anfield' iaitu stadium Liverpool FC yang terletak di Liverpool, England. Memang menjadi wishlist aku nak ke sana tapi entahlah bila baru tercapai. Kena ada masa, teman dan yang paing penting ongkosnya bukan sedikit. Makan ribu riban jugaklah.
Bila sebut pasal Liverpool, auto aku teringat penyokong tegar yang aku kenal iaitu Blogger Anies. Dah lama betul tak jumpa. Aku ada buat cubaan seru dia keluar dari gua tapi dia memanjang busy. Kang kalau dia free, aku pulak ada urusan. Tapi demi Liverpool, sanggup kitorang kosongkan jadual masing-masing untuk pergi terjah di hari terakhir event, 30 Oktober yang lepas.
Kalau Pavilion Bukit Bintang aku boleh jalan sambil tutup mata, lain pulak ceritanya dengan Pavilion Bukit Jalil. Sesat barat jugaklah kitorang dalam tu. Mujur Anies dapat tangkap suara MC sedang interview Liverpool legend, Phil Thompson (PT). Selaju Mohamed Salah berlari (actually jalan je) kitorang mengikut bunyi.
Jujur aku mengaku aku tak berapa kenal PT sebab beliau aktif di tahun 1970an dan 1980an. Sebelum aku lahir lagi dia dah bersara. Tapi kita raikan jelah. Tak ada yang dulu tak ada yang sekarang ye tak. Rasanya kalau dia bawak pemain yang lagi muda macam Dirk Kuyt ke, Peter Crouch ke, Daniel Agger ke mau penuh Pavilion tu. Nak lagi gempak bawak Fernando Torres sebab nanti penyokong Chelsea, Atletico Madrid, Spain National Team, JDT pun akan tumpang sekaki.
Crowd sendu tapi sporting join kuiz dan nyanyian lagu "You'll Never Walk Alone" beramai-ramai. Aku ngan Anies nak join kuiz tapi bagi chance peserta lelaki la. Kang takut diorang malu kalau kalah dengn perempuan. Hahaha. Gurau je.
Habis sesi 'Meet and Greet' adalah sesi shopping dan ambil gambar. Sesi shopping lah sangat padahal tak beli pape pun sebab poket masih dalam proses pemulihan lagipun bulan November banyak lagi plan.
Jersi paling takde ong. Pakai ni selalu kalah
Setiap jersi ada 'kisah' tersendiri dan ditandatangani pemain yang terlibat dengan kisah manis tersebut
Jadilah kan, sampai Shankley Gate tipu-tipu
Anfield palsu
Dah balik baru realise yang kitorang lupa selfie. Adeh. Kot lah korang tak percaya kitorang pergi sekali, boleh terjah entry Anies kat blog dia plak.
Thanks sudi baca!
Ni memang betul-betul peminat bola!
ReplyDeleteGigih .. ;p
ReplyDeletebukit jalil je Wak, bukan gunung kinabalu pun
Deletesy percaya sbb baca juga di blog anies hehehe
ReplyDeletePercaya!
ReplyDeleteDah baca di blog Anies.
perghhh...sakan! tipu ke tak tipuuuu ke janji pergi kena pergi! haha
ReplyDeletekurela ditipu asalkan boleh feeling feeeling sekejap
DeleteTakpelah berangan dahulu div Anfield palsu. Insya Allah semoga hasrat tercapai.
ReplyDeleteBerangan percuma kannn
Deletem salah number 11 is favorit player
ReplyDeleteYa, Mosalah is one of the best
Deletebila nk gi JDT stadium itu real punya, x perlu beli tiket flight riban2., hehehe
ReplyDeletekitorang tak minat JDT. hahaha
Deleteapa barang jdt wakkkkk😂
Deletesaya sokong Johor FC je.
Deletekorg jgn sombong, jodoh kita xtau, mn tau korg kawen dgn org JDT nnti.. hahaha
Deleteorg JDT tu means pemilik JDT. jgn wak... kami ni tak berapa nak ayu. x sesuai dgn protokol2 istana bagai. larikkkkkkkkkkkkkkkk😂😂😂
DeleteAit! kenapa crowd sendu ingatkan fan Liverpool lagi happening dari GGMU
ReplyDeleteOk nak pi terjah blog Anies jap ;-)
Haha. Sendu sebab tak ramai. Takde promotion sangat event ni.
Deletelaa lupa selfie.. alahai.. tapi kesian juga ye dpt crowd sendu
ReplyDeletesendu sebab tak ramai. pavilion bukit jalil jauh dari public transport. sebab tu kot tak ramai
DeleteBesar ruang event tu. Banyak jersi cun. Ni kalau pergi, hanya mampu jeling je. 😅
ReplyDeletesama jugak lah, jeling je. dah tua-tua ni jarang pakai jersi
Deletewahh..terror tu bab bola, kak ayu fail sungguh. nie leh sembang2 ngan Ian ni
ReplyDeleteIan sokong siapa tu? kalau LIverpool boleh geng
Deleteapa brg fernando torres... fernando morientes laa br 👍👍👍👍
ReplyDeletemorientes datang aku pakai jersi Spain por favor. haha
DeleteDie Hard Fan.. ;)
ReplyDeletekalau bebetul promote mungkin lg ramai
ReplyDeleteTu dia.. Mereka dating berdua ye.. kenapa sendu ye meet and greetnya.. Adakah sebab personaliti yang dibawa tak ramai peminat..
ReplyDeletePemain yang dibawa sudah tua. Kalau pemain umur 40,50 tahun ramai yang kenal
DeleteLiverpool kena pakai jersey merah gak baru ada ong kan. Baru ada aura garang menang gitu. Kat blog Sal dah baca dah. Rasa macam dah komen sini juga tapi tak ada komennya..hehe..
ReplyDeletemahal tak gift2 kt situ? hehe. kalau murah boleh beli baju sehelai
ReplyDeletehusband aida mesti suka ni, sal.
ReplyDeletejersi tu, menarik.
peminat football mcm Sal, wajib la dtg, kan.
ia ada dlm jiwa gitewww...
suka jersi black & white tu..tapi takde ong pula, merah jg yg menyerlah...
ReplyDeleteYNWA...wah..ada geng...
ReplyDelete