Petrosains Aku Datang

Monday 18 March 2013

Dah hampir setahun tak menjejakkan kaki ke Petrosains.Jangan kata masuk, lalu pun tak.Haish, tu bukan bermakna aku dah lupa diri, tapi beri peluang kepada yang lebih memerlukan untuk kerja. Setiap orang ada rezeki masing-masing kan, so buat apa tamak.Anyway, sebab aku risau status 'volunteer' aku akan invalid kalau tak kerja, aku pun mintak Puan Damia yang baik hati supaya tulis nama aku untuk kerja di hari Sabtu lepas. Masa VMU tepon, aku siap tanya lagi, " masuk pukul berapa?".Bukanlah aku lupa Petro bukak pukul berapa, tapi manala tau diorang mengamalkan konsep 'shift' ke tetibe.

Lebih kurang pukul 8.45 pagi, aku pun melangkah masuk ke dalam Petrosains. Mula-mula rasa nervous *poyo*. Tapi bila lalu kaunter tiket dan nampak entrance to dark ride, tetiba rasa macam balik kampung halaman sendiri. Rasa tenang...rasa familiar...rasa macam 'I belong here!'. Dan perubahan drastik pertama yang menangkap mata aku adalah 'Sultan of Science' (SOS). Aku ada juga baca pasal SOS dalam advertorial Berita Harian dan Metro, tapi tak pernah terfikir lak akan tengok sendiri. Dalam hati berdoa jugaklah,harap-harap dapat station kat sana.

Rutin roll call di SS1 pukul 9 tetap sama. Agak awkward aku tanya kat si Amirul Farhan aka Kecik, "roll call kat mana?". Aku tak lupa, ok, aku cuma tertanya-tanya kot-kot dah berubah.Hahaha. Yang pasti, pakai baju kuning di kalangan baju merah buat aku rasa macam legend. Dan rasa tua. Susah jugak nak bezakan mana staff,mana volunteer bila semua dah sama baju. Alhamdulillah, ada jugak kawan-kawan aku yang dulu volunteer macam aku dah upgrade jadi staff.Congrats korang!!!

Harapan aku nak station kt SOS hampa, sebab diorang memang dah train sekumpulan volunteer untuk manning kat situ. Aku ingat boleh main redah dan belajar on-the-spot macam kat Muzika atau Dinotrek dulu.Team Leader(TL) bernama Zul, bagi aku station kat Hot Science. Aku maafkan TL ni sebab dia staff baru, dia tak tau yang aku ni legend kat sini.Haha,puiiiii!! Hot Science best apa..sebab dia free, sesiapa yang lalu kat depan Petrosains boleh explore dan interact dengan staff/volunteer kat situ, even kalau korang tak nak masuk Petrosains.

So, next time kalau korang berlegar-legar kat Tingkat 4 Suria KLCC, sambil-sambil tunggu awek dok shopping buku kat Kinokuniya atau member dok janji nak tengok wayang sesama kat TGV tak sampai-sampai lagi ; bolehlah lepak sini.Tambah ilmu pengetahuan kan baguih...







The rest of the day berjalan macam biasa. Aku buat mini show dan busking simple je.Disebabkan aku jaga sorang, takdelah pulak aku nak tangkap gambar aku tengah buat show kan, untuk tatapan korang. Huhuhu...bajet ada peminat je nak 'menatap' gambar aku. Sambil-sambil tu borak jugak ngan visitor, yelah..dah Hot Science ni betul-betul depan pintu masuk, ada jugakla yang tanya aku kat mana nak beli tiket, kat mana loker, kat mana KFC....eh!

Petangnya, sementara tunggu nak end roll call, aku pun gi usha SOS. Baik tau aku ni, kalau nak mengelat waktu tengah kerja untuk merayau kat sana boleh je, tapi aku tak buat pun.Wah..baik punya puji diri sendiri kan!!!






Antara invention yang berkaitan dengan astronomi. Tak sempat explore, tengok gitu-gitu je.






Kiri: The House of Wisdom

Bawah : Antara alatan yang digunakan dalam bidang pergigian.




Tak berapa ingat exhibit ni tentang apa, tapi ada kena-mengena dengan air.Obviously!!!

This one berkaitan rekabentuk bangunan dan pembinaan.

Sebelum Wright bersaudara buat kapal terbang, Ilmuan Islam dahulukala dah kaji pasal aviation.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi tak surprise la kan kalau nak tunjuk semua kat sini. Aku suggest korang explore sendiri. Sultan of Science ni dibawa all the way dari Dubai, dan akan berada kat Petrosains sampai 30 Jun 2013. Diorang tak bayar aku pun untuk promote tapi aku memang recommend korang visit untuk tengok betapa hebatnya saintis Islam dulu-dulu. Banyak ciptaan dan penemuan yang dilakukan dalam bidang sains, teknologi, perubatan, perdagangan, Matematik dan sastera; jauh lebih awal dari orang-orang Barat. Serius kagum!!

Nak tahu harga tiket boleh klik kat Entrance Fee

Cara-cara untuk mendapatkan tiket dengan harga jauh lagi murah:
1. Call/sms/inbox FB aku
2.Ajak aku join, dengan syarat korang sponsor tiket aku sekali
3.Aku belikan tiket dengan harga staff. Dapat diskaun banyak der...

Hahaha..keji giler aku. Anyway, selain dari segala exhibit yang ada, korang boleh gak tengok Mini Show yang dibuat oleh volunteer sekelian. Masa aku dok merayap kat situ, sempat la gak tengok a few. Pura-pura macam tak pernah tengok..ala,kang bebudak tu kata aku bajet bagus plak.

Ralit kat SOS punya pasal, nyaris lak aku lupa gi end roll call. Rutin yang ni pun tak banyak berubah. Somehow, rasa sayu tetibe. Iyelah, tak tahu bila lagi akan jumpa kawan-kawan aku kat sini.Masing-masing ada komitmen sendiri. Kawan-kawan kat Petrosains banyak bantu aku get through a lot of things walaupun diorang tak sedar. Masa aku jobless takde kerja, takde tempat nak mengadu...Masa aku frust, hati pecah berderai-derai *hamboi,kan!* Kan sini aku banyak dapat pengalaman, bina keyakinan diri, kenal erti persahabatan...Sob...sob..Allah je yang tahu betapa aku sayang tempat ni walaupun ada desas-desus mengatakan aku 'merajuk'.Biarlah...tu semua cerita lama. Aku bahagia sekarang, kan itu lagi penting...

Anyway, terima kasih kerana membaca post aku yang panjang berjela ni...So, how???


Read More

Review : Kerat 14

Sunday 3 March 2013


"Kita ni bila buat silap senang je kan...bila nak mengaku salah sikit punya susah" - ASP Razman

Aku terjumpa filem ni kat youtube... Niat asal memang nak tengok kat wayang tapi tak berkesempatan. Nasib baiklah tak tengok, kalau tak mau aku mintak refund duit tiket aku kat tokey panggung.

First of all, sorry ye korang... aku tak nampak chemistry Aaron Aziz ngan Siti Saleha seperti yang dhebohkan. Mungkin sebab aku tak tengok Nora Elena kot. Tapi diorang memang pelakon yang berkaliber, itu satu Malaya dah tahu. Kalau bukan diorang yang jadi lead entah-entah lagi ke laut kot cerita ni.

Permulaan filem ni simple, dua pekerja pembersihan jumpa mayat dah dikerat-kerat dalam plastik sampah. Lepas tu scene beralih ke permulaan cerita iaitu malam di mana Haziq (AA) dan Zara (SS) pergi ke sebuah disko. Kat sini Aril terjumpa Zara, jatuh hati dan terus calit minyak pengasih. Aku kecewa sebab mamat yang bawak watak Aril ni lakonan kaku. Mentang-mentang lah watak dia sekejap je dah mati, produser macam tak ambil berat soal ni. Aku yang menonton tak rasa apa-apa pun bila dia kena bunuh dan dikerat-kerat. Kesian tidak, geram pun tidak.

Scene seterusnya agak slow, tunjuk cmane Zara dan Haziq nak dispose mayat tu dari apartment Zara. Aku rasa cerita ni akan jadi lagi best kalau dimulakan dari babak polis datang siasat mayat yang dijumpai. Patut gunakan elemen 'flashback'. Barulah orang berdebar-debar dan tertanya-tanya siapa pembunuh.  Kalau pengarah dan penulis skrip dia bijak, diorang boleh buat orang tertanya-tanya 'siapa' sebenarnya yang dibunuh. Terima kasih la Zamarul Hisham sebab kemunculan watak ASP Razman bagi aku kekuatan nak tengok filem ni sampai habis.

Watak Inspektor Sofia sangat membosankan. Amik Sarjan Misai lagi bagus la kot! Lepas tu aku rasa cam tak logik je Haziq yang kononnya banyak rekod jenayah tu tak pandai nak cover track dia dengan baik. Boleh plak tertinggal tangan mayat dalam bonet kereta. Lepas tu, ada ke buang senjata pembunuhan dalam tangki simbah. Yang housemate Zara tu takkan tak pergi tandas sepanjang hari? Kenapa dia tak disyaki padahal dia ada kat tempat kejadian sepanjang masa?

Babak soal-siasat kat balai polis rasanya boleh diperbaiki lagi. Sekali-lagi aku berterima kasih pada lakonan SS dan AA. Aku rasa pengarah filem ni nak gunakan tema 'cinta sejati' tapi penonton yang jiwa romantik tak berapa nak ada (macam aku) expect sebuah naskhah 'penyiasatan'. Maaflah kalau itu yang korang harapkan sebab dalam masa 20 minit filem ni je macam-macam bukti polis dapat kumpulkan. Tak payahla berharap scene ala-ala CSI. Tapi kalau korang menonton dengan mengharapkan sebuah kisah cinta agung, mungkin korang akan berpuas hati.

Apa-apa pun, aku rasa filem ni satu cubaan yang baik. Baik sebab cuba untuk lari dari genre rempit dan hantu bodoh yang pengarah lain dah selalu buat. Cakap pasal kerat, kenapalah filem 'Dukun' tak diluluskan tayangan. Sayang betul...
Read More