Logik ke lelaki tak minat bola sepak?

Wednesday 18 March 2015

Assalamualaikum semua! Lama giler tak borak-borak pasal bola sepak kan? Sempena  meraikan kejayaan Atletico Madrid ke quarterfinals UCL dan berita super awesome aku dapat dari Anies, meh la bukak topik favourite aku. Sukati korang la nak baca ke tidak. Hehehe.

My favourite part masa penentuan penalti pagi tadi. Yang sedang berdoa tu adalah Arda Turan, pemain Islam dari Turki.

Antara perkara paling ironi tentang aku, walaupun aku ni kaki bola, aku selalu 'tersangkut' dengan lelaki yang tak suka bola sepak. Serius! Ada tu memang tahap clueless tak perasan pun World Cup dah start! Wujud ke lelaki-lelaki tak suka bola sepak ni? Of courselah wujud. Entah-entah lagi ramai dari perempuan yang minat bola.

Tapi kenapa? Kan ke lagi best kalau minat sama? Personally, aku suka lelaki yang tak minat bola sepak sebab bila kitorang hang out, boleh borak topik selain dari bola. Bab bola ni boleh buat gaduh tau! Tak naklah aku gaduh semata-mata sebab dia sokong Manchester United, aku sokong Liverpool. Tak berbaloi!

Orang lelaki yang suka bola sepak mungkin akan rasa annoyed bila perempuan yang tak minat bola  pura-pura cakap pasal bola untuk impress diorang. Tapi aku rasa lelaki yang buat-buat tahu pasal bola sebab nak impress perempuan kaki bola memang sangat comel!!!! Memang kelakar bila diorang dengan confident kata Ronaldo tu main untuk Spain. Sangat charming dan cute. Boleh melting tau!

Lagi satu, sebab aku tak nak diorang mimpi ngeri lepas teman aku tengok bola, tak kisahlah kat Mamak atau kat stadium. Yelah, kadang-kadang masa dok cheer atau mengutuk tu memang hilang kawalan sikit.

Kesimpulannya, aku OK je dengan lelaki tak minat bola sepak. Tetap lelaki jugak, macam perempuan yang tak suka tengok drama suamiku encik itu ini, tetap perempuan jugak.

Tapi bab jodoh ni aku terima je dapat yang minat bola sepak ke, minat memancing ke, minat membaca ke... Tu hobi dia, sukati dia lah. Jangan lupa anak bini sudah!!

Indahnya kalau dapat yang boleh kejutkan aku pukul 3 pagi. Bukan sebab dah start kick-off, tapi ajak Tahajud bersama. Sweet tak? Hehehehe. Kalau dapat yang macam tu, Fernando Torres datang serah diri pun aku tolak tepi!


So, what says you? Korang prefer pasangan yang minat sama ke minat lain-lain? Share lah kat sini..

Ironi adalah bercakap tentang lelaki idaman dan jodoh padahal hati tengah patah seribu.
 #BeStrong

Read More

USS Part 4 - Far Far Away

Assalamualaikum semua! Adakah kalian masih sudi membaca blog aku? Malas betul nak update lately, idea pun takde. Setakat cerita aku gi makan kenduri atau cerita pasal bola macam boring pulak.

Hari tu kak Jari Manis tanya kenapa entry USS Part 3 pendek sangat? Almaklumlah aku ni biasanya kalau menulis memang panjang-panjang. Ini 'baru kentut, belum hilang bau dah sambung' ... bukan aku kata tau, kak JM yang kata. Hehehe.

Aku saja je buat trick macam tu sebab nak banyak modal tulis entry. Huhuhu. Kalau tulis by part ni silap gaya lepas raya haji esok baru tamat kot! Yayyyy!! *Gelak blogger keji* Sebenarnya aku kecewa sebab trip bulan lapan aku cancel. Hati tu teringin nak berjalan tapi takde geng. Ada sesapa nak teman aku tak? Kita gi dekat-dekat je, Krabi ke, Bali ke...kot korang adventurous bolehlah kita ke Amsterdam terus. Hehehe.

OKlah, daripada aku dok merepek, baik sambung entry ke Universal Studio Singapore. Kali ni kita ke tempat ala-ala fairytale iaitu.. Far Far Away.

Asyik gambar aku je, mesti korang bosan kan. Nilah dia dua orang BFF aku yang ke USS dengan aku. Alang-alang diorang bagi kebenaran guna gambar diorang kat blog, maka aku pun dengan sesuka hati menggunakan kuasa sebagai tuan tanah.

Tempat ni memang sesuai untuk korang nak fefeeling princess! Cantik gilos! Anggap jelah ni istana kat Disneyland tu.

Far Far Away ni merupakan set untuk francais filem Shrek, antara kartun favourite aku. Selama ni aku ingat Shrek ni filem Disney, tapi rupanya Universal Studio. Aku suka filem Shrek sebab tak macam typical fairytale lain. Lepas tu dalam filem-filem dia ada semua watak cerita kanak-kanak macam Humpty Dumpty, Phinochio, Puss In Boots, Robin Hood dan banyak lagi lah.

Kat Far-Far Away ni boleh enjoy teater 6D dia dan ride roller coaster yang takdelah extreme sangat.

Tak tau nak cerita apa, kita layan gambar jelah.


Dari kejauhan kitorang nampak ride ni... ND kata ni baru, last time dia datang belum ada lagi. Nampak best..jom kita!


Sekali..

Belum bukak lah... Coming Soon katanya! Huwaaaaa! Kesian diorang ni frust.

Dahlah frust tak dapat naik ride baru. Kena pulak layan Puteri Sepanyol Dah Turun Takhta ni bergambar. Jadi part time photographer jap. Thanks ND and SR, sudi bertahan dengan kerenah aku. Hahaha.

Bajet comel..pelempang nak?

Depan rumah Shrek

Gaya seorang puteri kena halau dari istana

Nak lagi gambar? Cukuplah tu, muntah darah jap lagi. Hehehe..menyesal tak korang baca Blog Sal? Kalau tak menyesal, nanti baca sambungan na..

Till then, adios!
Read More

USS Part 3 - Egypt and Jurassic Park

Thursday 12 March 2015

Assalamualaikum semua! Kita sambung entry ke Universal Studios Singapore ni dengan pantun terlajak femes abad ini:

Pergi USS nak naik Battlestar
Battlestar tutup. Kah kah kah

Tak faham boleh refer entry SINI.

Kesian kan, hampa harapan makcik! Ops, aku rasa ramai pembaca macam kak MD yang selama ni keliru sebab tahu aku takut tinggi. Dah kata takut tinggi, tapi sibuk nak naik Battlestar Galactica tu dah kenapa? Hehehe...sebab Battlestar ni tak tinggi mana pun. Aku kalau tak tinggi aku berani je walaupun laju. Kepala ke bawah pun takpe. My only Fear Factor is height. Dan cicak.

Dah frust tu, kita proceed jelah ke area 'Egypt'. OKlah, nak pergi Mesir yang sebenar belum berkesempatan, kita pergi jelah Mesir palsu ni. Bolehlah aku nak feeling Puteri Nefertiri. Tak pun Permaisuri Anack Su Namun (abaikan kalau korang tak tengok The Mummy)

Pengawal, tangkap tiga orang rakyat jelata yang menyibuk dalam gambar beta ni!

Meh kita memburu harta Qarun!

Rick O' Connell takde kena drive sendiri la.. (again, The Mummy reference)


Kat area Egypt ni ada ride yang sangat extreme iaitu 'Revenge of The Mummy'. Disebabkan ramai yang warning ride tu sangatlah scary, kitorang decide untuk skip dulu. Kalau tetibe keberanian tu datang mungkin kitorang akan patah balik ke area Egypt dan naik. Takpelah, kita gi area Jurassic Park pulak.

Jurassic Park ni memang best sebab dari jauh kau dah boleh dengar lagu filem Jurassic Park, macam dalam filem tu! Wajib ambil gambar depan pintu gerbang dia! Gambar aku kat handphone kawan aku, dia tak bagi lagi sebab dia busy. So, tak dapat up kat sini. Huhuhu.

Ada gambar ni je...

Kitorang naik ride ni! Best! Kaki tergantung-gantung, aku siap bukak kasut. Satu USS bau kaki aku! Hahaha.

OKlah u olls, nanti aku sambung lagi ek.
Read More

Cerai. Bercerai. Penceraian

Saturday 7 March 2015

Takde pasangan berkahwin yang nak bercerai. Semuanya nak bahagia di dunia, kalau boleh sampai ke Syurga. Tapi jodoh itu bukan manusia yang pegang. Kalau Allah kata sampai situ je, sampai situ jelah.

Cakap memang senang. Tak boleh ke cuba pertahankan? Aku pernah lihat satu penceraian di mana ENAM anak menjadi mangsa. See, even enam orang anak kecil yang masih bersekolah pun tak mampu nak selamatkan sebuah perkahwinan yang memang dah lama retak. Aku tak faham apa-apa since aku sendiri masih budak time tu. Kesian memang kesian, tapi penceraian itu mungkin pilihan yang lebih baik dari hidup dalam sebuah rumah tangga yang huru-hara.

Aku pernah terfikir..kenapa kuasa menjatuhkan talak tu di tangan orang lelaki? Kan orang lelaki lebih panas baran, berbanding perempuan yang terkenal dengan sifat penyabar dan tabah. Tapi ada seorang ustazah pernah  cakap dengan aku, orang lelaki sebenarnya lagi penyabar dari orang perempuan. Orang lelaki akan fikir dulu sebelum ambil keputusan berbanding perempuan yang gemar mengikut perasaan dan terburu-buru. Perempuan ni 'pendek akal' berbanding lelaki. Sebab itu lelaki lebih layak menjadi ketua. Mungkin betul cakap Ustazah aku tu kan.. Wallahu'alam.

Terdapat 5 perkara yang menjadi rukun talaq iaitu:

  1. Orang melafazkan talaq iaitu suami.
  2. Tempat yang hendak dijatuhkan talaq iaitu isteri.
  3. Berkuasa ke atas talaq dan orang yang ditalaq.
  4. Lafaz talaq,tulisan atau isyarat yang semaksud.
  5. Niat menjatuhkan talaq ketika melafazkan perkataan sindiran yang bermaksud talaq. 
Credit : Jabatan Agama Islam Selangor

Hakikatnya, bercerai ni 'mudah'. Yang penting, dilafazkan oleh suami ke atas isteri, tak semestinya dalam bahasa formal. Melalui tulisan atau SMS pun dikira sah kalau betul itu dari suami sendiri. In fact, suami tak digalakkan bergurau tentang talak ni kerana dikhuatiri terlepas cakap walaupun dia tak maksudkannya.

Credit : Google Image

Aku mungkin tak tahu banyak pasal munakahat sebab aku bukan pakar Agama. Aku sendiri pun belum pernah berkahwin. Tapi aku pernah menghadap penceraian orang yang rapat dengan aku sampai DUA kali. Suasana di mahkamah syariah masa tu memang tegang, tapi kau boleh rasa aura kesedihan dari setiap ahli keluarga yang datang. Kau bayangkan... one minute kau tolong diorang masa wedding, the next one kau 'tolong' diorang nak bercerai. Tapi kau siapa nak masuk campur. Diorang yang kahwin, diorang yang melalui.

Kalau boleh, aku tak nak jejak mahkamah Syariah lagi. Cukuplah apa yang pernah aku hadap sebelum-sebelum ni. Tapi, nampak gaya aku kena jejak sana lagi. So, here we go again.. *Senyum paksa*

Lumrah manusia, kalau yang buruk tu senang nampak. Lebih banyak perkahwinan yang bahagia yang aku jumpa berbanding penceraian, tapi yang sad ending tu jugak yang aku nak trauma. Huhuhu.

Oh ye, enam orang anak kecil tu sekarang semua dah besar dan bekerjaya. Alhamdulillah, penceraian tak menjadikan diorang goyah. Ibu bapa diorang pun tak bermusuhan. Dan dua pasangan yang pernah aku saksikan penceraian tu masing-masing dah ada keluarga baru sekarang ni dan bahagia dengan hidup sendiri.

Penceraian itu halal, tapi dibenci Allah. Penceraian nampak macam pengakhiran, tapi ia boleh jadi permulaan baru asalkan hati kita kuat. Pendek kata, cerai ni ironi. Kau takkan tahu apa yang ada di masa depan. Jaminan kita hanyalah doa dan tawakal. Perancangan Allah kita tak tahu. Jangan mudah menghukum orang, sebab kita tak lalui apa yang diorang lalui.

Dan korang tak perlu risau, walau dah banyak penceraian yang aku hadap, aku masih percaya pada ikatan perkahwinan. Sebab aku yakin Allah ada.

Read More

USS Part 2 - Sci Fi City

Friday 6 March 2015

Part 1 boleh baca SINI

Tempat pertama yang kitorang serbu, of courselah ride Transformers ni sebab rata-rata orang yang pernah pergi akan rekemen ride ni, termasuklah ND, yang pernah datang ke USS ni dulu. Transformers the Ride ni terletak dalam Sci Fi City. Memang smart tempat ni, boleh feeling dalam filem Sains Fiksyen orang putih!


All Sparks! (Betul ke eja?)


Kalau dengan orang lain aku kena mintak izin nak upload gambar diorang dalam blog, budak dua orang ni siap 'paksa' aku taruk gambar diorang. Jeles lah tu aku glamer sorang-sorang! Hahaha, nah aku taruk seketul, gambar masa tengah tunggu turn. Snap cepat-cepat sebab line bergerak sangat pantas. Sila jeles, kitorang tunggu tak sampai 2 minit dah naik.

Best ke tidak? Of course lah best! Thrill sangat! Kalau korang peminat francais filem Transformer mesti akan lagi enjoy sebab faham jalan cerita. Aku ni bukanlah peminat, tapi aku dok bayangkan aku ni Megan Fox bertemankan Shea La Bouf sedang melawan robot-robot jahat.Gitewwww.

Kat luar ride ni ada kedai yang jual merchandise Transformer dan souvenir USS dengan tema filem tu.


Keluar dengan muka terkejut, sebab nampak ni...

Ohmaigod! Kenapa kau panggil-panggil aku ni duhai rollercoaster!

Nak naik! Nak naik!


Berjaya ke tidak aku memujuk ND dan SR naik BattleStar Gallactica ni? Ha, nak tau aku naik sorang ke, naik ramai-ramai ke, atau tetibe ketar lutut tak jadi naik, kita tunggu sambungan.. hehehe.
Read More

USS Part 1 - Getting there

Thursday 5 March 2015

Assalamualaikum dan hola semua! Nampaknya, takde sape yang berminat nak teka aku gi summer holiday ke mana berdasarkan pembayang yang aku bagi kat SINI. Mentang-mentang aku tak offer hadiah ek... Ah, tak kisahlah, korang berminat ke, tak berminat ke, aku tetap nak share jugak destinasi aku. Lagipun tak sampai hati hampakan Qaseh Abadi dan Eima yang suruh update. Cewah, itu semua alasan poyo blogger perasan femes macam aku ni. Lol!

Aku gi bercuti dekat je, al-maklumlah short weekend trip, takkanlah nak ke Istanbul pulak. Tu Anies je yang mampu buat. Hahaha. Tekaan kak MD hampir tepat. Bali ke Singapore? Jawapannya...


Kak Sal kau ke Singapore je dik oi. Balik kerja Jumaat lepas, dengan tak mandinya, aku terus naik LRT ke TBS. Aku bawak satu tote bag ngan satu backpack saiz bebudak pakai gi sekolah. Bab travel light ni aku memang terer. Lagipun ,kalau bawak beg besar-besar, banyak pulak persoalan demi persoalan, membelenggu akal dan fikiran kat opis tu nanti. Dari TBS, kitorang naik bas ke JB dan berhenti di Larkin Sentral. OKlah, tak kematu bontot sebab jalan tak jam. Kitorang naik bas kul 9 malam, sampai kul 1.30 pagi. Tengok ramai yang bermalam kat stesen bas Larkin ni.

Sampai kul 1 pagi pun ada je kedai bukak lagi. Jay bee... peace yo!

Alhamdulillah, walaupun percutian kitorang ni masuk kategori bajet, tapi takdelah sampai kena tidur kat bus stand. Kitorang tumpang kat rumah pengantin baru. Kacau je kan. Hehehe. Nasib baik Abang K sporting, sudi menerima kitorang sebagai tetamu walaupun dok dalam mood honeymoon lagi. Abang K ni abang sulung kepada kawan aku, ND. Nampaknya, majlis belah laki nanti aku kena bagi hadiah besarlah sebagai tanda berterima kasih. ;)

Sampai kat rumah Abang K, aku terus tidur. Ok, tipu.

Trip kali ni aku gi bersama dua orang best friend aku, SR dan ND. Dah berbelas tahun kenal, ni first time gi holiday sesama! Dah sah-sah malam tu dok berborak sakan walaupun sedar diri esok paginya kena bangun awal.

Tapi aku ni kalau bab berjalan memang tadahal bangun pagi. Aku yang awal sekali mandi dan siap macam budak tak sabar nak gi beli mainan kat pasar malam. Kul 6.30 pagi kitorang gerak dari rumah Abang K di Masai ke Danga Bay untuk naik bas. Kenapa Danga Bay? Sebab kitorang ikut tour, dan pejabat Tourist Agent tu kat area Danga Bay. Kalau korang nak naik bas awam, boleh naik di Larkin Sentral.

Ingatkan kitorang lambat,  rupanya paling awal. Hampeh! Dahla lapar gile pagi-pagi nak tunggu ahli group lain sampai. Kitorang gerak kul 7.45 pagi. Dalam bas tu diorang bagi Arrival Card untuk diisi. Simple je, bukan macam Arrival Card Australia yang siksa nak jawab ngalahkan soalan exam!


Awal-awal aku buat research dah. Kalau ke Singapore ikut laluan darat ni memang kena berhenti dua kali. Sekali kat imigresen Malaysia, pastu kat imigresen Singapore. Kalau ikut apa yang aku baca, memang aku dah bersedia lah nak berlari ala-ala Amazing Race. Tapi satu kelebihan ikut tour ni, diorang tunggu kau settle kat imigresen baru gerak. Yelah, kau dah bayar kot! Kawan aku, si ND kata,  kalau naik bas awam, jangan haraplah dia nak kira orang cukup ke tidak.

Tapi...tapi...dah memang rezeki kitorang di pagi Sabtu yang indah itu, imigresen Malaysia dan Singapore, lengang je. Serius! Beratur tak lama, pegawai Imigresen pun hensem. Eh, tetibe! Tak macam apa yang aku baca dalam blog travel orang lain.

Akhirnya, sampai jugak aku ke salah satu wishlist aku! Universal Studios Singapore! Apa lagi, terus serbu kat globe ni. Sebab takde orang sangat. Indahnya dunia! USS pun lambat lagi nak bukak, so kitorang lepak jelah kat luar ni tangkap gambar.


Tepat pukul 10 , pintu dibuka, kitorang pun masuk dengan tenang. Orang belum ramai, so rileks-rileks je. Mula-mula kita ambil map dan schedule. Aku dah belajar dari kesilapan di Movie World , kali ni aku tak nak terlepas parade. Sesal separuh nyawa, takkan hilang...ang........

Aku dah try rotate gambar ni, tapi bila upload still melintang. Longgarkan jelah skru tengkuk korang ye

So, nak tau kali ni Sal menyesal lagi ke tidak, tunggulah sambungan travelogue Summer Holiday aku ni. Hahaha..tak payah nak summer sangatlah! Tapi memang betul pun, Singapore punyalah panas wei, awan pun takde!

See you next time lovelies! Thanks for reading!
Read More