Wednesday, 20 September 2017

Bad Genius Movie Review

Lama sangat aku tak tengok filem dari Asia di wayang. Tapi filem nan satu ni ramai sangat yang rekemen, so di satu pagi hujung minggu aku pun gi tengok filem ni sorang-sorang.


Filem dari Thailand ini mengisahkan Lynn, seorang pelajar sekolah menengah yang sangat pandai. Pandainya Lynn ni bukan level biasa-biasa, sampaikan sebuah sekolah elit sanggup bagi dia full scholarship asalkan dia sanggup belajar kat situ. Di sekolah tu, Lynn berkawan baik dengan seorang gadis popular bernama Grace.

Demi nak stay dalam kelab drama, Grace terdesak nak maintain pointer. Sebab kesian member, Lynn pun bagi Grace tiru dia dalam exam. Grace pun cerita kat boyfriend dia, Pat, who ended up bagi Lynn idea untuk 'jual' kegeniusan dia. Caranya, Lynn bagi dia dan kawan-kawan diorang tiru, then Lynn dapat duit.


Lynn tempted dengan idea tersebut, memandangkan dia dan bapak dia orang susah. So dia memulakan 'bisnes' supply jawapan kat bebudak sekolah tu. Makin lama Lynn makin kelabu mata tengok duit sampaikan Pat bagi idea untuk Lynn supply jawapan untuk exam STIC. STIC ni exam untuk masuk universiti-universiti di Amerika dan set soalan adalah sama di seluruh dunia.

Nak bawak keluar jawapan untuk STIC bukanlah senang, kena ada memori yang kuat dan masa yang cukup. Jadi Lynn, Pat dan Grace muncul dengan idea untuk ambil exam tersebut di Sydney, Australia kerana faktor zon masa yang lebih cepat. Lynn meminta bantuan dari seorang lagi budak lelaki genius bernama Bank di sekolah diorang sebab dia tak rasa dia boleh hafal sorang-sorang. So, dari situ bermulalah perancangan genius Lynn dan rakan-rakan.

So, nak tau cmane diorang plan misi mustahil ni dan adakah plan diorang akan berjaya, korang tengoklah sendiri.

Scene kat dewan exam yang buat aku pun nervous sekaki!

My review? Filem ni memang best! Aku bagi 4 1/2 bintang! Best sebab lengkap unsur saspen, kelakar, semangat setiakawan dan kasih sayang keluarga. Katanya inspired by true events. How true is true, aku tak tau.

Jatuh kategori wajib tonton you alls! Cuma kalau anak-anak yang masih bersekolah kena ada parental guidance, takut diorang ikut pulak. Overall aku memang puas hati.

OKlah, thanks for reading gais!!


Thursday, 14 September 2017

Braces Journey Part 6 - 6 Bulan Kemudian

Sedar tak sedar, dah lebih 6 bulan aku bergigi besi. So far, aku masih melalui prosedur yang sama. Check up sebulan sekali, tukar powerchain, tukar arch wire. Tapi hari tu aku buat scaling (cuci gigi), sebab once gigi dah bergerak, kotoran-kotoran yang selama ni terperangkap kat celah-celah tu akan keluar. Lagipun, kalau pakai braces, memang senang trap sisa makanan. Sebab tu kot aku tak kenyang. 50% makanan aku terselit, 50% je masuk perut. Haha. So, nasihat buat pemakai braces sekalian, jangan miss scaling ye. Tapi, nak buat tu, pastikan bagitau sebelum appointment. Nak buat scaling, gigi kena bebas dari sebarang wayar berselirat. Cuma bracket sahaja diorang tak cabut.

Selain dari powerchain, aku jugak berkenalan dengan 'coligation'. Very fine wire, fungsi dia supaya gigi-gigi ko akan bergerak seiring sejalan dan tak jarang.


So far dah 6 bulan pakai braces ni, aku makin lali. Awal-awal je tak boleh makan nasi hampir seminggu, tapi sekarang dah OK. Balik appointment dah boleh makan nasi dah, tapi kena lauk senang kunyah, kalau tak sakit jugak. Ada lah sekali terlampau sakit sampai aku tak boleh tidur.

Tapi baru-baru ni doktor pasang 'power thread' (rujuk gambar atas) kat gigi atas dan bawah. Aku pun tak tau apa beza ngan powerchain tapi lagi tebal dan lagi menyakitkan. Yang ni memang menghalang dari makan nasi. Bila terlanggar time tidur memang terjaga.

Aku dah try tangkap gambar tapi tak jadi. Hahaha. Awal-awal je berangan nak tangkap gambar sebulan sekali nak buat timelapse, pas tu ke laut.

Thanks for reading!

Monday, 11 September 2017

Train Romantik dan Hutan Buluh - Part 12 - Kansai Trip

Assalamualaikum semua! Mood aku tengah membuak-buak nak sambung cerita Jepun ni so marilah kita. Hari ke 5 kami nak ke Kyoto lagi, so ambil JR West Kansai Area Pass

Mula-mula meh aku cerita cara nak beli JR Pass. JR Pass boleh beli siap-siap di Malaysia. Dia akan bagi resit. So, bila sampai sana just tukar di kaunter JR yang ada dekat airport. Macam kitorang, beli di booth di Isetan KLCC. Harga adalah 2,200 yen. Harga ikut yen tau, tapi boleh bayar pakai RM bergantung kepada kadar tukaran wang. JR Pass ni hanya untuk tourist. Boleh je beli di Jepun, tapi nak jimat masa dan duit yen, lagi senang beli di sini. Nak beli online boleh klik JTBOnlineMalaysia

Sebelum beli, kena standby :
1. Fotostat Passport
2. Tarikh pass akan digunakan. So, plan your itinerary before beli.

JR Pass adalah untuk individu, so tak boleh tukar. So far takdelah kitorang sampai kena check, but we never know kan, kot lah random. Insha Allah kalau aku jumpa JR Pass hari tu aku share gambar in the next entry

JR Pass ni ada macam-macam jenis. Mana satu nak diguna bergantung kepada tempat korang nak pergi dan itinerary. Nak lagi info boleh baca sini : Japan Pass Guide

Since dekat dengan tempat kitorang duduk tak ada JR station, so kenalah naik subway dari Namba Station ke Umeda station. Kansai Thru Pass 2 Days kitorang dah expired dan subway tak boleh pakai JR Pass. Teragak-agak nak beli tiket manual walaupun ada option bahasa Inggeris. Biasalah, nama pun tourist. Hehe. Dah sampai Umeda, jalan ke Osaka JR Station. Tapi time ni dah pandai sikit navigate Osaka station sebab dah puas sesat. Ewah. Kononlah, ajak pergi lagi sekali confirm sesat lagi. Kah kah.

240 yen dari Namba ke Umeda(Connected to JR Osaka Station). Tiket train yang comel sangat. Lagi kecik dari tiket bas mini kaler pink tahun 90-an

Lupa nak bagitau, pagi hari ke-5 ni kami nak naik Sagano Romantic Train u olls. Eh ingat akak tak romantik ke? Luaran je nampak brutal OK. Nak ke sana, kami naik JR dari Osaka Station direct ke JR Kyoto Station. Kalau aku kaya dah naik bullet train lagi sekali, tapi macam membazir pulak sebab dah ada pass. Dari JR Kyoto Station, naik JR Train lagi sampai ke Umahori Station.

Nak ke Umahori Station dalam 20 minit. Lama rasanya duduk dalam train. Awal-awal tu view dia bosan, nampak rumah-rumah je, then lama-lama akan masuk area kampung. Tengok luar tingkap dah nampak sawah padi dan sungai. Teringat filem Embun, Aqasha ajar Umi Aida tanam padi stail Jepun. Eh ke situ plak. Haha.

Keluar dari Umahori Station terus rasa angin sejuk. Tempat ni berkabus dan dikelilingi bukit. Sebab tu sejuk. Menggelupur bukak beg ambil Down. Still sejuk. Tabahlah. Haha. Tapi Subhanallah, view dia cantik giler. Udara pun fresh. Kena jalan sikit dari Umahori Station ke Kameoka Torokko Station.

Ko kenapa dik? Sakit pinggang sebab duduk lama dalam tren ke atau tak tahan baju berat berlapis-lapis. Haha. Time ni cakap pun mulut keluar asap

Boleh bergambar kat sawah padi!

The view dari Tingkat 2 Stesen Kameoka. Aku lupa ambil gambar stesen dari luar.

Ada kedai souvenir

Sementara tunggu Romantic Train, aku macam biasa bila sejuk je mulalah bladder buat hal. Padahal control tak minum air tuh. Aduh. So, aku pun gi toilet. Terkejut aku tengok toilet dia walaupun bersih sebab toilet cangkung ye u olls! Air takde, so kena isi air dalam botol kat sinki. So, ketahuilah bahawa toilet di Jepun ni variety. Ada tandas duduk yang moden dan siap ada air, pakai suis elektrik tu. Ada jugak tandas duduk takde air, so sebelum bukak zip tu check lah dulu ye. Toilet klasik ala-ala kat kampung pun ada jugak. Nasib baik hajat kecil, kalau hajat besar memang aku tahan balik town Kyoto. Haha.

Kalau belum beli tiket, boleh beli di kaunter. Tiket dia ada timing, tak boleh main redah je.  


Kitorang beli tiket awal, sampai je terus beli kat airport. Sebenarnya kalau beli awal boleh dapat seat. If lambat kena berdiri. Harga tiket 620 yen dewasa, 310 yen kanak-kanak.

 Dah sampai! See..ada pakcik yang jaga ye, ko jangan macam-macam, kena wisel nanti

Sepanjang perjalanan boleh nampak Hozugawa Ravine. Ada sungai jernih yang mengalir kat tengah-tengah jurang ni. Memang cantik. But to be honest lagi cantik kalau datang masa autumn dah full swing. Time kitorang ni daun pun belum merah lagi. Insha Allah, kalau ke sini lagi nak try naik boat menyusuri Sungai Hozugawa sekali.

Naik je terus cari seat, sebab kat tiket ada nombor

 If nak adventure dan banyak masa naiklah bot ride selama 2 jam



Kitorang naik sampai ke Arashiyama Torokko Station. Turun kat sini sebab nak tengok the famous hutan buluh. Train ride ni tak silap aku dalam 15 minit. Entahlah, seronok menikmati view luar. Sebab memang sangat cantik.

Manusia ramai, so pendamlah impian nak syot cantik macam dalam iklan. Itu semua dusta. Haha
 
Tips nak gambar cantik tanpa gangguan, shoot dari tepi. Haha. Tapi takdelah secantik if berdiri tengah-tengah jalan.

Dari sini kitorang proceed je ikut lautan manusia. Jalan je terus sampai jumpa jalan raya dan ada bus stop.

Singgah makan kat 'warung' belakang bus stop. Aku yakin halal sebab takde daging or ayam dalam menu. Just ikan dan sayuran. Pekerja dia pun boleh berbahasa Inggeris. Kitorang tanya ada alcohol atau wine ke tak, dia jawab takde. Tapi bila kitorang nak beli satu desert ni dia kata direndam dengan sakae (arak Jepun). So, apa-apa pun korang nak beli kat Jepun kena tanya dulu. Walaupun kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang. Gambar takde sebab aku tengah pening nak adjust cmane nak makan pakai chopstick. Stress woi kedai makan kat sini takde sudu garpu. So, nasihat aku buat korang yang tak pandai, bawaklah sudu garpu sendiri. Aku makan nasi campur cendawan apa entah. Lagipun orang ramai, kitorang pun duduk menyelit kat tembok tepi longkang. Tapi longkang kat sini takde bau dan bersih, so takde masalah putus selera mahupun putus terpaksa.

Dah makan, ke mana kita? Macam biasa sebab aku blogger malas nak tulis blog panjang berjela, korang tunggulah entry seterusnya. Hahaha. Till then, thanks for reading!!

Sunday, 3 September 2017

Sweet September is here

Assalamualaikum dan hai semua! Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah, berakhir sudah bulan Ogos yang sangat memenatkan! Tapi yang tak bestnya berakhir juga promosi 50% tambang MRT dan LRT. Berakhir jugak SEA Games. Tahniah skuad Malaysia mencapai target 111 emas dan menjadi juara keseluruhan. Walaupun frust tak dapat tengok opening dan closing atas tuntutan kerja dan urusan keluarga, dapat jugak menyelit kat acara-acara free tanpa tiket. Hahaha. Sekarang ni dok menghitung hari nak gi holiday! Badan aje kat sini, hati ngan jiwa dah kat mana-mana entah!

Sebelum aku melalut lebih jauh, meh kita tengok sape yang bakal menjadi my September Sweetheart berdasarkan pengomen yang meninggalkan komen walaupun blog sendu tak berupdate. Mereka adalah:

Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

Muhammad Khairuddin Lim
Blog : http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/

aRzMoHa
Blog : http://www.arzmoha.com

anamizu
Blog : http://ana-mizu.blogspot.my/

aryan azra
Blog : http://aryanazra.blogspot.my

Hainom Okje
Blog : http://hainomokje.blogspot.com/

Fidah Shah
Blog : http://whitebarley.blogspot.my

Zie Azi
Blog : http://jepunmari2.blogspot.com/

nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

tiga lalat
Blog : http://tigalalat.blogspot.my

I am LZ
Blog : http://ladyinredplanner.blogspot.my/

Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

paridah
Blog : http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/

Juliza
Blog : http://www.mamajue.com/

Hasliynda
Blog : http://haslinyda-umairah.blogspot.my/

mamapp
Blog: http://www.mamapipie.com/

raihanah
Blog : http://vitamin-cerdik.com/

ana suhana
Blog : http://www.anasuhana.com

Yang tak tersenarai, jangan ingat aku tak appreciate dan tak menyinggah pulak ye. I olls sangat terharu dengan kehadiran u olls semua. Aku tau ramai yang  nak komen, tapi dah entry pun hambar nak buat cmane. Kalaulah blogging ni ada KPI aku rasa aku dapat 2 je. Huhuhu.

OKlah, dah banyak merapu ni. Nanti free time aku gi jalan-jalan blog korang ye. Thanks sudi singgah sini. Sayang korang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com