Tuesday, 31 October 2017

Bila kaki bola tengok hoki

Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah, modem aku dah tukar baru. Cuma nasib external hard disk je tak tau lagi. Abang aku kata, dah kena virus maha hebat, tak tau boleh recover balik gambar-gambar tu ke tidak. Huhuhu jelah aku. Pengajaran untuk aku, pas ni gambar travel burn dalam CD takpun cuci. Pastu abang aku pesan, jangan campur aduk dengan file dari internet. Salah aku gak tu, masa edit gambar pakai Pizap, aku select pix direct dari external hard disk, patut aku copy dulu ke PC. Apa pun, nasi dah jadi bubur, kismis pun tak boleh nak kembali jadi anggur.

Tapi nasib baik gambar masa aku gi tengok Sukan SEA still ada dalam PC, so marilah kita layan cerita basi. Sejujurnya aku agak frust sebab masa Sukan SEA baru ni aku agak sibuk dengan urusan kerja dan urusan keluarga. Kalau tidak memang aku jejak semua venue kat KL ni.

 Sukan SEA 2017 #KitaJuara

Aku ni dari kecik memang agak lembik. Suruh bersukan memang fail, lumba lari ngan budak gemuk pun aku kalah. Tak taulah sebab paru-paru lemah ke, atau sebab aku pernah accident masa umur setahun. Dah kita tak mampu bersukan, kita tengok jelah. Selain bola sepak dan badminton, aku suka gak tengok hoki. Bagi aku sukan hoki kat Malaysia ni underrated. Bola sepak juga dipandang orang. (Tetibe teringat aku ada gambar ngan Minarwan Nawawi dalam external corrupt tu. Sobs). Tapi sebab aku jujur, aku mengaku lah aku minat hoki ni start zaman Keevan Raj ngan Logan Raj sebab diorang dua ni hensem. Hahaha.

Kalau ikutkan, dari awal lagi team Malaysia dijangka menang mudah dalam acara hoki lelaki sebab ranking kita tertinggi di Asia Tenggara dan antara Top Five dalam Asia. Tapi hati tu still teringin nak tengok and be part of the history walaupun adik-beradik Raj sekarang dah tak main. So, dengan gigihnya, balik kerja aku naik LRT ke Bukit Jalil.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang dah lawa sekarang. Last aku gi masa tengok Liverpool.

 Angkut adik-adik. Sahaja aku taruk emoji sebab diorang ni pemalu sikit

Acara hoki start pukul 8, so sempatlah solat dulu di surau Bukit Jalil. Yang ni pun dah renovate dan lebih cantik dan selesa. Walaupun ramai tapi still boleh solat dengan tenang. Time ni tengok ramai volunteer Sukan SEA yang nampak letih tapi happy. Korang jangan berlagak ye, akak dulu buat persembahan pembukaan Sukan SEA 2001 tau! Haha, poyo je ayat, bebudak tu tak kacau aku pun.

 Malaysia berjersi oren. Cantik. Takde pulak jual kat kedai

Acara hoki ni macam olahraga jugak - masuk free. Game yang aku tengok ni lawan Thailand, tapi baru peringkat kumpulan. Thailand ni tak utamakan hoki sangat kot. Player diorang pun nampak kecik berbanding player Malaysia. Ada tu alahai nampak macam form 1 je.

Penonton agak ramai walaupun baru peringkat kumpulan. 

Crowd tengok hoki ni tak sama macam crowd tengok bola. Lebih tenang. Maybe sebab game ni memang one-sided. Orang buta sukan pun boleh nampak Team Malaysia is at a whole new level. Takde stress pun. Tekak letih gaklah nak jerit gol. Tu belum campur gol tak jadi lagi. Haha. Selalu kalau tengok bola tekak letih maki player je.

Dah letih jerit kita minum milo. Ada van milo free kat luar stadium. Minumlah kau sampai kembung

Bendera lebihan deco Merdeka kat office aku pinjam. Hehehe


Bab hoki ni aku takdelah pandai sangat. Tapi dari dulu aku selalu rasa hoki adalah sukan yang susah sebab kena control equipment pakai tangan, at the same time kena lari dan control kaki dari terkena bola dan hockey stick player lain. Memang aku kagum sangat kalau orang tu pandai main hoki. 

Though bola sepak is my favourite sport, ada certain benda aku lebih suka pada hoki. Contohnya penggunaan video referral dan kalau ada player injured, game akan direhatkan. Takdelah drama player terhegeh-hegeh sebab nak curi masa macam bola sepak. Pemain hoki juga lebih hormatkan pengadil mungkin sebab player dan referee ada peluang untuk mengadu dan discuss sesuatu keputusan. 

Too bad di Malaysia sukan hoki kementerian tak hype macam bola sepak dan badminton yang mengecewakan over and over again (lately, I mean -I was alive last time badminton Malaysia was at its best).

Dipendekkan cerita Malaysia menang bergaya. Bolos satu last minute tak silap aku

Lubang hidung to control sikit please..

Habis game kitorang pun balik naik LRT. Kereta adik aku parking kat LRT Ampng.

*****

Beberapa hari pas tu adik aku ajak tengok final pulak. Aku memang dah plan nak gi, tak sangka dia pun terfikir benda sama. Adik lelaki aku tak dapat ikut, so mak aku pun terpaksa lepaskan adik aku gi ngan aku berdua. Berat gak kot hati Mak aku tapi mungkin dia rasa bersalah sebab dia tak bagi adik aku jadi sukarelawan Sukan SEA; pastu aku pulak terpaksa let go tiket closing sebab tetibe diorang nak raya haji kat kampung akak aku. Aku syak adik aku buat muka seposen masa mintak izin. Hehehe.

Hari kejadian macam biasa kitorang jumpa kat LRT Chan Sow Lin. Hoki start 6.30, so aku mintak izin bos balik 5.30 instead of pukul 6. Crowd dalam LRT jangan cakaplah. Nasib baik bola sepak final buat kat Stadium Shah Alam, kalau tak mesti lagi ramai. Tapi yang tak bestnya dah start hujan. Aku pulak tertinggal payung. Aduh. 

Sampai stadium, hujan dah berhenti tapi agak susah nak cari seat sebab banyak seat basah kena tempias. Pusing keliling gak lah kitorang. Tapi tengok game dah start dan tengah rancak, selamba je kitorang berdiri kat palang tu. Bila dah break Q1 baru smbung cari seat.

Final - Malaysia vs Myanmar

Dalam bola sepak, tempat player simpanan, staf dan coach duduk tu dipanggil 'dugout'. Tak tau hoki panggil apa. Kalau tengok bola sepak mahal tau seat kat area dugout ni. Tapi acara hoki kat Sukan SEA ni free. Tak perlu beratur dari kul 2 pagi macam final bola sepak.

Against Myanmar, Malaysia nampak superior dan menguasai permainan. Myanmar memang takde chance pegang bola. Dah nampak dah kilauan emas.

 Eventually hujan turun, kitorang terpaksa pindah tempat sebab kena tempias

Ramai penonton game final ni.

Hujan makin lama makin lebat, so game terpaksa ditangguhkan. Aku pun ajak adik aku chow gi solat Maghrib dulu. Pas solat adik aku malas dah nak patah balik, sebab dah confirm menang, tapi aku cakap ngan dia aku teringin nak nyanyi Negaraku sama-sama masa amik medal tu. Terpaksalah aku rasuah Uncle Bob's Fried Chicken beli kat food truck kat luar stadium. Hehehe.

Masuk balik duduk tempat lain pulak. Lantaklah 

Menang mudah 14-0! Final apa macam ni? Haha

Congrats Malaysian Hockey Team. The Unsung Heroes

Acara Penyampaian pingat. No.2 Myanmar, no.3 Singapore kot, aku dah lupa

Budak baju kuning tu pandang aku mesti sebab suara aku sedap. Baru 'Negaraku', belum aku pukul lagu Liza Hanim lagi.

In the end, it was a great night! Kalau tak kerana game postpone, mesti before 9 pm dah settle. Cadangnya nak rushing tengok bola sepak final pulak kat TV. Kot ada rezeki emas jugak macam hoki.

Ada skrin besar kat stesen LRT. 

Sempat layan first half kat sini. Tengoklah masing-masing kecewa dengan gol sendiri. Not a memorable game anyway.

Takde rezeki pasukan bola sepak nak ikut jejak langkah pasukan hoki dan ragbi. Apa boleh buat, bola sepak Thailand 50,000 langkah ke hadapan. Orang dah sampai qualifying World Cup, kau dengan Palestin negara bergolak pun tak boleh makan. Malas lah sembang. Sakit hati. Apa pun #SelamanyaHarimauMalaya

Begitupun, Malaysia dengan cemerlang menjuarai Sukan SEA ke 29 ini dengan pungutan emas 145 pingat, jauh meninggalkan Thailand di tempat kedua dengan hanya 72 emas. Dah jangan gaduh-gaduh pasal bola. Tamak-tamak nak gi mana?

Thanks for reading! Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara.

Wednesday, 25 October 2017

Shinsaibashi Street dan Udon Halal di Kansai Airport- Part 15- Kansai Trip - UPDATED!

Assalamualaikum. Brace yourself people, ini entry last Kansai Trip. Hehe.

*****

Lama juga kami duduk kat Universal Studio. Posing bagai nak rak, kalau pakai kamera filem memang habis dah roll. Hahaha. Bila dah lapar baru ingat nak balik. Tapi, bekalan dah habis. Nasib baik ada pocket wifi. So, google untuk cari nearest Halal Restaurant.

Antara restoran first yang muncul adalah 'Bagus Restaurant'. Restoran Indonesia, OKlah kan, ada nasi! Restoran ni dekat dengan Nakatsu Station (Subway Midosuji Line- warna merah). Tukar-tukar train lagi. Dahlah tak ambil pas atau kad prepaid, maka terhegeh-hegeh kat mesin beli tiket secara manual. Lantak kaulah kalau ada orang Jepun nak maki. Bukan aku faham. Haha.

Tapi kecewa betul kitorang bila sampai, restoran tutup. Huhu, sedih! Kebetulan agaknya time kitorang pergi diorang tutup. Waduh, gimana!

Tukar plan, kita ke Ali's Kitchen kat Shinshaibashi. Ah..perfect! Dekat dengan rumah. So, patah balik Nakatsu station tadi, naik subway Midosuji line sampai ke Shinsaibashi station. If tak tau nak exit mana, tanya orang cara ke Uniqlo Flagship Store. Keluar dari station, cross jalan besar, belok kiri, akan nampak Uniqlo besar tak hengat. Like really besar OK. Trust me kalau kau Pencinta Uniqlo macam kawan baik aku si ND, memang rasa terasuk je nak masuk situ.

Ali's Kitchen ni bukanlah seketul restoran besar on its own. Tapi dalam building depan Uniqlo tu. Kena turun tingkat berapa entah pakai lif.  Sorry aku lupa amik gambar building tu tapi rasanya tak akan miss sebab ada signboard cam kat bawah ni.

 Ingat pesanan senpai : Jangan convert


Restoran Ali's Kitchen ni macam restoran-restoran korang biasa tengok dalam drama Jepun. Kecik dan penuh dengan orang-orang berpakaian pejabat. Owner kedai ni pandai cakap Jepun walaupun berbangsa Pakistan. Aku serius segan nak amik gambar sebab orang ramai. Dahlah nampak out of place pakai baju kurung apa semua, keliling tu orang-orang Jepun sedang bersuka-ria. Erm..bapak Shin Chan mesti ada sini.

Apa pun, makanan dia boleh tahan sedap. Pakistan food, macam biasa portion besar boleh share.

Dah kenyang, kita bayar dan keluar. Masa ni terus rambang mata tengok area Shinsaibashi yang banyak tempat shopping. Boleh download map dekat SINI .

Disebabkan esoknya dah nak balik, kami decide untuk jalan je dari Shinsaibashi sampai ke rumah. Bila lagi nak tengok kemeriahan malam hari di Jepun kan. Kalau naik train, kena turun kat Namba, which is satu stop sahaja. So assume rumah kitorang (amboi, bila masa beli ntah!) dengan area Shinsaibashi ni dekat. So, nak tau dekat ke tidak, ayuhlah kita menapak.

 Jepun yang sentiasa sibuk dan meriah. Tapi malam ni takde orang pakai costume dah



Teruja tengok bendera Malaysia atas tu

Jalan punya jalan, sampai jugak akhirnya ke apartment kitorang menginap. Malam tu kemas beg dan kemas rumah. Kalau menginap di Airbnb ni pastikan rumah kemas sama macam kita datang.

Alang-alang dah cerita pasal rumah, meh aku nak review sikit. Rumah kitorang duduk ni memang best, tapi sempit sikitlah. If lebih dari 4 orang mungkin tak selesa. Tapi kita bukan nak duduk selama-lamanya kan? Janji dekat dengan stesen train dah cukup. Tuan rumah, Hiro though tak pernah jumpa tapi komunikasi dengan kitorang melalui email dengan baik sekali, siap bekalkan pocket wifi untuk kemudahan internet. Tak payah beli simcard.

Benda ni subjektif. Ada orang tak suka book through Airbnb sebab nak cari rumah agak leceh berbanding nak cari hotel. As for me, rumah best sebab boleh masak, boleh basuh baju dan lebih privacy. Kalau ramai or datang dengan family memang sesuai. If nak booking Airbnb, korang kena create account. So, bukan setakat rumah tu akan kena review, korang pun akan kena review dengan tuan rumah. So, buat la perangai elok-elok. Nanti takut nama dah buruk, tuan rumah lain takut nak sewakan rumah kat korang.

Ada dua katil double decker. Selimut dan bantal sorang satu


Dapur siap microwave dan fridge. Takde kettle, so masak air dalam microwave


Bilik air siap heater dan bath tub. Tandas rumah pun pakai elektrik tau.

One thing aku suka pasal rumah Jepun ni adalah diorang pandai manipulate ruang. Boleh create space kat tempat sempit. Teringat aku realiti show Jepun tajuk dia 'Before After'. Rumah kecik, tapi banyak compartment untuk jimat ruang. Aku rasa diorang ni mesti rajin mengemas jugak. Yelah,, meja sama tu buat makan, tu lah buat kerja, so nak tak nak kena kemas. Teringat masa aku balik aku cerita kat Mak aku dan dia kata 'ha jomlah kita buang semua meja dalam rumah ni tinggalkan satu je'. Haha, adoi Mak.

If korang nak duduk rumah yang sama, boleh try : BOOK HERE

Booking pakai Airbnb ni macam booking hotel kat Traveloka gak lah. Key in tarikh dan area. Pastu browse. Tips booking rumah through Airbnb ni, seeloknya pilih yang dekat dengan stesen keretapi. Lepas tu, tengok keluasan rumah. Orang Jepun dah biasa rumah sempit, tapi kita mungkin tak. Macam rumah kitorang duduk ni, dia suggest boleh up to 6, hakikatnya 4 orang pun dah berlaga bontot.

Esoknya, pagi-pagi kitorang dah bangun untuk balik ke tanah air. Sedih jugak ni. Rasa tak puas jalan-jalan kat Jepun. First thing first, kena pulangkan kunci, so letak balik dalam storage box kat kedai tempat kitorang amik kunci ni masa baru sampai. Kelakar kalau dikenang betapa siksanya kitorang nak cari kedai tu dan rumah, sebab jalan-jalan Jepun yang sempit dan confusing.

Bye Namba! Great city, great people!

Pastu heret beg ke Namba Station untuk cari stesen train Rapit ke Airport. Boleh je nak naik Airport Express biasa, tapi bila lagi nak feeling tourist kan.


 View dari dalam train - Birunya langit! 

Alhamdulillah selama berada di Jepun, cuaca begitu baik sekali. Hujan rintik-rintik, tu pun sekejap. Paling aku syukur sebab tak terasa gegaran. Jepun kan antara negara yang kerap berlaku gempa

Awal lagi sampai ni, so kita gi jalan-jalan dulu

 Signboard yang kau akan selalu jumpa di Jepun

 Ini pun aku kerap jumpa. Konsep yang bagus. Kau nak makan asap, makan sorang-sorang

Tak usah risau bab solat sebab Kansai International Airport ada surau.

Lepas solat, kami check in luggage dan kemudian singgah makan kat Restoran Udon halal.


Konsep layan diri. Pilih apa kau nak, pastu hujung sekali baru bayar

 Ingat pesan aku, kalau tak pandai pakai chopstick, bawak sudu garpu sendiri

So far sepanjang kat Jepun, sushi halal je aku tak jumpa. Ramen, Udon, Onigiri, Takoyaki semua aku telan. Padahal bila balik Malaysia tak pandang pun makanan-makanan tu. Kecuali sushi bila sesekali craving.

Lepas makan kita standby untuk boarding dan berangkat ke tanah air tercinta

Dengan ini berakhirlah entry Jepun aku. Yay!!! Entry khas untuk itinerary dan budget akan dibuat kalau ada permintaan.

Part 14
Part 13
Part 12
Part 11
Part 10
Part 9
Part 7
Part 6
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1

P/s : Maaf entry ni publish dua kali. Hari tu, tengah sedap tulis entry, modem internet rumah aku rosak. Belum pasang yang baru so x dapat online. Terpaksa pakai hp, tapi gambar dah transfer PC. Ni dah ganti, baru aku dapat update. Nak try update kat office tapi external hard disk corrupt so mintak tolong abang aku repair . Harap dapat selamatkan gambar-gambar dalam tu kalau tak menangis lah aku. Banyak gambar lama2 , sayang kalau hilang

#Pray4externalharddiskSal

Friday, 20 October 2017

Tombiruo Penunggu Rimba Review

Biarkan ribut itu datang...


Akhirnya dapat jugak aku tengok wayang, dan dalam banyak-banyak filem aku pilih 'Tombiruo Penunggu Rimba'. Obviously aku tengok sebab dah lama tunggu adaptasi novel karya penulis terkenal Ramlee Awang Murshid. Seingat aku first time aku baca  novel ni masa aku sekolah menengah.

Tombiruo Penunggu Rimba mengisahkan Ejim (lakonan Zul Ariffin), anak kelahiran suku kaum Kadazan-Dusun di sebuah hutan di Keningau, Sabah. Ibu bapanya telah meninggal dunia, jadi dia dibesarkan oleh Pondolou (Faizal Hussein). Ejim kurang disenangi penduduk di situ kerana berwajah hodoh, sehingga terpaksa bertopeng setiap masa. Namun begitu Pondolou percaya Ejim lelaki istimewa yang merupakan 'Semangat Hutan'.

Macam Tarzan pun ada gak aku nampak Tombiruo ni

Ejim berasa kehidupan dan hutannya terganggu sejak Syarikat Anak Bumi milik Tan Sri Behram (M.Nasir) menjalankan aktiviti pembalakan di hutan tersebut. Satu kemalangan meragut nyawa Tan Sri dan anaknya Salina, menimbulkan kemarahan Amiruddin (Farid Kamil), suami kepada Salina. Telah berlaku salah faham menyebabkan Amiruddin menyangka Ejim yang membunuh isteri dan ayah mertuanya. Kehadiran wartawan bernama Wan Suraya (Nabila Huda) dan anak sulung Tan Sri bernama Baizura (Dynas Mokhtar) menyulitkan lagi situasi.

Nak tahu siapa dalang di sebalik kejadian-kejadian aneh kat hutan tersebut dan siapa sebenarnya Ejim, korang ada dua choice : baca novel, atau tonton filem ni.

Bagi orang yang pernah baca novel, mungkin tak terkejut dengan plot twist kerana jalan cerita sememangnya ditiru bulat-bulat cuma dimodenkan sedikit supaya sesuai dengan situasi zaman sekarang. Tapi abaikan itu semua. Tonton filem ini untuk lihat aksi dan sinematografinya yang kemas dan cantik. Kualiti CGI dan grafik adakalanya nampak kartun, tapi kira OK lah banding dengan filem Malaysia lain. Cuma kurangnya bila novel yang panjang cuba dimampatkan dalam filem berdurasi 2 jam, akan ada kurang dari segi pengembangan watak dan jalan cerita. Tapi takdelah susah nak faham. Untuk filem genre adaptasi, ia boleh dikategorikan sebagai berjaya.

Farid Kamil is bae dalam filem ni

Dari segi lakonan, aku suka kerana Tombiruo Penunggu Rimba banyak memaparkan pelakon yang kita dah lama tak nampak. Babak pertarungan nampak cukup mantap dan mendebarkan. Biaq pi lah korang teruja tengok tubuh sado Zul Arifin, tapi aku rasa Farid Kamil nampak cukup macho dalam filem ini. First time aku tengok bakat lakonan dia betul-betul terserlah dan diuji. Pelakon-pelakon lain semua best. Watak paling aku suka adalah Wong, ketua sekuriti Syarikat Anak Bumi. Nama pelakon tu Michael Chen dan aku rasa dia memang talented.

So, rekemen ke tidak? Obviously! Kalau selama ni korang jenis yang pandang hina filem Melayu, mugkin akan ubah fikiran lepas tonton filem arahan Seth Larney ni. Bila aku google, Seth Larney bukan calang-calang orang tau. Dia pernah terlibat dalam pembikinan filem-filem Hollywood seperti X-Men, Narnia dan The Matrix.

Kalau ikut post-credit, filem ni akan ada sambungan. Tak sabarnya! Harap best jugaklah.

Till then, thanks for reading!

Thursday, 12 October 2017

Dari Osaka ke Nara - Part 14 - Kansai Trip

Assalamualaikum dan hai semua. Aku nak sambung cerita di Jepun yang dah masuk hari terakhir. Cepat betul masa berlalu. Yang lambatnya aku kalau bab update bog. Haha, tapi entry ni paling simple nak ditulis. Ibarat buku kanak-kanak yang lagi banyak gambar dari tulisan. Jadi kita enjoy!

Hari terakhir ni kami nak ke Nara. Osaka ke Nara jarak dalam 45km, jadi nak balik hari pun OK. Plan asal nak ambil Kintetsu Rail Pass, tapi tak jadi. Masa sampai di Kansai Airport, aku ada tunjuk itinerary dan mintak nasihat dari staff di Tourist Information Centre samada perlu atau tidak ambil pass tu. Dia kata tak perlu so ikutlah cakap dia yang pastinya lebih tahu.

We decide to wear baju kurung today!

Dari Namba, kami naik Kintetsu Line direct dan berhenti di Nara Station. Untuk tips lain cara nak ke Nara, boleh rujuk SINI

Senang je nak ke Nara, dan Alhamdulillah cuaca OK. Stesen Nara kecik je, tapi just for guidelines, korang cari exit ke Deer Park. The most exciting part about Nara adalah, compare to Osaka, Kobe dan Kyoto, sini dah autumn dulu! Means..daun dah banyak yang merah!! Yay!

Nara's Map - banyak temple dan muzium


Cantik dan bersih. So in love with this place!

Tak banyak aktiviti yang kitorang buat kat Nara. Itinerary pun cincai. Sekadar jalan ikut langkah kaki. Mana nampak ramai orang, kitorang ikutlah. Takde turun naik bas, train apatah lagi. Sebab tu tak ambil sebarang pass. Nara is a simple town. Tak sesak dengan manusia, cuma sesak dengan rusa. Wait. What?

Nara yang tenang jangan disangka tiada rusa


Di Nara memang ada banyak rusa. Aku try jugak google kenapa kat situ ada banyak rusa, tapi tak jumpa pulak jawapan. Rusa ada dalam longkang, bawah pokok, dekat bus stop, kat kaki lima. Yup, everywhere. Longkang sini memang dijaga kebersihannya sebab rusa suka berendam dan minum air dari situ. Dan rusa-rusa ni takdelah busuk sangat. Boleh petting dan bagi makan, tapi jangan bagi sebarangan. Beli lah deer food dari locals yang duduk-duduk di kawasan rusa bertumpu. Lagi satu, berhati-hati jugak, manalah tau rusa naik minyak.

Nampak lake yang cantik ni

Tempat yang sesuai untuk lepak makan bekal

Juga sesuai untuk termenung bajet ayu

Menung lagi bila nampak kedai banyak tutup


Di Nara ada banyak temple dan pagoda. Cantik dan klasik, macam dalam citer Avatar - Legend of Aang. Bergambar lah korang puas-puas situ. Kitorang bergambar memang banyak, tapi segan pulak aku nak upload gambar sebab semuanya gambar beramai-ramai.

The streets of Nara. Kurang sibuk berbanding Osaka. Ni masa kitorang jalan ikut signboard ke JR Nara Station.

Nara City Tourist Information Centre ni betul-betul sebelah JR Nara Station. 

Kami solat dekat sini. Tapi toilet cuma ada satu. Orang beratur panjang. Tempat solat dia pun kecik, muat-muat sorang. Aku rasa sekadar stor yang diubah suai. Tak kisahlah, janji boleh solat.


Other than that, tempat ni ada sofa boleh lepak-lepak. Wi fi pun laju.

Staf sini pandai cakap Inggeris

To be honest, jalan-jalan Nara ni sekejap je. Lainlah kalau korang masuk semua muzium dan temple dia kan. By Asar macam tu dah selesai, dah tak tau nak buat apa. So, kitorang pun menung dekat Tourist Centre. Tanya yang lain-lain, ada apa-apa nak shopping lagi ke? Tempat teringin nak pergi? Suddenly someone come up with idea nak tengok Universal Studio. Jadilah, walaupun tak masuk.

So kitorang pun naik JR ke JR Universal Station berdasarkan route map kat stesen keretapi. Time ni memang blur lah, sebab benda tak plan kan. Tapi hasil kerjasama 4 kepala, tambah pulak dengan info dari staf kat Information Centre, sampai lah jugak walaupun teragak-agak nak tukar train dan pilih gerabak. Nama pun tourist kan, tak sesat tak feel.
Dah 15 tahun rupanya usia USJ ni

Ramai gak tanya, nape tak masuk USJ. Sebenarnya, keadaan kewangan kurang mengizinkan. Lagipun kitorang ni bukan hantu themepark. Lagi-lagi yang baju down biru tu, naik roller coaster bodoh-bodoh pun dah menjerit macam orang gila. Tapi bila dah sampai depan ni tetiba rasa menyesal. Hah, tulah manusia! Apakan daya, hari dah petang. Rugi kalau masuk. Lagipun pakai baju kurung nak naik roller coaster mau terbongkar semua rahsia. Haha.

Orang Jepun dan kostum berpisah tiada. Nampak yang kiri pakai baju lembu. Kanan pakai baju Angel. Korang nak masuk USJ pakai gitu ke?

Oh ye, untuk pencinta Hard Rock, kat sini ada Hard Rock Cafe ye, Anies. Eh tersebut nama plak.

Siapa kata gadis dari setinggan tak boleh sampai Jepun? *Pinjam ayat iklan Fernleaf*

Next time kalau ada rezeki ke Osaka lagi, aku memang nak masuk USJ. Next time tu bila tak tau lah haih. Kena kumpul duit dan menabung lagi.

Nanti sambung story k. Thanks for reading.

Part 13
Part 12
Part 11
Part 10
Part 9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com