Merhaba Turki Part 5.2! Kilang seramik dalam gua & lunch sambil layan view awesome!

Tuesday 20 December 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Sebelum entry Turki ni terkubur tanpa nesan, marilah kita sambung cerita hari pertama di Cappadocia, dan hari ke 5 trip.


Seterusnya kami dibawa ke Kaya Sultans Ceramics yang terletak di pekan Avanos, Cappadocia. Aku excited nak masuk sebab Sultans Ceramics terletak di dalam gua. Kiranya ini pengalaman pertama aku masuk gua di Cappadocia. Masa tu berdebar nak tahu, tak panas ke? Tak kepam ke?


Once dah masuk, rasa nyaman je. Tercari-cari punca air-cond tapi pekerja kat situ cakap, dalam gua di Cappadocia ni memang sejuk semulajadi. Ada jugak nampak beberapa lubang angin untuk ventilation. Begitu juga dengan hotel. So, kalau korang nak tidur dalam hotel gua di Cappadocia, tak perlu risau panas atau sesak nafas. Selesa je tau dalam ni. Satu pengalaman yang berharga sebab kita tak jumpa kilang dalam gua macam ni di Malaysia.

Tapi, kilang dalam gua ni mudah sesat kalau tak tahu jalan sebab berselirat. So, ikutlah pekerja kat situ. Jangan memandai masuk entah mana-mana ceruk, kang sesat macam dalam maze.

Keadaan dalam 'gua'. Tiada penampakan penyokong Manchester United dalam ni. Eh


Unikkan bentuk bekas air yang ada lubang di tengah tu. Reka bentuk asal oleh bangsa Empayar Hittite yang merupakan penduduk awal Cappadocia pada tahun 2000 BC. Sebelum terbentuknya Turkiye macam kita tahu sekarang, Cappadocia merupakan sebahagian dari Wilayah Anatolia yang terletak bersempadan dengan Black Sea.

Dilukis dengan tangan 100 peratus tanpa bantuan mesin



Kami juga dibawa melihat demo pembuatan mangkuk dengan tanah liat. Berdekah tengok ahli group jadi sukarela nak try. Last-last jadi bentuk hape entah. Nampak macam senang, tapi kalau takde kemahiran memang tak jadi. Aku takde pulak rekod video tapi memang bersepah lah cerita dia.

Gambar dalam frame banyak-banyak kat belakang tu adalah orang-orang ternama yang pernah datang melawat kilang Sultan Ceramics ni. Ada ahli politik, pelakon, ahli sukan dan penyanyi antarabangsa jugak tapi aku dah lupa lah siapa. Ini lah akibat dah berbulan balik pun tak habis cerita lagi.

Nampak macam senang je kan

Once dah settle bergelak tawa, tibalah masa untuk berbelanja. Kalau tadi shopping batu permata, kali ni shopping pinggan mangkuk dan bekas air pulak. Segala produk yang diorang ada, dipamerkan dalam satu bilik yang luas. Pilih dan bagitahu pekerja kat situ mana yang berkenan dan diorang akan bungkuskan untuk dibawa pulang. Tapi, tak boleh ambil gambar sebab pihak Sultan Ceramics ni tak nak corak dan reka bentuk produk diorang kena tiru so kita respect lah permintaan owner.

Aku macam biasa mestilah tak beli. Aku jenis yang tak suka perhiasan rumah banyak-banyak ni sebab aku pemalas. Ya, malas kemas buang habuk semua tu. Lagipun harga boleh tahan. Ada juga ahli kumpulan yang membeli. Banyak duit diorang ye.

Simpan gambar jelah buat kenangan

Before pergi makan, singgah bergambar dulu. Aku lupa lah nama tempat ni

Yang penting ada gambar tuan tanah yang menahan kepanasan bawah cahaya matahari

Lunch di sini

Lapor bebenor kot aku. Ada gambar ni je

Anka Restaurant ni menu boleh tahan sedap. Tapi yang bestnya kat sini kalau makan di bahagian luar, boleh menikmati view yang cantik. Kitorang makan belah dalam sebab luar dah penuh. Tapi lepas makan, aku pergi jengah view di seating outdoor.




Muka bumi Cappadocia ni memang mesmerizing. Walaupun setakat berdiri dekat balkoni restoran sambil layan pemandangan pun boleh buat aku leka.

Once semua dah settle makan, kita sambung perjalanan lagi. Itu nantilah next entry aku cerita ye. Thanks for reading!

Baca ni dulu : 

38 comments

  1. ohsemm sgt tuh View.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Wak yang ambil gambar mesti nampak lagi ohsem

      Delete
  2. Mesti rasa rindu nak ke Turkiye lagi kan.. nampak seperti menarik saja tempatnya.

    ReplyDelete
  3. cuma ada 1 je ke kilang seramik kat situ (ada dlm gua)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada lagi, tapi ni yang diorang bawak, so aku tau satu jelah

      Delete
    2. dari mana diorg dapat tanah liat tu? tanah kat cappadocia tu jenis tanah liat ke?

      Delete
  4. p/s awal nau ko dah msk gua? relaks laa game v ms jumaat kot? larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua ni takpe. selesa dan banyak hiasan cantik-cantik

      Delete
    2. so next time kalau msk gua dah tau laa kat mana lokasi kau... kellasss ko nyah! smpi cappadocia ko menguakan diri hahahahaha

      Delete
    3. of course lah, x main lah gua biasa-biasa

      Delete
    4. bunyi ayat tu, mcm ko dah booked siap2 gua ni utk pagi esok hahahahahha

      Delete
  5. Suka tengok corak ceramic plate dari turkiye. eh, yg shopping byk2 tu camane dieorg angkut barang2 tu balik ye Sal? Kot2 ada perkhidmatan kurier ke hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurier ada,tapi mahal la jugak kosnya. Diorang beli dan hand carry je masa naik flight. masuk luggage takut pecah

      Delete
  6. MInta autograph dengan model padang pasir tu boleh dak

    ReplyDelete
  7. Apabila Sal cakap dalam tua rasa nyaman, tidak pengap rasa hendak cuba juga.

    ReplyDelete
  8. bestnya...ala ada pic cun2 lagi entry ni.. he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tula lambat update entry, kalau tak boleh letak kat kalendar

      Delete
  9. Rambang mata tengok hasil seni seramik yang cantik dan pelbagai. Memang harga kayangan sebab proses pembuatannya sangat teliti dan berkualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. lukis dengan tangan pulak tu. bertahun nak mahirkan diri

      Delete
  10. Pemandangan yang sangat memukau.

    Cantik seramik tu, berkenan jugak. Tapi kalau akak pun tak membeli kot, kurang suka letak perhiasan di rumah.

    Gua tu mesti banyak lubang angin, tu sejuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajin mengemas kalau tak kumpul habuk. lagi satu, leceh nak protect dari kanak-kanak dan kucing

      Delete
  11. ceramic turun temurun berkualiti tinggi tu setara dgn harganya kan

    ReplyDelete
  12. Seriously dalam gua pun boleh buat kilang??? org kata mmg lihai ni... mcm manalah agaknya diorang maintain gua tu yek... tp masya allah cantik sangat la view mmg xde kat negara kita mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya orang dulu-dulu yang gunakan gua ni sebagai rumah, tapi dah takde orang duduk jadi lah kilang. wallahu'alam. tak terfikir nak tanya

      Delete
    2. Ye la kot... org dulu² kan duduk dalam gua.. nmpknya kena repeat la ni sal... nnt tanya ye... hahaa

      Delete
  13. mesti terkial-kial org malaysia try buat pasu...hihi...kaki tangan kena bergerak serentak...

    ReplyDelete
  14. wah bestnya tengok diorg buat depan mata.. kedai tu nampak klasik sgt

    ReplyDelete
  15. Sha yang tengok gambar pun terpesona.. Semoga ada rezeki nak ke sini.. Cantik..

    ReplyDelete
  16. SubahanAllah! Cantek sungguh permandangan dia.. Tak membeli pun tak apa Sal asalkan ada gambar kenangan.. ;)

    ReplyDelete
  17. mek oooo mek! dah dah laaa tu dlm gua tuuu... alaa terlepas 1 piala je kot... dah dah keluar cpt!

    ReplyDelete
  18. tengok gambar batu2 tu mcm boleh bayangkan betapa panasnya cuaca..

    ReplyDelete
  19. masya Allah..cantik sangattt view dia!

    ReplyDelete
  20. selfie la puas2 sal. nanti print simpan. hehe. dh pandai selfie. memang cantik view gunung ganang.

    ReplyDelete
  21. kalau dpt tempat letak air tu bestnya.

    ReplyDelete
  22. cantik- cantik corak kat seramik tu...berkenan plak tapi sure mahal kan?

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah