100 WISH List Before I Die.. - Part 1

Saturday, 24 September 2016

Assalamualaikum semua. Aish, rindunya nak blogging! Al-kisah, aku telah ditag oleh Cik Huda dalam entry ini : 100 Wishlist

100 Wishlist..pergh, banyak giler! Bagi aku banyak, sebab aku adalah seketul manusia yang simple. Aku bukan high achiever, hidup asal tak menyusahkan orang dan dapat membahagiakan mereka-mereka yang penting dalam hidup aku, cukuplah. Tapi aku insan yang lemah, tetap ada nafsu. Dan nafsu aku (OK, tak semua sebab nafsu) ingin sekali mencapai target-target ini sebelum menghembus nafas terakhir.

  1. Kahwin
  2. Menunaikan haji
  3. Belanja satu family bercuti. And no one is left behind.
  4. Find the cure untuk sakit kaki Abah
  5. Ada rumah sendiri.
  6. Nak kulit yang cantik, flawless dan nampak muda 10 tahun. Kah kah
  7. Nak bola sepak Malaysia kembali power
  8. Nak tengok Malaysia menang Piala Thomas - again
  9. Nak tengok Liverpool menang Premier League. Sekali pun cukuplah. #26yearsago
  10. Tengok live match Liverpool kat Anfield.
  11. Tengok live match Euro or World Cup
  12. Tengok live match kat Vincente' Calderon
  13. Tour stadium kat Europe.
  14. Jumpa pemain-pemain bola legend. Tu pun kalau aku tak pengsan dulu.
  15. Naik bullet train kat Jepun
  16. Jadi seorang yang power bab memasak.
  17. Join humanitarian mission.
  18. Disneyland
  19. Belajar berenang. Sebab aku suka snorkelling
  20. Snorkelling kat Sipadan and Mabul
  21. Tengok bunga Rafflesia
  22. Tengok Taj Mahal
  23. Tengok Piramid
  24. Tengok Trevi Fountain kat Rome
  25. Naik gondola di Venice dengan centa hati
  26. Universal Studios Hollywood - Theme Park idaman.
  27. Universal Studios Orlando
  28. Main salji di Switzerland
  29. Melihat bangunan-bangunan bersejarah di Andalusia
  30. Naik cruise. Feeling Pisau Cukur sangat! 
  31. Lepak-lepak di Pantai Maldives
  32. Menyanyi diiringi live band. Feel tak sama ngan karaoke
  33. Belajar Photoshop
To be continued... Siapa rasa nak buat, silakanlah. Malas pulak nak tag orang. Hehe. Nak gak tau wishlist korang. Mana tau sama, boleh kita bergabung meletup menjayakan wishlist ye tak?

Till then..thanks for reading!



Read More

Krabi Part 5

Thursday, 15 September 2016

Selepas selesai bersuka-ria manda-manda, kami dibawa ke Tiger Cave pula. Katanya, Tiger Cave ni dapat nama sebab tapak kaki harimau pernah dijumpai dalam gua di situ. Kisah versi lain, sami kat situ pernah bela 2 ekor harimau untuk menjaga temple tersebut. Mana satu yang betul, tak tau lah plak aku. Yang penting jangan ada sebarang unsur mengaum mengganggu hakak dan rakan-rakan cukuplah ye.

Tiger Cave ni aku rasa termasuk dalam kategori diwajibkan singgah oleh Jabatan Pelancongan Thailand. Kalau ikut travel group, jangan beranganlah nak skip. Unless korang pergi sendiri, then up to you. Pendapat peribadi aku, asalkan akidah kau kuat, takde apa pun takat nak jengah dan bergambar. At the same time, hormat agama orang. Hati-hati bila posing, terutama dengan patung yang penganut agama terbabit anggap sacred. Kita hormat agama orang, orang hormat agama kita. Kot kalau tak faham gak, aku nak taruk audio surah Al-Kafirun. Huhu.

Kalau rajin, boleh panjat sampai ke atas. 1237 anak tangga. Kat puncak boleh tengok view Krabi dan ada monumen Buddha gergasi. Tapi aku tak laratlah nak panjat walaupun diberi masa lebih sejam kat situ.


Bila dah tak memanjat, kita jalan-jalan jelah. Sini banyak anjing tau.



Disebabkan boring tak tau nak buat apa, kitorang gi usha gerai kat luar kawasan temple. Nak order air ke makanan ke takut tak halal. So, order air kelapa ni jelah. Bagus pekedai dia sebab jujur. Nampak kitorang ni Islam, so dia tak suggest pun makanan or minuman yang dia jual. In fact, bila ada anjing datang kat meja kitorang, dia siap halaukan.


Tu pun redha tak dapat korek isi. Nak guna sudu kedai ni takut dah guna buat makan apa ntah, so dah jadi was was.

Pas habis jalan-jalan kat sini, diorang pun hantar kitorang balik ke hotel. Petang tu rest je kat bilik. Malam baru cari makan. Saja nak mengada, makan restoran mahal sikit so aku ajak la gi restoran seafood depan hotel ni.


Takdelah restoran mewah pun, since tempat duduk pun open air.



My verdict? Makanan dia sedap! Berbaloi harga mahal.

Pas makan, jalan-jalan usha kedai, beli souvenir. Tu jelah kot. Esok lagi best. Nanti hakak sambung cerita ye.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Read More

Jangan marah nanti cepat tua!

Monday, 22 August 2016

Aku ingat lagi, masa aku tahun pertama kat universiti, ada akak ni cakap ngan aku...

"Orang kulit berminyak ni untung, nanti lambat nampak tua."

Masa tu aku tengok dia pelik. Apa yang untung? Sikit-sikit naik jerawat! Dahlah aku ni memang ada resdung. Time tu nak dapatkan kulit cantik memang siksa. Lagi-lagi bila nak dekat period. Tambah pulak dengan cuaca panas kat Pulau Pinang tu.

Tapi sebenarnya, musuh utama kulit aku adalah stress dan tak cukup tidur. Sebab bila balik cuti sem, kulit aku OK je. Biasalah kan, student memang biasa sangat tidur lebih kurang ni. Bab stress percintaan belajar jangan cakaplah.

Aku ingat bila usia dah meningkat, masalah jerawat ni akan berkurang. Tapi sebenarnya sama jugak. Kadang-kadang lagi teruk. Salah aku jugak..malas makan supplement. Pastu selalu berjaga malam. Kat tempat kerja, stress memang tak boleh elak. 

Dalam dunia pekerjaan, ada dua kemungkinan. Either kau kena marah, atau kau kena marahkan orang. Aku paling benci bila kena marah depan orang, or bos yang marah tak usul periksa. So, bila aku 'terpaksa' marah orang, aku elak dari dua benda tu. Tapi sebenarnya aku tak suka tegur staf bawahan. Sebab aku akan angin bila orang menjawab balik. Angin aku ni sekali datang memang sapu semua. So, aku prefer untuk pendam. Bila aku pendam, aku yang makin stress. Haihhh

So, jawabnya, kena belajar teknik diplomasi. Tu jelah. Dan belajar control temper. Jangan asyik naik darah sangat ye, budak kecik!

Tak mau marah-marah, nanti stress. Pastu naik kedut. Dalam kes aku ni, naik jerawat.

Macam apa yang aku dengar hampir 10 tahun lepas, terbukti kulit berminyak memang lambat nampak tua. Tapi aku tetap amalkan dua tabiat ni

1. Pakai krim mata. Aku dah start dari umur 25 tahun.
2. Jangan berkerut. Ever.

Alah, aku rasa aku ni umur dah 30 lebih tapi still boleh menyamar student universiti sebab aku ni petite. Dan stail dressing aku yang memang tak vogue. Orang dok shawl lilit-lilit, aku pakai bawal. Orang pakai blaus ikat tepi depan belakang, aku pakai T-shirt. Or worse, jersey.

Malas tapi ada hati nak cantik. Tak sedar diri betul.

-Random entry di pagi Isnin-


Read More

Petua masak nasi tanpa kerak

Thursday, 18 August 2016

Assalamualaikum dan hai semua!  Hari ni aku nak share benda paling basic dalam dunia iaitu cara masak nasi. Pfffft, ntah pape sembang masak nasi, korang semua masterchef level Hell's Kitchen!

Saja nak share petua, harap bermanfaat pada semua. Alang-alang ada masa singkat nk update blog ni.

Petua ni ada profesor ajar abang aku masa dia belajar dulu. Kira dah lama la, cuma aku malas nak cite sangat kat orang. Sebab ada yang condemn, katanya dua kali kerja. Entahlah, takdela memenatkan sangat bagi aku. Yang penting nasi takde kerak.

Mula-mula sekali, masukkan air ke dalam  periuk. Jangan lupa tekan butang. Nak lagi cepat, pakai air panas. Tutup dan tunggu sampai menggelegak.


Bila air dah mendidih, masukkan beras.


Tutup dan biar masak macam biasa. Ini hasilnya.


See..kalau ada kerak pun, lembut je. Takdelah membazir kan. Nak basuh periuk pun senang, tak payah rendam lama-lama.

Lagi satu, mak aku ajar kalau nak reheat nasi dalam periuk nasi elektrik ni, kais dulu sampai bawah baru perangat. Selalu kita malas nak kacau terus je tekan butang. Pastu lupa tutup suis. Tu yang hangit dan berkerak. Sayang tau.

Ok lah, aku je nak share. Keburukan masak nasi stail ni satu lah, korang tak boleh leka sampai air kering. So kalau nak buat pastikan time tu korang ada kat dapur.

Dah bertahun aku masak nasi stail ni. Tak membazir nasi sebab takde kerak, so aku memang suka gila.

Tu je nak share, thanks for reading!
Read More