Assalamualaikum dan hai semua! Aku nak share penginapan aku selama 2 malam di Dungun, Terengganu cuti CNY baru-baru ni. Buat yang mencari hotel bajet tapi selesa di area Dungun bolehlah try menginap di sini.
Aku book Sura Inn melalui laman Agoda dengan harga RM150 untuk penginapan 2 malam. Harga yang agak murah sebab book pun last minute. Ini kali pertama aku menginap di 'Inn'. Aku teruja ingin mengetahui apa bezanya inn dengan hotel dan homestay.
Aku sampai di Dungun hampir jam sembilan malam. Daerah yang asing bagi aku. Dari stesen bas Dungun, aku menaiki Grab sahaja ke Sura Inn. Jarak Sura Inn dengan stesen bas Dungun hanyalah 7km. Ini kali pertama aku ke Dungun dan aku kagum sebenarnya tengok Dungun agak maju. Kedai-kedai masih dibuka, jalan raya masih dipenuhi kereta dan ada Food Festival di salah satu dataran yang menjadi tumpuan penduduk tempatan. Aku tak pergilah sebab dah penat. Fikir nak rehat sahaja.
Aku sampai lewat dari jangkaan tapi aku dah maklumkan awal-awal pada pemilik Sura Inn. Dia yang attend aku masa aku sampai. Muda lagi orangnya. Sangat friendly dan polite. Check-in pun mudah dan cepat tanpa deposit.
Bilik yang aku tempah adalah Economy Queen Room. Ada private bathroom dan aircond. Ada beberapa pilihan bilik di Sura Inn so pilihlah yang sesuai dengan bajet dan bilangan penghuni. Nyaris aku terpilih Economic Double Room kerana murah sedikit. Rupanya Economic Double hanya ada kipas, tiada aircond dan bilik air di luar bilik.
Masa on the way ke Sura Inn, sempat aku borak-borak dengan driver Grab dan dia cakap dengan aku senang je nak book Grab di sana, Foodpanda pun ada kalau nak makan. Nasib baik dia bagitau sebab malam aku sampai tu aku tak book kereta sewa lagi, so just guna khidmat panda pink untuk beli makanan dari restoran tomyam berhampiran. Apo entah nama aku dah lupa.





