Assalamualaikum dan hai semua! Mari sambung cerita Aceh. Jemput baca Part 1 dulu ye.
So, seperti yang dijanjikan, lepas habis solat Jumaat, Herman datang ambil kitorang. Masing-masing dah kelaparan. Herman offer nak bawak kitorang jalan-jalan pusing daerah Sabang tapi Kak F tak nak ikut. Nak lepak santai di resort katanya. So hanya aku, ND dan IN jelah yang merayap.
Mula-mula kitorang request pergi makan dulu. Lapar banget ni! Jangan tanya kat mana Herman bawak kitorang, aku ikut je. Tapi kedai makan ni tak jauh la dari Freddies. Ayam goreng tu sedap. Gulai pun sedap. Masakan kampung gitu.
Settle makan, kita jalan-jalan area Sumur Tiga. Teringat pantun kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Ewah pantun pulak. Ha yang korang dok sebut sumur tu, tau tak sumur tu apa? Aku dah sampai Aceh baru tau. Sumur tu perigi mata air rupanya. Aku ingatkan selama ni sumur tu kolam kecik atau lopak. Logik plak kau ni Sal orang nak menumpang mandi kat lopak. Ceh.
Kat area Sumur Tiga View ni tak banyak aktiviti boleh dibuat. Lepak-lepak tengok laut dan tangkap gambar je. Mungkin kalau datang petang sikit ramai yang bersantai.
Lepas tu kami ke Benteng Anoi Itam.
Kalau ikut catatan atas ni, benteng ni dibina oleh Jepun sewaktu mereka menduduki Indonesia. Aku ni buta sejarah sikit. Yang aku tau Belanda je pernah menjajah Indonesia. Huhuhuhu.
Tak rugi jalan-jalan dengan Herman ni sebab dia pandai amik gambar dan tak kedekut hotspot. So tak payah beli simcard.
Tangkap gambar dari jauh je sebab panas nak turun. Biasalah kawasan pulau. Tak duduk lama pun kat sini.
Orang kata bila kita mengembara, kita akan dapat banyak ilmu baru. Begitulah aku bila sampai ke Aceh. Dari cerita Herman, Aceh ni dahulunya kawasan bergolak. Berperang bukan dengan orang lain, tapi dengan pemerintah Indonesia juga kerana Aceh menuntut ingin keluar dari Indonesia dan wujud sebagai wilayah merdeka. Kebanyakan rakyat tempatan buat tak tau masa dengar dentuman tsunami sebab diorang ingat tu bunyi meriam yang memang kedengaran hari-hari.
Aceh ni dulu bukanlah tempat yang famous untuk melancong. Selepas tsunami 2004 barulah Aceh membuka pintu untuk orang luar. Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Indonesia pun mencapai perjanjian damai selepas tragedi tersebut. Perang berjaya dihentikan dan Aceh dapat dibangunkan semula. Mungkin itu hikmah yang kita tak tahu. Wallahu'alam.
Sabang tak banyak kesan tsunami berbanding Banda Aceh. So kebanyakan tempat yang kitorang pergi kat sini adalah untuk sightseeing je. So nak tau kitorang gi mana lepas ni jangan lupa baca next entry k. Thanks for reading!
So, seperti yang dijanjikan, lepas habis solat Jumaat, Herman datang ambil kitorang. Masing-masing dah kelaparan. Herman offer nak bawak kitorang jalan-jalan pusing daerah Sabang tapi Kak F tak nak ikut. Nak lepak santai di resort katanya. So hanya aku, ND dan IN jelah yang merayap.
Mula-mula kitorang request pergi makan dulu. Lapar banget ni! Jangan tanya kat mana Herman bawak kitorang, aku ikut je. Tapi kedai makan ni tak jauh la dari Freddies. Ayam goreng tu sedap. Gulai pun sedap. Masakan kampung gitu.
Makan sambil mengadap laut
Sebab aku first time datang Indonesia nak lah rasa Teh Botol yang orang kata trademark ni.
Settle makan, kita jalan-jalan area Sumur Tiga. Teringat pantun kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Ewah pantun pulak. Ha yang korang dok sebut sumur tu, tau tak sumur tu apa? Aku dah sampai Aceh baru tau. Sumur tu perigi mata air rupanya. Aku ingatkan selama ni sumur tu kolam kecik atau lopak. Logik plak kau ni Sal orang nak menumpang mandi kat lopak. Ceh.
Lepas tu kami ke Benteng Anoi Itam.
Kalau ikut catatan atas ni, benteng ni dibina oleh Jepun sewaktu mereka menduduki Indonesia. Aku ni buta sejarah sikit. Yang aku tau Belanda je pernah menjajah Indonesia. Huhuhuhu.
Posing mintak penampar adalah wajib
Dulu kat sini askar Jepun simpan senjata
Jalan sampai hujung akan jumpa batu besar. Boleh duduk juntai kaki tengok view
Inai di jari siapa yang punya? Bukan inai tapi dakwat kekal. Masa pergi ni baru lepas pilihanraya
Kat bawah tu boleh lepak-lepak tengok laut cari ketenangan hati
Pastu Herman tanya nak gi mana lagi. Memandangkan masa awal-awal datang dah ternampak signboard Sabang so mestilah nak ambil gambar kat situ buat kenangan.
Tak rugi jalan-jalan dengan Herman ni sebab dia pandai amik gambar dan tak kedekut hotspot. So tak payah beli simcard.
Pastu jalan-jalan gi Pantai Kasih. Siapa yang kurang kasih sayang bolehla datang sini. Hahaha