Ramen Ayam-Ya di Sunway Velocity

Saturday, 11 February 2017

Assalamualaikum! Sape sini suka makan Ramen? Ramen ni macam Mi Sup lah jugak konsepnya di mata aku. Entahlah, bab makanan Oriental ni aku bukan pandai sangat. First time makan pun masa aku gi Jepun tahun lepas.

So, bila si ND ajak aku gi makan Ramen Ayam-Ya di Sunway Velocity Mall, aku tak menolak. Sorong papan tarik papan, suruh makan saya makan, tapi badan macam papan. Marvelous..marvelous! *Inilah akibatnya kalau orang tua banyak tengok Upin Ipin*

Apa yang specialnya Ayam-Ya ni? Well, masa aku kat Kyoto aku makan di kedai yang sama. So, kira ni throwback lah. Lagi-lagi bila ND cakap, geng-geng gi Jepun hari tu ada sekali. Dah  macam reunion padahal baru lagi kot balik dari sana. Semua drama Oshin tau!

Sunway Velocity ni mall baru, terletak di Cheras, lintas jalan je dari LRT Maluri. Memang dekat ngan rumah aku. Kelebihan mall ni adalah perkhidmatan buggy macam kat padang Golf tu yang merayau kat kawasan parking, so korang boleh tumpang dari kereta nak ke lobi dan vice versa. 

Kedai Ramen Ayam-Ya ni terletak dalam Aeon, tingkat bawah sekali. Mati-mati aku ingat restoran macam kat Kyoto tu. Hahaha.

Tempat duduk banyak juga walaupun aku pergi hari Sabtu

Menu yang ada. Terpulang korang nak makan Bento atau Ramen. Jangan mintak Sushi pulak!

Tapi kat sini tak jual air. So, korang bawaklah air siap-siap or beli air botol/tin dalam supermarket Aeon



Yang empat orang tu je gi Jepun, lain tu kawan kepada kawan. Takpelah, tumpang sekaki. Lagi ramai lagi meriah

So, sedap ke tidak? Bagi aku OK jugak. Tau tak aku makan Bento ngan Ramen! Nafsu betul. Tapi pastu menyesal Ramen tak habis sebab dah kenyang sangat. Huhuhu. Rasa berbeza dengan yang aku makan kat Kyoto. Yelah, yang masaknya pun orang lain.

Sape-sape yang teringin nak try makanan Jepun tu bolehlah try kedai ni. Tapi rasa berbeza berbanding yang aku makan kat Kyoto. By the way, Spicy Ramen tu tak pedas pun.

Thanks for reading! Nanti aku sambung story Jepun OK. Jauh lagi nak habis..


Ni cerita sebelum pakai braces. Minggu sebelum tu pergi makan Seoul Garden dan kenduri Pizza Hut kat opis. Makan puas-puas sebab tahu lepas bergigi besi nanti banyak kena pantang.

Read More

Braces Journey Part 2 - Bracket On!

Thursday, 9 February 2017

Assalamualaikum dan apa khabar lads! Gitu, English sangat sebut lads! Sebab dapat respon positif, aku dengan berbesar hati nak sambung kisah aku, dia dan gigi besi.

Seperti yang diceritakan dalam entry INI, sebelum pakai braces aku kena cabut tiga batang gigi. Kusangkakan dua, rupanya tiga ye Cik Tipah. Nasib baik tak empat!

Appointment pertama aku untuk cabut gigi adalah pada pukul 10.30 pagi. So, sebelum pukul 10 aku dah siap makan nasi dan gosok gigi bersih-bersih. Bohonglah kalau aku tak nervous walaupun ni bukan kali pertama aku cabut gigi. Dalam hati tanya gak..betul ke apa aku nak buat ni?

Sampai klinik, aku tunggu nama aku dipanggil. Kali ni ada doktor lain selain Dr. K. Dr. Ida namanya. Lembut je seperti kebiasaan doktor kat klinik swasta. Lagi sekali diorang check gigi aku dan tanya berapa banyak nak cabut. Dengan confident aku mintak cabut tiga sekali. Alang-alang menderita sakit, biar terus terlantar. Doktor tu senyum je. Dia kata tak boleh tiga sekali. Nanti susah nak makan. So, dia akan cabut belah kanan dulu. Atas dan bawah. Lagi satu belah kiri tu boleh tunggu.

Pastu Dr. K tanya kalau aku nak pasang bracket dulu ke tidak. Time ni aku agak confuse. Bukan ke kena cabut gigi habis dulu baru pasang braces? Biasalah, tu semua hasil bacaan di blog. Tapi Dr. K cakap boleh aje nak pasang bracket, lepas habis cabut gigi baru pasang wayar. Pasang bracket tak sakit pun dan tak mengganggu proses cabut gigi.

Aku pun kata OK tapi pastu baru teringat aku bawak duit sikit je. Ah, pandailah aku jap lagi pau duit adik aku ke, call mak aku ke, mop lantai ke... Mula-mula diorang pakaikan dental retractor untuk pastikan mulut aku sentiasa nganga sepanjang proses. Retractor ni plastik, so takdelah sakit. Hilang terus keayuan aku masa tu. Kah kah. Rupa menatang tu lebih kurang cam ni.


Pastu nurse sapu sejenis krim atas gigi aku. Tak taulah apa benda, nak tanya pun tak boleh. Nganga jelah dengan redha. Pastu proses pasang bracket pun dimulakan. Pasang bracket ni tak boleh gopoh-gapah. Kena sebiji-sebiji. Kecuali gigi yang nak cabut diorang tak pasang. Tak nampak sangat pun sebab diorang suruh aku tutup mata. Sayang mata punya pasal, aku tutup je mata aku, tapi kadang-kadang terintai lah jugak. Lampu dia warna biru, alat tu plak macam solder iron. Terbayang macam dia nak pateri kan gigi aku plak. Alat dia macam dalam gambar ni.


Proses pasang bracket amik masa lebih kurang setengah jam. Dok baring macam tu, rasa nak terlena pun ada. Lagi-lagi dapat sentuhan doktor hensem yang pasang dengan penuh kasih sayang berhati-hati. Tau-tau dah siap. Ingat boleh balik. Lupa pulak, gigi tak cabut lagi!

Damon braces menggunakan bracket yang jenis 'self-ligating', jadi tak perlu pakai rubber band. Rupa pun lain berbanding braces jenis conventional. Kecik sikit dan macam ada pintu untuk letakkan wire.


Nah.. gigi aku selepas dipasang bracket. Time ni belum cabut gigi lagi.

Teruk kan gigi aku? Korang ingat aku sesaja nak menyusahkan diri. Huhu

Seperti biasa, bab cabut gigi, perkara paling horror adalah bila doktor nak inject bius. Jarum dia panjang, bukan macam jarum doktor biasa guna tu. Before dia inject dia sapu gel rasa strawberry nak bagi kebas. Masa inject tu memang mata dah berair. Lagi-lagi bila inject kat gusi. Tunggu kejap, pastu cabut. Gigi bawah dulu. Senang je. Tak sampai seminit dah settle. Petua dia satu jelah, mana-mana dentist akan ulang ayat ni : Jangan keraskan badan.

Next, gigi atas pulak. Yang ni agak susah. Siap kena extra bius. Kali ni sorang nurse kena pegang kepala aku sebab Dr. I kata susah nak cabut. Adalah dalam lima minit. Rupanya sebab gigi aku tu panjang ke dalam. Aku lupa nak amik gambar gigi tu. Lagipun masa tu kepala dah ting tong. Turun dari kerusi tu menggigil lutut.

Settle semua aku pun gi ke kaunter untuk uruskan hal bayaran dan book next appointment. Aku tak plan nak pasang bracket hari tu, so aku terpaksa hutang dengan klinik gigi tu! Pergh, malu giler. Cash aku hanya cukup untuk cabut gigi dan ubat. Kad debit pulak yang baru tu aku lupa tambah limit. Boleh debit sale RM 1000 je.

Dapat kit ni sebelum balik! Next entry lah aku citer satu-satu apa yang dia bagi

Nasib baik lah ada Adik aku, dialah yang temankan aku tolong drive pergi balik sebab balik tu memang kepala rasa pening lain macam. Maybe sebab kena headbang atas kerusi dentist tadi. Haha. Sampai aku terlupa ambil MC. Kena patah balik.

Balik rumah terpaksa melalui rutin yang sama macam masa aku cabut gigi geraham bongsu hari tu. Tapi cabut gigi biasa ni lagi cepat baik. Darah lagi cepat kering dan tak perlu painkiller sangat. Petang tu aku dah makan bubur. Masa cabut gigi geraham adalah dekat seharian aku tak boleh makan langsung.

OK lah, ni petua cepat sembuh lepas cabut gigi.

1. Gigit kapas dengan kuat sampai darah berhenti
2. Jangan sentuh kawasan cabutan dengan jari atau lidah.
3. Jangan berkumur-kumur selama sehari selepas cabutan. Kalau dah berkumur pun tak boleh, gosok gigi jauh sekali ye.
4.Jangan ambil makanan panas selama sehari selepas cabutan.
5.Ambil ubat tahan sakit sebelum rasa kebas hilang.
6. Jangan minum menggunakan straw, sebab boleh create pressure dalam mulut, melambatkan darah beku.
7. Jangan buat kerja-kerja berat dan banyakkan berehat.
8. Minum ais untuk cepatkan pembekuan darah.

 Hahaha..rongak! Actually ni belah kiri tapi since gambar selfie nampak di belah kanan.

Next entry aku cerita macamana aku survive jadi budak rongak dan pengalaman hidup dengan entiti besi dalam mulut. Sakit? Tak sakit? Nantilah cerita. Entry panjang sangat ni jemu plak korang baca.

Kos : RM 240 cabut 2 batang gigi dan ubat
          RM 2000 deposit Braces


Tak sayang ke gigi sihat cabut? Giler tak sayang! Tapi terpaksa.


Read More

Osaka Station City, Yodobashi and Sky Building - Part 5 - Kansai Trip

Friday, 3 February 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Adakah kalian masih mengikuti entry Jepun aku? Harap masih sudi walaupun drama Jepun aku ni tak ada Takuya Kimura mahupun Takeshi Kaneshiro. Erk..hampa kenai ka? Ke kenal KPop je? Hehe. 

Selepas selesai berangan dalam set penggambaran Oshin di Museum of Housing and Living, kami ke destinasi seterusnya iaitu Umeda Sky Building. Sebelum tu, nak singgah solat dulu. Berdasarkan research, ada prayer room di Osaka Station City. Dari Museum of Housing and Living, kitorang naik tren Tanimachi Line dari stesen Tenjimbashisuji Rokuchome dan berhenti di stesen Higashi Umeda.

Keluar je dari tren, terus ternganga. The thing is, walaupun aku rasa dah cukup buat research, still tinggi possibility untuk sesat dalam stesen keretapi. Bayangkan tempat yang besar dah macam airport *exaggerate* lepas tu ramai orang dan sentiasa sibuk. Stesen Higashi Umeda terletak di bawah tanah, so kena naik ke level atas untuk cari exit ke Osaka Station City . Kemudian baru cari South Gate Building or JR Osaka Station. Aku nak cerita pun aku tak reti sebab kitorang sendiri sesat barat nak tercabut kaki. Apa boleh buat, selain ikut signboard, jangan segan-silu nak tanya orang. Paling mudah, masuk Tourist Information Centre. 


Prayer Room terletak berhampiran dengan Hotel Granvia Osaka dan Daimaru Department Store. Dah penat, terlupa nak amik gambar. Tapi prayer room dia selesa dan bersih. Dah selesai solat, kita ke agenda seterusnya. Agenda yang satu ni special request aku.

Tempat dia dalam Daimaru Department Store. Naik lif depan prayer room tu je

Pokemon Centre Osaka!!

Terletak di Tingkat 13. Tempat ni memang shopping haven untuk penggemar Pokemon.

 Selain dari Pokemon Centre, kat level ni ada Uniqlo. So, travel mate aku yang lain gi sana sementara tunggu aku shopping.

Tapi sejujurnya aku rasa barang-barang kat sini lebih sesuai untuk kanak-kanak dan remaja macam soft toys, beg, aksesori handphone dan raincoat. Aku malas nak mengangkut soft toys balik, buat penuh beg je. Cari lah jugak kot-kot ada keychain kecik-kecik, tapi tak ada. Last-last aku beli Planner, Stationery untuk anak-anak sedara, coin pouch dan beg kecik untuk letak toiletries. Tu pun letih cari design yang sesuai untuk remaja purba. Hihi.

Aku habis 3,780 yen. Kecik-kecik dulu tak merasa. #AyatSedapkanHati.
 
Walaupun aku pernah mention yang aku bukanlah kaki shopping, tapi Jepun adalah exception. Oppps! Next kami ke Yodobashi Umeda. Dekat je dengan Osaka Station City. Once again, kami mengamalkan konsep 'tanya orang', so awek kawai di information counter menjadi penunjuk arah.

Yodobashi Umeda terletak di seberang jalan dari Osaka Station City

Ada apa di Yodobashi-Umeda?


Kat sini macam-macam ada. Kamera, telefon, barangan elektrik, gadget, jam dan banyak lagi. Semuanya dibahagikan mengikut tingkat. Siap duit aje nak merayau dari satu tingkat ke tingkat yang lain.

Jam biasa-biasa dia jual gantung-gantung je gini


Jam branded pun ada. Ada orang kata kalau kena dengan gaya, beli time sale dapat harga jauh lagi murah dari kat Malaysia. Lagi-lagi yang brand Jepun. Korang yang memang ada niat nak beli, bolehlah compare harga dulu sebelum datang.


Tapi ni tetap jam paling win bagi aku! Alarm clock Giant? Nampak macam radio pun ye jugak. Adakah kita akan dikejutkan dengan nyanyian Giant? Ngeri betul, kalau tak bangun saja je.. Mahal sangat, kalau tak, berminat jugak aku nak beli sebab rare.

Merchandise anime dan komik pun banyak. Aku tak minat anime, so tak spend pun kat sini

 Figurine kat sini jauh lagi murah. Tapi hati-hati, yang 'nakal' pun banyak. Ah..engkorang bukan tak tau Jepun! 



Yodobashi ni luas dan selesa nak shopping. Tempat duduk pun banyak. Seeloknya berpecah sebab minat orang tak sama. Time ni memang dah letih, aku tak ada mood nak shopping sangat. Level jual CD, handphone dan kamera aku tak singgah pun.

Settle beli barang semua, macam biasa aku sebagai ketua kontinjen tanya ahli sekalian, nak terus merayau ke nak balik rumah. Ikutkan time tu awal lagi tapi musim luruh memang cepat gelap. Masing-masing menabahkan hati nak pergi tempat lagi satu dalam itinerary iaitu Umeda Sky Building.

Dari Yodobashi Umeda, aku ikut direction dari website ni untuk ke Sky Building. Terus saja ikut step nombor 2. Aku memang print out dan bawak ke sana. Taulah hakak ni travel style ol-fashioned. Iti pun tulis tangan kekdahnya.

On the way ke Umeda Sky Building, sejuknya la hai menggigil-gigil aku. Time tu memang pakai down siap dengan hood sekali. Sampai je terus masuk, tak larat nak amik gambar. Lepas tunjuk pass kat kaunter tiket, ada staff yang akan usher kita naik lif sampai tingkat 35, pastu naik escalator yang sangat panjang untuk ke observatory. Kitorang naik lif dengan pengunjung lain jugak. Ramai warga Korea yang melancong ke Jepun jadi jangan terkejut kalau sesetengah tempat ada option guide yang boleh berbahasa Korea.

Kalau ada Osaka Amazing Pass masuk free. Sebab tulah gigih jugak nak pergi.

Umeda Sky Building tu biasa aje. Yang buat dia special adalah Floating Garden Observatory nun di atas sana. Kalau tengok dalam gambar bawah ni, gelung kat puncak, pada ketinggian 170 meter dari tanah.


Bentuk 'V' di bawah gelung tu adalah escalator. Satu untuk naik dan satu untuk turun. Masa kat atas tu aku tak perasan pun. Naik lif on the way ke bawah baru aku realise tadi aku berdiri atas escalator panjang yang kalau jatuh memang nan hado apa bawah dia. No wonder observatory ni kalau angin kuat dia tak bagi naik sebab akan rasa terbuai-buai. Tapi escalator tu dalam tiub lah. Kalau open air memang aku surrender.

Dah sampai atas boleh tawaf bulatan tu untuk ambil gambar. So, dapat tengok Osaka angle 360 darjah. Tapi mungkin sebab sejuk, hujan renyai-renyai dan gelap sebab malam, gambar aku semua gigil dan tak cantik. Sedih. 



Sepanjang aku kat Osaka, langit kerap berkabus. Lagi-lagi waktu malam. Mungkin sebab 'pencemaran cahaya' atau mungkin sebab musim hujan. Ni gambar aku amik dari atas Floating Garden tu. Aku mengaku aku gayat so aku berdiri agak jauh dari dinding kaca tu. 

Meh belajar Sains sikit...

Pencemaran cahaya adalah fenomena biasa di kawasan macam negara maju apabila banyak sangat cahaya buatan manusia, menenggelamkan cahaya semulajadi. Tu sebab kalau kat kampung, gurun atau pulau lagi senang nampak bintang dalam kuantiti yang banyak. Bintang sebenarnya boleh dilihat di mana-mana, tapi kalau dah kat bawah ni terang sangat, sinaran bintang tidak kelihatan. Tak ada istilah 'bintang tak ada'..cuma nampak dengan tak nampak aje.

Masa on the way turun atas escalator. Bukti aku pergi sana. Kang kata aku amik gambar Google je. Hehe.

Time ni memang masing-masing dah tak larat sangat. Tu pun nasib baik kat Umeda Sky Building ni ada lobi, so bolehlah rehat-rehat kejap. Nak minum kat cafe dia pun boleh, rasa macam kat Menara KL cuma tak berputar lah. Harga? Kau rasa?

Dah settle semua, kita balik lah. Ikut laluan yang sama datang tadi. Masa ni memang rasa lapar menggigit-gigit usus. Bayangkan last makan pukul 12 macam tu, time ni dah malam. Apa lagi, on the way balik ke stesen Higashi Umeda, tumpang duduk kat kaki lima makan balance roti sandwich tuna dan beli air dari vending machine. Katanya jarak 800 meter, tapi jauhnya aku rasa. Maybe sebab penat mencari prayer room.


This is definitely my favourite memory of the trip! Bayangkan dah macam gelandangan masing-masing. Nasib baik tak kena tahan ngan polis Jepun!

Settle makan, seret kaki ke Osaka Station City dan cari laluan ke Subway. Ada dua option, samada train Midosuji Line atau Yotsubashi. Kitorang just plan, mana yang nampak dulu, tu yang kitorang naik. Aku pun tak berapa ingat, line mana satu kitorang naik. Yang pasti, sampai ke Namba. Dalam train on the way balik tu memang flat habis.

Sampai rumah terus makan, mandi dan kemudian tidur. Letih giler hari kedua di Osaka ni. Tapi esoknya lagi mencabar, sebab nak ke Kobe! Best tak Kobe? Kita sambung lagi ye nanti. Bye...

Part 3
Part 2
Part 1

p/s : Kebanyakan toilet di Jepun ada air tapi adakalanya kena guna botol kosong dan isi air di singki. Pastikan check dulu.
Read More

Braces Journey Part 1 - Kenapa Aku Bergigi Besi

Sunday, 29 January 2017

Kalau korang pernah jumpa aku, korang mesti perasan yang gigi atas aku berlapis dan ke depan sikit. Bahasa mudah : Jongang. Dalam gambar tak nampak sebab aku selalu senyum tutup mulut. Tapi kalau depan mata beribu batu jauhnya dah kenal tu aku..Hahaha.

Zaman kanak-kanak aku sejujurnya horror untuk dikenang. Sudahlah hidup huru-hara, pergi sekolah or sekali-sekala berjumpa sedara-mara, kena ejek pula. Tapi entahlah, tak pulak aku mengadu kat sesiapa. Habis sekolah menengah, baru aku ada keberanian nak cakap ngan Ayah aku yang aku nak pakai braces. So, dia pun bawak aku gi satu dentist ni. Lepas check apa semua, dentist tu cakap aku kena buang lapan gigi dan pakai headgear! Mestilah aku menolak. Cmane aku nak sambung belajar kalau macam tu. Dahlah time tu aku baru pakai tudung. Kalau free hair takpelah jugak pakai.

Bila dah habis belajar, aku still pendam impian aku sebab aku tau kos bukan murah. Tapi tulah, lambat pulak aku ni dapat kerja. Dah dapat kerja, takut plak nak cabut gigi. Time tu rasa redha je kalau hodoh sampai mati. By the way kaedah 'headgear' tu dah jarang diamalkan. Awal tahun 2000-an je orang pakai benda tu.


Lepas aku bedah buang gigi bongsu, aku rasa dah takde apa dah nak ditakutkan lagi sebab tu lagi hazabedah makan masa dekat seminggu nak baik. I've went through the worst, rasanya I can go through the one yang little less painful. Boleh dianggap tu turning point aku mendapat keberanian. Tapi kali ni aku mintak kawan baik aku 'support'  bagi sokongan moral. Rasa macam dah terlambat pun ye jugak. Yelah, biasa orang pakai braces zaman sekolah or masa umur awal 20-an.

Untuk pakai braces, aku pilih klinik yang sama, dan dapat jugak doktor yang sama. Malas nak survey sebab aku rasa Suriani Dental ni service dia bagus. Dr. Khairul tu pun buat aku rasa selesa je. Huh, nak mengata aku suka gi sana sebab doktor hensem lah tu!

Mula-mula doktor tu belek-belek gigi aku pastu tanya aku option Braces mana yang aku nak amik. Aku amik Damon Braces. Damon Braces ni result lagi cepat berbanding Traditional Braces, kurang sakit, lagi senang nak jaga dan paling penting tak perlu cabut banyak sangat gigi. Yay! Tapi mahal sikit. Takpelah, selagi aku ada kerja. Takat cabut gigi tu boleh claim lagi.


Actually aku pakai braces pun sebab kerja. FYI, aku dah dipindahkan ke Customer Service since tahun lepas. Pelik gak bos aku, biasa front desk mestilah amik yang cantik dan bergaya ye tak. Ini tidak, taruk aku je. Pffft! Dah duduk mengadap customer, kenalah banyak berkomunikasi. Mostly in English. Gigi berlapis ni memang orang susah nak faham apa aku cakap. Letih nak ulang.

Lagipun, aku risau jugak dalam keadaan ekonomi macam ni, ramai staf resign or diberhentikan, takut esok lusa aku pulak. Manalah tahu kan. So at least aku dah repair gigi aku, senanglah sikit nak cari kerja. Orang sekarang nak bagi kerja pun memandang rupa tau. Sebab tu gamaknya aku lambat dapat kerja. Entahlah nak.

Eh..panjang pulak cerita sedih aku. Macam menagih simpati je. Kah kah. Sukatilah kan ni blog aku.

First thing first, sebelum pakai braces, nurse akan amik X-Ray gigi dulu.


Nak amik X-Ray ni macam biasalah, tak boleh pakai sebarang aksesori macam anting-anting or sepit rambut. Kalau bertudung, sila pakai tudung yang senang cabut dan sarung. Tak memasal nurse tu kena tengok korang buat tutorial hijab kat situ.

Pastu amik impression. Doktor akan masukkan acuan macam tanah liat tu dalam mulut lebih kurang seminit. Lama jugaklah rasa dia tertinggal dalam mulut lepas dia keluarkan tu. Tapi jangan risau, ni tak sakit langsung.


Dah settle, book appoinment pertama untuk cabut gigi. Aku kena cabut empat gigi sepatutnya tapi since aku ada cabut sebatang sebab rosak berapa tahun lepas, so tinggal tiga je. Alhamdulillah.

Kos X-Ray + Tooth Impression = RM 400

So, next entry aku akan cerita pengalaman cabut gigi pulak. Cabut gigi sihat ni sakit ke tidak? Sabar..nanti sambung ye. Thanks for reading!



 Jangan permainkan kekurangan fizikal orang lain sebab mungkin gurauan kita mengguris hati dia yang belum tentu mampu disembuhkan dengan ucapan 'Maaf'




Read More