Braces Journey Part 2 - Bracket On!

Thursday, 9 February 2017

Assalamualaikum dan apa khabar lads! Gitu, English sangat sebut lads! Sebab dapat respon positif, aku dengan berbesar hati nak sambung kisah aku, dia dan gigi besi.

Seperti yang diceritakan dalam entry INI, sebelum pakai braces aku kena cabut tiga batang gigi. Kusangkakan dua, rupanya tiga ye Cik Tipah. Nasib baik tak empat!

Appointment pertama aku untuk cabut gigi adalah pada pukul 10.30 pagi. So, sebelum pukul 10 aku dah siap makan nasi dan gosok gigi bersih-bersih. Bohonglah kalau aku tak nervous walaupun ni bukan kali pertama aku cabut gigi. Dalam hati tanya gak..betul ke apa aku nak buat ni?

Sampai klinik, aku tunggu nama aku dipanggil. Kali ni ada doktor lain selain Dr. K. Dr. Ida namanya. Lembut je seperti kebiasaan doktor kat klinik swasta. Lagi sekali diorang check gigi aku dan tanya berapa banyak nak cabut. Dengan confident aku mintak cabut tiga sekali. Alang-alang menderita sakit, biar terus terlantar. Doktor tu senyum je. Dia kata tak boleh tiga sekali. Nanti susah nak makan. So, dia akan cabut belah kanan dulu. Atas dan bawah. Lagi satu belah kiri tu boleh tunggu.

Pastu Dr. K tanya kalau aku nak pasang bracket dulu ke tidak. Time ni aku agak confuse. Bukan ke kena cabut gigi habis dulu baru pasang braces? Biasalah, tu semua hasil bacaan di blog. Tapi Dr. K cakap boleh aje nak pasang bracket, lepas habis cabut gigi baru pasang wayar. Pasang bracket tak sakit pun dan tak mengganggu proses cabut gigi.

Aku pun kata OK tapi pastu baru teringat aku bawak duit sikit je. Ah, pandailah aku jap lagi pau duit adik aku ke, call mak aku ke, mop lantai ke... Mula-mula diorang pakaikan dental retractor untuk pastikan mulut aku sentiasa nganga sepanjang proses. Retractor ni plastik, so takdelah sakit. Hilang terus keayuan aku masa tu. Kah kah. Rupa menatang tu lebih kurang cam ni.


Pastu nurse sapu sejenis krim atas gigi aku. Tak taulah apa benda, nak tanya pun tak boleh. Nganga jelah dengan redha. Pastu proses pasang bracket pun dimulakan. Pasang bracket ni tak boleh gopoh-gapah. Kena sebiji-sebiji. Kecuali gigi yang nak cabut diorang tak pasang. Tak nampak sangat pun sebab diorang suruh aku tutup mata. Sayang mata punya pasal, aku tutup je mata aku, tapi kadang-kadang terintai lah jugak. Lampu dia warna biru, alat tu plak macam solder iron. Terbayang macam dia nak pateri kan gigi aku plak. Alat dia macam dalam gambar ni.


Proses pasang bracket amik masa lebih kurang setengah jam. Dok baring macam tu, rasa nak terlena pun ada. Lagi-lagi dapat sentuhan doktor hensem yang pasang dengan penuh kasih sayang berhati-hati. Tau-tau dah siap. Ingat boleh balik. Lupa pulak, gigi tak cabut lagi!

Damon braces menggunakan bracket yang jenis 'self-ligating', jadi tak perlu pakai rubber band. Rupa pun lain berbanding braces jenis conventional. Kecik sikit dan macam ada pintu untuk letakkan wire.


Nah.. gigi aku selepas dipasang bracket. Time ni belum cabut gigi lagi.

Teruk kan gigi aku? Korang ingat aku sesaja nak menyusahkan diri. Huhu

Seperti biasa, bab cabut gigi, perkara paling horror adalah bila doktor nak inject bius. Jarum dia panjang, bukan macam jarum doktor biasa guna tu. Before dia inject dia sapu gel rasa strawberry nak bagi kebas. Masa inject tu memang mata dah berair. Lagi-lagi bila inject kat gusi. Tunggu kejap, pastu cabut. Gigi bawah dulu. Senang je. Tak sampai seminit dah settle. Petua dia satu jelah, mana-mana dentist akan ulang ayat ni : Jangan keraskan badan.

Next, gigi atas pulak. Yang ni agak susah. Siap kena extra bius. Kali ni sorang nurse kena pegang kepala aku sebab Dr. I kata susah nak cabut. Adalah dalam lima minit. Rupanya sebab gigi aku tu panjang ke dalam. Aku lupa nak amik gambar gigi tu. Lagipun masa tu kepala dah ting tong. Turun dari kerusi tu menggigil lutut.

Settle semua aku pun gi ke kaunter untuk uruskan hal bayaran dan book next appointment. Aku tak plan nak pasang bracket hari tu, so aku terpaksa hutang dengan klinik gigi tu! Pergh, malu giler. Cash aku hanya cukup untuk cabut gigi dan ubat. Kad debit pulak yang baru tu aku lupa tambah limit. Boleh debit sale RM 1000 je.

Dapat kit ni sebelum balik! Next entry lah aku citer satu-satu apa yang dia bagi

Nasib baik lah ada Adik aku, dialah yang temankan aku tolong drive pergi balik sebab balik tu memang kepala rasa pening lain macam. Maybe sebab kena headbang atas kerusi dentist tadi. Haha. Sampai aku terlupa ambil MC. Kena patah balik.

Balik rumah terpaksa melalui rutin yang sama macam masa aku cabut gigi geraham bongsu hari tu. Tapi cabut gigi biasa ni lagi cepat baik. Darah lagi cepat kering dan tak perlu painkiller sangat. Petang tu aku dah makan bubur. Masa cabut gigi geraham adalah dekat seharian aku tak boleh makan langsung.

OK lah, ni petua cepat sembuh lepas cabut gigi.

1. Gigit kapas dengan kuat sampai darah berhenti
2. Jangan sentuh kawasan cabutan dengan jari atau lidah.
3. Jangan berkumur-kumur selama sehari selepas cabutan. Kalau dah berkumur pun tak boleh, gosok gigi jauh sekali ye.
4.Jangan ambil makanan panas selama sehari selepas cabutan.
5.Ambil ubat tahan sakit sebelum rasa kebas hilang.
6. Jangan minum menggunakan straw, sebab boleh create pressure dalam mulut, melambatkan darah beku.
7. Jangan buat kerja-kerja berat dan banyakkan berehat.
8. Minum ais untuk cepatkan pembekuan darah.

 Hahaha..rongak! Actually ni belah kiri tapi since gambar selfie nampak di belah kanan.

Next entry aku cerita macamana aku survive jadi budak rongak dan pengalaman hidup dengan entiti besi dalam mulut. Sakit? Tak sakit? Nantilah cerita. Entry panjang sangat ni jemu plak korang baca.

Kos : RM 240 cabut 2 batang gigi dan ubat
          RM 2000 deposit Braces


Tak sayang ke gigi sihat cabut? Giler tak sayang! Tapi terpaksa.


50 comments

  1. heee... entiti besi... keh keh keh

    ReplyDelete
  2. Klu mak redho duhet tu beli tiket flight hehe...x syg bdn sungguh

    ReplyDelete
  3. Ngeri jgk bc tang cabut gigi tu..dah tu tak sanggup posa plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kurus Mak kalau pakai braces ni..haha

      Delete
  4. gigi bawah je yang "kureng", yang atas ok ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. no, dear..gigi akak memang teruk. Siti, Abang MKL, Kak Huda, Sally dan Anies boleh jadi saksi. Huhu

      Delete
  5. Mahalnye.. Nak buat tapi takut.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada option braces conventional yang lebih murah. Yang getah kaler-kaler tu. Apa nak takut, sakit sekejap je

      Delete
  6. bukan senang dan murah nak jadi chantek ye ciksal., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi masa depan Wak..sanggup tak berjalan setahun ni..haha

      Delete
    2. Kira tahun ni fokus kat gigi dululah ye...so, total berapa tahun kena pakai Sal?

      Delete
    3. maksimum dua..awal2 ni memang duit mengalir macam airlah..ulang-alik check up dengan kerap

      Delete
  7. Nak cantik, sanggup sakit dan susah yea,hihi
    Akk ni gigi mancung tau, tapi tkdelah obvious, so tkdelah nak pakai, ngerilah tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi mancung saya memang obvious. Tu yang pakai jugak sebab nak bercakap ngan customer pun segan diorang dok perati gigi saya.

      Delete
  8. bab nak inject bius kt gusi tu mmg seram..

    ReplyDelete
  9. erkk..ngeri, sbb zie pernah buat rawatan akar, gila kena dtg bayk kali buat next prosuder, smpi satu tahap bg alasan kat doc boleh postpone dak, lenguh mulut nak nganga lama2..

    ReplyDelete
  10. gigi yg rongak tu akan rapat balik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..gigi berlapis kat bahagian depan akan tutup ruang tu.

      Delete
  11. berapa total kos buat braces ni termasuk kos cabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam RM 7000. Akak amik Damon memang mahal sikit.

      Delete
  12. Hmmm.... nak buat braces ni dah lama tapi Sha bab duit ni, hanya mampu huhuhu je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Sha, kita masing-masing ada tanggungan sendiri. akak pun umur dah lebih 30 ni baru mampu nak pakai

      Delete
  13. semoga lancar proses buat braces tu ya. orang kata ada masa2 akan sakit pakai braces, sebab dia akan tarik2 nak bagi gigi teratur balik. semoga bertabah utk dapat gigi cantik. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang ada masanya sakit..tapi buat tak tahu je.dia lagi fikir akan lagi sakit

      Delete
  14. Mg dipermudahakan KA bab2 gigi ni seriau sikit he3.. tak tahan ngilu tu

    ReplyDelete
  15. fuhhh sekali 3!! lap peluh sattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor tak bagi. Dia suruh cabut dua dulu. Nasib baik gak lah dengar cakap dia

      Delete
  16. Seram! Last cabut gigi masa sekolah-sekolah dululah. Bertabah ye akak. Saya sakit gigi haritu duk nangis senyap2 dalam bilik. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab sakit gigi ni jangan simpan tau, Ana...akak dulu pun takut dentist, tapi dah lama-lama malas nak siksa diri dah

      Delete
  17. Replies
    1. cantik tu takdelah sangat kot..janji tak kena kutuk lagi cukuplah..

      Delete
  18. Ya Allah sakitnya rasa. Terbayang jarum panjang yg dia guna untuk bius tu.
    btw, saya singgah dan follow blog ni ya. jemput singgah blog saya jika berkelapangan :)

    http://anothersyed.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. menarik baru tau mengenai braces ni....

    memang cabut gigi paling menakutkan huhu

    sepanjang hidup baru 2 batang cabut gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah kalau tak payah pakai braces. Lepas ni kalau kenal sesiapa yang nak pakai braces yang kurang sakit dan kurang serabut bolehlah suggest try damon braces ni

      Delete
  20. Kalau orang yang jenis gigi jarang2 tu kena cabut gak ke Sal? So far pakai bracket tu kena ulser tak kat mulut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak cakap kak...tapi rasanya tak payah. sebab ada ruang yang cukup. Selama saya pakai ni tak pernah lagi kena ulser

      Delete
  21. okay...ngeri pulak baca entri ni.

    huhuu

    ReplyDelete
  22. tp gigi sal cantik sebab putih.

    cuma rasanya pnh dgr (tak sure lah mitos atau fakta) - gigi putih vs gigi kuning (by gen) gigi kuning lebih tahan.
    tapi tak cantiklah sebab kuning kan.

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang mana putih, tu biasalah camera phone menipu. haha

      Delete
  23. dulu saya buat free je kat klinik kerajaan. tp macam tak jaga sangat dan tak tahan sebab kena pakai lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya dapat free..ya, pakai braces ni memang sulit nak menjaganya.

      Delete
  24. Haduhhh Sal hakak dengo cite ko pun dah rasa ngilu ngilu jer gigi ni.
    Ingatnya cabut bhg belakang sekali rupanya kat tengah gigi ek.

    Tak delah teruk sangat gigi ko Sal...tp yelah mana tau lepas buat gigi ni jadi mcm Jihan dapat gi Itali pulak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Aminn. Jangan terpedaya dengan gambar. Gigi saya lagi teruk dari Jihan. Tapi manalah tau pas ni boleh kahwin lelaki hensem. Ehhh

      Delete
  25. Fuhhh...rege diaaaaaa😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama kumpul duit ni lya..terpaksa tahun ni tahan x travel..huhu

      Delete
  26. Ahaaa mmg kena cabut gigi rupanya kalau nk pasang..patutlah dulu penah tanya doc ckp kena cabut sbb gigi awak rapat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak JM..aish, kak JM pun nak pakai braces ke?tak payahlah..gigi cantik dah tu

      Delete
  27. hadoiiii..ngeri plak den nak g pasang braces ni.. :-)

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah