Final del Copa America!

Friday, 3 July 2015

Assalamualaikum semua.  Tadi bukak blog, ingat nak cerita pasal restoran yang aku gi berbuka hari tu, tapi bila ku cuba transfer gambar dari handphone ke PC macam ada je yang tak kena. Ish, kena beli handphone baru ni. Wah, tetibe!

Emereka sangat tajuk entry aku hari ni kan! Entry ni takde kena-mengena ngan Amerika yang ada Rumah Putih tu, tapi tentang perlawanan akhir Copa America. Apa itu Copa America? Copa America merupakan kejohanan bola sepak 4 tahun sekali, melibatkan negara-negara benua Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Uruguay dan lain-lain.  12 negara yang layak bertanding akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Copa America ke 44 kali ini diadakan di Chile, dari 11 Jun hingga 4 Julai 2015. Copa merupakan kejuaraan bola sepak yang lebih tua dari World Cup. Kali pertama diadakan pada tahun 1916, dengan Uruguay merupakan pemegang title terbanyak sebanyak 15 kali, termasuk pada edisi 2011 yang lepas.

Copa America ni biasa aku tengok hujung-hujung je. Kali ni aku sokong Brazil, sebab ada dua orang pemain Liverpool iaitu Coutinho dan pemain baru, Firmino. Kalau Brazil menang, bolehlah berangan sekejap yang Liverpool boleh pergi jauh dengan gandingan Firmino-Coutinho ni. Tapi, nan hado! Kalau korang pernah tengok kehebatan pemain-pemain legenda Brazil macam Ronaldo, Ronaldinho, Cafu, Kaka, Roberto Carlos etc; memang berbulu biji mata tengok team Brazil yang baru-baru ni! Apa-apa pun, aku yakin Firmino-Coutinho akan membawa sinar baru kat Anfield nanti. Tengok jelah, next year will be our year. Hahaha.


Sewaktu entry ini ditulis, hanya satu perlawanan berbaki, iaitu perlawanan akhir antara Argentina vs Chile. Keduanya sama hebat, tapi aku sokong Argentina! Sebab ada banyak pemain favourite aku macam Messi, Kun Aguero, Mascherano dan Angel Di Maria. Masih terasa kecewanya aku bila Di Maria berpindah ke Manchester United season lepas sebab dia memang awesome dekat Real Madrid. Ala, sebab masuk United kan. Kalau masuk Dortmund ke, Arsenal ke, Bengaluru FC ke, JDT ke takde pun kau nak frust, Sal! Bertambah frust bila tengok dia hanya memanaskan bangku simpanan. Ce kalau main untuk Liverpool, kan lagi bagus. Confirm top eleven!

Good luck Angel! Score banyak-banyak ye nanti!

Dia ni takdelah hensem sangat, sebab tu dia segan stay dekat Real Madrid bak kata orang tu. Mungkin jugaklah. Real Madrid daripada dulu memang pemain dia hensem-hensem. Hensem tak hensem belakang kira, kita tengok talent lah. Hensem tapi pass bola ke laut pun tak guna.

Sebenarnya, tak nak sokong Chile sebab luka tahun lepas fresh lagi.. Hahaha. Lagipun, aku still tak puas hati dengan kemenangan diorang ke atas Uruguay yang sangat tidak adil dan kontroversi. Bertahun-tahun aku tengok bola, tak pernah tengok insiden macam tu. Insiden tu kalau aku cerita, takut ada yang batal puasa. Punyalah dahsyat. Hihihi. Sape yang follow Copa kali ni confirm tahu. Kesian Uruguay, tak dapat pertahan kejuaraan.

Oh ye, sebelum korang tuduh aku lalang, kejap Uruguay, kejap Brazil, ni Argentina pulak, harap korang faham yang aku penyokong Spain. Spain tak masuk Copa America walaupun majoriti negara-negara Amerika Selatan bercakap bahasa Sepanyol.

Perlawanan akhir adalah pada 4 Julai nanti, 5 petang waktu Chile, pukul 4 pagi waktu Malaysia. Sahur sambil tengok bola, macam last year. Huhu. Lepas sahur, pagi tu aku nak  balik kampung! Oh oh oh, balik kampung! Hati girang! Raya nanti aku tak dapat nak cuti lama, so aku ganti lah, berpuasa kat sana. Makin aku dewasa, kemeriahan Ramadhan tu nampak lebih besar maknanya dari kemeriahan Syawal. Betul tak? Lagi plak single trang tang tang ni, tak rasa nak raya sangat. Bulan Ramadhan tu nampak lagi banyak keindahannya.


Quote atas ni sangat deep kan?

Dah terbayang-bayang muka Atuk dan sepupu-sepapat kat kampung.Tapi bukan balik raya terus, Isnin depan balik KL. So, jangan rindu aku tau. Hihihi.

Alih-alih pagi semalam bukak suratkhabar..Huwaaaaa...aku keciwa...(bukan terkejut harga minyak naik) bila aku perasan yang suratkhabar tulis perlawanan akhir adalah pada 5 Julai. Eh, kan ke Copa habis 4 Julai?

Rupanya aku terlupa ambil kira perbezaan waktu Chile yang 11 jam lebih lambat dari Malaysia. So, walaupun dia tulis final pukul 5 pm, 4 Julai, dekat Malaysia dah masuk 5 Julai. Means pagi Ahad. Pagi Ahad aku dah kat kampung. Kampung takde Astro. So, tak dapat tengok! Kah kah kah.

Lantaklah, Angel tak Angel! Kalau nak sangat tengok pemain Argentina, turun je Larkin cari Figueroa. Hihihi. Muor, mu tunggu aku datang!

Bulan Ramadhan pun dah masuk quarter final ni. Jemaah masjid dan surau harap tak jadi macam pertandingan bola sepak jugak. Makin hujung, makin kurang bilangan peserta.

Apa-apa pun, selamat berpuasa dan beribadah my dearies. Tulah, jangan suruh aku update blog, kan dah entry panjang berjela. Jumpa lagi, Insha Allah.


Read More

Review : Jurassic World

Thursday, 18 June 2015

Remember, if something chases after you, run..


Aku menonton filem ni di TGV KLCC, sehari sebelum puasa. Sanggup ambil cuti ye. Tengok tayangan pukul 11 pagi, panggung hampir lengang, rasa macam tengok filem B rated yang tak laku. Bulan Ramadhan aku memang tak buat aktiviti lagha macam gi karaoke atau tengok wayang. Bukan nak kata aku baik, tapi aku rasa masa terluang baik diisi dengan aktiviti berfaedah macam mengaji ke, jadi volunteer ke.. Tengok wayang bila-bila masa pun boleh, tapi Ramadhan hanya setahun sekali. Asyik ralit buat dosa, nak jugak sesekali tuai pahala. Insha Allah.

Berbalik pada tajuk entry. Filem ini tentang lawatan dua beradik, Zach (Nick Robinson) dan Gray (Ty Simpkins) ke Taman Tema Jurassic World, di mana ibu saudara diorang, Claire (Bryce Dallas Howard) merupakan salah seorang pegawai operasi kat situ. Saintis-saintis kat taman tema tersebut tengah develop dinosaur baru yang sangat ganas dan Claire terlibat secara langsung dalam projek tersebut. Salah seorang pegawai atasan kat Jurassic World iaitu Mr.Masrani (Irffan Khan) insist supaya Claire dapatkan khidmat nasihat Owen Ridley (Chris Pratt si abang Sado) untuk memantau dinosaur spesis baru bernama Indominus Rex. Keadaan jadi huru-hara bila Indominus Rex sukar dikawal dan terlepas. So, cmane nak tangkap dinosaur ni tanpa merisikokan nyawa lebih 20 ribu pengunjung dan pekerja Jurassic World di atas pulau terpencil Isla Nublar? Jeng jeng jeng...

 Mana hangpa nak lari???

Aku merupakan peminat tegar francais filem Jurassic Park ni. Cuma the second installment, The Lost World aku kurang suka sebab banyak sangat cakap. Jurassic Park 1 dan 3 berkali-kali aku tengok. Lepas tengok Jurassic World ni, bolehlah disimpulkan yang ini merupakan filem Jurassic Park paling best! Probably because of the theme park setting. Lagi ramai orang, lagi kalut, lagi banyak 'lauk' dinosaur boleh pilih. Huhuhuhu. Yelah, nak banding filem pertama tahun 1993 ngan 2015 memanglah tak adil kan. Dinosaur kali ni lebih real, jalan cerita mantap dan senang faham, effect yang sangat menjadi dan cukup elemen ngeri dan ganas. Memang banyak kali aku terkejut, nasib tak terpeluk kawan kat sebelah. Tapi ending diorang tipikal lah, dari filem pertama lagi dok guna idea sama. Insaf lah kononnnya, tapi pastu ada je orang develop pulau dinosaur ni dalam filem seterusnya.  So, harap Jurasic World ni ada sambungan. Tapi mungkin kena tunggu 10 tahun lagi..haha.

Aku suggest korang tengok filem ni. Aku bagi 4 bintang! Tak kisah lah samaada korang follow cerita ni dari filem pertama ke tidak sebab senang je faham. Ah, kalau best sangat Sal, nape tak 5 bintang je? OK, maybe sebab ada part yang aku tak boleh terima macam *spoiler alert, skip ke perenggan seterusnya kalau tak suka spoiler* macam ride bulat Gyroscope yang takde trail dan tak boleh dikawal pekerja theme park. Come on, tak logik! And how come such park takde CCTV? Ending plak macam nak cepat habis. Tetibe plak T-Rex jadi baik, pastu boleh berpakat dengan Velociraptor. Oh, dan sangat tak logik seorang wanita, hebat macamana pun, berlari-lari sepanjang hari dengan pointy heels 3 inci. Entah apa-apa aku ni, nama pun filem dinosaur nak expect logik kemendanya!

OKlah, alang-alang dah update blog, aku nak ucap Selamat Be-Ramadhan kepadasemua. Bukan takat puasa je, tapi untuk menghidupkan bulan mulia ni tak kiralah siang dan malam. Hahaha, aku cuti hari ni. Saje je, nak rileks sikit hari pertama puasa ni. Insha Allah akan merajinkan diri update blog dengan kerap.


Read More

Pengguna Pengangkutan Awam yang Menjengkelkan

Friday, 12 June 2015


Sebagai pengguna public transport yang tegar gara-gara penakut nak drive dalam KL, aku memang dah masak sangat dengan laluan bas dan LRT. Sampaikan aku menjadi tempat rujukan kawan-kawan dan saudara-mara yang nak naik pengangkutan awam tapi tak yakin. Dah macam ada database Rapid KL dalam otak aku ni plak.

Berikut disenaraikan beberapa perangai-perangai pengguna public transport yang buat aku menyampah gila. Sila jangan buat, tak kisah la korang jenis yang bergantung hidup pada pengangkutan awam atau naik sekali-sekala.. Antaranya:

1. Tak mau gi belakang
Ini annoying, terutama kalau dia lah yang berebut nak masuk dulu. Pastu block pintu tren/bahagian depan bas. Drebar ingat dah full, then tak bagi orang naik lagi. Kesian la dekat yang dah lama menunggu.

2.Dengar lagu kuat-kuat
Nak aje aku belikan earphone..Kalau lagu best yang semua orang layan takpe, ni lagu yang bahasa orang lain tak faham. Tambah pulak sesi 'sing along'.  Nak marah ada, nak gelak pun ada.

3. Tak bagi pompuan mengandung/org tua/ o.k.u duduk
Ini perkara biasa kat tanah tumpah darahku. Terutama kalau petang-petang, balik dari kerja. Letih la kononnya. Takde kesedaran sivik langsung.


4.Terlebih peramah
Golongan-golongan ini memang mudah dikenalpasti. Duduk ke, berdiri ke, sebelah orang dia kenal ke, foreigner ke, dia bantai je. The moment korang senyum je kat dia, mesin berborak dia pun terus 'on'. Selagi korang atau dia tak turun dia akan terus bercakap walaupun kau tak layan. Walaupun dia nampak kau pakai earphone dan humming along lagu kau tengah layan tu. Ada sekali tu aku nampak sorang brader ni buat-buat tidur pun sorang auntie tu dok berborak lagi. Aduiyai..

5. Nampak kau tengah berlari-lari bapak ke arah bas, tapi tak inform pada driver.
Cam hampagas je...pulak tu dia boleh pandang sepi je dekat kau yang tertinggal. Manusia memang kejam!!! Kejam!!!Ops, drama queen sangat.

6.Menggelupur nak turun sampai tolak-tolak orang
Rileksla bro...rasanya ramai je orang nak turun. Kau tolak-tolak ni memang mintak kena sigung ke apa?

7. Public Display of Affection
Tak payah nak PDA sangat la dalam tren/bus. Geli kot orang lain tengok. Tak tau PDA tu apa? Sila google. Hihihi

So, tolong jangan jadi manusia selfish...Naik pengangkutan awam pun tak pandai timbangrasa cmane kalau ada kenderaan sendiri nanti. Sekian, pesanan khidmat masyarakat

**Entry repost**
Read More

Kiriman yang mengembalikan mood blogging

Friday, 29 May 2015

Assalamualaikum semua! Ewah...tajuk entry aku memang tak boleh blah kan? Haha, lately mood blogging memang ke gua ke laut. Keinginan tulis entry baru tu ada, tapi otak aku pun sama blank dengan skrin. Last-last aku baca entry-entry blog lain, komen, klik iklan, komen lagi, blogwalking..  sampai jemu. Style aku, kalau takde mood, aku tak update blog, walaupun idea dan benda nak cerita dah melimpah-ruah. Aku tak suka tulis entry dengan separuh hati. Kalau nak menulis, biar all in or nothing. Macam tagline Adidas pulak kau!

Entry ni sebenarnya merupakan entry penghargaan buat dua orang blogger ni. Yang pertama adalah untuk akak suka travel yang minat kaler pink dan merupakan pelapis sukan badminton negara selepas Dato' Lee Chong Wei bersara nanti. Kau hado?? Sape lagi kalau bukan si sweety sweetu Jari Manis.

Rasanya majoriti pembaca blog ni kenal kak JM kan, sebab dia ni memang peramah, kalau komen kat blog orang memang bawak bom tangan bagai. Selain dari sifat peramah dia tu, kak JM ni famous sebab banyak tempat dia dah pergi dan cara dia tulis travel details dia buat korang rasa macam korang pun ikut sekali. Jangan main-main ye, orang Korea pun baca artikel dia tau! Jemput berkenalan dengan dia ye, single lagi orangnya.. Hehe.


Thanks kak JM, for the lovely gift! Saya ni memang spesis kurang vitamin, kuku selalu patah atau tercabut - pastu stress bila tertarik benang tudung! Lepas ni, tiada masalah lagi! Aku dah macam iklan Terlajak Laris pulak ni.

Blogger kedua adalah cik Siti Yang Menaip. Dia ni kaki travel dan kaki food hunting jugak. Muda lagi orangnya, tapi cara penulisan sangat matang. Chegu la katakan! Ceria je orangnya, memang tak rugi berkenalan dengan dia. Status? Ah, tu korang siasat lah sendiri. Aku tak bertanggungjawab ye..Hihihi


Thanks CT yang comel, bagi hadiah yang sweet ni! Akak belum makan lagi, sayang pulak rasanya. Hehehe.

Saja nak tanya, header baru OK tak? Since aku ni kedekut malas nak upah designer, buatlah sendiri. Cukuplah untuk orang yang tak reti guna Photoshop or Illustrator or whatever.

OKlah u olls, thanks for reading. See you next time lovelies!

p/s : still ada peluang korang nak jadi top 15 kaki komen bulan May. InshaAllah aku akan masukkan  blog korang dalam Bloglist Jun.
Read More