Thursday, 19 June 2014

Frust berguling-guling Part II


Masihkah korang ingat betapa frustnya aku bila Spain kena belasah dengan Holland sampai 5-1? Frustration aku kali ni berganda sebab diorang kena rojak dengan Chile plak. Dengan Holland aku boleh terima lagi tapi kekalahan kali ni aku tak boleh hadam sebab Chile bukan team pilihan. Automatik Sepanyol tersingkir, mengulangi sejarah France juara 1998 dan Italy juara 2006. Bekas juara tamat perjuangan di pusingan kumpulan.

Awal-awal tengok bola ni, aku acah-acah lalang je, tapi start minat Spain since 2000 something. I'm so into Iker Casillas. Dia memang antara goalkeeper terbaik Spain dan Real Madrid. Selain dari dia, aku minat diorang ni gak..

Raul Gonzalez
Korang mesti nak kata aku suka dia sebab hensem kan? Chooooi sangat! Dia ni sangat lincah di padang and one of Spanish top scorer. Sebab dia aku kenal Real Madrid dan start tengok La Liga. Kalau tak aku kenal David Beckham ngan Michael Owen je. Haha, zaman noob! Ariba! Ariba!

 Carles Puyol 
Defender Spain yang legend.  Memang susah nak bolos kalau dia ada since dia rajin kejar bola. In World Cup 2010, dia siap score against Germany. Cantik lak tu header dia. Tahun ni dia tak main international dah. Frust Abang Long tak dapat pertahan piala. Sob sob.

David Villa
Spanish naughty boy yang ensem giler!! Dia tak masuk kesebelasan utama, probably because of age factor menyebabkan Del Bosque pilih Diego Costa instead. Dia ada track record yang baik. 58 gol dalam 96 penampilan bersama Spain . Rekod yang belum ada pemain Spain boleh beat. Tu belum campur dia tolong Atletico Madrid menang La Liga setelah 16 tahun. Gandingan dia dengan Torres pulak definitely one of the best! It might have been done differently kalau dia main. *Memandai je kau ni Sal buat prediction*

Sayangnya eksperimen del Bosque tak menjadi..ni pun nak jadi Rajagopal jugak ke!

Dengan tersingkirnya Spain,  aku akan kembali menjadi lalang dalam World Cup kali ni. Buat masa ni aku nasihatkan Ali Torres dan Mamat Alonso menukar dp fb kepada gambar berunsur Ramadan gitu. Pastu bila orang cakap pasal bola jawab je korang nak concentrate bulan puasa.

Apa-apa pun, bola itu bulat (Alasan cliche' penyokong bila team yang diorang sokong kalah)..Hahaha

Nota kaki: Nasib baik aku ni perempuan, boleh tenyeh mekap banyak-banyak supaya muka tak nampak sembab..Cemerlang aku kejut Mak aku sahur pagi ni dan sampai office pukul 8.05 am. Tanjat bos I olls!! Ni kena tahan mata sampai pukul 6, dahla time lunch hour kena jaga kaunter tak dapat membuta. *Yawn*

Hasta luego amigos!

34 comments:

  1. Omakhaih ! Minat bola ye sal , hahaha bertabahlah ye Spain dah out. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...memang bertabah habis ni..tak tahan bila kena bahan je..sebab hari tu confident sangat..padan muka haku! ;p

      Delete
  2. salam singgah. layan kan ja musim bola la ni. ada anak2 ni takda rasa nak tengok apa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara bujang ni kak..esok dah kahwin dan ada anak-anak baik curi masa yang ada untuk tidur..hehe

      Delete
  3. Haha...sian kan spain dh terkeluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian sesangat...sebab dia bekas juara tu yang dramatik sangat terkeluar awal.

      Delete
  4. Tulah Sal..hancus dia orang kali ni...nak buat camne kan..tak ada rezeki..awal-awal lagi dah terkeluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kak...sampai sini je la perjuangan diorang.sedih gak sebab cepat sangat.tak puas menyokong lagi

      Delete
  5. aduhh malas nak tengok.... kecewa lagi

    ReplyDelete
  6. alaaaaaa kenapa la akak tak minat tengok bola ek.. dah cuba tapi still tak boleh layan..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak minat jangan paksa kak..hehe.manusia kan minat ada pelbagai. :p

      Delete
  7. iya ka ingatkan tengok pasai hensem

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi..tak baik tau.kalau nak tengok hensem tengok Itali..ramai yang hot.dulu la masa batch Totti.

      Delete
  8. Hahaha..mohon peminat spain layan spongebob bagi hati rileks balik. Hehe.. Jgn frust2 kak sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...peminat Spain semua pakat simpan jersi dalam almari..tunggu world cup habis nanti baru sarung balik...hehe

      Delete
  9. adehhh minat btul erk...akak lgsg xtgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la kak...dah terminat.saya ni nak kata tomboy tak jugak...segan gak coz kawan-kawan cite running man, kiter citer bola..haha

      Delete
  10. tidak.. oh no... memang kecewa sangat... hancur berkecai harapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...memang face palm macam Casillas dalam gambar atas ni...

      Delete
  11. redah jer lah . nak buat camna ... heheheee

    ReplyDelete
  12. fehfeh..jrg jmp perempuan minat bola giler2 pnya..hehe
    terbaikk!! apa pun spain dah balik awal..kehkeh tgk ramai org dok bahan kt fb...sabor je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tersingkir tapi kena lawan gak lagi satu game..tak tengok kot kali ni, takut entry ni ada part 3 pulak..haha.
      p/s: ada je pompuan minat bola tapi tak sefanatik orang lelaki. :)

      Delete
  13. juara bertahan, team yg kite expect boleh menang pun kalah dengan team underdog..huhu
    pe pun, keep calm n sapot brazil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keep calm n keep watching..nak jadi lalang je pas ni.hehe.NN sapot Brazil ye...

      Delete
  14. Replies
    1. sharing untuk orang-orang yang kata Spain ramai pompuan support sebab pemain dia hensem-hensem..hehe

      Delete
  15. Raul Gonzales itu ex bf I. pfftt. dari dulu2 lagi suka tengok spain main. cuma wc kali ni sgt tak boleh digest. sabar je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang nampak teruk kali ni...sebab Raul la minat Spain dulu..hehe

      Delete
  16. 'terjamu' pulak mata akak nampak gambar David Villa yang makaihhh..hensem gitew. Tapi, tak tengok lame pun 2 sec je;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...jangan renung lama2 kak.melekat mata kt skrin kang, jeles plak cik abang.. ;p

      Delete
  17. sorry dear, bab bola kak ana tak pandai nak komen..memang tak pernah layan dan tak kenalpun playernya yg kak ana kenalpun kembar yang kawin dgn Rita Rudaini tu je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..takpelah kak. minat orang kan berbeza-beza. saya ni memang tak boleh buat apa, suka tengok bola dari zaman remaja, tu yang dah kenal ramai pemain. tapi tetap maintain ciri-ciri gadis Melayu terakhir gitu (ayat angkat bakul)

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com