Deepika Padukone - pakai track suit pun cantik!

Wednesday, 10 November 2021

 

Peminat filem Hindustan confirm kenal lah pelakon cantik manis bernama Deepika Padukone ni. Gambar terbaru ni diambil paparazzi di Airport sewaktu beliau pulang dari Dubai. Simple je pakai track suit dan kasut sukan. Orang cantik pakai apa pun cantik.

Imej ni sesuai dengan status terbaru beliau as duta Adidas. Aku pun intai-intai la koleksi AdidasXMerimekko yang nampak Deepika dok promote di IG. Tengok jelah, rasanya tak beli. Aku bukanlah kaki barang berjenama. If korang minat brand Adidas bolehla usha website diorang. 

Deepika antara pelakon era 2000-an yang aku minat. Ada a few filem dia yang aku suka iaitu:

Om Shanti Om - Suka sebab hero filem ni Shah Rukh Khan, set dan kostum 70 an yang cantik dan lagu-lagu best.


Yeh Jawaani Hai Deewane - Suka sebab hero dia Ranbir Kapoor comel giler dan jalan cerita yang menarik.

Bajirao Mastani - Hero filem ni suami Deepika sendiri, Ranveer Singh. Sesuai untuk yang suka filem sejarah dan cinta terlarang. Walaupun Deepika watak utama tapi aku rasa lakonan Priyanka Chopra as second heroin lebih menyerlah. 


Tamasha - Filem ni pun Deepika berlakon dengan Ranbir Kapoor. Filem romantik tapi turut membincangkan isu mental health. Part awal filem ni berlakon di Corsica, Perancis. Buat ko rasa nak try travel solo mana tau jumpa cinta sejati. Lol. Dalam filem bolehla. 

Chennai Express - Antara filem yang aku tak jemu tengok berulang kali sebab kelakar, lagu-lagu sedap dan ada mix budaya masyarakat India Selatan jugak. 

Piku - Filem tentang hubungan ayah dan anak. Deepika berlakon dengan Amitabh Bachan. Memang kelakar tengok perangai diorang sama-sama degil.

Korang ada tak yang dah tengok filem -filem aku mention ni? If dah share lah review. 

P/s: Maaf lah kalau allignment entry ni tunggang-langgang. Aku menaip di handphone. Penat duduk depan PC dari pagi. 

Read More

Ipoh Hainan Chicken Rice -makan tengahari di Ipoh yang sedap dan halal

Saturday, 6 November 2021

Assalamualaikum dan hai semua!

Sambung dari SINI. Lepas tumpang beg di hotel, kitorang keluar balik untuk cari lunch. Almaklumlah perut Melayu, mestilah nak cari nasi. Mula-mula ingat nak pergi kedai Nasi Ganja yang viral tu tapi aku kalau makan nasi kandar conform lepas tu mengantuk. So, kita cari lah Nasi Ayam Hainan. Di Ipoh ni memang banyak kedai dan warung nasi ayam, tapi kenalah cari yang sedap dan halal. Check dalam google nampak 'Ipoh Hainan Chicken Rice' so marilah kita menapak ke sana.

Saja pilih untuk berjalan sebab nak fefeeling tourist. Cuaca agak redup walaupun tengahari buta. Tak plan sewa kereta sebab cadang nak ke kawasan dalam town sahaja. Habis-habis pun naik Grab atau bas awam if tak larat jalan.



Orang ramai. Almaklumlah hari Sabtu dan waktu makan tengahari pulak


Ipoh Hainan Chicken Rice ada 2 cawangan. Kitorang pergi yang di Jalan Raja Musa Aziz/ Henderson Anderson Road. Boleh rujuk FB rasmi untuk waktu operasi dan menu.


Kami order Couple Set walaupun aku single. Ada Wan Tan Hor (Kuey Tiow Ladna), Chicken Rice Roasted/Steamed (aku lupa kitorang pilih mana satu) dan 2 Sirap Ais. Memandangkan orang sangat ramai kena tabah lah menanti. Tapi takdelah slow sangat. Belum tahap nak mengamuk.


Cak! Dah jangan tanya aku gi ngan sape. Blogger femes ni confirm korang kenal.

Harga untuk makan 2 orang. 

So, rekemen ke tidak? Definitely! Ipoh Hainan Chicken Rice memang port menarik untuk lunch. Nasi kosong saja tanpa sup pun dah sedap. Ayam pun tak rasa tawar. Menaip ni pun teringat-ingat lagi. 

Kalau korang bawak kereta, kena pusing sikit nak cari parking. Ada je parking kat area KFC dan The Store berhampiran. 

Settle makan, kitorang gerak ke destinasi seterusnya. Masih menapak macam tadi. Kata nak 'berjalan' kan. Sambil-sambil tu ambil gambar bangunan dan jalan yang menarik perhatian.


Antara kedai yang menarik perhatian aku. Restoran Semenanjong. Ejaan macam zaman dahulu, pintu pun macam tak pernah bukak sejak zaman sebelum merdeka. Curious aku nak tahu lebih lanjut tapi bila intai dalam hanya nampak kertas suratkhabar lama dan tin kosong bersepah. Takut nak intai lama-lama takut ada yang  ngintai balik. 


Bangunan ni aku ingatkan kedai perabot, rupanya gimnaseum.

Ipoh pun ada Hop On Hop Off  lah! Korang rasa kitorang naik tak?


Cuaca begini nyaman nak berjalan.


Pantang nampak street art cantik sikit, mesti singgah nak posing.

Next kitorang ke mana? Tunggu next entry ye. Aku kalau citer berjalan memang laju je. Rindu nak menulis kisah travel oversea. Entahlah bila berpeluang lagi. Nak terbang buat masa ni banyak sangat kerenah birokrasi. Malaih aku.

Thanks for reading!

Read More

Train To Ipoh

Tuesday, 2 November 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita aku bercuti ke Ipoh. Plan yang agak adhoc. Asalnya merancang nak naik 'Ekspres Rakyat Timuran' yang bermula dari JB Sentral, Johor ke Tumpat, Kelantan. Di Semenanjung, sewaktu entry ini ditaip, ia satu-satunya perkhidmatan sleeping train atau keretapi malam yang ada. 

Seingat aku tahun 90an dan awal 2000an ada Ekspres Senandung Malam yang disediakan oleh KTM. Ia menghubungkan Woodlands, Singapura dan Ipoh, Perak tapi telah ditamatkan perkhidmatan sekitar 2009. Ada sesiapa di sini yang pernah naik? Sayangnya aku tak berpeluang. Masa tu jiwa wanderlust belum berkobar macam sekarang. Lagipun waktu tu masih kanak-kanak/remaja. Kalau famili tak bawak memang tak sampai.

Plan Ekspres Rakyat Timuran kita hold lah dulu kerana memerlukan perancangan yang lebih rapi dan cuti yang panjang. Lagipun sekarang musim hujan. So, scratch that. Kita pergilah Ipoh. Tak dapat naik keretapi klasik diesel, naik ETS (Electric Train Service) pun jadilah. Keretapi jugak.  Rajin-rajinlah check official website KTMB untuk tahu promo terbaru. Kami dapat potongan RM10 seorang. Banyak kan? Promo 'CUTIKERETAPI' ni valid sampai 31 Disember 2021. Boleh guna untuk train intercity jugak.


Beli tiket melalui official website. Pakai apps pun boleh, tapi aku book via website sebab nak guna PC. Naik keretapi pun macam nak naik flight. Siap mintak no I/C dan nama penuh. Tak diwajibkan buat swab test tapi status haruslah lengkap divaksin dan bukan contact rapat Covid19. Harga tiket pergi RM 39. ETS ada kelas Silver, Gold dan Platinum. Gold aje yang ada so ambillah. Yang membezakan kelas-kelas ni adalah berapa banyak stesen dia berhenti. Lagi mahal, lagi kurang berhenti, lagi cepat sampai.


Hari kejadian, kami naik di KL Sentral. Masa beli tiket nampak banyak seat kosong lagi tapi masa beratur nak naik eh tetibe ramai orang. Hari Sabtu kan. Redha jelah. Bukan kau je yang nak bercuti. Nak naik train macam biasa scan MySejahtera dan check suhu. Scan QR code ticket di laluan berpalang sebelum masuk.



Tak berapa best tempat duduk kitorang ni sebab ada 'tiang'. Tak dapatlah nak tengok view. 


Belanja video untuk yang rindu naik keretapi.


Teringat scene keretapi Kajol dan Shah Rukh Khan dalam Dilwale Dulhania Le Jayange. Kau memang kuat beranganlah.


ETS ada toilet dan 'bistro'. Simple jelah, takdelah macam gerai atas tanah. Harga boleh tahan mahal. Beli sandwich je untuk alas perut. Itu pun Rm3.80




Boleh request pekerja Bistro untuk panaskan

Lagi satu stesen nak sampai, penumpang seat depan kitorang turun. So, tumpang seat dia kejap untuk posing.

Perjalanan 2 jam 33 minit. Train memang bergerak dan sampai on time. Cuaca pun cantik.

Posing dulu. Ala-ala pose depan Shinkansen pulak.

Stesen Keretapi Ipoh ni memang cantik. Senibina 'Moorish', hampir sama dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Dekat Ipoh ni, stesen keretapi dia je pun dah boleh buat macam-macam posing OOTD. 

Baca ni: Sejarah Stesen Keretapi Ipoh


Sebelum keluar dari stesen, kena scan QR Code tiket lagi sekali pada laluan berpalang, jadi korang janganlah buang dulu tiket. At least simpan digital copy. Maybe nak elakkan kes curi-curi naik keretapi tanpa tiket agaknya. Kitorang tak rushing so biar jelah orang habis dulu. 

Sampai Ipoh dalam pukul 11.30 pagi, masih awal nak check in tapi jenuh lah nak bawak beg ke hulu ke hilir. So, kita pergi 'tumpang' beg dulu. Kebiasaannya pihak hotel benarkan, so harap yang ni pun sama. Kalau dia tak bagi aku keluar perangai 'Karen'. Hahaha. Jangan main-main Yeop!


Lama giler rasanya tak datang Silver State (dibaca: Negeri Perak) ni. 

OKlah nanti next entry aku sambung lagi. Thanks for reading!

Read More

Pastribella Tamarind Square dan Kolam Renang di Putrajaya

Monday, 25 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita staycation aku dan Blogger Siti. Kitorang keluar pagi, dalam pukul 11 macam tu. Belum boleh check in hotel, so kitorang pergi ke Cyberjaya dahulu. Plan asal nak ke Taco Belle, tapi tu dia ramainya orang, kami tukar plan untuk ke Pastribella yang terletak di Tamarind Square. Juga di Cyberjaya. Ini kali kedua aku ke Tamarind Square. Kali pertama dulu untuk checked out Book Xcess. Back then di tahun 2019 BC (Before Covid), ia dibuka selama 24 jam tau. Tapi sekarang tak pasti lah.



Very the hipster cafe tau. Cuma nama cafe agak misleading bagi aku. Namanya Pastribella, tapi takde pastry dalam menu. Acane tu? Frust gak kitorang. Ingatkan dapat makan strudel, croissant or at least pie tapi donut pun takde.




Last-last beli Carbonara Sliced Duck, Chocolate Cake 1 slice share berdua. Air apa kitorang beli dah lupa. Both pun sedap.


Pastribella ni sebenarnya famous dengan kek. Harga satu slice tu dalam belas-belas. Entahlah murah ke mahal, aku dah jarang makan kek sejak aku cuba kurangkan sugar dan dessert. Masalah aku bukan diabetes atau saiz badan, tapi bila aku makan gula banyak, kulit aku break out. Benci betul.


Sunyi betul Tamarind Square kalau weekdays. 


Ada juga orang yang datang sini untuk bergambar.


Very Instagrammable - said the lady who doesn't even have Instagram account


Sebelum meneruskan agenda, kitorang singgah Mitsui Outlet Sepang dulu sebab tengah panas lit lit time ni. Taula kitorang dua-dua ni puteri lilin



Sendu Mitsui di hari bekerja. Aku pun takde apa nak beli. Cuci mata je tengok dari luar. Sejak PKP kan dah jarang sangat beli baju atau beg baru. Dah lebih setahun set dekat minda: 'bukannya boleh pergi mana-mana', so nafsu shopping untuk penampilan tu pun dah hidup segan mati tak mahu. Sekarang kalau ada duit nak spend dekat makanan dan berjalan je.


Dah petang-petang sikit baru lah kitorang teruskan agenda utama iaitu mencari swimming pool! Untunglah warga Putrajaya ada banyak public pool. Antara yang famous adalah di Marina Putrajaya, tapi yang kami pergi ni Kompleks Sukan Air Putrajaya yang terletak di Presint 6


Dekat dengan pantai buatan. Kerlas kau kat Putrajaya ada pantai walaupun fake.


Waktu operasi yang kitorang terlepas pandang sebab staf di kaunter tak bagitau. Dahlah tampal nun kat atas. Ni aku snap waktu nak balik. Take note ya, ada waktu kolam ditutup. 

Konsep dia macam ni. Kau mandi selama sejam. Katakanlah dari pukul 4 sampai 5 petang. Pastu nak sambung lagi. Kena keluar dari kolam, beratur balik di kaunter, bayar lagi sejam dan masuk next slot pukul 5.30 petang. Tabahlah basah-basah tu kena beratur. 


Nasib baik bayaran murah. Cuma aku terkilan staff kat kaunter tak explain betul-betul pasal timing dia. Dahla tampal waktu operasi tu kat atas. By right, letak lah di eye level. Rakyat Malaysia bukan ketinggian Michael Jordan

Aku pulak jenis yang mudah naik angin kalau orang kerja bahagian service tak buat kerja betul-betul. Tapi selalunya naik angin dalam hati jelah. Haha. Kang kalau aku marah kata pulak berlagak dan pandang rendah dekat orang yang kerja jaga kaunter dan jadi cashier. Aku pun pernah buat kerja macam ni lah, so bagi aku kalau kau tak boleh letak kepuasan hati customer as priority then pergi cari kerja yang tak jumpa orang.


Loker RM1, tapi ada deposit RM10. Aku nyaris terlupa ambil balik deposit, tapi baguslah pak guard tu jujur. Dia nampak kitorang nak balik, dia panggil. Nasib baik Pak Guard baik. 


Kolam Renang Kompleks Sukan Air Putrajaya yang bersaiz olimpik. Tapi takde bumbung. Datanglah petang-petang sikit.


Perlumbaan yang dimenangi oleh Siti. Haha

OKlah, tu je nak cerita. Thanks for reading!
Read More