of MH17 and Gaza

Friday 18 July 2014

Assalamualaikum semua..

Tengah malam tadi, berita mengenai kapal terbang MAS MH17 terhempas di sempadan Rusia-Ukraine tersebar di internet. Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku - semua ini hanya khabar angin dan video dan gambar tersebar semuanya hasil edit photoshop. Tindakan pertama manusia bila terima berita buruk - menafikan. Denial.

Tapi makin lama, newsfeed makin penuh dengan berita mengenai MH17, aku terpaksa terima hakikat yang ia benar-benar terjadi. Kapal terbang milik MAS yang berlepas dari Amsterdam, Belanda jam 12.15 pm waktu tempatan dan dijadual tiba di KLIA 6.10 pagi ni telah dilaporkan terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine. MH 17 dipercayai ditembak oleh puak pemisah Ukraine, berbangsa Rusia yang inginkan wilayah Donetsk menjadi milik Rusia.

 Photo by Dominique Faget - AFP

Konflik Rusia-Ukraine takde kena mengena dengan Malaysia. Takde kena-mengena dengan 280 penumpang dan 15 orang anak kapal on board. Namun itulah kesannya bila kuasa-kuasa besar di dunia bergaduh. Rakyat-rakyat dan negara-negara kecil macam kita yang menerima tempiasnya. Sekadar info tambahan, Ukraine mendapat sokongan padu dari USA, Britain dan NATO dan ekonomi Rusia pula telah disekat oleh kuasa-kuasa besar ini. Yang pasti, someone gotta bear responsibility for this!

Dan nun di Gaza sana, Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Palestin. Hospital-hospital dan rumah-rumah terus dibedil. Gas beracun digugurkan. Pejuang briged Al-Qassam terus bermati-matian berjuang mempertahankan wilayah mereka. Semoga Allah memberi kemenangan buat mujahidin ini. Korang boleh ikuti update di FB Aman Palestin

Teruskan berdoa untuk Gaza, dan untuk Malaysia. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada MH17. Mungkin 'tersilap tembak' atau sengaja. Semoga Allah beri kekuatan untuk ahli keluarga penumpang dan anak kapal. Aku tak dapat bayangkan kalau ini terjadi pada ahli keluarga atau rakan-rakan aku sendiri. Jangan sebarangan menyebar info di laman sosial dan lagi teruk, jangan jadikan benda macam ni gurauan!

Belum reda isu MH370, kita diuji lagi. Ada hikmah yang Allah nak tunjuk pada kita. Mungkin kita dah terlalu jauh dari jalan-Nya. Mungkin kita dah terlalu sibuk mengejar dunia.

Syawal ini mungkin Syawal yang suram buat kita namun apalah ertinya berbanding Syawal di bumi berdarah Gaza, Mesir mahupun Syria.

Tegakkan Islam dalam dirimu, maka Islam akan tertegak di dunia.

Wallahu'alam

43 comments

  1. Hanya Allah yang Maha Mengetahui,teruskan berdoa buat dunia Islam..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serangan Israel ke atas Gaza tu memang dah dirancang. MH17 ni memang satu kejutan. Ada yang kata nak mengalih perhatian dunia. Wallahu'alam kak..

      Delete
    2. Kak anim, sori terdelete comment! Online pakai hp tersalah tekan. Sorry sangat. .

      Delete
  3. speechless...hanya mampu berdoa dan sedekah kan Al-Fatihah kepada mangsa

    ReplyDelete
  4. "Belum reda isu MH370, kita diuji lagi. Ada hikmah yang Allah nak tunjuk pada kita. Mungkin kita dah terlalu jauh dari jalan-Nya. Mungkin kita dah terlalu sibuk mengejar dunia" . Kita setuju dengan komen ni Sal...Dugaan Allah datangnya bersebab...Kita kena muhasabah diri...jangan hanya menyalahkan pihak ukrain/pro rusia..mereka hanyalah penyebab..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla ana. . Dunia sekarang dah tak tentu hala. . Yakin pada Allah, moga Dia lindungi kita

      Delete
  6. Al-fatihah..
    Takziah buat ahli keluarga dan saudara mangsa.
    bertimpa2 berita sedih terjadik pada malaysia dan dunia.
    Moga Allah lindungi kita semua.

    ReplyDelete
  7. 2014 yang tragis ,belum selesai MH370 kini MH17 pula
    .perang sanasini manusia dah hilang keperimanusiaan....yang tak berdosa jadi mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. .pastu semua tak nak mengaku salah.

      Delete
  8. Bersamalah kita terus berdoa... semoga Allah jua yg menurunkan pertolongan... aamiin.
    Takziah & Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  9. Doa agar yang benar itu menang..tak tahu apa nak kata. Teguran Allah buat kita semua. Sedih teramat dgn nasib penumpang MH17 dan Gaza. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  10. Doa agar yang benar itu menang..tak tahu apa nak kata. Teguran Allah buat kita semua. Sedih teramat dgn nasib penumpang MH17 dan Gaza. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  11. al-fatihah buat mangsa beragama islam.. mereka pergi dibulan puasa. kuasa allah siapa yg tahu

    ReplyDelete
  12. Saya sedar berita MH17 terhempas lebih kurang pukul 12.30 pagi masuk 18 Julai 2014 ketika menonton televisyen TV1 rancangan Syahadah tiba2 terlihat berita merangkak di bahagian bawah kaca televisyen.

    ReplyDelete
  13. Al-fatihah... dunia bersedih

    ReplyDelete
  14. Al Fatihah..semoga umat Islam yang meninggal dalam nahas itu meninggal dlm husnul khatimah. Takziah buat keluarga mangsa.

    p/s Teruskan berdoa utk Gaza yang teruk diserang Israel..(T T)

    ReplyDelete
  15. Sedih bila dengar ada antara ahli keluarga kata arwah macam dah tau2 nak 'pergi' berdasarkan kata2 mereka :(

    ReplyDelete
  16. sedihkan..sesih sgt sgt..xsgka sume nih jadi..apa pun semua nih takdir Allah

    ReplyDelete
  17. Semoga ade hikmat di sebalik ujian..
    Al fatihah utk mangsa..
    Salam kenal..akak singgah sini9

    ReplyDelete
  18. semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya, baik dimana jua kita berada..
    buat mereka yg ditindas di sana dan juga buat keluarga mangsa MH17, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan.. huhu

    ReplyDelete
  19. mcm ada yg tak puas hati dgn mas jer ... agaknya lah ... baru perasan sal x de nuffnang . thanks klik iklan kat blog sis . smoga Allah limpahkan rezeki pada sal ... aaamin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada lagi kak..tunggu blog ni stabil dulu..hehe.saja klik-klik..tau orang nak pakai duit banyak nak raya ni

      Delete
  20. keep pray. may Allah ease everything..
    follow sini #80. mind follow back.. keep in touch.. tq.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks follow sini..done follow u back :)

      Delete
  21. Replies
    1. Allah maha mengetahui. Ini semua permainan kuasa-kuasa besar. kita yang kecil ni menjadi mangsa.

      Delete
  22. Assalammualaikum...sal,

    mselim3 sebenar nyer agak sedih dengan keadaan di Palestin dan tragedi yang menimpa MH17... sedih.. tapi pendam aje.. sampai dah buat entry pasal GAZA tak terbuat...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak buat entry tak bermakna tak perihatin..teruskan berdoa untuk mereka. Allah tahu amalan kita walau tak dizahirkan di mata manusia.ewah..

      Delete
  23. Ujian buat M'sia.
    Moga dgn ini makin mendekatkan diri kita padaNya

    ps: dah follow sini juga #82

    ReplyDelete
  24. sedihkan~
    macam2 dugaan yang menimpa kita sekarang.
    moga Allah melindungi kita semua dari bala bencana ini.
    mungkin ini peringatan buat kita semua kan~ :(

    ReplyDelete
  25. Hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik semua kejadian ni..
    *Done follow sini dear..
    Do follow me back..:)

    ReplyDelete
  26. semoga rakyat palestin dan rakyat malaysia bermuhasabah diri... ada hikmah disebalik apa yang berlaku... insyaallah...

    ReplyDelete
  27. Apapun kita perlu muhasabah diri. Didalam musibah dan ujian yang melanda pasti ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  28. akak pon terkejut dapat tahu berita ni...apa yang Allah nak tunjuk pada hambaNya...huhu.

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah kotak hitam dh dpt kt kita.. semoga dalang sebenar dpt dihadap ke muka pengadilan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sangat-sangat..moga pihak yang bersalah akan dihukum dan yang lagi penting semoga pihak yang berbalah ni akan berdamai. udah-udahla tu..yang tak bersalah pula yang jadi mangsa.

      Delete
  30. Al-Fatihah untuk mgsa yg beragama Islam..salam takziah...dugaan bt Malaysia...

    ReplyDelete
  31. innalillahiwainnailaihirojiun... salah satu family dlm naas tu adalah family members kawan akak... memang terkejut...

    ReplyDelete
  32. Al Fatihah. semoga urusan membawa jenazah mereka pulang ke tanah air dipermudahkan.

    ReplyDelete
  33. Sy sgt2 yakin tangan2 yg bersembunyi adalah dalang kpd semua konflik ini

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah