Showing posts with label netflix. Show all posts
Showing posts with label netflix. Show all posts

La Luna (2023) Film Review

Wednesday, 14 February 2024

Allah Maha Melihat

Assalamualaikum dan hai semua! Kali pertama menonton trailer La Luna di media sosial tahun lepas, aku teruja untuk menonton tapi tayangan di pawagam bagaikan angin lalu. Bila start tayang dan bila habis pun aku tak sedar. Mungkin aku yang sibuk, tiada promosi ataupun filem ni yang tak laku maka tempoh tayangan dipendekkan; entahlah yang mana satu. So bila ternampak di Netflix baru-baru ni aku terus tekan 'Play' tanpa berfikir panjang.

Filem berdurasi 1 jam 49 minit ini mengisahkan Hanie (Sharifah Amani), seorang wanita bujang yang membuka kedai pakaian dalam 'La Luna' di Kampung Beras Basah. Penduduk Kampung Beras Basah mengamalkan cara hidup yang agak konservatif di bawah pimpinan Tok Hassan (Wan Hanafi Su). Kehadiran Hanie dan kedai lingerienya kurang disenangi Tok Hassan dan beliau mencuba pelbagai cara untuk menutup kedai Hanie.

Begitupun, Hanie disenangi wanita-wanita kampung terutamanya Azura (Syuma Salihin), seorang remaja yang 'rebel' dan menentang corak pemerintahan Tok Hassan. Perangai Azura menimbulkan kerisauan kepada bapanya, seorang chief polis merangkap bapa tunggal bernama Solihin (Shaheizy Sam)

Filem arahan M.Raihan Halim ini begitu straight forward dengan plot yang mudah difahami. Ada babak yang kelakar, ada juga yang menyayat hati. Ditambah pula dengan lakonan watak-watak utama mahupun tambahan seperti Nadiya Nisaa, Namron, Farah Ahmad, Eidil Dzuhrie, Hisyam Hamid dan ramai lagi. Setiap watak menyumbang kepada jalan cerita tanpa babak yang meleret-leret. Ada waktunya terasa vibe menonton filem-filem Kampung Pisang arahan arwah Mamat Khalid .

Yang paling aku suka tentang filem ini adalah konsep 'Show, Don't Tell' yang jarang aku lihat dalam filem Melayu sejak Bunohan (2011). Contohnya babak Tok Hassan merokok, para suami termenung di kedai kopi dan papan tanda 'Allah Maha Melihat' yang terpampang di sekitar kampung. Jarang ye filem Malaysia macam ni. Selalunya banyak cakap dan preachy. Maybe that's just me. Aku suka filem yang membiarkan penonton membuat andaian sendiri.

Filem La Luna walaupun ringan tapi sarat dengan mesej.  Selain dari topik 'penunggang agama' yang agak cliche, aku suka ia memaparkan feminisme tanpa perlu melebih-lebih. Hanie bukan nak melawan lelaki, dia hanya ingin mewujudkan tempat selamat untuk wanita kerana wanita hanya ingin disayangi. Gitu.

Tapi..entahlah aku rasa chemistry Amani dan Sam kurang menjadi. Sam pun nampak terlalu muda untuk menjadi bapa kepada anak yang sudah bersekolah menengah. Watak Azura pun macam terlalu 'melebih'. Aku percaya kalau karekter Azura tone down sikit pasti penonton akan kurang menuduh filem ini terlampau liberal. Aku perati je kalau-kalau tersentuh soal akidah macam 'Mentega Terbang', tapi level 'Gubra' pun tak sampai. 

So..tontonlah filem ini dengan fikiran terbuka tapi kalau boleh tontonlah tanpa anak-anak sebab ada babak-babak yang agak nakal. Nasib baik aku dah kahwin, kalau tak mesti tak faham. Hahahaha

OK lah tu je nak review. Lama giler tak buat movie review.

Read More

Darlings - Komedi gelap yang membuatkan kau takut nak kahwin

Friday, 12 August 2022

The world has change, Madam! 

The world has changed for people on Twitter, not for people like us

Menonton filem ini di Netflix dengan harapan yang tinggi. Apatah lagi bila dengar Shah Rukh Khan puji melambung lakonan Alia Bhatt dan tak sabar menanti buah tangan Alia yang pertama sebagai co-producer. Aku bukanlah fanatik Alia Bhatt, tapi aku suka tengok dia berani keluar dari kepompong watak gadis moden (Dear Zindagi, Kapoor & Sons, Humpty Sharma Ki Dulhania, Badrinath, Shanddar etc) dan mencuba watak berat seperti dalam filem Udta Punjab dan Gangubai. 

Filem Darlings mengisahkan Badru (Alia Bhatt) yang berkahwin dengan Hamza (Vijay Varma) atas dasar cinta. Hamza mempunyai tabiat buruk iaitu suka minum arak sehingga mabuk dan kemudian memukul Badru. Ibu Badru, Shamsu (Shefali Shah) yang tinggal berdekatan sering menasihati Badru supaya meninggalkan suaminya tetapi Badru menegaskan yang Hamza akan berubah. Zulfi (Roshan Mathew) jiran mereka sendiri buat laporan polis tapi Badru sayang sangat pada Hamza sampaikan dia tak bagi polis penjarakan suami dia.

Hari demi hari perangai Hamza makin teruk sampai berlaku satu peristiwa yang membuatkan Badru bertekad nak 'ajar' Hamza. So, nak tau Badru buat apa korang tengok lah sendiri. 

Orang yang tak biasa tengok filem Hindustan mungkin akan ada kejutan budaya sikit sebab walaupun karekter filem ni semuanya Islam tapi tenang je minum arak. Aku husnudzon lah yang diorang nak selit dakwah kenapa arak diharamkan dalam Islam. Takde pulak aku baca kontroversi orang muslim India boikot filem ni sebab karekter Hamza tapi ada yang boikot sebab tak suka apa yang karekter Badru buat pada Hamza. Tapi aku suka. Endingnya pun aku suka. Hahaha. Mungkin wanita yang pernah tersakiti mental fizikal oleh lelaki je kot yang boleh relate filem ni. 

Filem ni bukan filem feminist ya. Ia cuma memaparkan perjuangan dua orang wanita yang dah serik dibuli. Filem ini juga tentang sifat buruk sesetengah lelaki yang susah nak dibuang dan ramai wanita membuat silap dengan menyangka mereka mampu mengubahnya. 

So buat yang belum berkahwin, berdoalah supaya ditemukan jodoh yang baik. Tiberrrr...

Anyway recommended ke tidak? Depends. Kalau suka dark comedy boleh tonton. Filem yang sarat dengan mesej. Tentang keganasan rumah tangga, kasih sayang ibu pada anak, hubungan toksik dan hidup bermasyarakat. Ada babak slow sikit dan ada babak saspen. Dari segi lakonan ok lah. Shefali Shah macam biasa amazing. Alia Bhatt rasanya boleh improve lagi. Sorry sistur. Watak-watak lain cemerlang. Tengok Hamza rasa sakit hati, tengok Zulfi rasa kesian. Dahlah rambut macam Mohamed Salah. Eh.

Tu jelah review dari aku. Jarang keluar lately so takde modal buat entry.


Read More

Synchronic Movie Review

Monday, 8 August 2022

 The present is a miracle, bruh

Menonton filem ini di Netflix melalui pilihan 'Surprise Me'. Opening scene dah boleh agak filem ini tentang penyalahgunaan dadah. Lagipun ada warning 'language, substances'.

2 minit pertama agak slow dan artistik, rasa macam nak stop tonton, tapi lepas opening credit terus keluar muka watak utama. Eh..macam familiar. Rupanya pelakon watak 'Falcon' dalam francais Marvel Cinematic Universe. Minat juga lakonan beliau dalam 8Mile dan Pain & Gain. Second hero pun muka familiar. Google nama pelakon, rupanya Jamie Dornan, pelakon filem-flem Fifty Shades of ehem ehem. Tak mo sebut lah. Malu. Kah kah.

Filem ini mengisahkan Steve (Mackey) dan Dennis (Dornan), 2 orang paramedik di sebuah pekan kecil di New Orleans. Mereka kerap berhadapan kes overdose di kawasan kejiranan. Sesetengah kes berakhir dengan kematian misteri. Antara persamaan mangsa adalah mereka menggunakan dadah bernama 'Synchronic'. Polis tak boleh buat apa-apa sebab dadah yang diorang ambil tu dikira 'legal' dan boleh dibeli di kedai macam orang beli gula-gula. Apo nak pelik Amerika, kat sana pistol jual retail je.

Suatu hari anak remaja Dennis bernama Brianna (Ally Ionnides) hilang dan disyaki dia pun ada ambil 'Synchronic' jugak. Steve pun mula siasat kaitan dadah tersebut dan kehilangan Brianna. So nak tau apa yang power sangat 'Synchronic' tu sampai menyebabkan kematian dan kecederaan misteri, korang tengoklah sendiri. Saspen jugak menontonnya. Cuma ada beberapa scene yang agak 'mudah'. Plot loose sikit, tapi tak ketara.

Overall filem bergenre Sci Fi/ Thriller ni OK lah untuk orang yang minat genre tersebut. Jangan cuba korang cari logik, sebab takkan jumpa. Haha. Motivasi aku untuk menonton adalah pelakon yang famliar dan sebab aku suka genre 'time travel'. Tonton filem ni kalau korang suka 'The Butterfly Effect', 'Proect Almanac', 'Super8' dan 'Flatliners'.

Thanks for reading dan selamat menonton!

Read More

Aranyak Netflix Series

Wednesday, 12 January 2022

 

Dah habis binge watch series ni last week tapi baru hari ni sempat buat review. Aranyak bermaksud hutan, merupakan sebuah drama siri Hindustan bergenre misteri dan thriller dan rating 18+. Hanya 8 episod, setiap episod tak sampai satu jam. Siri ini tidak sesuai ditonton oleh mereka yang ada trauma serangan seksual dikhuatiri boleh menjadi trigger. 

Aku tertarik menonton drama ni sebab opening scene buatkan aku nak tahu lebih lanjut. Anak lelaki Inspektor Angad Malik lakonan Parambrata Chatterjee diculik di depan mata dia sendiri sewaktu berumur 5 tahun dan gagal dijumpai walaupun permintaan penculik telah dipenuhi. 

8 tahun kemudian Inspektor Angad dipindahkan ke Sironah, sebuah perkampungan kaki gunung dan dikelilingi hutan. Hari pertama beliau bertugas, seorang remaja dari Perancis yang datang bercuti ditemui mati tergantung. Inspektor Kasturi (Raveena Tandon) bekerjasama dengan Inspektor Angad menyelesaikan kes tersebut. Mahadev Dogra (Ashutosh Rana) seorang bekas polis, turut berminat dengan kes tersebut kerana menyerupai kejadian 19 tahun dahulu yang gagal diselesaikan beliau. Orang kampung pulak percaya kes tersebut ada kaitan dengan mitos tempatan 'Harimau Bintang'. 

Raveena juga antara faktor aku menonton siri ni walaupun boleh dikira dengan jari filem beliau yang aku pernah tonton ( Andaaz Apna Apna, Bulandi, Yeh Lamhe Judai Ke) dan cuma Bulandi je aku rasa best. Maybe sebab Raveena selalu berganding dengan hero-hero yang aku tak minat macam Govinda dan Ajay Devgan sebab tu aku tak bother sangat.

Aku rasa watak polis ni sesuai dengan dia sebab raut muka dia garang dan badan dia tegap. Masih nampak cantik though. Raveena Tandon boleh dikatakan antara major Bollywood star di tahun 90an tapi di Malaysia kurang popular. Siap ada yang confuse beliau dengan Twinkle Khanna (Mela, Badshaah).

Anyway berbalik pada Aranyak, ada a few perkara aku tak puas hati macam polis tak siasat ke kenapa keluarga pelancong Perancis tu duduk lama sangat sampai 10 hari kat Sironah. Konflik Inspektor Kasturi dan suami pun macam tak perlu. Sekadar nak tambah panjang cerita kot.

Tapi selain dari tu siri ni ok lah. If korang minat cerita kepolisan dan misteri bolehlah layan. Plot twist dia agak surprising. Orang yang paling tak dijangka pun rupanya jahat. Jangan risau takde zoom in zoom out dan over dramatic macam drama bersiri Hindustan kat channel Colors dan Zee TV tu. Ini siri Hindustan kedua aku tonton di Netflix selepas 'Typewriter' yang bergenre supernatural.

Selamat menonton! Anyone yang dah tengok siri ni bolehlah share review korang di ruangan komen. Nampak ending macam ada season 2! Harap ada sebab nak tahu apa sebenarnya jadi kat anak Inspektor Angad.

Read More

Filem Frontliner : Tak tahu nak puji atau nak keji

Tuesday, 5 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! 

Sebelum korang kecam review aku, aku harap korang tau yang aku ni penyokong industri filem Melayu. Walaupun orang selalu cakap… “Ala, cerita Melayu ko tunggu je lah raya, nanti keluar”, tapi aku tidak. Kalau aku rasa aku nak tengok kat wayang aku akan pergi, walaupun takde orang nak teman. Tu kalau nak kata tak support lagi tak tahulah. 

KL Special Force Movie Review 

Tombiruo Penunggu Rimba

Mempersoalkan filem Desolasi

Filem ‘Frontliner’ keluar di suggestion Netflix, di suatu hari yang tenang masa aku sedang Work From Home. Alang-alang hari tu agak slow, aku klik ‘Play’. 10 minit pertama filem, aku rasa ibarat tonton filem ‘Rise: Ini Kalilah’ , juga sebuah produksi Netflix cuma tema ceritanya berbeza. Rise bagi aku adalah filem cringe dan tangkap muat. Aku tengok pun gitu-gitu je. Menonton Frontliner dengan harapan menggunung tak kecewa seperti selepas menonton Rise. 



Frontliner mengisahkan tentang beberapa watak yang sememangnya layak dihargai atas pengorbanan mereka sewaktu menghadapi pandemik Covid-19.

- Azhan Rani - seorang doktor di wad Covid 19

- Emma Maembong - isteri doktor tersebut. Sedang sarat mengandung tapi masih rajin melakukan kerja sosial membantu mereka yang terkesan kerana wabak Covid 19

- Beto Kusyairi - Anggota Ahli Keselamatan Negara. Ada anak remaja yang rebel asyik nak keluar rumah je

- Farah Ahmad - Nad, pemilik pusat tuisyen, isteri Beto. Nama watak dia je aku ingat sebab watak Beto asyik ulang-ulang sebut.

- Achey - juga Anggota Ahli Keselamatan Negara. Single, tapi ada ibu di kampung yang sangat lah rindu dekat Achey ni sebab dah lama tak balik

- Wan Maimunah - Mak Achey.

Ada beberapa pelakon lain yang aku tak kenal. Tapi kalau tengok nama-nama di atas, sudah cukup gah untuk menarik perhatian penonton. Kalau cerita ni tayang kat wayang, aku sanggup leburkan duit untuk tonton. 

Baca ni juga:

Interchange - Aku tengok apa ni?

Love, Supermoon

Manisnya Cinta di Cappadocia 

So..best ke idok? Well for me, nak kata best giler tu tidaklah. Bukanlah filem yang buat kita nak tengok scene demi scene. Kalau tak kerana mak aku tengok sekali, pasti ada beberapa babak aku skip.

Filem Frontliner ni idea dah ada. Lagipun ia diinspirasikan dari kisah-kisah yang terjadi sekeliling kita sepanjang pandemik, jadi takdelah susah sangat nak mengagak jalan cerita. OKlah, ada a few plot twist walaupun tak logik tinggalkan isteri tengah sarat mengandung duduk rumah sorang-sorang semata-mata nak elak dari terjangkit Covid19. Hello..rumah kau tu besar kot. Duduk bilik lain-lain pun dah cukup. Over nau.

Filem ni jadi sedikit ‘meh’ bila tidak dilakonkan di hospital kerajaan. To be fair, tak boleh nak salahkan produksi filem ni kan sebab hospital kerajaan sibuk dan sesak. Kalau mintak izin nak berlakon mau kena halau. Cuma itulah, bila buat di hospital swasta, feel tu kurang.

Walaupun filem ni tentang frontliner, tapi filem ni takde polis. Digantikan dengan ‘Anggota Keselamatan Negara’ (AKN). Patutlah ramai kata ni filem separuh masak. Kalau dapat collaborate dengan PDRM kan lagi cun. Ini tak, nak kata polis tak polis. Tapi aku rasa tak adil lah nak kutuk. Polis pun sibuk jugak, mana nak jaga sekatan jalan raya lagi, nak tangkap orang tak jaga SOP lagi, nak tolong Yusuf Haslam shoot Gerak Khas Undercover lagi. Lagipun kalau melibatkan pihak berkuasa kerajaan nanti banyak rules dan regulation. Leceh. Baik buat bandar rekaan ala ‘Metrofulus’. Hahaha.



Continuity dan ketelitian filem Frontliner ni pun kurang. Ada babak watak Anggota Keselamatan Negara tu sendiri tak pakai mask dan duduk dekat-dekat sewaktu makan. Watak doktor tu balik dari kerja muka berbekas, bangun pagi tetibe OK.  Yang pasti, scene hulur lauk celah pagar, pastu eh tetibe boleh pulak bukak pagar tu nak sembang adalah lawak bertaraf ‘lima ha’. 

Lagu background pun tak sesuai. Scene masa Dr. Azhan dengan wife dia kuarantin satu rumah, dok sweet sweet, tapi background lagu orang ditinggal kekasih. 

Dulu pernah kau berjanji mesra

Tapi kini engkau menduakan cinta

Namun kau pergi dan bahagia

Kau tinggalkan hatiku hancur terluka

Dimanakah janji-janji yang setia

Sabar - nyanyian Black. Dah hujung filem baru aku tahu ni lagu nyanyian Black. Ingatkan Achey yang nyanyi. Sabar jelah. Lagu sedap, suara Black as always amazing, tapi vokal nyaring dan lirik kecewa tu menggangu. Maaf.

Tapi takdelah filem ni 100% buruk. Ada beberapa part boleh puji, macam pemilihan pelakon. Terutama Wan Maimunah. Aku cannot ye kalau Wan Maimunah berlakon. Tengok muka dia je aku nak nangis. Cuma tulah, tengok Achey terus air mata aku masuk balik. Maybe sebab Achey dah dicap sebagai pelakon komedi so dia kena try hard. 

Scene Farah Ahmad dengan anak dia tu pun buat aku rasa sebak. Aku puji filem ni sebab dia tackle isu mental health jugak dan memaparkan golongan M40 sebab diorang pun struggle jugak gara-gara pandemik Covid 19.

Filem ni mungkin boleh jadi lagi bagus kalau budget besar dan mendapat kerjasama pihak berwajib lain, tapi tak boleh nak salahkan pihak produksi sebab di luar kawalan. Idea dah ada, pelakon pun hebat-hebat, tapi pelakon paling hebat dalam dunia pun tak mampu selamatkan filem yang skripnya teruk. 



Oh by the way, ditayangkan di platform Netflix yang beria-ia memperjuangkan isu diversity, aku lega jugak penerbit tak gunakan formula Ali-Raju-Ah Chong demi nak tunjuk perpaduan berbilang kaum yang pastinya membuatkan filem ni berganda lah cringenya. Itu antara aspek yang wajar disyukuri. 

Pendapat aku filem ni bolehlah. Takdelah jatuh tahap wajib tonton. Aku bagi 3 bintang je sebab pelakon best . Razif Rashid pun dah upgrade sikit as pengarah. Kalau banding dengan ‘Aji Noh Motor’ dan ‘Kelaster’, filem Frontliner ni semenggah sikit.

Ikutkan malas nak review filem ni, tapi aku takde bahan nak update blog. Sesiapa dah tengok filem ni sharelah pendapat korang pulak. Ramai juga kecam filem ni, terutama part Dr. Azhan tu tak tau nak buat apa time isteri dia sakit. Pengalaman aku yang ada ahli keluarga kerja doktor, meh sini aku nak habaq yang doktor pun manusia. Doktor pun boleh panik bila isteri sendiri nak bersalin walaupun dia sendiri dah sambut berpuluh-puluh bayi.

OKlah malas tak malas pun panjang jugak aku membebel. Haha. Thanks lah sudi baca. Aku hanyalah penonton biasa, bukan pengkritik filem ya. Jangan marah ha..
Read More