La Luna (2023) Film Review

Wednesday, 14 February 2024

Allah Maha Melihat

Assalamualaikum dan hai semua! Kali pertama menonton trailer La Luna di media sosial tahun lepas, aku teruja untuk menonton tapi tayangan di pawagam bagaikan angin lalu. Bila start tayang dan bila habis pun aku tak sedar. Mungkin aku yang sibuk, tiada promosi ataupun filem ni yang tak laku maka tempoh tayangan dipendekkan; entahlah yang mana satu. So bila ternampak di Netflix baru-baru ni aku terus tekan 'Play' tanpa berfikir panjang.

Filem berdurasi 1 jam 49 minit ini mengisahkan Hanie (Sharifah Amani), seorang wanita bujang yang membuka kedai pakaian dalam 'La Luna' di Kampung Beras Basah. Penduduk Kampung Beras Basah mengamalkan cara hidup yang agak konservatif di bawah pimpinan Tok Hassan (Wan Hanafi Su). Kehadiran Hanie dan kedai lingerienya kurang disenangi Tok Hassan dan beliau mencuba pelbagai cara untuk menutup kedai Hanie.

Begitupun, Hanie disenangi wanita-wanita kampung terutamanya Azura (Syuma Salihin), seorang remaja yang 'rebel' dan menentang corak pemerintahan Tok Hassan. Perangai Azura menimbulkan kerisauan kepada bapanya, seorang chief polis merangkap bapa tunggal bernama Solihin (Shaheizy Sam)

Filem arahan M.Raihan Halim ini begitu straight forward dengan plot yang mudah difahami. Ada babak yang kelakar, ada juga yang menyayat hati. Ditambah pula dengan lakonan watak-watak utama mahupun tambahan seperti Nadiya Nisaa, Namron, Farah Ahmad, Eidil Dzuhrie, Hisyam Hamid dan ramai lagi. Setiap watak menyumbang kepada jalan cerita tanpa babak yang meleret-leret. Ada waktunya terasa vibe menonton filem-filem Kampung Pisang arahan arwah Mamat Khalid .

Yang paling aku suka tentang filem ini adalah konsep 'Show, Don't Tell' yang jarang aku lihat dalam filem Melayu sejak Bunohan (2011). Contohnya babak Tok Hassan merokok, para suami termenung di kedai kopi dan papan tanda 'Allah Maha Melihat' yang terpampang di sekitar kampung. Jarang ye filem Malaysia macam ni. Selalunya banyak cakap dan preachy. Maybe that's just me. Aku suka filem yang membiarkan penonton membuat andaian sendiri.

Filem La Luna walaupun ringan tapi sarat dengan mesej.  Selain dari topik 'penunggang agama' yang agak cliche, aku suka ia memaparkan feminisme tanpa perlu melebih-lebih. Hanie bukan nak melawan lelaki, dia hanya ingin mewujudkan tempat selamat untuk wanita kerana wanita hanya ingin disayangi. Gitu.

Tapi..entahlah aku rasa chemistry Amani dan Sam kurang menjadi. Sam pun nampak terlalu muda untuk menjadi bapa kepada anak yang sudah bersekolah menengah. Watak Azura pun macam terlalu 'melebih'. Aku percaya kalau karekter Azura tone down sikit pasti penonton akan kurang menuduh filem ini terlampau liberal. Aku perati je kalau-kalau tersentuh soal akidah macam 'Mentega Terbang', tapi level 'Gubra' pun tak sampai. 

So..tontonlah filem ini dengan fikiran terbuka tapi kalau boleh tontonlah tanpa anak-anak sebab ada babak-babak yang agak nakal. Nasib baik aku dah kahwin, kalau tak mesti tak faham. Hahahaha

OK lah tu je nak review. Lama giler tak buat movie review.

24 comments

  1. Owhhh La Luna ni filem Melayu, ingatkan drama Korea..

    ReplyDelete
  2. best movie ni, kelakar dan banyak mesej yg cuba disampaikan

    ReplyDelete
  3. bolehlah nanti nak tengok, tp netflik lady dah tamatkan sebab penyumbang utama kepada ekonomi isroel. kite cari melalui sumber lainlah..

    ReplyDelete
  4. Kat netflix dah ada, rasa tak nk tgk tp bila Sal dah review, best pulak, nak tengoklah..

    ReplyDelete
  5. laaa ingatkan sam dgn SA suami isteri
    rupanya anak bapa
    ye laa mcm tak kena
    esp poster tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak-agak lah. SA rasanya lagi tua dari SS. hehe

      Delete
  6. aisehhh silap baca
    hahaha
    igt kan sam tu bapa kepada hanie
    rupanya bapa kepada azura
    so dia ada simpan hati kat hanie ke camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, tapi entahlah macam tak ngam je pairing diorang. pendapat aku lah

      Delete
  7. Eh..ingat cerita omputih.
    Bolehlah akak tonton, buat kawan sambil makan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah sambil-sambil makan, sambil lipat kain

      Delete
  8. boleh la tengok malam ni..anak2 buah semua balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita macam ni ada geng best lah tengok, tapi kalau budak-budak maybe tak faham

      Delete
  9. Tak pernah tengok lagi...Ni ke cerita yang dia jual baju dalam tu?. Macam ada blogger Indonesia yang tengok jugak movie ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni baru lagi masuk Netflix. ramai jugak blogger indonesia buat review. ya..tentang penjual baju dalam

      Delete
    2. Unik pulak ceitanya. Boleh la menonton nanti.

      Delete
  10. Lama Cuya tak layan cerita2 macam ni..
    Klau keluar kat cinema pon memang takkan tengok sebab takde sape nk bawak.. hehe

    ReplyDelete
  11. Not bad. Tak bosan.. cuma tu la Sam nampak muda untuk jadi seorang bapa kepada anak remaja.

    ReplyDelete
  12. Belum tengok lagi filem ni tapi sekarang tengah agak kontroversi katanya.

    ReplyDelete
  13. ooo crita ni la td masuk fyp tiktok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk netflix baru famous. masa tayang kat wayang sendu je sambutan

      Delete
  14. Mcm plot filem Chocolate sikit kalo cmtu jln ceritanya..

    ReplyDelete
  15. cerita yg sarat dgn mesej mcm ni la yg elok ditengok

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah