Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Dah nak masuk 2022, ada lagi ke orang baca blog?

Monday, 27 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Kebanyakan blogger akan mulakan entry dengan ayat "Maaf lama tak update blog". Tapi kenapa kena mintak maaf? Bukannya reader bayar kita untuk tulis entry baru pun. Lol

Mintak maaf tu sebenarnya untuk diri sendiri. Sebab busy dengan entah apa-apa sampai tak dapat nak bahagi masa. 

Kalaulah badan ni boleh dibelah-belah, dibahagi sini sana agar dapat tunaikan tanggungjawab. Tanggungjawab kepada keluarga, kepada kawan, kepada tempat kerja dan yang paling wajib sebagai hamba-Nya. Terasa diri ini tak cukup usaha, patutnya boleh bagi lebih lagi namun aku sedar kudrat sendiri tidaklah sekuat mana. 

Kadang-kadang aku tidak adil pada fizikal . Kerana aku ketagih pada kesibukan. Aku perlu sibuk agar mental aku tenang. Tak buat sebarang aktiviti akan mendatangkan perasaan gelisah seolah-olah diri aku seorang yang tak berguna kerana hanya berehat-rehat sahaja.



Berbalik pada tajuk entri. Aku ada mention dalam entry lepas yang aku kononnya nak ikut kawan aku pergi bercuti (tapi tak jadi sebab tempat kami nak pergi tu tanah runtuh). So diorang add aku dalam group wasap holiday diorang tu so if ada apa-apa boleh update each other. Suddenly one of them cakap yang dia pembaca blog aku. Aku refer dia as 'L' jelah ye. 

L adalah kawan kepada kawan aku, so aku tak kenal dia. L juga bukan blogger. Terharu kejap aku. Ingatkan tahun 2021 ni orang tak baca blog dah. Lainlah kita yang memang blogger ni. Memang kat sini lah tempat lepak bila ada masa lapang. Certain blogger, termasuk aku, tak aktif social media lain pun kecuali blog. So ye, kita ada circle kita sendiri dan aku gembira berada dalam circle tersebut walaupun kadang-kadang nampak macam aku syok sendiri. Hahaha.

Bila difikir balik, entah ye entah tidak usaha aku sorok blog aku dari famili dan kawan-kawan ni berjaya. Entah-entah ramai je orang yang kenal aku in real life sedang baca entry aku. Damn, this blog is supposed to be my alter ego, my secret identity. Tapi itulah. Ibarat Superman yang menyorok di balik spek mata Clark Kent. Penyamaran yang hambar.

Bulan ni pageview menurun tapi Adsense naik sikit. Bolehlah buat pemangkin semangat nak blogging.

Itu sahaja yang sempat dicoretkan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Terima kasih sudi membaca.
Read More

Beli Template Blogger dari Etsy

Friday, 20 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Korang perasan tak blog aku dah berwajah baru? Sesekali perlukan pembaharuan. PM Malaysia pun dah berapa kali tukar, takkan blog masih di takuk lama. Hehe.

Aku beli template blogger dari Etsy. Senang shopping di Etsy sebab boleh filter range harga mengikut budget, tema dan warna pilihan. Tak perlu ada akaun Paypal, guna credit card atau debit card pun boleh. At first aku ingatkan diorang akan install kan, tapi rupanya kena buat sendiri. Once dah settle payment, seller akan hantar XML file dan instruction via email. If guna blogspot, make sure jangan terbeli yang wordpress pulak ye.


Beli dari Etsy sebab terpengaruh dengan blogger Atiqah. Before beli, aku dok email dia untuk panduan sebab dia dah pernah beli template dari situ. Thanks tau Atiqah layan soalan-soalan akak! 

If korang tak nak beli, boleh saja google 'Free Blogger Template'. Aku pun kali pertama beli, selalunya cari yang percuma sahaja. Sekali-sekala spend sikit untuk 'hobi'. Lagipun bila beli, seller kenalah layan bila kita tanya soalan dan ada masalah. Nervous nak edit blog sendiri sebab dah lama tak buat. Sudahlah PC aku tak boleh 'baca' file XML. Atas guideline dari seller, berjaya jugak tukar template. Yay!!!

Sebab lain aku tukar template adalah kerana iklan Adsense blog aku tak keluar di mobile version. Hanya appear di desktop sahaja. Patutlah earning sendu. Sudahlah pageview memang rendah sejak tak boleh travel ni. Kalau dulu, tinggi jugak pageview bila orang datang buat research untuk travel tapi musim pandemik ni tak boleh mengharap pengunjung dari situ.

Template baru ni aku beli jenis 'Responsive Blogger Template'. Template responsive akan auto adjust ikut skrin pembaca tanpa mengubah design dan widget. Kalau template non-responsive, bila bukak melalui handphone atau tablet, beberapa widget tak kelihatan termasuklah iklan Adsense. Zaman sekarang, makin ramai orang blogwalking melalui handphone dan tablet jadi as blogger kenalah pastikan blog kita 'mobile-friendly'.

Korang rasa OK tak template baru ni? Ke ada apa-apa aku kena ubah? Aku beli yang murah aje, sekadar ada yang basic. Tu pun banyak widget aku remove.

If korang nak upah orang pun boleh. Lagi cantik dan kemas kalau di tangan orang yang memang ahlinya kan. Contohnya macam blogger Alien Oren ada buat servis edit blog. So far dia jelah yang aku tau. If korang pun ada offer servis yang sama, bolehlah share di ruangan komen. 

Thanks for reading ye! 

Read More

50 Idea Update Blog

Sunday, 7 September 2014

Assalamualaikum semua. Ni nak tanya pemilik-pemilik blog sekelian. Pernah tak di satu hari yang indah, keinginan post entry baru begitu membuak-buak tapi satu idea pun tak datang menyinggah? Benda tu pernah gak berlaku kat aku. Solusi? Aku mintak idea dari Inche Google. So, kat sini aku nak share dengan korang idea untuk update blog apabila writer's block tetiba menyerang berdasarkan 'kajian' yang aku buat. Campur sekali dengan idea aku jugak. Dah ready? Jom kita tengok...

1. Join giveaway/segmen blogwalking

2. Join 1 day 1 entry challenge.

3. Kenangan zaman sekolah

4. Filem kegemaran lakonan pelakon kegemaran. Contoh : 10 filem Johnny Depp paling aku suka

5. Resepi atau petua masakan

6. Kawan(atau kawan-kawan) baik korang. Personaliti diorang, cmane mula berkawan dan kenangan pahit manis bersama..ewah!

7. Pengalaman paling sedih seumur hidup

8. Perkara-perkara paling korang benci/suka

9. Macamana korang boleh terjebak dalam dunia blog

10. Review blog orang lain
11. Wishlist sebelum capai certain umur. Contoh : 30 perkara aku nak capai sebelum masuk umur 30 tahun.

12. Trend fesyen yang paling korang suka atau paling tak boleh terima

13. Tabiat pelik korang

14. Tempat tinggal korang. Sejarah, tempat-tempat menarik, directions... mungkin pekan kecil korang tu nampak je simple tapi ada keistimewaannya kan?

15. Cita-cita masa kecil yang tak kesampaian

16. Counter attack blog post orang lain. Katakanlah kalau ada blogger tulis 'Jangan kahwin dengan awek kaki tengok cerita Korea', korang balas blog post tersebut pas tu taruk link entry korang kat blog dia.

17. Review produk

18. Describe tentang keluarga korang. Mak, ayah, adik-beradik, anak-anak, suami.

19. Destinasi percutian idaman. Taruk gambar-gambar yang boleh membuatkan air liur meleleh. Jangan lupa credit kepada photographer.
 
20. Step by step cara-cara nak hasilkan sesuatu. Walaupun simple.

21.Tutorial blog. Kalau tutorial tu korang amik kat blog lain, jangan lupa kredit kat blogger tu. Kang kantoi yang korang ni memang tak faham sepatah haram coding tu.

22. Ciri-ciri lelaki/wanita idaman

23. Pengalaman korang semasa sakit.

24. Pengalaman kena tipu/scam

25. Kaji lirik lagu dari perspektif korang sendiri.

26. Petua-petua yang rare tak ramai orang tau
 
27. Binatang peliharaan korang.

28. Website, software atau apps berguna.

29. Keistimewaan tempat belajar/ tempat kerja korang.

30. Describe course yang sedang korang ambil atau pekerjaan korang sekarang. Kita rasa kerja kita biasa je, tapi mana tau bagi orang lain benda tu interesting.

31. Panduan membeli barang. Kalau pandai photography boleh suggest panduan membeli kamera. Kalau pandai masak, share panduan memilih ikan.

32. Pros and cons. Ala-ala karangan zaman sekolah. Contohnya : Keburukan dan kebaikan blogingg atau Perlukah anak-anak didedahkan dengan Gadget?

33. Surat untuk diri sendiri di masa akan datang.

34. Entry berbentuk soalan untuk meminta pendapat. Readers boleh jawab di ruangan komen

35. Respon kepada komen dalam blog post terdahulu.

36. Dream wedding. Kalau kahwin nanti nak cmane? Garden? Kat dalam castle? Dasar laut? Lagi merepek lagi best. 

37. Entry 'Katakanlah kalau...'. Contoh : Apa akan jadi kalau Youtube ditutup? atau Kalaulah Malaysia jadi tuan rumah World Cup..

38. Mengenang zaman kanak-kanak atau remaja korang. Ikon-ikon zaman dahulu kala yang budak-budak zaman sekarang conform tak faham. Macam 'Talian 600' atau 'Chat MiRC'. Tu semua cerita remaja awal tahun 2000-an.

39. Kenangan manis korang dengan someone, yang sekarang dah meninggal.

40. Hari korang kehilangan orang tersayang.

41. Hobi korang dan macamana tetiba minat tu datang.

42. Recommend tempat shopping yang best.

43. Beginner's guide untuk apa-apa je yang korang memang dah expert.

44. Review iklan. Iklan TV, iklan bercetak atau iklan radio pun boleh.

45. Review tentang tempat macam restoran, hotel, supermarket yang korang pernah pergi. Tak semestinya kena travel jauh-jauh kan? Kedai Cik Kiah kat depan rumah pun boleh

46. Perkara-perkara tentang korang yang orang tak tahu.

47. Struggle korang dulu sebelum dapat kesenangan sekarang. Contohnya cerita zaman menganggur ke, zaman takde kenderaan sendiri ke.

48. Pandangan peribadi korang tentang sesuatu isu semasa atau isu lapuk yang tak settle dari dulu

49. Cerita kenapa korang dah lama tak update blog atau blogwalking.

50. Buat list tentang idea update blog bila tak tau nak tulis apa. Cam aku buat ni.Hahaha! :)


The best part is, entry-entry macam ni boleh diperap dalam draf atau dijadikan entry scheduled-publish (cam aku buat ni) bila korang tengah busy giler-giler supaya blog tak berhabuk. Balik-balik share quotes dari FB atau copy n paste artikel orang pun boring gak kan?

Till then, tatatititutu! Happy Blogging!


Read More