Assalamualaikum dan hai semua! Masih lagi cerita di Taiping. Hari kedua, lepas sarapan di homestay, kami ke Antong Coffee Mill. Kilang kopi Antong merupakan salah satu tarikan di Taiping kerana kaya dengan sejarah.
Aun Tong Sdn Bhd was founded in 1933 in Taiping, Perak. Its founder, Mr. Tiah Ee Mooi has made his coffee a popular drink among the locals, with his signatured product “Antong” remains a favorite brew among coffee lovers, both local and abroad.
After half a century, Antong Sdn Bhd has grown from strength to strength developing into a modern coffee roaster. Researching the best business practice, Antong is capable of producing 10 tons of roasted coffee beans per day.
Today, after 80 years in the coffee trade, Antong has perfected the art of coffee roasting to accommodate customers’ expectations and satisfy multiple demands.
Sumber: Laman Web Rasmi
Memanglah bersejarah lah kan, dah wujud hampir 90 tahun (Official website tak update). Ini kali pertama aku melawat kilang kopi, so nak tahu apa yang best ada kat sini.
Rumah berwarna kuning dalam gambar di atas bukanlah kilang, tapi 'Aun Tong', rumah di mana Chen Cuifen dan Dr. Sun Yat Sen menginap semasa berada berada di Taiping. Dr. Sun Yat Sen merupakan figura yang amat terkenal di China kerana mendiang merupakan orang yang mencetuskan revolusi di China dan menggulingkan Dinasti Qing. Kalau melawat negara-negara yang ada ramai kaum Cina macam Hong Kong, Macau dan Taiwan pasti akan jumpa memorial atau rumah peringatan Dr. Sun Yat Sen.
Chen Cuifen pula adalah wanita yang tiada siapa tahu apa hubungan sebenarnya dengan Dr. Sun Yat Sen. Ada yang kata kekasih gelap, ada kata kawan baik dan juga teman seperjuangan. Boleh baca di SINI kalau nak tau lebih tentang sejarah mereka berdua. Kisah yang menarik, tapi sebagai wanita, rasa kesian pun ada.
Aun Tong kini dah dijadikan muzium. Nak masuk muzium kena melalui kedai kopi Antong dahulu. Pintu depan tak bukak. Boleh pilih Kopi O Kaw atau White Coffee. Ada juga jual kopi panas yang diorang brew sendiri. Nak yang sejuk pun ada. Tapi tak bubuh ais lah. Diorang letak dalam fridge. Somehow aku lupa ambil gambar. Huhu.
Kita shopping kemudian ye. Jom melawat muzium dulu. Kedai kopi dan muzium bersambung.
Teruja tengok barang-barang antik yang ada dalam muzium ni.
Dalam muzium ni jugak boleh lihat gambar-gambar dan news clipping tentang Chen Cuifen dan Dr. Sun Yat Sen. Ada juga tentang sejarah kilang kopi Antong.
Lepas beli kopi, boleh duduk-duduk minum di kawasan lapang yang disediakan.
Apa rasa kopi Antong? Pada pendapat aku, kopi dia rasa asap/salai. Biji kopi dipanggang dengan cara tradisi meggunakan dapur kayu, jadi rasanya berbeza dengan kopi lain yang ada di pasaran. Personally aku kurang suka sebab bau dan rasa asap tu kuat. Mak ayah aku suka. Kitorang beli a few pack bawak balik, abang ipar aku pun suka. So bergantung pada orang.
In every cup of Antong coffee, you will enjoy the rich aroma from our original coffee recipe. Roasting coffee beans in wood fired oven by men, our coffee beans are roasted to a perfectly deep, dark color that will surely awaken your senses as you indulge in the smooth flavor. Sumber :
FB Antong Coffee
Tapi kopi dia memang kaw tau. Aku minum sikit je tapi cerah biji mata.
Kopi Antong ni takde pulak aku nampak jual di kedai-kedai di KL. Mungkin jugak aku yang kurang alert sebab aku bukanlah hantu kopi. Kalau korang berminat nak rasa, boleh beli online di SINI. Di Shopee pun ada.
Kalau nak melawat kilang kopi, boleh ke bangunan di sebelah.
Antong coffee halal status is stated here
Memandangkan kami datang hari Ahad, kilang kopi tak dibuka kepada pengunjung. Sayang jugaklah. Kalau berpeluang ke sini lagi, aku harap dapat melihat proses pembuatan kopi Antong yang rasanya unik ni.
Coffee Production Tour Operation Hours (Monday-Saturday, close on Public Holidays)
: 8.30am-11.30am
: 2.00pm-4.00pm
Aku rasa kilang kecik dan klasik ni setakat untuk demo kepada pengunjung sahaja. Ada sebuah lagi bangunan putih besar bersebelahan Aun Tong yang tidak dibenarkan masuk. Di situlah pengeluaran kopi berskala besar dilakukan. Rupanya brand Aun Tong ni popular juga. Aku baru kali ni tahu. Selalu minum Starbucks 434 dan Kopi Hang Tuah sahaja.
Untuk yang berminat melawat Antong Coffee Mill ni, bolehlah singgah di :
Antong Sdn Bhd
8A, Jalan Syed Burhan, Assam Kumbang, 34000 Taiping, Perak DR, Malaysia.
Tel: +605 807 5189 / +605 807 3526
Fax: +605 806 4645
Untuk lawatan berkumpulan: +6014 900 0055
Dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi - 5.30 petang.
Bagi aku tempat ni menarik dan ada parking yang luas. Sesuai untuk penggemar fotografi. Serius aku cakap. Kalau orang minat tangkap gambar, bawak DSLR, mahu berpuluh-puluh gambar boleh diambil.
OK lah tu je nak share. Thanks for reading!
wowwww x pernah gak sampai kilang kopi, betul2 sejarah ni kan...
ReplyDeleteSayangnya datang time kilang tutup. Next time nak target datang kilang dia dan join lawatan
DeleteMak aihhh 90 tahun dah. Memang kopi legend atok atok ni. Tapi itulah baru pertama kali dengar nama antong coffee ni. Ini kalau datang, habis bateri phone. DSLR nan hado. huhu...
ReplyDeleteMungkin kopi ni famous di Taiping atau among kaum Cina kot Fizah. Mestilah laku keras,kalau tak macamana boleh tahan sampai 90 tahun
DeleteMacam menarik je ada ke kopi ni kat pasaran? selalu akak beli 434 ngan Aik Cheong je...x pernah nampak Antong ni
ReplyDeleteSaya pun x perasan sebab saya minum je apa mak saya beli. Dia penggemar kopi tegar rumah ni. Tapi ada jual online. Tak lengkap entry ni. Nanti saya update
DeleteTeringin juga hendak lawat kilang dan muziumnya
ReplyDeleteItulah tidak pernah lagi minum kopi Auntong.
boleh cuba beli online kalau nak rasa
DeleteMenariknya cerita pasal Antong Coffee Mill ni..Nanti nak cuba lawat juga kalau ke Taiping. Tq share.
ReplyDeletecubalah lawat kilang jugak. nanti share ye
Deletejenama kopi asli yg sedap bagi penggemar kopi
ReplyDeleteseronoknya, klasik sangat!
ReplyDeleteTaiping memang banyak tarikan klasik macam ni
DeleteComel posing tepi cawan tu.. Suka tiffin anyaman haha.. Menarik sejarahnya.. Kopi memang sebahagian hidup..
ReplyDeleteposing menahan panas lepas minum kopi yang agak strong bagi saya
Deletepenuh sejarah..ada kaitan dgn Dr Sun Yat Seng..kt Penang byk rumah/markaz Dr Sun ni..
ReplyDeletebau asap tu yg tak best..
haha. mungkin best bagi orang yang suka.
Delete90 tahun. Lagen dan klasik ni. Mesti ada peminatnya yang tersendiri ni.
ReplyDeletetulah. kalau tak macamana nak bertahan walaupun ada banyak brand kopi dalam dan luar negara
DeleteRamai blogger yang share pasal Perak dan memang Perak kaya dengan sejarah yang menyumbang kepada apa yang Malaysia ada sekarang ni. One fine day, nak bawa anak bini keliling Perak.
ReplyDeleteyup, industri perlombongan di Perak antara yang banyak menyumbang pembangunan Malaysia lepas Merdeka dulu. Pedagang kaya dari China pun gemar ke sana
Deletehebat ko! minum kopi secawan gedabak mcm tu! tau laa marahkan maguire...
ReplyDeleteko jangan sebut-sebut maguire. pagi esok nak jumpa
Deleteabe kie meme suka minum kopi utk sarapan supaya tahan mengantuk esp pd bln Ramadhan ni...
ReplyDeletebulan Ramadan tak boleh sarapan abam kie...haha
DeleteMenarik ni Sal! Taiping memang banyak tempat yang menarik, rasa macam kembali ke zaman lalu je kalau ke sana.
ReplyDeleteyup..Taiping kan bandar warisan. banyak industri lama tapi masih kekal sampai sekarang. kak Ujie dekat je kan? nanti bolehlah pergi
Deletewah..klasik sgt..
ReplyDeletemacam dekat Muzium Tentera Darat Port Dickson, ada jual kopi 3 in 1 dekat tepi muzium tu tapi takde kilang lah..kalo ke Port Dickson mesti nak singgah beli kopi tu sebab sedap...
ReplyDeletekopi cmtu sedap bau tu..tp buat bau je..kalau minum yaya pun xlalu kot kalau pekat kopi nya jenis mcm Sal bgtaau tu..heee
ReplyDeleteBagus sungguh setiap perkongsian Sal, lengkap segala maklumat. Terima kasih banyak Sal.
ReplyDeletewah rupanya banyak tempat lawatan kat taiping ye. lain kali nak request anak buah tempat viral kat taiping.
ReplyDeleteMesti wangi dengan bau kopikan.. Kena gi jengah juga ke sini nanti..
ReplyDeletetak tau lah bau kopi mcm mana sbb di salai. yg suka mesti akan borong beli kopi.
ReplyDelete