Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita di Taiping. Lepas check in homestay pukul 3 lebih, kami keluar balik lepas Maghrib. Nak ke Spritzer Eco Park. Plan asal nak pergi tempat ni lepas balik dari kilang arang, tapi dah hujan mencurah-curah, terpaksalah postpone. Tengok waktu operasi, sampai pukul 9 malam je jadi kenalah cepat. Setengah jam perjalanan dari homestay.
Agak mencabar nak ke tempat ni sebab dah malam, tempatnya pulak jauh ke dalam. Kiri kanan pokok, siap ada monyet melepak tengah jalan. Dah nama pun eco park, so mestilah dikelilingi alam semulajadi ye tak. Agak tak sedap hati jugak. Dahlah bawak budk-budak. Drive aje ikut Waze, tetibe nampak ada pondok Pak Guard. Rupanya dah sampai..
Dari jauh dah nampak signboard 'Spritzer Eco Park'. Ada parking yang luas disediakan untuk pengunjung. Tapi orang dah tak ramai.
Spritzer Eco Park ini dibuka pada 8 Julai 2015 oleh Spritzer Bhd, antara syarikat pengeluar air mineral terbesar di Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Eco Park ini.
More than just drinks, Spritzer wants to include Malaysian in its love for nature, as well as educating them on to discovers the benefits of preserving nature, how to be its good friend and how Spritzers products come from a pristine and natural source - Spritzer Malaysia Eco Park
Tarikan di Spritzer Eco Park
1. Basketball Court
2. '3 Wise Monkey' - Photo Op
3. 'May Peace Prevail on Earth' - Photo Op
4. Kids Zone
5. Watershop
6. The Discovery Tunnel
7. STG Cafe
8. River Deck
9. Eco Park Signage - Photo Op
10. Gift & Memories
11. Mini Golf Ticketing Counter
12. Entrance Arch
13. Boardwalk Sleepers
14. 18 Holes Mini Golf
15. 'Lovely Heart' - Photo Op
16. 'Forever Love' - Photo Op
17. 'Cactus Rock' - Photo Op
Cantik tau tempat ni. Jenuh aku mengejar anak sedara aku nak berlari
18 Holes Mini Golf.
Plan asal kalau datang petang, nak main golf di sini, tapi takde rezeki. Teringin jugaklah nak pegang kayu golf walaupun entah-entah aku ni gaya Mr.Bean je nanti.
Waktu operasi : 10 pagi - 7.30 malam
Bayaran : Dewasa - Rm 12, Kanak-kanak - RM 8
Panik sekejap nampak signboard ni. Aku dahlah paranoid. Tapi Alhamdulillah tak jumpa apa-apa haiwan berbisa.
Cintailah udara, kerana tanpanya anda tak mampu bernafas
Lovelock ala-ala di France gitu. Padan muka sendu. Siapa suruh single
Aku nak bergambar, si Bulat tu pun sibuk
Ada oversea vibe tak?
Belanja selfie tuan rumah. Jangan marah haa.... Filter je lebih.
Masa ni dah Januari, tapi masih ada deko Krismas menggunakan botol Spritzer terbuang
Personally, selain dari ambil gambar di hiasan berlampu di perkarangan Eco Park, tempat ni sebenarnya lagi menarik di siang hari. Kat tempat ni banyak anak-anak saudara aku je yang bergambar tapi aku tak share lah, anak orang bukan anak aku. Kelebihan datang waktu malam, cuaca tak panas dan orang tak ramai. Rileks je jalan-jalan ambil angin malam. Dahlah baru lepas hujan. Memang tempat yang bagus untuk menenangkan fikiran.
If berpeluang datang ke sini lagi pada waktu siang, aku nak explore Discovery Tunnel (dah tutup masa kami datang) dan melawat Natural Mineral Water Bottling Plant. Teringin jugak kan nak tahu macamana air mineral Spritzer dihasilkan.
Untuk lebih info tentang waktu lawatan ke bottling plant, korang boleh email dahulu di info_ecopark@spritzer.com.my atau call 05-807 2663.
Spritzer Eco Park
Lot 898, Jalan Reservoir,
Off Jalan Air Kuning,
34000 Taiping, Perak
Waze / GMap : Spritzer Eco Park
05-807 2663
Email : info_ecopark@spritzer.com.my
Park pun dah nak tutup, kitorang pun dah lapar, so singgah makan di
Le'pak Kitchen. Kawan adik aku suggest tempat ni sebab ada banyak pilihan dan luas. Nak makanan western atau local, boleh pilih ikut selera masing-masing.
Nasi Goreng with Chicken Grill
Desert ni aku dah lupa nama
Nasi goreng Pattaya Calypot kot nama dia. Aku dah lupa
Overall OK la makan di sini. Banyak pilihan, tapi orang nya ramai Ya Ampun. Lain menu, lain gerai yang masak, so tabah jelah kalau tengok order orang lain sampai dulu tapi kita punya lambat. Tempat ni hipster sikit la, tapi orang tak melepak sangat sebab nak bagi peluang orang lain pulak duduk makan. Aku sempat snap gambar 4 menu ni jelah. Terpaksa duduk split meja sebab SOP masa tu tak boleh gabung meja. Sekarang OK dah kot.
Habis makan, masing-masing dah keletihan so balik homestay. Esok nak berjalan lagi. Ke mana kita? Nantilah sambung entry
p/s: Maaflah kalau korang baca entry ada gambar makanan ni time dah masuk bulan Ramadan.
Macam menarik je tempatnya.
ReplyDeletecantik lah deko guna botol mineral spritzer tu. Pernah nampak jugak dekat theme park hardrock desaru.
ReplyDeletekira mcm open muzium laa ya? siang mesti ramai jg ni
ReplyDeletetempat pameran lain, siang je bukak. kalau malam ada park dengan pameran deko ni jelah
Deletekena buka sebijik kat kl mcm ni. kompem siang mlm penuh
Deletekl kau bukak apa pun penuh. hahaha
DeleteLama juga kak PC di Perak ni tapi banyak tempat lagi belum pergi.
ReplyDeletebiasalah tu kak PC, orang jauh yang selalu sampai dulu
DeleteMenarik ini tempat tarikan buat air mineral.
ReplyDeleteTeringin juga hendak tahu proses pembotolan.
Promosi juga untuk Spritzer.
ada jual air mineral jugak. maybe tempat ni dikira sebagai CSR Spritzer kot
DeletePernah baca dan pernah hampir masuk eco park ni. Tapi asal nak singgah je plan jadi lain. Menarik jugak ye
ReplyDeleteCantik tempatnya, kalau Sal tak bawa tak tahu la.. nampak dessert mengacam tu.. salam Ramadan Sal, ampun dan maaf, selamat berpuasa.
ReplyDeletesaya pun baru tahu dari adik saya. tempatnya agak tersorok
DeleteBanyak jugak aktiviti kat Spritzer Eco Park ni. Pergi siang mesti best banyak dapat buat. Next time lah kan Sal. Makan tempat orang kena bertabah tunggu. Tapi menu kat Le'Pak Kitchen ni sedap sedap nampak.
ReplyDeletepergi siang dapatlah main golf dan tangkap gambar lebih cantik. huhu. kalau berkesempatan sampai Taiping lagi dan tak hujan
Deletespritzer taiping ni dulu controversy sbb amek air bawah tanah kubur, btol ke ciksal?
ReplyDeleteKawasan Ayer Kuning, Taiping tu memang ada kubur besar. Wallahu'alam Wak. Saya pun wasa-was juga nak minum. Tapi banyak je air mineral ambil dari situ
Deletecantik tempatnya.
ReplyDeletepart mknan tu, nasib baik tengok masa dh buka posa 😂😂
Baru tau ada Spritzer Eco Park, menarik jugak.
ReplyDeletepatutlah mahal air spritzer ni..dia nak maintain port dia rupanya haha
ReplyDeletemahal ye..saya dah lama tak beli
Deletefirst time mama dgr nama tempat ni. makanan nampak sedap la
ReplyDeletebagus jg Spritzer ni, buat kilang air, sekali dgn eco park..kena pi waktu siang & malam...waktu mlm cantik hiasan lampu2..
ReplyDeletesaya rasa ni inisiatif CSR Spritzer. kira datang tempat ni siang or malam adalah benda nak buat. takdelah frust menung je
Deletearghhh terliur. menyesal bukak blog pg2. hahaha. sedapa dessert tu. nanti boleh bawa harraz jln2 taiping
ReplyDeletebolehla bawak Harraz gi Zoo Taiping bila dah besar sikit nanti
Deletehehehe.. nk bawa ke zoo negara mcm tak jauh jugak. haha
Deletepatut la air spritzer dh naik harga. rupa rupanyaaaa
cantiklah park dia.. Tak sampai lagi.. Bolehlah jenjalan ke sini satu hari nanti..
ReplyDeleteTengok claypot tu, teringin pula nak cuba.. hehehe.. Nampak menarik..
Menariknya tempat ni Sal dah lah Mrs. A suka mineral water jenama Spritzer.
ReplyDeleteTerima kasih share kena masuk list ni.
Huwaaa... food tu memamng pun baca time poser ni
sini ada jugak jual air spritzer dengan harga yang lebih murah berbanding di pasaran. Mrs.A kena masuk kilang jugak baru feel
DeleteCantik-cantik gambarnya Sal.
ReplyDeletePuas 'jalan-jalan' dengan Sal. Makanannya pun nampak sedap, terliur pula!
Bestnya jalan malam-malam kat park cenggini!
ReplyDeleteNasib baiklah jengah sini time nak berbuka :)
cantik jugak tempat ni , hari tue tak sempat nk singgah spritzer eco park ni ,,rugi pulak rasanya
ReplyDeleteAkak memanag x pernah la sampai sini...perkongsian Sal ni menarik..terus rasa nak pergi
ReplyDeleterasa mcm nk bawa harraz ke sini tp tulah kaki xberapa function lg. hahah
ReplyDelete