Genting Premium Outlet

Sunday, 24 December 2017

Assalamualaikum dan hi semua! Bulan Disember ni sibuk bebenor! Sampaikan blog tak berupdate. Balik-balik join Giveaway. Haha. Lagipun cuti sekolah korang kena faham kepayahan berebut PC dengan anak-anak sedara. Nak update dekat office pulak takde peluang dan privacy.

At first aku ingat nak buat December Wrap-Up, tapi entry pasal GPO je dah banyak gambar, so aku tukar plan. Ni cerita awal Disember hari tu, tak silap aku masa cuti Maulidur Rasul. Setelah bertahun tak jejak Genting, sampai jugak aku ke sana sebab ada member nak survey barang hantaran.

 Tapi kenapa GPO?

GPO ni memang syurga shopping untuk barang-barang branded. Contohnya Skechers, Adidas, Nike, Converse, Victoria Secret, Coach, Kate Spade dan banyak lagi lah. Nak tahu senarai kedai yang ada, boleh klik SINI. As for me, aku kurang suka shopping baju dan kasut kalau tempat ramai orang ni sebab sejenis aku ambil masa keluar masuk fitting room pastu undecided. Tapi kalau shopping perfume dan mekap aku takde masalah sebab aku selalunya dah tau nak beli apa. Kat sini memang banyak sale! Macam JPO dan Mitsui, tapi bezanya sejuk. Terasa macam shopping kat Australia. Hahaha.

First time makan kat Dubuyo. Yelah, gelak lah aku ketinggalan zaman.

Ah..ko jangan tanya apa nama benda-benda ni. Diorang yang order, aku makan je

Hasil tangkapan?

Estee Lauder Nutritious Vitality8 Radiant Energy Mist 30ml

RM45. Harga asal RM140. Review takde sebab belum bukak. Beli sebab nafsu, harga murah, pastu sayang nak guna. Nanti aku bagitau korang, glowy ke tidak muka aku.

Tefal WeGo Thermal Flask 300mL

Niat asal masuk Tefal nak beli sudip sebab sudip Tefal rumah aku dah cair sape punya kerja entah letak kat api. Sambil-sambil tu usha periuk belanga. Memang murah weih! Tapi last-last angkat thermos ni je sebab sudip habis. Satu untuk Mak, satu untuk Abah. Seronok tengok diorang guna dan memang tahan panas up to 6 hours. Harga RM55. Half price tak silap aku.

Naik cable car. RM8 sehala, so pergi balik jadi RM16.

 Walaupun orang ramai, tapi line bergerak laju. Kau nak naik cable car ni kena berlari ye, kalau tak memang tertinggal


Hujan, lagipun aku gayat so tak tengok bawah sangat. Nampak 20th Century Fox theme park dalam construction. Boleh start kumpul duit

Keadaan dalam cable car. If naik yang full glass tu lagi mahal. Aku lupa harga berapa, tapi puluhan ringgit gakla. That one lantai pun kaca.

Dari GPO, naik cable car akan sampai ke Sky Awana. Sebuah mall yang bersambung dengan casino dan hotel-hotel. Tapi sini sales biasa aje. Kalau nak naik ke Sky Awana tu, berak kencing siap-siap. Toilet dia banyak jenis takde air tu. Stress aku menahan gelora vida vaganza. Perut tak tahan rempah makanan Korea kot?

Sky Awana aku tak tangkap gambar sangat sebab manusia ramai giler. Bagi aku it's just another mall.

Sampai ke petang kitorang kat sini, biasalah pompuan kalau shopping memang leka. Walaupun penat tapi aku enjoy.

Nanti aku sambung story Shenzhen, Insha Allah. Thanks for reading ye!

36 comments

  1. 20th century theme park? ok, aku kumpul duit dan tenaga.

    gondola lantai kaca? tak prefer sebab khuatir kena skodeng mergastua dari bawah sana.

    apa pun, rasanya dah lebih 10 tahun kot aku tak naik genting.

    sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah manusia boleh kumpul tenaga macam powerbank

      Delete
  2. WAH ENJOY SAL SHOPING KAT GENTING YA...RASANYA SEKALI JE KE GENTING LAMADULU

    ReplyDelete
  3. Eh bln lain pun x byk update jgk kn..hehe

    ReplyDelete
  4. Nanti tunjuk muka glow tau..nk tgk efek dia

    ReplyDelete
  5. Lama jgk x pergi genting..tp takut la tgk hujan gitu nek cable car

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah hujan lebat, cuma rintik2. rasanya kalau cuaca buruk diorang akan stop sekejap cable car ride ni

      Delete
  6. baru naik GPO ni bulan 9 tu ari,punyalah ramai manusia..huhu

    ReplyDelete
  7. lama gak theme park genting ni tutup utk renovation.. klu dah opening sure gempak..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya ke Genting cik Sal..happy kan bersama teman2

    ReplyDelete
  9. Wah, akk pun ketinggaln zaman gak gpo nie tak sampai2 lagi....asyik lalu2 jer balik kampung.

    ReplyDelete
  10. wah shopping kat gpo ye..akak dah lama tak jejak genting tun, berbelas tahun dah rasanya ni walaupun kalau balik kampung dok ternampak2 je genting tu

    ReplyDelete
  11. ada gak membe ajak ke sini tp rs cm jauh je hahahah... x pe laa tggu taman tema dibuka baru syok dan berjimba jimbi

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman tema dah bukak nanti orang jadi lagi ramai. amboi, London dah sampai, tapi genting cakap jauh. haha.

      Delete
    2. ekekekekekee... malu den... mcm ang5a cuba menyudu tapi tapi tengah jalan bertelur 5 bijik

      eh apani?

      Delete
  12. Syok juga shopping time sejuk-sejuk kan,...hihihi berbaloi sungguh hasil tangkapan Sal.

    ReplyDelete
  13. Target nak pergi bila theme park tu siap lah,..

    ReplyDelete
  14. Omaigadd nak kumpul duit gak lah nak g 0th century fox. Mama pun mcm sal jenis x suka bersesak sgt

    ReplyDelete
  15. Hahahah tergelak baca entri Sal tapi LZ teruja hasil tangkapan Sal.. Murah yang amat, berbaloi-baloi beli Sal.. Tunggu tahun depan baru pi Genting sebab tak suka shopping waktu cuti sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, tak suka jugak. Tapi sebab sini sejuk, bersesak2 pun takdela rimas sangat

      Delete
  16. aritu penah pi gpo nih, tapi takdan nk jalan sgt. sungguh ka harga cable car tu murah mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tulah harganya. Kalau yang full glass tu yang mahal

      Delete
  17. Tak pernah gi sini lagi.. Naik cable car tu pun tak pernah.. Tak berani.. Takut dan gayat.. hahaha

    ReplyDelete
  18. ritu pegi nak ajak sepupu naik cable dia tamo.. dia kata mahai.. rm8 okaylaa haih. GPO best tapi nak sampai tu haaaaih jalan pusing2 pening kepala. kena p awal baru berbaloi selekoh2 tu hehe.. and CT rasa GPO the best so far yang CT dah pernah pegi. paling bosan yg melaka kita gi tu kak hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul.kitorang gi pagi, kul 10 dah tercongok. tapi memang best banding dengan yang melaka tu. barang pun lagi banyak. harga lagi murah. jom kita gi lagi

      Delete
  19. Naik Genting ni tahun lepas tak silap tapi tak turun pun huhuhuu... Mr. A tak koser nak layan.

    20th century theme park kena kumpul duit dari sekarang??? hahahaha... kalau Mrs. A tak sempat kumpul tu kumpul-kumpul habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. hari ni dapat gaji, hari ni burn. aduhai..

      Delete
  20. Ana dah 7tahun tak ke genting rasanya. Padahal dekat giler dgn rumah. Ramai kata dah lain sgt genting skrg ni. Bila lah nak naik sana. Nak feel naik cable car lagi.

    ReplyDelete
  21. Belum pernah lagi sampai GPO... best ke? Sama jerlah kot dengan PO yang lain ek! Tak payah pergi pun rasanya tak menyesallah kot hihi....

    Bilalah nak siap Genting punya Theme Park agaknya huh!

    ReplyDelete
  22. Wow nampak best juga boleh la pergi dengan keluarga!

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah