Demam sebab tersampuk rumah tinggal? Atau sebab makan roti berkulat?

Thursday, 6 January 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Pagi Isnin baru ni aku teringin nak makan telur goreng dikapit roti. Parent aku puasa dan adik aku kerja office so aku breakfast sorang-sorang. Dah goreng telur, ambil roti tetiba nampak ada kulat sikit dekat kulit roti. Sebab malas nak gi kedai dan dah lapar sangat, aku potong je kawasan berkulat dan bakar roti tu. Nampak sangat dah banyak kali buat kan? Hihi.

Sepanjang hari takde apa berlaku. Aku buat kerja macam biasa dari rumah. Petang tu lepas kerja aku gi jogging dengan adik aku. Kebetulan dia balik kerja awal.

Actually takdelah joging sangat. More like jalan-jalan release tension. Stress asyik terima rejection email dari company yang aku apply kerja. Kadang-kadang rasa nak give up. Kecik hati lah bila orang kata aku tak bersyukur. Nak improve hidup pun salah ke? 


Anyway macam biasa bila jogging akan lalu kawasan rumah tinggal ni. Ikutkan banyak kali dah jogging sini tapi selalunya pagi. Kali ni je lalu menjelang Maghrib. Or maybe sebab aku cakap benda merepek kat adik aku kot masa tu? Wallahu'alam. 

Pagi Selasa bangun tetiba muntah. Ingatkan sebab gastrik so makan ubat. Perut bergelodak, eh cirit-birit pulak. Definitely bukan gastrik. So makan Chi Kit Teck Aun. Alhamdulillah lega. Nak MC malas ke klinik. Lagipun kerja dari rumah dan tugasan tak banyak. Dah tak muntah dan tak sakit perut so buat bodoh je.

Tengahari tu tetiba rasa badan panas. Ambil tuala basah letak atas kepala. Buat kerja sambil baring. Sempat blogwalking lagi. 

Struggle jugaklah nak survive sampai pukul enam. Tahan mata tak nak tidur sebab tengah kerja kan. Malam start sakit kepala sebab panas sangat. Makan nasi pastu makan panadol. Tidur. Sempat mengucap dulu sebelum tidur. Manalah tau tak bangun. Hopefully tak bangun.

Pagi Rabu terjaga. Oh Tuhan nak panjangkan umur sebab belum sempat taubat lagi. Dosa pun banyak. Sedar diri sikit. Alhamdulillah demam dan kebah. Mungkin jugak demam sebab kehujanan Sabtu lepas. 

Dan hari ini, teruskan hidup macam biasa walau terlalu banyak terkucil hati sana-sini. 

Doakan aku sihat mental dan fizikal. Doakan aku dapat kerja lain jugak. 

Thanks for reading. Malas betul nak menulis lately. Ikutkan nak hidup pun malas. 


Sorry for the negative vibe. Tak ada tempat lain nak meluah

44 comments

  1. Takpe tiada rasa aura negatif. Akak pun kadang-kadang malas hendak bangun tidur. Haha kebetulan baca ini perut panas dan rasa hendak muntah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca pasal orang sakit pun boleh rasa sakit badan ye. biasalah kan. ada hari-hari takde motivasi. tapi hidup perlu diteruskan

      Delete
  2. Masa kecik-kecik dulu meriah betul dengan perkataan tersampuk.. Demam je kata kena sampuk.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. sendiri tak jaga kesihatan sampai demam pastu salahkan makhluk lain

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya
    Kena amek kursus motivasi nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan yang baik. tak ada kot kursus motivasi untuk orang dewasa. dengar ceramah secara online sajalah buat masa ni

      Delete
  4. Seram kalau lalu malam-malam kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lalu siang pun dah seram. malam tak pernah lalu lagi

      Delete
  5. Syafakillah Sal..semoga dapat kerja baru yg lebih baik dari sekarang..

    cheer up, sis!

    ReplyDelete
  6. Nak masuk Maghrib mmg masa dia check in tu sal. Apa2 pun semoga cepat sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. gatal pulak time-time maghrib lalu situ sape suruh

      Delete
    2. mama selepas kes pergi penang war museum tu mmg seram nak jenjalan remang senja sal xpe jadikan lah iktibar kan

      Delete
  7. haii sal, slmt tahun baru!!! get up and think positive tahun baru ni. never ever give up!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the much needed cheering up.happy new year to u too!

      Delete
  8. Akak doakan Sal sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, sihat mental dan fizikal. Akak doakan Sal akan dapat kerja lain. Bukan itu sahaja, mudah-mudahan semua yang Sal impikan akan jadi kenyataan apabila tiba masa yang sesuai.

    Memang kadang2 rasa lelah nak hadap hidup tapi sebenarnya kita mampu. Juat give yourself some time utk bertenang. Stay strong and jangan makan roti kulat lagi. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ayat last tu kelakar. Terhibur saya. Terima kasih kak atas ucapan panjang lebar dan doanya. I is terharu. Biasalah kan ada masanya macam tak larat tapi kena teruskan

      Delete
    2. Happy Sunday, Sal! Dah sihat sepenuhnya ke tu? Apa pun jangan lupa rehat. :)

      Delete
  9. Hmm lately Na pun rasa yang sama. Down sangat.

    Tapi rumah kosong tu seram jugak bila tengok malam malam macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lalu area ni malam-malam tapi tula siang pun seram. Hopefully mood awak pun kembali ok dan dipermudahkn urusan

      Delete
  10. Roti kot.. hehe..
    Rumah tinggal tu cantik. Dah berapa lama la tu kena tinggal.. Kawasan rumah cantik sejuk nampak.
    Semoga baik baik sahaja hari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan taman perumahan saya. Kena drive nak ke sini tapi suka jogging area ni sebab tak sibuk dengan kereta. Rasanya sakit tu sebab roti. Pas ni tak buat dah. Hehe

      Delete
  11. Tak nampak macam malas pun ni Sal..panjang ha menulis. Kiki..
    ‘Hopefully tak bangun’? Typo kan?

    Pasal roti tu, actually kalau dah ada kulat sikit itu maksudnya seluruh roti tak boleh dimakan. Cuma baru muncul dipermukaan sikit demi sikit.

    Moga Allah beri Sal kerja baru yang terbaik untuk Sal. Ya, sangat tak salah bertukar kerja demi memajukan diri. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam typo, tapi entahlah, kadang-kadang menulis tak fikir bila ikut perasaan. Terima kasih atas doa dan sokongannya

      Delete
  12. Allahuakbar.... Ingat Tuhan sal. Insya Allah ada rzeki nanti. Doa yang baik-baik cakap yang baik baik juga merupakan satu doa. Apa pun semuga tahun 2022 mendaatangkan sinar kebahagiaan buat sal. Demam tu buat penghapus dosa. Insya Allah ada nanti tu. Hanya Allah yang lebih mengetahui yang terbaik buat hambanya. Kadang kita rasa benda tu bukan yang kita mahu tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yang penting ahkak tetap sayang sal dari jauh sampai ke hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kena marah. Baiklah kak Notie, saya akan ikut nasihat akak. Saya selalu anggap sakit penghapus dosa dan teguran agar saya ingat pada Dia. Thanks for the love and support. Tu sebab suka meluah kat blog ni. Ramai kakak-kakak baik datang bagi komen membina. Hehe

      Delete
  13. Jangan malas untuk hidup ciksal..haishhh hahaha

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. moga semuanya makin okay ya. semoga Allah permudahkan urusan

    ReplyDelete
  15. mugo ciksal cepat sembuh tuuh.. byk sgt tgk muvie mistik hantu camtu laa

    ReplyDelete
  16. semoga cepat sembuh.... jgn pk bukan2 k..
    maybe cuaca x menentu skrg ni dgn panas tetiba, dgn ujan tetiba...
    badan maybe dah penat mmg minta rehat kejap dari semua mende!!
    just think +ve ... senyum2 selalu supaya minda sentiasa x pk menda2 -ve ahahha apa kita merepek ni :D

    ReplyDelete
  17. ALHAMDULILLAH DH SEMBUH KUATKAN ASA LALUI SEMUA DUGAAN-NYA

    ReplyDelete
  18. Segalanya mungkin. Boleh jadi daripada roti dan boleh jadi dari hal lain. Cuma Allah yang lebih jelas pengetahuanNYA. Aamiin. Semoga setiap apa yang diusahakan.. di minta dalam doa Allah permudahkan dan kabulkan. Jaga diri ya.

    ReplyDelete
  19. Harap bukan tersampuk lah tu Sal. Mungkin makan roti tu kot. Semoga cepat baik Sal dan kembali cergas. Aaaminn...
    Kena jogging laluan lain lepas ni Sal.

    ReplyDelete
  20. Moga cepat sembuh Sal. InshaAllah termakbul doa-doa dan hasrat Sal. Take care.

    ReplyDelete
  21. Semoga dipermudahkan segala urusan kak sal! Walaupun saya tak tahu apa yang kak sal rasa, alami, saya doakan yang baik baik sahaja untuk kak sal. Fighting! <3

    ReplyDelete
  22. Semoga cepat sembuh.. Biasa la badan kadang2 kne sakit juga kan.. jage kesihatan yer.. jgn mkn roti berkulat lagi.. hehe

    ReplyDelete
  23. Semoga sihat ye Sal, kadang allah duga kita ngan sakit yang ringan kan...lepas ni jaga pemakanan, kalau roti expired jangan makan walau ada yang cakp still bleh makan lagi seminggu...kebersihan jaga dan yang penting jangan main hujan...psst...hadiah on the way ye...

    ReplyDelete
  24. Allahu.. semoga dipermudahkan urusan sal..

    ReplyDelete
  25. semoga sihat sihat senantiasa..salam blogger.. first time melawat sini

    ReplyDelete
  26. salah makan kot..rest well...semoga cepat sembuh key. Allah nak suruh rehat tu..

    ReplyDelete
  27. Dah okey ke Sal?
    Mungkin juga demam sebab kehujanan... maklumlah air hujan zaman sekarang ini sudah bercampur dengan segala puing-puing kekotoran yang berkumpul di awan sanun.
    Take care ye dik Sal sayang.

    ReplyDelete
  28. Salah makan dana jugak faktor usia. Hehehe. Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  29. Banyakkan zikir supaya kurang negative feelings dan vibes dlm diri

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah