Sekali-sekala masuk dapur

Sunday 12 January 2020

Confession time: Walaupun aku tak berapa minat dan tak berapa pandai masak, aku suka tengok cooking show. Kalau takde game bola atau movie yang best, aku usha apa ada kat channel TLC (ASTRO 707).  Antara rancangan yang aku suka adalah Girl Meets Farm.


Pengacara rancangan ni, Molly Yeh merupakan seorang food blogger kacukan Jew dan Chinese (kacukan yang agak unik bagi aku). Aku suka tengok dia masak sebab dia selalu senyum lebar macam dalam poster ni. Pastu dapur dia cantik dan lengkap. Apa nak je ada. Molly ni rumah dalam area ladang, husband dia pun keje ladang, so dia selalu masak guna fresh herbs dan sayur petik belakang rumah. Since dia half Chinese, dia selalu jugak tambah elemen Asian dalam resepi dia.

Tapi, aku suka sangat tengok Molly Yeh ni kerana dia selalu confident yang apa dia masak tu sedap. Aku rasa tu kualiti wajib ada pada seorang tukang masak. Kena yakin. Molly selalu puji masakan dan resepi dia sendiri. Kalau aku tengah down, tengok rancangan dia ni boleh naikkan balik mood aku.

So, dengan menjadikan Molly sebagai inspirasi, gigih jugaklah aku masak Korean Spicy Chicken untuk makan-makan sempena birthday adik ipar aku. Hahaha. Takde kena-mengena pun sebenarnya sebab resepi aku ambil dari twitter, bukan dari rancangan Girl Meets Farm pun. Cuma aku pinjam confidence dia tu je sikit.


Alhamdulillah, dapat good feedback dari famili aku. Tu pun aku buat tak pedas supaya anak-anak sedara aku yang kecik boleh makan.

A week before that aku nak buat pegaga masak lemak campur keledek. Nak beli keledek kuning, terbeli keledek ungu, maka kuah kaler purple.


Walaupun rupa pelik, nasib baik rasa macam masak lemak biasa. Cuma aku lagi suka rasa keledek kuning.

So, begitulah kisah kalau aku masuk dapur. Entah apa-apa jelah aku masak. Tengoklah next week menu apa aku cuba.

Sekali-sekala blog aku cerita masak-memasak, selalu cerita makan je. Thanks sudi baca. Lots of love *Sambil senyum sampai telinga macam Molly Yeh*

50 comments

  1. Replies
    1. Tak taulah..tak pernah rasa molly yeh masak cmane

      Delete
  2. anak dara pandai memasak mesti hantaran rm20k nih.. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dara dah tua la wak, kena bagi diskaun. haha

      Delete
  3. Bagus Sal mula2 mencuba lama2 mesti mahir memasak...

    ReplyDelete
  4. masak sekali ni yg sdap ni hehehehe

    ReplyDelete
  5. Tu dia salmmasuk dapur terus keluar menu kebabomm.. lama. Snggab sini sori sal.mama mood malas huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu merapu pun ye jugak mama. Thanks singgah walaupun dilanda kemalasan

      Delete
  6. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy la orang tu. yang penting bulan 5 kita angkat piala sama2

      Delete
  7. p/s family sadio mane nk dtg ek? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. famili sadio mane kalau datang aku bagi makan durian je.

      Delete
  8. Hah sekali sekala tunjuk skill memasak. Sedap kan air tangan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lagi air tangan emak. Hahaha. Bolehla, at least takde yang sakit perut

      Delete
  9. Replies
    1. amboi..tengok gambar je dah tau sedap.haha

      Delete
  10. Mesti gulai lemak tu rasa maniskan.. sebab ubi unggu nie manis lagi dari yang kuning tu.. hehehe.. Memasak memang perlukan keyakinan.. Ohsem lah sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, lagi manis. Tu sebab saya lagi suka yang kuning kalau buat masak. Yg purple tu lagi sedap makan gitu je

      Delete
  11. okla jgk ade msuk dapo..yaya ni lgsung..haha =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ye ke ni? entah-entah jauh lagi terer

      Delete
  12. oookaaay nak jugak !! bila nak masakkan ? itew nk dtg ketuk pintu rumah hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh..kalau dngan orang selalu makan makanan Korea akak tak berani. sebab akak buat stail Melayu

      Delete
    2. ahahaha ngade !! sy jarang la makan ayam korea haha. xde xde x kire..
      nanti nak jugak !!

      Delete
    3. Hahaha. Iyelah. Datang je nanti akak buat

      Delete
  13. aida pun suka tgk program masak.
    tapi tu la hu hu hu hu dah tak langgan astro yg byk channel.
    so, no more la tgk program memasak ohsem kat astro.
    layan kat utube jer lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. zaman sekarang kat mana-mana pun boleh 'tengok tv'. tapi tulah saya ni suka stail lama

      Delete
  14. ayam goreng koreaaa..sedapnya..terbaik, byk sesame..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik saya suka sesame banyak. tu yang tabur banyak-banyak

      Delete
  15. Korean spicy chicken tu nampak macam kat kedai punya dah tu

    Nanti nak tengok jugaklah rancangan girl meets farm tu eh!

    ReplyDelete
  16. sama jugak macam kak, suka tengok rancangan macam tu jugak. tapi yg pasti kena tengok masa perut tengah kenyang. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok masa lapar memang terliur la jawabnya. Haha

      Delete
  17. saya suka memasak tetapi belum pandai sangat yang sedap-sedap

    ReplyDelete
  18. RAJINNYA MASAK KOREAN MESTI SEDAP TU

    ReplyDelete
  19. teruskan usaha.. bonus laki syg. hahaha

    ReplyDelete
  20. suka makanan korea, tapi belum penah try masak lagi..

    ReplyDelete
  21. Nampak sedap x nampak prlik pun sal. Lenkali masaknjemput mama makan sekali tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab warna purple kot mama, tu yang nampak pelik

      Delete
  22. yes, confident tu penting. Nampak berhasil kedua-dua menu tu. Dah kahwin nanti kena masak hari hari tanpa jemu :)

    ReplyDelete
  23. rajin juga tengok cooking show tapi tak tahu la pernah tengok show molly ni..hehe

    ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  24. Wah boleh bukak restoren korea ni......nampak yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu..jauh lagi kak. ni je masakan korea saya tahu. tu pun masak sambil kejap-kejap tengok fon

      Delete
  25. betul sal.. suka jugak tgk show memasak. macam2 ilmu ada, mood pun baikk lps tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan.. Tengok orang masak rasa hepi je. Lagi-lagi kalau makanan dia masak tu cantik dan warna-warni

      Delete
    2. harap bila tgk tu makanan dh terhidang depan mata. kahkah berangan

      Delete
    3. Kalau ada alat Doremon, amik barang dalam tv, dah lama buat

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah