Thursday, 10 May 2018

Stanley Village - HK Part 5

Assalamualaikum dan hai semua! Amacam? Pilihanraya 2018 dah berlaku disusuli keputusan yang tak disangka-sangka. Apa pun, kali ni suara rakyat menang dan yang tak mengundi tu jangan banyak bunyi k? Kita harapkan kerajaan baru ni akan bawa kemajuan dan menjaga kebajikan rakyat, agama, bangsa dan negara. Macam tu lah hidup, perlukan perubahan. Harap perubahan ini positif. Insha Allah.

OKlah, tolak tepi soal politik, mari kita sambung cerita Hong Kong. Setelah melalui jalanan berliku, akhirnya sampai jugak aku dan Anies ke Stanley Village. Misi kami adalah mencari kain pasang. So, ayuhlah kita.

So, nak tau apa benda pertama aku dan Anies buat? Makan bekalan nasi lemak yang telah menyumbang kepada tragedi baju pink berbunga oren. Sadis.

Kat bawah bangku tulah kitorang bukak bekal dan makan

Dari jauh dah nampak Stanley Market ni

Macam Ladies Market jugaklah

Kalau nak compare, souvenir kat Stanley Market lagi murah dan banyak variety. Tapi kalau T-shirt better beli kat Ladies Market, Mongkok. Kalau nak cari baju mandi, kostum, handbag dan baju fesyen banyak kat sini tapi kain ela ada tak?

 Nampak seorang gadis sesat mencari kedai kain

Dipendekkan cerita, dari hujung ke hujung aku dan Anies mencari, tak jumpa jugak kedai kainnya. Huhuhuhu..kesian Anies. Last-last kitorang keluar ke area promenade belakang market. Tengok air boleh release tension.

Jangan terjun Anies...kita tak sempat tengok Liverpool julang Piala Liga lagi

Hati-hati kalau bawak anak-anak kecik sebab open.

Feeling ombak rindu sejenak


Kebanyakan yang duduk kat area Stanley ni foreigner. Aku rasa mesti diplomat. Kawasan dia macam elit sikit

Belakang ni ada gak kedai makan, tapi tak yakin halal so takdelah singgah. Takpelah, kitorang pun dah kenyang makan nasi lemak tadi

Last-last korang tau aku beli apa? Baju baru, gantikan Tshirt yang terkena sambal. Hahahaha.

Balik tunggu bas dekat tempat sama kitorang sampai. Ada banyak bas yang ke Central, so rajin-rajinkan diri membaca dan bertanya.

Sepanjang perjalanan balik ke Central, boleh nampak banyak dahan pokok bergelimpangan tepi jalan macam ni. Aku syak ni kesan Taufan Hato. Yelah, kitorang pergi kan sebulan lepas taufan tu jadi.

Sampai je berhenti dekat depan Central Station MTR

Ce teka dalam banyak-banyak tempat tu kitorang nak gi mana?

Meredah kesibukan HK

Ni ke tempatnya? Eh bukan..

Kalau ikut kajian ni lah landmarknya

Inilah yang dicari! Wait what? Escalator? Takde benda lain ke nak dicari?

Ha..kalau korang nak tahu escalator ni special tau! Apa yang special? Korang tunggu next entry OK. Hehehe. Doakan aku rajin blogging. Maaflah dah mengabaikan blog ni. Rindu korang actually. Nanti sembang lagi na..

8 comments:

  1. Based on the picture, rasa-rasanya nak ke Peak Tram? :)

    ReplyDelete
  2. i will wait sal punya next entry.. nak tahu pe jadi kat eskalator tu

    ReplyDelete
  3. Rindu nak pergi HK lagi!..... oh oh suspen je tgu nx n3 nii

    ReplyDelete
  4. adoiii baru nak excited baca dah habiss huhuhu..

    Ye lah moga kerjaan baru ini dapat membawa perubahan yang baik untuk rakyat dan negara kita kan

    ReplyDelete
  5. Waa bestnya!! Nak pergi gak ^^

    ReplyDelete
  6. Ngape cari kain ela sampai ke Hong Kong Sal? Kat sini kat Nilai 3 tu berlambak.....nak cari yg grand, kat Jakel ada, tak pun kat Tee Wah pun ada hihi..... kain ela HK jugak yg nak dicarinya.... Mesti ada yg special ek?

    ReplyDelete
  7. Terasa di sana bila tengok gambar-gambar Sal.. Lupa sebentar kerja melambak atas meja ni.. Best woo dapat makan angin..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com