Thursday, 26 April 2018

Rampage Movie Review

Assalamualaikum dan hai semua! Lamanya tak buat movie review. Padahal sebulan tengok wayang sampai 2 kali. Movie paling latest aku tengok adalah Rampage.

Rasanya tidak perlu disangkal lagi yang aku nak tengok filem ni sebab The Rock. Hahaha. Walaupun godaan A Quite Place agak kuat, tapi aku malas lah cerita terkejut-terkejut ni kang terpeluk orang sebelah.


Filem Rampage ni mengisahkan Davis Okoye (The Rock) seorang primatologist yang 'rapat' dengan seekor gorila albino bernama George yang dijaganya sejak kecil lagi. George dan beberapa ekor haiwan lain ditempatkan di San Diego Wildlife Preserve. Pada masa yang sama, stesen ujikaji syarikat Energyne di angkasa lepas telah musnah gara-gara tikus makmal yang menjadi bahan projek mutasi telah hilang kawalan dan membunuh semua krew. Salah seorang saintis terselamat tetapi dipaksa oleh pemilik Energyne membawa pulang hasil ujikaji bersamanya di dalam 'escape pod'.

Tapi malangnya, sewaktu pulang ke bumi, escape pod tersebut telah terbakar tetapi canister kalis api berisi hasil eksperimen telah tercampak di beberapa kawasan di sekitar Amerika. Antaranya di kawasan George menyebabkan George terhidu cairan dari canister tersebut lalu bermutasi. George mula membesar secara pantas. Selain George, seekor serigala dan buaya di kawasan lain juga termakan cairan tersebut.

George mula mengganas dan membahayakan pengunjung. Seorang bekas pekerja Energyne, Dr. Kate Caldwell (Naomie Harris) terdengar tentang George dan terus ke San Diego Wildlife Preserve untuk melihat sendiri. Dipendekkan cerita, Dr.Caldwell dan Davis bersetuju untuk bekerjasama 'memulihkan' George dan 2 lagi haiwan tersebut yang mula mengganas di kawasan-kawasan bandar.


So..best ke tidak? Bagi aku OKlah. Rasa macam tengok gabungan filem Godzilla, Honey I Blew Up The Kid dan San Andreas pun ada. Watak The Rock sangat typical. Hero yang boleh buat apa saja. Aku suka watak wanita badass Claire Wyden (Malin Akerman), pemilik Energyne yang hanya mementingkan wang. Filem ni ada jugaklah kelakar dan sedih dia. Suka part George dan dua haiwan mutasi tu mengganas. Ngeri jugaklah. Kot korang takut tengok manusia kena makan raksasa jangan tengok OK.

Tapi yang annoying nya, filem ni mudah dijangka. Contohnya hasil eksperimen tu tau-tau je nak jatuh kat kawasan ada haiwan liar. Lepas tu, dekat-dekat lak tu. Dan ending sangat predictable. Plot twist ke apa ke takde.

Bolehla tengok kalau korang minat The Rock dan suka tengok kemusnahan. After all, nama filem ni pun Rampage. Expect the expected.

Till then..thanks for reading. Tak tau lah sempat tidak tengok Liverpool menang UCL Infinity War sebelum bulan puasa.

p/s: rindu nak update blog dengan kerap

23 comments:

  1. tu diaaa cik sal kita review. suka tgok the rock.. tp tak suka citer kemusnahan .klu dah dapat tangkap the next scene mcm kureng sikit.. pe pun nak jugak tgok citer ni klu keluar kat ASTRO best hahahaa

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun minat The Rock.
    Hurm... tapi citer dah boleh dijangka kurang thrill la.
    Kalau macam ni nak tengok A Quite Place la barulah seram dari DUkun hew!hew!hew!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dah ke? Buatla review. Nak tau gak best ke x

      Delete
  3. Aku pulak tengok movie ni sebab Negan je, jadi aku tak berapa kisah dengan perkara lain. Cuma fokus kat antagonis tv paling best pada aku. Sebab aku adalah pengikut siri The Walking Dead sejak season 1 dulu.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Thanks wak. Lama x singgah sini. Sihat ka?

      Delete
  5. Nanti bole la pakat2 dengan anak gi tengok..

    ReplyDelete
  6. movie yang mudah dijangka ? alamak.... tak jadilah nak tengok wayang.. buat movie sendiri lah cam tu.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuuuu...movie sendiri. Akak nk tgk boleh x? Haha

      Delete
  7. sblm ko ckp watak the rock mmg typical, sy mmg dah agak daa... rs nk g tanya je the rock tu, ko x bosan ke dpt skrip o pegang watak cam ni hahahaha

    ReplyDelete
  8. Kalau peminat the rock mmg kena tgk movie ni. 👍🏻

    ReplyDelete
  9. menarik juga ceritanya, tapi akak tak minat sanagt the rock tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x minat mungkin x rasa nak tengok. Haha

      Delete
  10. sentiasa suka baca ulasan sal. baik movie atau pasal bola.
    hihihi...

    ReplyDelete
  11. baca komen sal akan trigger rasa nk menonton walaupun ku bukan kaki wayang

    ReplyDelete
  12. Sal dah tgk avengers x?

    jom teman tengok lusa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru baca. huhu. pas raya kita gi tengok wayang sama-sama k

      Delete
  13. Sempat jadi box office kah di negara kak Sal ?.
    Di Indonesia biasa2 saja,kak.

    ReplyDelete
  14. Hahaha macam best. Gozila ja pernah tengok.. boleh try tengok yg ni pulak..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com