Assalamualaikum semua! So last April I turn 33! Ya, jangan terpedaya dengan saiz minion aku, akak dah lebih 30 tahun dik.
So, walaupun dah super belated, aku OK je korang nak wish Happy Birthday kat aku. Pui..tak malu betul mintak orang wish. Hahaha, gurau jelah. Birthday tahun ni agak special dan banyak pahit manisnya. Tapi tak nak lah citer yang pahit-pahit. Kita citer yang manis-manis je OK?
Hadiah pertama aku dapat, bunga kiriman cik best friend iaitu Cik ND. Dahlah hantar tak bagitau, kat opis lak tu sampainya, apa lagi meriah la pakcik makcik bawang bergosip. Thanks beb, sentiasa ada dengan aku susah senang, layan kawan baik kau yang kuat drama ni. So terharu.
So, walaupun dah super belated, aku OK je korang nak wish Happy Birthday kat aku. Pui..tak malu betul mintak orang wish. Hahaha, gurau jelah. Birthday tahun ni agak special dan banyak pahit manisnya. Tapi tak nak lah citer yang pahit-pahit. Kita citer yang manis-manis je OK?
Hadiah pertama aku dapat, bunga kiriman cik best friend iaitu Cik ND. Dahlah hantar tak bagitau, kat opis lak tu sampainya, apa lagi meriah la pakcik makcik bawang bergosip. Thanks beb, sentiasa ada dengan aku susah senang, layan kawan baik kau yang kuat drama ni. So terharu.
Malam tu ada orang belanja kita dinner kat Manhattan Fish Market. Setelah bertahun-tahun sambut birthday forever alone, tahun ni ada gak orang teman. Hahaha. Thanks Awak! You olls jangan gosip lebih-lebih OK, doa yang baik-baik je untuk kitorang.
Alang-alang orang nak belanja, kita pau la perfume Victoria's Secret. OKlah tu pau Ian Rush aje. Kalau materialistik, aku dah pau Bombshell.
Then sambut dengan kawan-kawan opis. Oh ye, ada 2 orang birthday bulan 4 tapi macam biasa aku tak suka expose rakan sekerja tanpa mintak kebenaran. Nak mintak kebenaran kena bagitau aku ada blog, so tak payahlah.
Diorang bagi aku hadiah backpack. Kaler pink, my favourite!
Yang ni pulak dari best friend aku jugak, Encik A. Kau mampu umur dah 30 lebih dapat hadiah teddy bear. Hei, jangan judge saya OK!
Potong kek dengan Puan SR, bff jugak dan anak sedara dia. Kitorang semua April babies. Tapi SR lah paling best, few days pas sambut birthday, dia bersalin plak dapat baby boy. Alhamdulillah. Tu pun boleh tak aku nak consider as hadiah birthday? Eh tamaknya! Anak orang tu wei. Hahaha.
So, macam yang aku mention tadi, aku tak nak citer yang pahit-pahit. Just that, once dah berumur 33 tahun ni, aku makin menghargai hidup. Azam aku adalah nak jadi anak yang solehah dan hamba Allah yang taat. Nak kumpul duit banyak-banyak, nak travel merata dunia dan nak lebih maju dalam kerjaya. Harap aku dapat jadi wanita yang matang, tak mudah terikut dengan emosi (ni perangai buruk yang susah nak buang) dan menikmati hidup sepenuhnya.
Jauh di sudut hati aku masih mengharap Allah temukan aku dengan cinta sejati. Tapi hidup bukan nak fikir tu je kan. Kalau ada, Alhamdulillah, moga kekal hingga ke Jannah. Kalau takde pun, aku tahu masih banyak orang yang sayang aku. Yang paling penting, Allah kan ada.
Anyway, chin up! Malaysia dah berubah, aku pun banyak kena berubah. Selamat Menyambut Ramadhan in advance. Semoga Ramadhan kali ni kita dapat tingkatkan amal ibadah dan menjadi Ramadhan terbaik. Amin.
Till then, thanks for reading. Mood blogging aku dah kembali, so korang nantikan entry bertalu-talu (Berangan). Jangan jemu pulak ye. Hehehe
tajuk macam kempen team selangor masa zaman mehmet dulu. apa pun, happy belated birthday.
ReplyDeletehahaha..tak tau nak taruk tajuk entry apa. Alang2 masuk umur 33, tu yang pinjam tagline
DeleteMoga doa dan harapan yang baik-baik Allah permudahkan.Amin.
ReplyDeleteyou'll never walk alone🎂
ReplyDeletesori slh msk forum... ok. kite kumpul duit segunung nnt 4 thn akn dtg kite g bahrain 2022 yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (smbl angkat jari kelengkeng)
ReplyDeleteInsha Allah. Tapi tak dapat bahrain, anfield pun cukup
Deletenk hadiah ke? nnt laa 26.5 sy post dr kiev
ReplyDeletenak tengok liverpool juara champions league. Cukuplah
Deletehappy belated besday ciksal..alhamdulillah Allah panjangkan usia, moga diberikan kebahagiaan dunia & akhirat.. apa yang Allah bagi tu bersebabkan, mungkin belum bertemu cinta hati sebab Allah nak ciksal lebih lama bersama keluarga & boleh juga pergi cuti2 keliling dunia kan, eh ciksal tahu tak akak seronok tengok kakak yang single umur 42 dah boleh jalan sana sini baru balik korea terus ke kashmir pulak. itu bahagian dia yang Allah bagi walaupun dia takde suami dan anak2, tapi akak tetap doakan dia satu hari nanti Allah temukan juga jodoh untuk kakak akak, ciksal 33 kira muda lagilah nak bandingkan dengan kakak akak tu..hehehe yang penting apa yang pahit kita janga kenang sangat2 hidup dengan gembira ok...haaa terpanjang pulak akak komen ni
ReplyDeletentahlah kak..perasaan tu bercampur baur. ikutkan tak mau mati sorang-sorang tapi pada masa yang sama rasa hepi menikmati kehidupan bujang. at least tak sakit hati. hahaha
Deletehappy belated birthday sal. Semoga panjang umur, murah rezeki dan semua yang diimpikan menjadi kenyataan. syoknya banyak dapat hadiah. akak sejak dah tua ni :P lama tak dapat hadiah.kikiki
ReplyDeleteAlhamdulillah..birthday kali ni banyak pulak dapat hadiah dan diraikan orang-orang tersayang. Hepi sangat
DeleteHappy belated birthday, kak Sal! Tak sangka kak Sal punya umur 33. Tak nampak macam orang 33 tahun pun :D
ReplyDeleteterima kasih Farah. Sebab akak kecik kot.
Deletehappy belated bezday sal...beza setahun je umur kita ni.. makin berumur makin muda kan.. kan.. hihiihi
ReplyDeletehehe..betul. yang penting jiwa muda
Deletesalam kak sal..
ReplyDeletehappy belated bufday. semoga apa yang diimpi menjadi nyata, dipanjngkan umo, dmurahkan rezeki selalu, aamiin
Happy belated birthday Sal.
ReplyDeleteLa... bulan April ke? Samalah dengan 2 orang anak Mrs. A dan jugak bapaknya dan jugak Adik Mrs. A sumer April babies.
Mrs. A doakan semoga Sal bertemu jodoh. In Sha Allah sabar dan jangan putus asa.
Happy belated birthday :)
ReplyDeletehappy birthday
ReplyDeleteMacam macam dapat hadiah nampak! Untunnglah jadi anak dara. Semua org sayang. Semua berlumba lumba nak tawan hati. Bikin jeles tau hahaa....Insyaallah kalau dah ada jodohnya takkan ke mana Putra yang ditunggu tu.... Cuba buat buat sleep Sal.... manalah tau ching!!! Ada Putra depan mata
ReplyDeleteRamadhan Kareem Sal
hahaha..kelakar la mak OKje ni. Puas dah mak bukak tutup mata, tak nampak apa pun. hihi
DeleteAlhamdulillah Sal selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-33..
ReplyDeleteSemoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..
selamat harijadi cikSal.,
ReplyDeleten salam ramadhan dr wak yg jaih dimata.,
amboi Wak..potong rumput kat mana tu?
DeleteHappy belated Sal.bestnya dapat hadiah
ReplyDeleteHappy belated birthday Sal. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
ReplyDeleteMeriahnya sambutan birthday sal.. happy belated birthday ye semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat
ReplyDeletemoga di usia baru yg dah pun bertambah ni, Sal lebih gembira.
ReplyDeleteSal lebih fokus dan istiqomah terhadap apa yg Sal mahukan dlm hidup ni.
agar kekal gembira dan hidup atas landasan Islam dgn baik baik saje.
hal jodoh, di tgn Allah. berdoalah agar dipertemukan dgn insan yg baik.
yg dpt hidup bersama Sal dan beri nilai tambah kpd hidup Sal yg kini.
in shaa Allah...
aida happy tgk Sal boleh kembara melihat dunia luar.
mcm aida, still stucked here dgn rutin hidup yg busy dgn keluarga.
Allah tu Maha Adil, Sal. Dia tak beri tu, Dia beri ni.
akan ada masa utk semua mendapat kesemuanya sekali kan. hanya masa lom tiba utk kita.
stay cute.
stay young.
age is only numbers.
stay happy.
Thanks sis..ucapan yang panjang dan penuh bermakna. Alhamdulillah, saya memilih untuk menikmati hidup. Bagi saya setiap apa berlaku ada hikmahnya. Allah bagi saya jodoh lambat, dia bagi nikmat lain.
DeleteAll the best to you too.