Monday, 10 July 2017

My Raya Story 2

Sebab masih dalam mood raya, ayuh kita sambung story di Syawal yang kedua.

2 Syawal

Beraya di KL ni, memang jarang nak terima tetamu dari kalangan kawan-kawan sebab biasanya diorang masih di kampung. Tapi ada sorang rakan blogger ni tanya boleh tak nak datang rumah. Eh apa plak tak bolehnya. Meh meh.

Sebab masih awal raya, so aku hidangkan ketupat, kuah lodeh dan rendang ayam untuk blogger sorang ni sebab aku tau dia tak makan daging sangat. Special tau ketupat ni sebab anyam sendiri dengan penuh kasih sayang. Rendang ayam tu pulak rendang ayam pencen, tabah aku bertunggu bertangga kat dapur. Hehe.


So, siapakah si blogger yang datang beraya tu. Nilah dia, Siti Yang Menaip. Tapi hari ni dia jadi Siti Yang Beraya pulak. Thanks dear sudi datang raya rumah akak walaupun takde open house.

Since dah lama tak jumpa, banyaklah kitorang borak. Aku ngan Siti ni kenal pun sebab travel, so dok sembang pasal travel jelah. Raya pun dok sembang pasal berjalan. Aje ye pompuan dua orang ni.

Dah raya rumah aku, Siti ajak gi rumah Sally Samsaiman pulak. Sebenarnya dia tak ajak tapi aku yang nak ikut. Kah kah. Selalu jugak Sally ni ajak gi rumah dia tapi asyik ada je hal. Rumah Sally dekat je dengan rumah aku. Mula-mula pakai GPS. Bila dah sampai rasa nak ketuk kepala sendiri sebab selalu je aku lalu simpang tu.

Sally dan mak dia buat sizzling mee. Aduh, rajin giler ye. Sally ni rajin sangat buat kuih raya sampai 6 jenis. Lama jugak kitorang melepak kat rumah Sally. Dengan Sally pun sembang pasal blogging dan travel. Haha. Yelah, nak sembang KPop, aku tak tengok. Nak sembang bola, aku jelah cakap sorang-sorang nanti.


Aku bukan nak bodeklah Sally ni, tapi dia ni jenis yang tak kedekut. Ada rezeki job review dia selalu share dengan kawan-kawan blogger lain. Thanks Sally terima kehadiran kitorang dan masak sedap-sedap. Layanan dia dan mak dia memang tip top. Good luck with blogging and projek mega awak tu. Hihi.


Lepas beraya rumah Sally, Siti hantar aku balik. Mula-mula plan nak gi KLCC, tapi dari pengalaman aku yang dah lebih 30 kali beraya di KL, aku tau time raya je KL akan penuh dengan foreigner. So, biarlah diorang je lepak KLCC. Kita cari port lain, tak pun duduk rumah je.

Petang dan malam hanya duduk rumah melayan tetamu yang datang. Memang raya yang sibuk. Sedara-mara aku ramai je yang duduk KL, so takdelah bosan sangat.

3 Syawal

Kena raya puas-puas hari ni sebab esoknya aku dah kerja. Tapi papehal pun pagi tu gi basuh kete dulu. Ramai jugak orang dekat carwash favourite aku.

Tengahari tu plan nak gi beraya tapi dah orang datang, kita hold dulu. Petang tu baru gi rumah cousin aku. Dia buat laksa Johor. Balik sebelum Maghrib sebab parents aku nak berbuka. Diorang dah start Puasa Enam.

Malam tu aku kenalah tidur awal sebab esoknya dah start keje and aku dah plan nak start puasa. Ye ke tido awal? Padahal dok layan drama raya.

Sendu betul cerita takde gambar ni. Haha. Jumpa next entry ye..

49 comments:

  1. bestlah beraya dengan kawan2 blogger. rajinnya masak sizzling mee hari raya sedap tu.

    eh dekat kl pun best apa beraya sebab ramai je yang raya kat kl. akak pernah masa raya haji je la raya kat kl aidilfitri belum pernah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..raya kat KL dah jadi kebiasaan.

      Delete
  2. Seronoknya...kadang tak kisah pun apa juadah..dapat jumpa..sembang2 dah rasa gembira sampai kelangit..huhu..bahagia sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tapi ada juadah lagi berganda cerianya. hihi

      Delete
  3. ek eleh., no umh pon x bagi camane wak nk dtg beraya nih., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah..wak pun dah pergi memotong rumput, nak beraya cmane

      Delete
  4. selagi syawal masih ada kata org,.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Oh! macam itu orang KL beraya ;-)

    Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..raya kl boleh buat open house atas jalanraya

      Delete
  6. Yelahkan.... apa yang bestnya Raya kat KL ni, semua orang pun balik kg. Nasiblah ada Siti yang Beraya dan Sally yang pemurah tu hihi...meriahlah jugak Raya hang Sal. Eleh puji orang konon, padahal dia pun apa kurangnya, rajin jugak merendang ayam pencen tu.


    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...jaga rendang ayam pencen lagi senang dari menganyam ketupat palas. hihi

      Delete
    2. Siti Yang Beraya hahaha.. CT pun balik kampung tp kampung kat bandar ginilah jadinya hehe..

      Delete
    3. untung orang melawan arus ni, tak payah melayan jam

      Delete
  7. jarang sal senyum nampak gigi, nmpk cantik dah..lps ni kalah la fasha sanda hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..thanks zie.jauh lagi perjalanan. Jadi jehan cukuplah. fasha sandha level tinggi sangat

      Delete
  8. SELAMAT HARI RAYA SAL..seronok jumpa blogger lain, boleh menyembang lama sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa sembang alam maya je kan..ni sembang depan-depan plak..

      Delete
  9. selamat hari raya sal :)

    seronoknya dapat jumpa rakan blogger...

    ReplyDelete
  10. bestnye dapat beraya dengan kawan-kawan blog..

    selamat hari raya.. mintak maaf kalau ade salah silap ye.. :)

    ReplyDelete
  11. meriah uols... jeles...

    hihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah jeles...huda pun boleh datang jugak

      Delete
  12. makan daging tapi bila jadi rendang kenot go.. heheh.. thanks Kak Sal and pakcik makcik save rendang ayam untuk itew ^^ dapat gak rendang ayam lepas terseksa dua hari makan rendang daging kt rumah nenek hahaha.. samalah kalo raya Bangi mmg tahu kawan2 yang dok KL pun pakat balik kg. so kena cari orang yg btol2 stay KL hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..cabaran raya KL memang macam tu.kena buat research sikit.haha

      Delete
  13. Selamat hari raya sal..
    Bestnya raya dgn rakan blog..

    Dulu akak selalu raya kat KL
    Balik rumah arwah atuk nenek yg tinggal kat Segambut..
    Mujur kahwin dgn org ada kg..
    Boleh juga raya kat kg..
    😆😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nak cari bakal suami ada kampung gak lah.

      Delete
  14. Tentang ayam pencen ni, saya teringat ada periuk untuk masak dia. Daging cepat masak serta empuk. Lembut. Lupa namanya. Dulu saya ada sekarang entah ke mana perginya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru saya ingat: pressure cooker.

      Delete
    2. oh..saya rasa rumah saya ada jugak,tapi entahlah mak nak stail tradisional, saya layankan aje

      Delete
    3. kalo pressure cooker bukan takat ayam pencen.. tulang2 ayam pencen pun berderai hihi..

      Delete
  15. Seronok Sal jumpa gang.. Dapat bersembang dan makan sedap2.. Pandai memasak gang blogger kita..

    ReplyDelete
  16. Wahhhh seronoknya jumpa kawan kawan blogger...haha...bg can foreigner beraya kay klcc yer...hihi

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Sal! Maaf zahir batin andai ada salah silap ye. Bukan main lagi 3 blogger ni beraya tau,..si CT siap hantar gambar raya korang kat akak. Nak datang raya, akak tak de rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, kalau kak Farrah ada memang dah gi terjah hari tu.

      Delete
    2. huhu next time kita plan terjah sambil kasi menu demand soh Kak Farrah masak eeh..

      Delete
  18. Seronoknya dapat jumpa kawan bloggers ni. Saya ni entah bila nak dapat peluang untuk jumpa akak-akak semua ni.

    By the way, hi kak Sal! Lama dah saya tak datang menyinggah sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..peluang untuk jumpa ni selalunya tiba-tiba je. Hi Farah, akak pun dah lama x gi blog awak

      Delete
    2. hihi awak je yang tak sudi.. lama dah suruh datang Penang jalan2 xmo.. jangan jadi cem Kak Sal.. mai Penang da balik baru gtau huhuhu..

      Delete
  19. Selamat hari raya Sal...
    Uuiihhh..gigih tu. Raya ke 3 dah kerja. Tapi jalan raya mesti ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya ke empat lah kak..jalan raya boleh golek-golek.hehe

      Delete
  20. wahh beshnyer..
    jenjalan raya..yaya xde raya mn pon..duk uma je..sedei..huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk rumah pun best apa...makan, layan tetamu. raya gak tu. jimat duit minyak. haha

      Delete
  21. jauh cik ct beraya naaa... dpt ole2 aussie x? ;-)

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com