The Guilt Trip Movie Review

Thursday, 13 July 2017


If all the kids in the world were lined up and I was to pick one kid for myself Andy, it will always be you.


Sungguh lama blog ni tak buat movie review. Apakan daya dah lama tak tengok wayang. Tapi baru-baru ni aku layan satu movie kat Astro bertajuk 'The Guilt Trip'. Filem ni bergenre komedi drama lakonan Seth Rogen dan Barbra Streisand.

Ini kali pertama aku tengok filem lakonan Streisand, selalu dengar lagu dia aje. Beliau adalah bintang Hollywood versatile yang berstatus legend. Parents korang confirm kenal.

The Guilt Trip mengisahkan Andrew Brewster (dipanggil Andy) lakonan Rogen, seorang inventor yang telah menghasilkan sejenis produk pencuci organik. Percaya yang produknya boleh berjaya, Andy mengambil keputusan untuk menjelajah dari satu negeri ke satu negeri di Amerika untuk memasarkan pencuci tersebut. Sewaktu singgah di New York dia menginap di rumah ibunya, Joyce (Streisand).

Sesi kena bebel dengan mak

Joyce dan bapa Andy telah bercerai sejak dia berumur lapan tahun dan Andy adalah satu-satunya anak yang Joyce ada. So, obviously Joyce sayang gila kat Andy. Antara concern Joyce adalah status single Andy walaupun dah berusia 30-an (eh..sis terasa. Haha). Untuk memujuk anak lelakinya supaya meluahkan perasaan dan bercerita kepadanya sekiranya Andy ada masalah dalam bercinta, Joyce membocorkan rahsia kenapa anak lelakinya dinamakan Andrew.

Menurut Joyce, dia pernah mempunyai seorang kekasih sewaktu berusia 20 tahun yang sangat dicintainya. Tetapi dia dan lelaki bernama Andrew Margolis tersebut telah berpisah dan Joyce mengahwini bapa Andy 2 tahun kemudian. Andy mula memikirkan untuk menyatukan mereka kembali (dah macam plot Kuch Kuch Ho Ta Hai) dengan harapan ibunya akan kembali bahagia dan akan berhenti kacau hidup Andy. Niat Andy ni nampak macam tak baik, tapi OK jugaklah dia nak mak dia bercinta lagi. Ko ingat cinta ni orang muda je ke yang punya?

Bila Andy dapat tahu yang Andrew Margolis ada di San Francisco, dia dapat idea gila nak bawak mak dia sekali on the roadtrip. Andy tipu Joyce kononnya dia nak ada orang teman, pastu boleh bawak mak dia jalan-jalan. Padahal dia dah plan hujung trip nanti nak singgah pejabat Andrew Margolis walaupun San Francisco tak termasuk dalam plan perjalanan asal.


Mula-mula Joyce ni ingat Andy main-main, tapi akhirnya dia setuju untuk ikut. So bermulalah perjalanan dua beranak ni merentas Amerika untuk menjual produk pencuci Scieoclean. Nak tahu berjaya ke tidak Andy jual produk tu dan dapat tak dia satukan Joyce dengan cinta pertama dia, korang kenalah tengok sendiri.

Bagi aku filem ni best lah jugak. Light movie tentang mother-son relationship. Aku suka watak Joyce, sebab nampak natural sama macam ibu-ibu biasa. Sentiasa bagi nasihat, protective dan suka manjakan anak walaupun dah besar panjang. Walaupun annoying dan kadang-kadang memalukan Andy, tapi last-last nasihat mak dia jugak yang banyak tolong dia dalam berniaga. Seth Rogen cam biasa memang kelakor. Aku bagi 3 bintang. Like I said, movie yang simple tapi banyak mesej. Bila tengok korang mesti akan cakap "Hurm...sebijik macam mak aku!"

So kalau korang nak simple movie sambil-sambil lipat kain bolehla tonton filem ni. Till then, thanks for reading. Sayangilah Ibu Anda. Lol..


37 comments

  1. LZ pun suka tonton movie light macam ni, jalan cerita tak berat sangat. Jadi kita tengok pun dengan santai..

    ReplyDelete
  2. barbara artis legend movie lakonannya ramai yg miat

    ReplyDelete
  3. citer2 ringan cmni kdg2 best lyan dengn mak, mak kenai la babra streisand nih, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..cite pasal mak-mak, memang sesuai tengok dengan mak

      Delete
  4. citer2 cemni tak pening kepala nak tengok xyah hadam teruk2.. hehe light je storyline pun santai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll. Akak suka layan citer2 camni sambil buat kerja.

      Delete
    2. nak lagi light layanlah cartoon hahaha.. kerja pun x jalan =P

      Delete
  5. minat gak lakonan barbara ni, artis lagend kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nanti nak tengok filem dia yang lain

      Delete
  6. Baru baca sinopsis dah gelak...mesti best cerita ni...dah dapat imagine ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar jugaklah..sebab komedi dia kita boleh relate.

      Delete
  7. kalau cik sal buat review biasanya saya terus google dan tgk.
    hahaha. ok esok tengok

    ReplyDelete
  8. Akak suka citer ni. Citer dia simple je tapi memang banyak benda yang nak disampaikan. Ada bahagian2 tu touching gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka part dia bawak mak dia g grand canyon. mak dia nampak hepi sangat

      Delete
  9. best citer ni..family drama + komedi...lorr, ingatkan nak satukan kembali dgn ayah dia...mmg terbaik anak mcm ni..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satukan dengan first love..macam kuch kuch ho ta hai gitu

      Delete
  10. tak tau kenapa i kurang suka tgk cerita kelakar. hubby kata i tak de perasaan. heeee

    ReplyDelete
  11. Macam best jugak ni...
    Akak tak suka sangat cerita yang heavy2..

    ReplyDelete
  12. tak "hurm... sebijik macam boifren aku!" ke cikSal.,hahar2 wak gurau2 je

    ReplyDelete
  13. Alahai... nak kena tengok jugaklah ni sebab ini reviews tak citer part ending.

    Mesti ketawa sensorang bial tengok citer ni kan?

    ReplyDelete
  14. aah,,,rindu dekat mak sudah :) boleh layan cite ni nanti hehe

    ReplyDelete
  15. Tanya kat mak hakak..... mmg diaorang tak kenal sapa dia ni Sal weyh.... zaman tu mana ada TV....Kadang kadang pelik org putih ni ye Sal... pencuci pun boleh jadi cerita

    ReplyDelete
  16. tgk movie ni smbl lepak dgn mak... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak lepak tengok bola ngan aku..haha

      Delete
  17. kalau cerita bab mak dengan anak nih mesti best dan menyentuh hati walaupun disampaikan dalam bentuk komedi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, kalau berkaitan family memang ada moment touching sikit

      Delete
  18. Itulah kasihnya mak. Anak walau dah tua mcm mana pun kdg2 di layan mcm budak2 juga.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah