Azam Ramadhan

Friday, 26 May 2017

Assalamualaikum semua! Ramadhan tiba lagi. Bulan yang ditunggu segenap lapisan umat Islam. Bulan menuai pahala dengan harapan akan mendapat keampunan-Nya. Bulan mulia yang maknanya lebih besar dari sekadar lapar dan dahaga.

Wah..ingat tahun baru je ke ada azam? Nak sambut Ramadhan pun kena ada azam tau. Yelah, bulan Puasa ni setahun sekali, so kenalah manfaatkan sepenuhnya. Tahun depan belum tentu jumpa. Soal umur ni bukan boleh dijangka, kan? So, apa salahnya pasang niat..kan dah dapat pahala.

Soalan cepu emas...kenapa kita kena puasa? Sebab nak menyelami penderitaan orang-orang susah? Sebab nak kuruskan badan? Sebab kalau tak pose tak boleh raya? Sebab nak melatih diri membentuk sifat sabar dan membersihkan hati? Hurm..jawapan paling tepat, senang je..Sebab Allah suruh. Bukan sebab Ayah suruh, Bini suruh atau Laki suruh. Perintah Allah kita kena la ikut tanpa banyak soal..ok?

Al-Baqarah Ayat 183

Phew...dah start entry dengan serius sekali, moh le kite rilek sikit.Kali ni aku nak share ngan korang azam Ramadhan aku.. Korang nak follow sekali pun boleh.

1. Nak banyakkan bangun malam
Bukan bangun sebab nak ke tandas atau sebab mengigau. Bukan jugak untuk tengok bola (Yang ni senang pulak kann!) Tapi bangun untuk buat solat sunat, walaupun sikit. Susah wooo, sebab walaupun setan takde dok bergayut kat kelopak mata, tapi kalau spesis suka tidur memang susah nak break this habit.So, marilah kita ambil kesempatan perbanyakkan Qiamulail di bulan yang mulia ni lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir, moga-moga dapat jumpa Lailatul-Qadr.

2.Nak prepare sendiri juadah berbuka on weekend
Masa untuk memantapkan skill memasak yang memang ke laut!!Kalau hari bekerja tak dapek, sampai rumah dah nak dekat Maghrib. Lagipun, kalau tinggal bertiga je ngan parents aku , diorang suka berbuka kat surau je. So, hujung minggu adalah waktu yang tepat untuk meringankan beban Mak. Ececeh

3. Perbanyakkan tadabbur Al-Quran
Tadabbur ni bukan takat baca kosong tanpa tahu makna. Juga bukan setakat baca al-Quran dengan tafsir. Tadabur ni baca, faham dan selami apa yang dinyatakan, supaya dapat praktikkan dalam kehidupan seharian. Wau...bunyi macam susah tapi harus diusahakan walau sekadar sehari 5,6 page je.Chaiyok!

4. Perbanyakkan sedekah
Sedekah di bulan puasa ni pahalanya berlipat kali ganda tau! So, janganlah kedekut sangat, duit bukan boleh bawak ke kubur. Esok kalau ditakdirkan takde anak soleh nak doakan kita lepas mati, pahala amal jariah tu juga yang jadi peneman.

5.Jaga mata, Jaga Lidah, Jaga Hati
Bab tahan lapar,tahan haus takdelah berat mana. Tapi bab tahan mata dari tengok benda tak senonoh, susah jugak..Tahan lidah dari mengumpat? Wau, sebagai wanita biasa yang lumrahnya suka bergosip, hok ni memang berat nanang!!!Kang kalau aku tak cakap, kawan aku yang cakap cmane?So, korang tolong jangan mengumpat depan aku ek...kalau aku yang intro dulu korang marah aku laju-laju! Jaga hati? Hati yang telah terluka ini, aku serahkan pada-Mu Allah untuk menjaganya ~Statement Poyo~

6.Tak mau seksi-seksa
Hak tuih, cicak kubing!Seksi apanya engko! *Yang ni aku No Komen!Hahaha!!*

7.Nak perbanyakkan doa
Antara doa yang dimakbulkan adalah doa orang yang berpuasa, sehinggalah dia berbuka. Bukan takat doa untuk diri sendiri je, tapi doa untuk keluarga, untuk kawan-kawan, untuk negara Malaysia yang makin hari makin entah apa-apa dan untuk umat Islam seluruh dunia

8.Tak nak jadikan puasa alasan untuk malas
Takde alasan untuk curi tulang okey! Pergh, ni kalau bos aku baca ni mesti dia bangga pastu tuntut janji. Hahaha. Tapi sebenarnya kalau takde kerja kau akan lagi malas. Aku lagi suka busy, nanti tau-tau dah nak balik je. Yay!!!

Hopefully dapat penuhi semua azam aku dan istiqamah untuk bulan-bulan seterusnya. Amin...Selamat Menyambut Ramadhan u olls!!Semoga kita semua beroleh keredhaan dan keampunan Allah. Jangan lupa niat puasa ye.

p/s : ini entry recycle yang diedit sikit. Bukan niat nak menipu, tapi memang sibuk tak sempat tulis entry baru. Maaplah ye.
Read More

Braces Journey Part 5 - 100 Days later

Sunday, 21 May 2017

Assalamualaikum semua! Lama tak story pasal braces. Masa mula-mula je rajin, lepas review je update, lama-lama dah malas. Kah kah. Sekarang ni, appointment pun kadang-kadang terlupa.

Lepas operate gigi bongsu belah kiri, seminggu kemudian aku gi bukak jahitan. Alhamdulillah, takde masalah makanan terselit or infection dekat bekas operate. The best part, no more wisdom tooth surgery after this. Lompat bintang!!! Alang-alang dah sampai, buat lagi prosedur sama. Tukar wayar, ketatkan powerchain. Tapi kali ni instead of powerchain jenis getah yang clear tu, aku dapat powerchain jenis besi. Say what?

Mula-mula pasang atas bawah. Masa awal-awal rasa tak selesa nak makan dan senyum. Sebulan kemudian, gi check up lagi, Dr. K tak puas hati sebab bawah je bergerak, atas belum lagi. So, kali ni dia bagi yang lagi ketat dan lagi tebal. Mampus! Tapi bawah tak pasang pulak. Ah..sukatilah doc! Somehow, kali ni aku OK plak boleh makan nasi, tak payah mengada masak bubur bagai. Dah biasa kot.

Day 100

Gigi aku dah mula jarang. See..itulah fungsi cabut gigi before pakai braces. Ada ruang untuk menolak ke belakang. Belek-belek kat cermin, nampaklah gigi atas dah bergerak dalam 0.5mm. Takpe Sal, sabar..

Nanti aku update lagi.
Read More

A night in Dotonbori - Part 9 - Kansai Trip

Monday, 15 May 2017

Assalamualaikum semua! Seperti yang aku cerita dalam entry INI, waktu aku balik, ada nampak beberapa ketul 'entiti' dalam subway. Lagi pelik, bila turun di stesen Namba, makin ramai yang muncul. Macam-macam rupa. Ni antaranya..



Masa ni memang rasa teruja. Rupanya betul apa yang aku pernah baca, anak-anak muda Jepun gemar memakai kostum dan turun ke bandar setiap malam minggu. Dah memang budaya diorang. Aku tak taulah kat negara lain ada ke tidak, tapi setau aku kat Kolumpo takde. Haha..Jepun memang unik dan 'gila'!

Kitorang dah penat sangat time tu, tapi pada masa yang sama, teringin nak cari area 'Glico Running Man' yang katanya mercu tanda Dotonbori. So, on the way balik, one of us suggest instead of terus belok kiri untuk ke rumah, kitorang belok ke kanan sebab nampak area tu macam meriah gila. Lagipun kat situ banyak 'entiti-entiti' berkumpul. Andaian aku, Glico mesti ada kat situ. Orang yang kenal aku, tahu betapa bencinya aku dengan tempat crowded, tapi since ni tempat orang, aku macam berminat pulak nak tahu apa ada kat situ. So, marilah kita gi tengok.

Clown vs Naruto?

Diorang ni suka pakai kostum secara berkumpulan. Contohnya group ni pakai kostum shark, pastu jalan sekali berderet macam ni. Memang comel.


Jack Sparrow dok asah parang. By the way, nampak awek pakai skirt pendek tu? Jangan terpedaya, time ni sebenarnya sangat-sangat sejuk.

Diorang ni sebenarnya sangat sporting, so boleh je nak ajak bergambar sekali

Aku pun tak tau ni watak apa..tapi yang rambut blonde tu comel. Haha

Entahlah dalam tu pompuan ke lelaki...Haha. Gigih kau ke hulu ke hilir pakai kostum tu.

'Restoran Ketam' yang famous

Inilah dia..the famous Glico! Tak jumpa benda ni kira tak sampai Osaka lah.

Sini memang tempat orang lepak

Dotonbori sememangnya meriah di malam hari. Ada macam-macam orang boleh jumpa. Nasib baik pergi dengan kawan-kawan yang baik dan reti nak balik rumah. Kalau pergi dengan kawan yang nakal, mau hilang pedoman sampai Subuh. Aku serius ni.

OKlah, nanti sambung story.

Read More