Thursday, 21 July 2016

Siri Berlagak Dengan Pembaca

Assalamualaikum dan hai semua! Bertemu kita lagi dalam siri berlagak dengan pembaca blog. Berlagak apa? Berlagak sebab dapat kad raya lah. Muahahaha.

Alhamdulillah, raya kali ni banyak jugak kad raya aku dapat. Siapa sangka, rezeki blogging, dapat jugak merasa dapat kad raya macam zaman bercinta, eh tak, zaman kanak-kanak dan remaja dedolu. Antara rakan blogger baik hati yang sudi mengirim kad raya kepada aku adalah :

1.FarrahMF


Tengok pun dah tau kan, siapa yang rajin bab-bab buat kad sendiri ni. Tak main la beli kad kat kedai. Tu korang, noob. Samalah aku gak. Kad ni dari pemilik blog FAMF Tower. Dia ni memang kreatif bab kraf dan masak-memasak. Tip top meletup. Tangan yang memegang sudip, juga mampu memetik gitar. Bila kita nak berkolaborasi buat busking ni kak? Dah standby nak nyanyi. Hehe, jangan marah kak Farrah. Thanks for the lovely thought!

2. Deanna Morni

Lama tak dengar khabar akak sorang ni. Sibuk agaknya. Almaklumlah, selalu outstation. Suka baca pengalaman dia explore tempat baru dan shopping-shopping Malaysia. Tapi tulah, dalam sibuk-sibuk pun tak lupa hantar kad raya. Terharunya. Ni link blog kak DM buat yang nak berkenalan : Kameq Deanna

3. Qaseh Vee

Sis Vee ni diam-diam je hantar kad. Aku pun lupa yang aku ada bagi alamat kat dia. Siap bagi FM 'Floria Putrajaya', tapi dah selamat naik fridge. Tahulah aku ni gila FM. Sis Vee ni antara yang terawal aku kenal dalam dunia blogging. Yang ni pun hebat di dapur jugak. Mak Usu kesayangan ramai.

4. Scdha Sein

Bohonglah korang tak kenal Scdha Sein. Famous kot Ah Kak ni. Merata dah dia berjalan. Sesiapa yang suka baca blog travel yang tak serius tapi very informative, bolehla singgah blog SS.

5. Yana Yani

Ah..kalau perati betul-betul, sedikit cacat kad pemberian Yana Yani. Tahu tak, aku letak stiker kereta baru dapat sekali dengan kad raya ni sebab takut hilang. Sekali amik kau, dengan stiker kereta aku jadi cacat sekali sebab melekat. Bijak kau ni.. Nasib baik still valid. Adehhh..Thanks kak YY! Tak pernah lupa menyeru kita semua agar sentiasa ingat kepada saudara seagama yang lain.

Ermmm..lima je pun kad raya kau dapat, Sal, nak berlagak apa! Eh..ada lagi hokay, aku je lupa aku letak mana! Nanti dah jumpa aku update la entry ni.

Thanks for reading, lovelies!!! Citer raya? Gi cari kat blog lain. Bye...

69 comments:

  1. x yah nak berlagak sgtlah! hahaah

    ReplyDelete
  2. titew dpt lagi byk dari awak tau ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseh..ni yang jeles nih..cis!

      Delete
    2. Orang tu rerupis, Sal...mana nak sama dengan kita nih ;)

      Delete
  3. kad raya dari Farrah MF tu..titew pun dapat

    ReplyDelete
  4. kad raya dari DM pun kita dpt ;p

    ReplyDelete
  5. yes..dari sis Vee pun titiew dapat..beserta FM tau..saje nk kasi Sal jeles hehehe

    ReplyDelete
  6. sape x kenal SS mmg nk kena ketuk ;p..kalau x kenal JM x pe sbb dia mmg dah x pemes skrg ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah x femes katanya...
      * dodol tersekat tekak nak muntah

      Delete
    2. kalau orang atas tersekat dodol, kite tersekat biskut raye...

      Delete
    3. ye ker tak pemes..bukan ke nama ngan blog dah sampai Korea?

      Delete
  7. dari Yana Yani..ni pun titiew dapat gak ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai ye...alhamdulillah
      kita pun dapat juga dari JM
      siap ada duit raya lagi. mekacih ye =)

      Delete
  8. terima kasih tau SAl kasi titew kad raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..harap kak JM suka

      Delete
    2. Akak pun terima kad+ole2 drpd Sal. Thanks ye, Sal Niguez :)

      Delete
    3. haha..comel je panggil ngan nama twitter.

      Delete
  9. JM!! ko komen ke ko main ni! adehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni balas dendam ke? He he he

      Delete
    2. dah berapa bulan tak datang komen..ni bawak bom

      Delete
  10. SS dapat kad raya lg special! Siap dgn FM melben... Kawww hadooo??? Kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takat FM Melben tu, melambak kat rumah..haha

      Delete
  11. Zaman sekarang ni 5 kad tu kora byk woo
    Sy sekeping pun takda..dh berapa tahun dah tak terima kad raya.Almaklum la blogger sejuk..ciksal lain la pemes amos.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah, PK dapat baby raya..lagi best

      Delete
  12. wah..byknya..nih yg jeles nih..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay..memang tu pun tujuan entry ni, nak buat korang jeles...

      Delete
  13. wah ! tak terkirenye duit raya.. eh !

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. zaman bercinta kad raya ada lagu

      Delete
  15. terlupa pulak...khairuddinlim@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak alamat ke? wah, mesti nak bagi souvenir *perasan*. OK nanti sy email

      Delete
  16. Tengok tajuk baca perkataan 'berlagak' tu akak ada nebes sikit ;)

    ReplyDelete
  17. akak dapat juga dari semua pengirim di atas kecuali SS tu
    sebab belum pernag beramah mesra dengan dia...haha

    ko tak cerita, akak pun tak perasan kad tu cacat..haha
    zaman sekarang dapat 5 pun kira banyak sal oi
    mau ada yang jealous sebab diorang sekeping pun tak dapat...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh lupa, akak pun ada dapat kad kamu sal
      ada FM lagi...mekacih ye
      muah ciked =)

      Delete
    2. kalau ngan SS bukan takat ramah mesra, ramas mesra pun boleh..

      Delete
  18. membaca komen balas anda juga...hihihi

    ReplyDelete
  19. wahh bnyk jugak sal dpt kat raya..

    ReplyDelete
  20. sekarang org dah mls nak bagi kat raya,wassap & gajet lg laju hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang rasa terharu ada yang sanggup bagi.

      Delete
  21. berlagak lah dia dapat kad raya.. haha.. Lama xsinggah sini, sihat ka tuan tanah.. selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat sayang..akak nak antar kad raya kat awak tapi takut dah tukar alamat.

      Delete
  22. Wah, Sal! Banyak tu 5 keping! Bukan senang zaman sekarang ni nak dapat satu kad raya tau. Kalau dapat satu pun dah berlagak macam dapat seguni!

    Eh, cerita raya takda ek?

    Akak ingat akak sorang aje yang tak up cerita raya (lagi)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang saya ada blog memang tak pernah up cerita raya kak MD..haha

      Delete
  23. blogwalking..belum ada entry terbaru ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat memang nak update sekali sehari..niat jelah..hehe

      Delete
  24. Akak dpt dua je kad Sal sikit naw kan

    ReplyDelete
  25. Wahhhhh femes nampak Raya tahun ni..... sampai 5 ketul kad Raya dapat....mak seketul je pun dah terasa mcm diva sangat hahaha

    ReplyDelete
  26. ko nyer kad raya mana? asik janji nk kasi tp x smpi2 pn hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamat ko aku lupa letak mana..haha

      Delete
  27. Alhamdulillah , sampai dah ... Bila jengah time dah habis raya ni mcm pelik je ... Heheheee ...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com