Tuesday, 26 July 2016

Krabi Part 4

Assalamualaikum semua! Adoila, mereput cerita Krabi ni ha. Jom sambung!

Setelah Elephant Trekking , kami dibawa ke Hot Stream Waterfall atau dalam bahasa tempatan- Namtok Ron Khlong Thom. Tu dia... Jauh jugak dari town, dalam 50 kilometer. Ada gak yang naik motor ke sini, kalau tak nak ambil travel agent. Macam kitorang, dah amik travel agent, kenalah ikut group dan tour guide.


Dah sampai sini, apa lagi mau bikin, mandi lah. Tapi aku boleh plak tak bawak baju spare. Bijak kan? So, celup-celup kaki je. Lagipun, kat sini ada signboard, dinasihatkan tak payah lama-lama sangat berendam. Maksimum 20 minit je. Tak tahulah sebab tak elok dari segi kesihatan ke, ataupun pihak waterfall tak nak orang ramai buat tempat tu macam jakuzi sendiri.

Banyak je gambar selfie kitorang, tapi ni je yang paling proper ..haha

So, aku rekemen ke tidak tempat ni? Bagi aku, biasa je. Kat Malaysia pun banyak kolam air panas kan. Kalau ada niat nak rendam badan tu bawaklah baju spare. Ada toilet untuk salin baju. Tahap kebersihan tandas tu so-so ajelah. Jangan high expectation sangat.

Dalam sejam kat sini, kami dibawa ke area Emerald Pool pulak. Nak ke sana kami naik van tadi. Short journey je. Kat dalam ni tak dibenarkan bawak masuk makanan melainkan air mineral.

Tour guide memberi penerangan.

Kawan-kawan aku suggest ke Blue Pool dulu. Nanti dari tempat jauh, kita pergi yang dekat. 

Korang kalau nak menjejak Blue Pool ni, pakailah kasut sukan ye. Sebab penat berjalan. Kalau pakai selipar biasa je mau melecet kaki.

Memula elok je lalu dalam hutan, tapi bila dah keluar tu, panaih lit lit weiiiih. Bawakla topi ngan spek mata hitam korang tu

Katanya 0.8 km je, tapi maybe sebab naik bukit, rasa macam 8 km! Jalan punya jalan ingat dah terlepas, tapi rupanya tak sampai lagi. Korang jangan risau, Blue Pool ni memang senang cari. At the end of a storm, eh tak, at the end of the path akan nampak kolam yang kaler biru macam swimming pool! 

Tidak dibenarkan berenang ye. Korang jangan gi cari pasal pulak.

Sedikit info tentang  Spring Pool. Local panggil Sa Nam Phut. Digelar Blue Pool mungkin sebab kaler dia biru, bukan sebab ada awek pakai macam dalam filem blue sampai aku terpaksa censored gambar atas ni. Siot, time amik tak perasan. Kalau aku ni jantan, dah macam pervert pulak.

Macamana warna biru tu terhasil aku tak sempat kaji. Maaf ye. Haha.

Sempat buat kawan baru. Sebab hari tu tak mintak izin nak up muka diorang so aku taruk la stiker.

Dari Blue Pool, kami patah balik ke Emerald Pool. Blue Pool ni takde apa nak buat. Tangkap gambar jelah. Nak mandi tak boleh.


Ramai manusia, cuba cari aku kat mana?





Cari sampai esok pun tak jumpa. Sebab aku yang tangkap gambar ni. Hahaha, kelakar betul aku ni.




Emerald Pool ni boleh bermandi-manda. Best, macam swimming pool! Aku pun turunlah bersiram walaupun tak bawak baju spare. Tak tahan godaan. Gambar mandi-manda tak ada. Hihi.

Lepas beberapa ketika barulah kitorang sedar yang kitorang dah lambat for lunch. Apalagi, menggelupur patah balik ke pintu masuk. Lunch dah disediakan, tapi kena makan cepat. Sebab nak kejar masa. Time tu memang biar baju kering sendiri je kat badan. On the way ke pintu masuk tadi pun dah kena panas.

Pas makan, kami pun diperambat naik van sebab nak ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Nanti aku sambung. Sorry lah entry ni cam malas je sebab aku memang ikut je tour guide. Memang blank. Research pun tak buat.

Part 1
Part 2
Part 3

Jumpa next entry!

68 comments:

  1. ok komen pertama ka ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar la, Arz! Tak nak cuba komen pertama kat entri akak ke?

      Delete
    2. kalau blog kak Farrah tak mustahil dapat hadiah..hihi

      Delete
    3. hahaha saja buat propa macam ahkak SS di blog sis JM

      Delete
    4. Dapat hadiah tak? jap nak tanya Sal hehehe

      Delete
    5. kak farah pm jap waktu nak publish entri...nanti saya singgah hahaha

      Delete
    6. kalau singgah kena bawak buah tangan, bukan bom tangan tau

      Delete
  2. emerald pool krabi...dah pernah sampai....tapi dalam mimpi....

    menarik juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lombong guar petai tu cantik lagi kot..hehe. #cuticutimalaysia

      Delete
    2. hahah kita cuti dalam malaysia jela....bila nak nak pi krabi ni...

      Delete
    3. tunggu cik puteri besar sikit..krabi ni kira destinasi bajet jugak

      Delete
  3. Sakit aje hati, puas akak betulkan spek nak cari Sal kat mana tau!

    Blue pool tu sayangnya tak boleh mandi. Kalau tidak, bestnya alahai pakai swimsuits biru dalam kolam biru gitu ^_^

    Alah! Nape pi censored? Akak nak tengoklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, swimsuit biru! biru mata hitamku

      Delete
    2. tak patut censored ramai nak tengok hahaha

      Delete
    3. haha..ngkorang memang.nanti kena block skmm plak

      Delete
  4. klakar la sal ni,baru nak teka sal yg pki 2pieaces tu
    wa waaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..jangan wei. muntah darah orang Krabi jap lagi.

      Delete
  5. awat tak cerita abis pasal blue pool tu,baru nak tanya semulajadi ke atau dijadi2 blue..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..time sampai blue pool tu dah penat, tak kose nak baca signboard ke apa ke..

      Delete
  6. peergh Kak Sal !! cantiknyaaaa tempat ni.. memang kalo tengok orang p Krabi mesti pegi pool2 ni.. i is kenot stand la.. nak terjun lompat gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tak mampu mengawal nafsu ku yang sembilan ini

      Delete
    2. kah kah..kang sym terjun kolam ikan plak

      Delete
  7. hehehe tewas juga akhirnyaaa ya.. kalo da gitu punya cantik memang susah nak tepis godaaan..

    btw.. mineral content ke contest eh ? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..dahla air dia suam-suam gitu..

      Delete
    2. rasa kaki orang je air tu nanti

      Delete
  8. sebab ada mineral2 tu kot diorang x kasi lelama.. kalo kat hotspring kita pun ada kolam yang too hot mmg banyak sulphur (if im not mistaken) so not good..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I also don't know..dulu belajar fizik tak belajar kimia..hehe

      Delete
    2. Akak lagilah tak tau apa. Subjek2 sains tak amik,..pegang berus lukis kolam adalah ;)

      Delete
    3. tu kena tanya cikgu biologi

      Delete
  9. alaaaa Kak Sal.. yang censor tu laaa mahai awat tutup =P ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kak sal kau dah banyak dosa, tak nak tambah lagi

      Delete
  10. Cantiknya air tu Sal.....hijauuu....
    Sajakan nak suruh cari ko. Ko tu dahlah kecik, shomel masuk dlm air pulak tu...mmg tak dapeklah den nak teka weyh...

    Sebenarnya mak kurang suka gi tempat tempat gini bukan pasal apa tp pasal susah nak salin baju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mak..taulah kalau ramai orang, memang toilet dia horror sikitlah

      Delete
  11. kenapa air biru tu tak leh mandi?

    err saya salah baca ke?

    dah ulang baca 2 kali ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kolam biru memang tak boleh mandi.tak tau kenapa..rushing hari tu so tak sempat baca. kolam hijau (emerald) boleh.

      Delete
  12. Jom g kolam air panas poring jom

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pernah g..hihi.ce ajak dee, dia dari dulu teringin nak g Kundasang

      Delete
  13. X bawak baju spare tu segaja kannn kannn? Ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sebab tak buat research langsung.tak tau pun apa plan hari tu.

      Delete
  14. Teknik pegi tempat jauh dulu baru yg dekat tu bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..dapat pujian dari traveller otai. I'm flattered

      Delete
    2. tips yang bagus ni...tapi saya bercuti kat tempat dekat dulu...jauh belum lagi hehehe

      Delete
    3. mana-mana pun ok.janji g bercuti

      Delete
  15. Alaaaa apsal sorok gambar mandi lak! Tayang laaaaa... Nak tengok seksi ke x... Ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nampak tak ulat bulu dah naik daun? ;)
      SS, ini gurau... Ini gurau!

      Delete
    2. amboi, gurau pun kena ada disclaimer ke sekarang?haha

      Delete
  16. Wahhh.. bestnya pegi krabi.. wife dah mula ajak ke sana nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah..Krabi agak berpatutan.makan pun senang cari

      Delete
  17. Sejuk mata dan hati tengok air cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. model cantik tak?hahaha..poyo giler soalan

      Delete
  18. kalu air dr pool tu ko bw blk mesia, boleh tkr x warna biru tu? hahahahahah

    ReplyDelete
  19. Biasanya kalau Mandi kat tpt mcm tu Dan air terjun , Baju memang Cepat kering ...

    ReplyDelete
  20. cantiknya blue pool tu.. nasib baik akak cakap tak leh mandi.. mana tau, ada rezeki sampai sana, terus terjun... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..jangan cari pasal.kena tangkap polis karang

      Delete
  21. Emerald pool pun cantik.. ala ! baru nak teka akak yang pakai towel kat tepi tu.. hak2.. *larikkkk*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah..nasib baik teka yang pakai towel..kalau pakai bikini, punah..haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com