Melbourne Part 14 - State Library Victoria

Saturday 18 June 2016

Assalamualaikum semua! Jom sambung cerita Melbourne.

Selepas bercanda di pasiran pantai, aku dan Siti kembali ke city Melbourne menaiki train. Berhenti di Flinder's Street Station, stesen kami datang pada paginya. Kitorang decide untuk jalan-jalan je tengok-tengok bandar dengan berjalan kaki.

View biasa kalau nampak orang buat demonstration macam ni.

 LIntas jalan, nampak kedai kebab ni so singgah lah. Time sejuk cepat lapar

Lalu depan Gym. Suka design yang klasik ni.
Tengok pemandangan tepi sungai Yarra

Penat berjalan, kitorang naik tram City Circle. Tram ni free, tapi kena check jadual

Ramai juga naik tram ni. Atenya dah percuma

Sebenarnya selama aku ngan Siti kat  Melbourne, kerap sangat lalu-lalang depan this particular building. Memang bangunan-bangunan di Melbourne terkenal dengan ciri-ciri klasik ala zaman kolonial British. Kalau compare dengan Gold Coast dan Sydney, memang senibina di Melbourne lebih kaya dengan sejarah.

Inilah bangunan dia, State Library Victoria! Pelik doh, gi negara orang cari perpustakaan?

See, memang senang nak cari! Tram berhenti betul-betul depan library. Aku lupa la nama stesen dia, sorry. almaklumlah aku ngan Siti kan  pusing-pusing naik tram. Nampak je library ni terus kalut turun. As always, korang gunalah journey planner ni

Makan dulu!

Depa pun nak sikit.

Salam Perantau sangat kan gambar ni! Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat keluarga di Malaysia..

Dah makan, Siti ajak masuk dalam. State Library Victoria ni memang open untuk everyone! Masa nak masuk tu, kami just diminta daftar nama. Beg pun boleh bawak dan diorang tak check. Tangkap gambar dibenarkan, tapi jangan buat bising dan jangan tangkap gambar orang lain pulak. Sendiri takpe.

La Trobe Reading Room. Maaflah gelap. Cerita sedih, aku ada tangkap gambar kat library ni pakai HP aku sebab bateri kamera habis, tapi sayang memory card corrupt. Sob sob.

Propa dan aku, berpisah tiada. Interior library ni memang mengagumkan. Seumur hidup aku tak pernah sangka akan jejak perpustakaan luar negara. Perpustakaan kat Malaysia pun tak berapa nak jejak, melainkan tempat aku kerja. Hahaha. Tu pun tak secantik ini.

<a href="https://www.tripadvisor.com.au/LocationPhotoDirectLink-g255100-d1574223-i168948989-State_Library_of_Victoria-Melbourne_Victoria.html#168948989"><img alt="" src="https://media-cdn.tripadvisor.com/media/photo-s/0a/11/f4/fd/state-library-of-victoria.jpg"/></a><br/>This photo of State Library of Victoria is courtesy of TripAdvisor
source : tripadvisor.com. I owe no credit for this picture

http://www.thatsmelbourne.com.au/Placestogo/MuseumsandLibraries/Libraries/Pages/4459.aspx
source : thatsmelbourne.com.au. I owe no credit for this picture


Sebenarnya banyak je monumen-monumen cantik macam ni kat Melbourne. Kalau korang minat sejarah, minat classic architecture, suka tangkap gambar ala vintage gitu, memang wajib cari. Antaranya Melbourne Parliament House, Old Gaol , Shrine of Remembrance, even Melbourne University tempat RZ belajar tu pun cantik. Bagi aku dan Siti, Library ni pun dah cukup. Lainlah kalau duduk lama kat sini, bolehla tengok semua.

Pas feeling-feeling student oversea, ke mana pulak kami? Nanti aku sambung lain entry ye.

Part 13
Part 12.4
Part 12.3
Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9

62 comments

  1. Ha ha ha... i naik sampai puncak library... sbb nk ambik gambo meja kt tengah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami bukan locals so kami tatau ada puncak library hehehe..
      habislaaa kena kecam =P

      Delete
    2. locals lainlah, bumbung library pun sampai..haha

      -membuli Huda di bulan puasa-

      Delete
  2. Pastu masa I g ada dard vedar... n tentera putih star wars tu... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib tak minat Star Wars lalalala..

      Delete
    2. Darth Vader..
      tentera putih tu Storm trooper

      May the force be with you..haha

      Delete
  3. wahh best nya.. mummy cukup suka building lama2 mcm ni.. cantekk sgt!

    ReplyDelete
  4. Mummy suka pi library tapi sejak ada hero2 ni.. dah tak
    boleh sbb library takde komik.. :((

    ReplyDelete
  5. Syookkknya picnic depan library.. kat malaysia leh buat mcm ni tak? hahahhaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ce mummy buat..tengok ada pak guard marah tak

      Delete
    2. kita ni kat Malaysia serba xleh.. tapi kalo boleh pun doubt rumput tu bersih ke idak.. ehhee..

      Delete
  6. hahhahahaa.. Salam perantaulahh sgt! :p

    ReplyDelete
  7. bangunan klasik di melbourne nampakcantik menarik...salam perantau travel bln ramadan oklah tu sal...

    ReplyDelete
  8. Awai nya ucap salam hariraya Sal hehe
    Raya kat Melbourne ke Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah kak Nor..dah berkurun saya balik ke Malaysia ni ha..entry je tak habis-habis taip.haha

      Delete
    2. patutnyaaa raya haji sana tapi orang tu nak balik Malaysia tanah airku katanyaaa =P

      Delete
    3. Hihi..kat Melbourne tak boleh bakar lemang

      Delete
  9. seronok tak puasa di perantauan ? *ehhh*

    ReplyDelete
  10. suka bangunan yang bercirikan macam tu... terpegun sat

    ReplyDelete
  11. naik tram, nampak bangunan cantik, rasa nak terjun tram.. hik2

    btw, dalam tram tu ada bau bauan dak ? hik2

    ReplyDelete
  12. demotration klu kat mlysia dah kena msuk lokap dah, lex je depa kan sana kan..

    ReplyDelete
  13. diorang kat sana mmg suka membaca,kat mn2 pun membaca.diorang lepak kat padang pun membaca, klu org kita mengadap gajet jela
    hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang ngadap gajet gak.. jalan tu sambil pgg hp gak..
      lagi2 yang muda.. sama je kot kalo yang tu..

      Delete
    2. betul..tapi anak-anak kecik tak pulak..

      Delete
  14. ye ke tgh bc tu? acu tgk sket disblk buku tu? kot2 majalah mangga hahahahahahahhahaha

    ReplyDelete
  15. Memang sungguh cantik kutubkhanah tu :)
    Bagus ye diorang bagi ambik gambo bagai,..

    ReplyDelete
  16. yaaaa rabbi muka ceq seketol nak melahap kebab =O

    ReplyDelete
  17. camooon Kak Sal.. chaiyok2.. nak abes dah ni ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi nak dekat habis lagi malas..haha

      Delete
    2. betoi gak tu.. CT skrang tngh draft entry budget ehehe..

      Delete
    3. yay..boleh bagi link je pasni..haha

      Delete
  18. semua org ke Melbourne mesti masuk library tu kan..pe tak nya..CANTIK!!! pastu acah2 student sana ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tak ramai kot orang tau library tu boleh masuk. tu yang share sini. kak JM kalau sampai Melbourne, singgahlah

      Delete
  19. siti n Sal boleh la nampak cam student..kalau sis JM masuk library tu nampak cam lecturer tak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak JM kecik comel..boleh je mengaku student

      Delete
    2. Asalkan bukan cleaner... he he he...

      Delete
    3. cleaner pun gaji besor..hehe

      Delete
  20. Wah..salam dari perantauan katanya..kira x balik raya lah eh tahun ni ;p

    ReplyDelete
  21. bersihnya negara orang . verangan jap sis ada di sana ... hehehee...

    ReplyDelete
  22. Wahhh.. Bestnya dah pergi Aussie. Jeles sekejap. Haha.

    ReplyDelete
  23. Dalam tram tu nampak macam hensem-hensem je pakwe disana. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai hensem..kalau boleh bawak balik sorang dua, lama dah tapau..hehe

      Delete
  24. Pengaruh karoeke banyak sangat cik sal munge nih... Bercanda dipasiran pantai lagunyaaa... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah..gitulah, hantu karaoke..banyak sangat lirik lagu dia ingat

      Delete
  25. kalu pi ostolia... kebab merata kan... tu je laa makanan yang tak diragui... cuma yg tak best... kadang ada jual arak sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat arak tu kita buat2 tak nampak je..kalau tak kang lapo plak

      Delete
  26. Library yang dalam Running Man tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu yang kak CT beria nak masuk..hehe

      Delete
  27. Ucapan selamat hari raya dari perantauan tu yang tak menahan propanya!

    Kiranya baguslah you all berdua ni mencari library di obersi. Nasib baik senibinanya klasik, kalau tidak rasanya takda juga library ni dalam gambar ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau senibina macam library opis saya ni memang takdelah nak pergi..haha

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah