Wednesday, 15 June 2016

Krabi Part 3

Assalamualaikum semua! Hari ni aku nak sambung cerita Krabi sebab sukati aku lah kan. Hahaha. Hari kedua di Krabi, we olls pergi mana? Ada yang teka gi pantai, tapi dukacitacitatasakitnyatuhdisini aku maklumkan yang jawapan kalian tu salah. Ikutkan plan asal, memang nak gi masuk air hari pertama. Tapi pihak tour yang kitorang book ni advise kitorang gi pulau-pulau on the next day. Yelah, takut mabuk laut katanya. Nanti terus takde mood nak join aktiviti lain. Kitorang pun iyekan jelah. Kang kalau buat-buat eksyen, pastu tetiba jadi apa-apa, padanlah muka.

You olls kalau ke Krabi, boleh booking pakej-pakej ni awal-awal, book online dari Malaysia, takpun cari once dah sampai kat sana. Travel agency bersepah-sepah sepanjang jalan. Pilih jelah trip apa korang nak. Booking on the spot bayar cash je. The best part, boleh tawar-menawar.

Kalau gi bercuti ngan kawan aku, si ND, memang tak payah risau. Dia jenis suka standby awal-awal. Aku pun ikutkan jelah pakej dia book dari tanah air lagi. Tanah air, Sal? Seriously..

Selamat Pagi Batu Caves! Eh, silap, Krabi!

Apa-apa hal pun, pagi tu mestilah sarapan dulu. Pihak tour tak sediakan breakfast. Kitorang gi makan kat gerai berhampiran hotel. Kat Krabi ni, sarapan dia macam orang Melayu Malaysia jugak. Aku makan nasi lemak ayam ngan air Koko. Green tea pun sedap gak tau. Gambar makanan takde. Tak kuasalah aku takat gi makan nak ngusung kamera.

Antara barang yang kerap orang beli kat Krabi ni adalah 'drybag' atau bahasa mudahnya, beg kalis air. Sebab murah dan banyak choice. Boleh dikatakan sepanjang jalan ada orang jual. Macam aku, sampai hari tu terus grab satu, yang 5 liter. Harga dalam 250 Baht. So, dah beli haruslah melaram sebab aku tak bawak beg lain. Takkan nak bawak beg silang, tak adventure la u olls..Propa itu penting.

Pas makan, naik bilik amik beg baru kaler Oranje (aku nak pink tapi dah habis) dan turun ke bawah tunggu tour guide datang amik. Kitorang naik van. Ada je tourist lain. Ada a few Malaysians sekali. Yang lain tu aku tak ingat dari mana. Sumpah teruk wei, memori!

Aktiviti pertama kami adalah elephant trekking. Naik gajah. Memula aku ingat nak naik bertiga, tapi tetiba mamat Thailand tu suruh aku naik sekor gajah kecik. Sedih aku kejap sebab terasing dari kawan-kawan aku.

Oh, lupa mention. Aku gi holiday ngan diorang ni. So, tembakan rambang korang semua salah. Segala nama blogger korang teka ye.

Propa je aku, mana ada sedih terpisah sekejap coz pusing-pusing kat situ je. Gambar aku dan Encik Gajah? Entahlah mana aku letak. Dah settle berjalan-jalan bersama gajah, kitorang dipanggil berkumpul bawah satu pondok ni.

Ada show

Gajah Duduk, takde kena-mengena ngan kain pelekat

Gajah Berdiri, takde kena-mengena ngan Skuad Tok Gajah

Aku yang kurus pun tak pandai main hoola hoop. Powerla kau ni!

Sesi beramah mesra. Nak sain! Nak sain!

Aktiviti ni aku rasa berbaloi la jugak kalau korang tak pernah naik gajah or tak pernah langsung tengok gajah. Lepas tengok gajah, ke mana pulak kita..Tengok harimau? Tengok pondan Siam? Tengok Muay Thai? Ke tengok Charyl Chapuis?

Nanti kita sembang lagi ye. Bye u olls!

57 comments:

  1. MENARIKNYA AKSI GAJAH KRABI DGN KEPSYEN SAL YG LUCU HEH..HEH..

    ReplyDelete
  2. mana beh orange kempunan pink tu.. ngeh2...

    ReplyDelete
  3. Statement gajah duduk tu paling win :)

    ReplyDelete
  4. Napelah comel sangat gajah tu. Buat boipren boleh? ;)

    ReplyDelete
  5. Pi Krabi looks like Batu Cave... Macam buy bonia looks like prada gitew... Keh keh keh...

    ReplyDelete
  6. Mana gambo bag kalis bunyi tu? Ehhh... Kalis air... He he he

    ReplyDelete
  7. Gajah kangkang x de ke cik sal? Ahaksss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..kalau ada pun kurang sopan nak update di blog

      Delete
    2. hahahhahaa .. ada ker gajah kangkang., sungguh kurang sopan bunyinya.. keh keh keh :p

      Delete
    3. Gajah duduk ... ha ha ha... kat kain palekat cukup

      Delete
  8. aloloo comei ye gajah duduk tu..kalu jinak mcm kucing blh bela sekor
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak larat nak bawak naik flight

      Delete
  9. Yalah nak pergi Bt Caves pun kena standby plan awal-awal takut jem, inikan pulak nak pergi Krabikan. Mana gambar comel dengan bag Oranje tu? Lupa letak mana ke?

    Sorrylah, Sal. Akak tergelak pulak bila Sal dapat gajah kecil. Itulah comel sangat orangnya, gajah pun comel jugalah. Tapikan kalau akak nak naik gajah, akak pun nak gajah kecillah. Gajah besar akak takut ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gajah kecik ke besar ke, sama gak takutnya..gajah kecik mudah temper, taulah bebudak.yang saya naik tu sukati je tak nak ikut laluan gajah-gajah lain.

      Delete
  10. hamboiii buli gajah ea.. babab dia tu.. hahhaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak buli ek, takat 40 kilo naik belakang, gajah tu geli-geli je

      Delete
  11. Gajah duduk macam cap dalam kain pelekat.

    ReplyDelete
  12. Hahahahha Gajah duduk je ker? gajah meniarap ada tak? keh keh keh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kang kena angkat pulak nak bangun balik

      Delete
  13. Kim salam kt ahkak baju merah...

    Kih kih kih...

    Dee ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye..Dee lah orang yang arrange semua ni.

      Delete
  14. Ala kalo tau dry bag murah... harus daku kirim kn... hihihi

    ReplyDelete
  15. tak de lak gambar dia naik gajah ... hah , pi cari . nak tgk tau ... heheeee

    ReplyDelete
  16. oit... awat ko up entry ni??? tau laa ko ni 'BANGSA J' hahahahahah

    ReplyDelete
  17. alaaaa mana gambar akak dengan gajah ? akak memang gambar2 penting sorok eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. not really..akak up je gambar mana yang ada. gambar penting mana boleh sorok.

      Delete
  18. CT pun rasa berbaloi.. da pegi Thailand kenala naik gajah.. ehehe..

    ReplyDelete
  19. jap melbourne jap Krabi..ahakss..x kisah Sal mana2 pun lelama habis entri tu jgn jadi cam sis JM..x gerak2 entri Bangkok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak JM memang! gajah bunting pun dah beranak tunggu citer habis..haha

      Delete
  20. Tanah air? kah kah kah..sastera bafak!!!

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. eleh..macam la kak JM tak pernah naik

      Delete
  22. Replies
    1. tak nyanyi, kalau tak dia menari gak

      Delete
  23. gajah duduk tu comel....ambik gambar pastu lekat kat kain pelekat..cop gajah duduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis tu gajah yang lama tu nak pindah mana..

      Delete
  24. kalau mak gajah yg duduk..sah tak leh nk bangun

    ReplyDelete
    Replies
    1. gajah naik minyak nanti..terus harga minyak naik. eh..

      Delete
  25. charyl chapuis tu bukan ke dah arwah..ke sis JM salah orang

    ReplyDelete
  26. lepas ni mesti ke emerald pool blue pool tu kan? kan? hahaha

    dah baca entri part 4 tentu boleh jawab

    ReplyDelete
  27. kelakar sungguh baca komen teman yang lepas...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com