Les Rendez-Vous De France!

Thursday 15 October 2015

noun ren·dez·vous \ˈrän-di-ˌvü, -dā-\
: a meeting with someone that is arranged for a particular time and place and that is often secret 
: a place where people agree to meet at a particular time
: a place where many people go to spend time

*source: merriam-webster online dictionary

Assalamualaikum! Bonjour! Amboi-amboi kak Sal kau, speaking Perancis pulak. Dah kenapa? Nak ke sana pulak ke? Jeng jeng jeng!

 Kota Cinta - Paris

Cadangnya memang nak ke sana. Tapi tak tahulah bila. Haishhhh.. propa..propa! Kalau dapat, nak ke sana Jun tahun depan. Ada apa dengan bulan Jun di Perancis?  Ada EURO 2016! Berangan lah kau, Sal! Nak tengok Liverpool kat Bukit Jalil pun harap belas ihsan tiket redeem, banyak duit nak pergi Perancis tengok EURO! Tengok kat TV sudah! Tu pun kalau ASTRO tak jadikan EURO tu pakej berbayar . Kalau diorang buat, mohon semua kaki bola di Malaysia gi baling flare kat office diorang.

Macam biasa, aku memahami korang yang selalu tak boleh hadam bila aku bukak topik bola sepak...Ye, aku bicara tentang bola sepak. Hadap jelah, dah takde idea nak update blog..Citer Melbourne tak boleh laju sangat, nanti orang jemu. Tips ni blogger travel femes yang ajar aku. Update story biar slow-slow. Tak gitu kak JM..hehehe. Gurau je kak, jangan marah ha...

Apa itu EURO? EURO merupakan kejohanan bola sepak empat tahun sekali melibatkan negara-negara dari benua Eropah. Mula dipertandingkan pada tahun 1960, dengan Spain dan Germany merupakan pasukan dengan bilangan kejuaraan paling banyak iaitu tiga kali. EURO yang akan datang bakal diadakan di Perancis, dan melibatkan 24 negara, instead of 16. Kenapa diorang pakai format baru, janganlah kalian tanya aku. Ingat aku tau banyak ke? Info ni semua aku gugel je abang kakak oi..

Sewaktu entry ini ditulis, 20 negara telah layak bertanding di EURO 2016 selepas melepasi onak duri pusingan peringkat kumpulan. Mereka adalah:

Source : UEFA
 
Perancis (Tuan Rumah)
England
Republik Chech
Iceland
Austria
Northern Ireland
Portugal
Spain
Switzerland
Italy
Belgium
Wales
Romania
Albania
Germany
Poland
Russia
Slovakia
Croatia
Turkey
 
Lagi lapan negara perlu melalui perlawanan pusingan kelayakan yang akan ditentukan melalui undian. Lambat lagi, EURO kan tahun depan. 4 negara yang menang secara agregat, akan menyertai 20 negara yang dah layak ke EURO 2016. Lapan negara tersebut adalah:

 Source : UEFA

 Bosnia
Ukraine
Sweden
Hungary
Denmark
Ireland
Norway
Slovenia


My prediction (and hope) layak ke EURO 2016: Sweden (come on la, ada Zlatan Ibrahimovic kot!), Bosnia (Edin Dzeko!! Lagipun, diorang perform masa World Cup 2014), Slovenia (one of my favourite La Liga goalkeeper - Jan Oblak ada kat situ) dan Denmark (Daniel Agger - maaf, saya belum move on. Sampai hati kau biarkan dia pergi, Brendan Rodgers!)

Sayangnya, pemenang tempat ketiga World Cup 2014, Netherlands, gagal melayakkan diri. Digelar 'The Oranje', team yang mempunyai ramai peminat di serata dunia. So, korang kalau ada kawan/suami/boipren/ahli keluarga yang sokong Netherlands, tolong jangan tanya banyak pasal EURO depan diorang. Takut ada yang kena marah nanti. Hehehehe. But, seriously, Belanda kot! 'Total football', what happened to you! Antara team yang mempunyai gameplay dan ball fluidity yang smooth di atas padang.  Dennis Bergkamp, Ruud Van Nistelroy dan Patrick Kluivert antara legend pasukan diorang yang dikagumi ramai.

Aku sokong siapa? Eh, of course lah pasukan abam Torres kesayangan - Spain. Walaupun diorang sangat menghampakan sewaktu World Cup baru ni, tapi aku yakin diorang boleh bangkit mempertahankan kejuaraan. Kali ni  David Villa dan Fernando Torres tak main, digantikan dengan muka-muka baru - Paco Alcacer dan Alvaro Morata! Nah, aku belanja gambar sebab korang dah tabah scroll dari atas, walaupun tak baca..Hihihi.

 Alvaro Morata
Memang syarat utama nak jadi pemain forward Spain kena hensem ke? 


Paco Alcacer


Percayakah anda, dengan membaca entry ini, walaupun anda tak tahu dan tak berminat dengan bola, pengetahuan geografi anda tentang negara-negara Eropah telah bertambah? Contohnya kewujudan negara-negara macam Slovenia, Slovakia dan Albania dan fakta bahawa Ireland terpisah kepada dua, Utara dan Selatan, macam Korea jugak. Ada gak pekdahnya entry aku ni ek...

Till then, thanks for reading! Korang rasa sape bakal juara EURO 2016? Sape jawab Spain, aku sayang lebih! Hahaha.

See you in France! 


63 comments

  1. hehehhe....kenal nama2 negara melalui bola ni 1 keseronokkan....kdg nama xpernah dgr....tp leh masuk world cup....mesia katanya nama terkenal seantaro dunia...tp xmasuk2 pun world cup....opsss....terlebey sudaaaaa....hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah...spot on! tapi saya paling kagum ngan Bosnia..merdeka tahun 1992, tapi dah sampai World Cup.respect!

      Delete
  2. Sal, akak nak ikut gi tengok bola kat sana...klau tengok kt sini tak nak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak...tapi bayar sendiri lah ye..hehe

      Delete
  3. Sejujurnya... Masa SS di Europe... Memang akan ingat Euro Football... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeles ngan SS sebab dah sampai Europe.huhuhu

      Delete
  4. Tak tahu nak komen apa... Sebab dah berzaman x ikut perkembangan... Kalu dulu dok lepak dengan my brother confirm citer bola aje...

    ReplyDelete
  5. no Kak Sal, entry ni xbosan.. walaupun xminat, tapi jadi tahu jgk..at lez klu lepak ngan peminat bola, xla kekok sangat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah..saja je taruk gambar alvaro morata tu kot ada yang bosan..haha

      Delete
    2. I tak bosannnn I tak bosannnnn I tak bosannnnn ;)

      Delete
    3. hahaha..ni antithesis aku dah bosan ke apa ni? hehe..thanks kak Farrah.tapi Morata tu memang cumil kan..kan..

      Delete
  6. "Citer Melbourne tak boleh laju sangat, nanti orang jemu. Tips ni blogger travel femes yang ajar aku. Update story biar slow-slow."..

    Tak setuju..tak setuju.. huhu.. tgk ja nama kak sal muncul kat atas senarai bloglist terus klik tak fikir dah tajuk apa, sebab nak follow cerita Melbourne.. lambt2 nanti org lupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. well...actually, akak suka take time untuk update entry travel.orang boleh detect kalau kita taip dengan penuh kemalasan.ayat tu saja nak usik kak JM..haha

      Delete
    2. ahakss..Sal mmg pandai mengusik

      Delete
  7. semoga impian nak gi paris tercapai ... insha Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..nanti kalau saya dapat tengok Euro, saya lambai-lambai sis kat TV.hehe

      Delete
    2. Akak pun tolong doakan sama lah. Mana tau Sal dapat durian runtuh,... :)

      Delete
    3. kan..we never know.kawan saya pernah menang contest dan dapat tengok Barcelona lawan Juventus..kat Jerman lagi.jeles...jeles..

      Delete
  8. Tak kenal seorang pun >.<

    Kak Sal, kalau nak pergi France masa EURO, lagilah mahal harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang...diorang amik peluang nak ketuk tourist.makan mahal...hotel mahal...kalau ada 2.6 billion je baru mampu..hihi

      Delete
    2. Masa2 macam nilah nak menekan dan kaut untung kan,..botak kepala nak menyediakan ongkosnya :)

      Delete
    3. ala, kat Malaysia pun boleh nampak fenomena macam ni. Contohnya masa LIMA.. tul tak? Bila lagi nak buat untung

      Delete
  9. Macam biasa...akak hapdet pasal bola dari blog Sal..hihi

    ReplyDelete
  10. Baca tajuk ingat nak meroyan kisah romantik di kota cinta gitu. Rupa-rupanya cerita bola ^_^ Memang tau, Sal ni! Bertabah akak membaca dari atas sampai ke bawah ikut perenggan :) Akak rasa Se-painlah kot bakal juara! Dah Sal kata sapa sokong Spain Sal sayang, nah berilah kasih-sayang lebih sikit kat akak ni yerk ^_^

    Wah, memang hensem dan gantenglah mamat Alvaro Morata tu. Terkedu akak tengok gambarnya. Kalau tengok dia sepak bola, tentu lagilah akak tak lalu nak buat kerjarumah dek nak menatap wajahnya...

    Sal, sorang lagi tu memang masa kecil ada penyakit cacar ke? Lain macam nama Alcacer, macamana ek nak sebutnya.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak la akak ni...nah, amik kasih sayang saya bagi ni, cukup tak? Alvaro Morata tu memang hensem kak oi..muka tenang je kalau gelecek bola.memang in love lah kalau tengok..

      sebutan dia Pa-ko-Al-ka-ker... bukan cacar kak oi..hahaha

      Delete
    2. Kalau tak cukup kasih sayang yang diberi ni sampai duduk dalam carta ngetop bulan ni, kenalah nanti tau ^_^

      Hahaha...oh, gitu eh sebutan namanya! Akak ingat kena sebut betul-betul - Al-Cha-Cher *_*

      Delete
  11. saya rasa nak tepuk tangan banyak2 kat Sal sebab saya yg lelaki nih pon tak minat bola apatah lagi nak ingt nama-nama abe hensem Alvaro Monata and the geng bagai........gilaaaaaa tak daebakkkkkkkkk!!siap ulas dgn terperinci lagi......tak masuk lagi bab prediction negara mana lagi yg layak masuk EURO...lpastuh mention plak nama abe abe tuh semua....tweet pon pasal bola.....nih kena cr hasben minat bola laaaaaa nihhh......terejut gak Netherland tak leh masuk EURO!wkwkwkwkwkwkwkw....hidup macam roda..kdg2 atas,kdg duk bawah...heeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...bab jodoh tu tak kisah sangat.tak minat pun takpe, janji dalam seminggu mintak sejam setengah je dari dia...agak-agak ada ke lelaki macam tu?


      takdelah hebat sangat pun *blushing* dah minat, mestilah ambil tau.lagi-lagi yang hensem tu..haha

      Delete
    2. ahahhahahahhaa..kenapa plak mintak sejam setengah sminggu ??ajak dia kahwin teruslah sal.......ta yah request limit masa cenggituh..ahahahhahahahhahahaa............cari yg british guy!

      Delete
    3. hahaha..bukan.maksudnya, bila dah kahwin, sanggup dia bagi isteri dia peluang tengok bola.dalam seminggu dapat satu match je cukuplah..rasanya takde kot..huhu.

      amboi, british guy..kena ajar makan belacan lah nanti..haha

      Delete
  12. Sal..knapa tak setting komen kepada comment approved by blogger?saya komeng banyak nih Sal pnya entry..ahahahahhahahhahahahahhahaahahahahahhaa.....follower baru anda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya tak kisah pun Aiman, komenlah sesuka hati..asal jangan komen 'peelik-pelik', saya tak kisah.thanks ye follow sini.nanti sy balas kunjungan ye

      Delete
  13. a great sharing, sal.
    akak ko ni tak reti langsung pasal bola.
    mr.asben layan la tapi dia pun x brape fanatik.
    but, akak faham apa sal citer di atas.
    akak ada la skit ilmu pasal bolah 4 thn sekali tu :)
    dok opis kompom member akan bercerita punyer la.
    otomatik masuk kat telinga akak ni :)

    ReplyDelete
  14. udah udah laaaa tu move on move on! ahahahahahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..jangan, nanti Klopp panggil balik Agger, hang yang berjoget..

      Delete
    2. tu pun kalu agger still ada hati nk blk anfield

      Delete
    3. tak rasa Klopp akan panggil balik Agger. Lovren yang ada tu kasi asah sikit kaki sampai jadi Hummels..haha

      Delete
  15. Deutschland in meinem Herzen...


    hahahahahahahahahahahhahahahah

    ReplyDelete
  16. K wa doakan sal sampai ke France satu hari nanti...:)

    ReplyDelete
  17. akak x layan bola luar negara. x kenal sgt pemainnye.
    kalo bola mesia boleh lah sikit2 layan. kih kih kih.

    ReplyDelete
  18. Akak dah 'bijak' sikit dah pasal bola sejak baca entri2 bola Sal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, pas ni orang tak boleh bohong kak Farrah lah..dah tau beza EURO, UCL ngan EPL...hihi

      Delete
    2. Hahahah tak leh bohong kelentong bagai,.. Akak dah cerdik bola muahhaahhaahah

      Delete
  19. Ohh memang tak reti pasal bola..mgkin sbb tu geografi pun fail jugak.hahaha..

    Ye ke travel entry kena up slow2..klu jenis sy nk habiskan cepat..org tak nak baca sudah..simpan kt blog je utk kenangan..dh selesai tak payah pening dah fikir..lega rasanya..memang tak boleh jadi blogger berhemah nmpknya.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takdelah PK..entry travel biasanya saya takes time untuk menulis, sebab nak pilih gambar dan nak pastikan fakta betul..sebab ada orang pernah amik advice dari entry travel saya sebelum ni..huhuhu.tak sangka plak, padahal kita menulis sekadar untuk kenangan sendiri

      Delete
  20. wah peminat bola ni ... kat rumah sy pula, encik suami takde geng layan bola :p

    ReplyDelete
  21. Nak germany juga menang. Heheheheheh.

    ReplyDelete
  22. hanya peminat bola yang mengerti sal wei!
    anyway akak frust juga skuad the orenje tak dapat masuk
    tapi diorang memang tak konsistenlah, world cup pun tengelam timbul

    akak peminat GERMANY! yeah!
    SPAIN masa zaman luis figo ada aje akak minat
    sekarang..cam tak best...hehe
    tapi germany tetap menjadi pujaan hatiku
    lagi time oliver kahn jadi keeper...cam singa lapo dok depan gawang! hehe
    tapi la ni ada ozil...kira terbaik jugalah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak..luis figo Portugal lah..haha.ramai gak pembaca blog ni peminat Germany ye.oliver kahn memang power,one of the best keeper.

      Delete
  23. Fuhhh... cik sal ni wartawan sukan ke?

    Hebatnyaaaa...

    ReplyDelete
  24. Kita peminat jersey germany je... haha...
    Jom g germany

    ReplyDelete
  25. laaaahhh nak pegi sbb Euro 2016? perghhhh minat betul si Sal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..berangan je kak JM.belum lagi sekaya itu..

      Delete
  26. ahahahaha...Sal!!!! debik kang..tips dari sis JM eh...itu bukan tips..dia tu mmg femalas!!! hehehe

    ReplyDelete
  27. ye betul!!! mmg x minat bola t bila baca entri ni baru tahu wujud nama negara2 tu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah