Hola, Luis Garcia!

Thursday 21 May 2015

Assalamualaikum semua..Tu dia, terharu kak Sal korang sebab ramai yang memuji kerajinan dalam entry INI walaupun badan tu dah macam kena pijak-pijak penatnya. Siap ada yang nak booking aku rewang time dia kahwin lagi. Takde pulak yang nak booking aku jadi menantu. Hahaha. *Gelak mohon simpati*

Akan tetapi, tahukah kalian kerajinan itu datang disebabkan rasa bersalah? Yup, rasa bersalah sebab hari bersandingnya adalah pada hari Ahad lepas tapi aku tak dapat pergi. Sebab aku ada date dengan pakwe dari Spain. Hola hola !!!

Inilah dia pakwe yang aku cakapkan tu. Korang rasa dia sape? Pelakon telenovela? Penyanyi? Ahli silap mata? Tukang masak? Pakar motivasi? Penari salsa?


OK fine, 80% daripada korang meneka dengan tepat - dia pemain bola. Siapa yang teka betul tu nampak sangat peminat blog aku. Mengaku jelah, takpe, aku tak kisah. Hehehehe

Ni lah dia Luis Garcia. Bukan Luis Suarez, Lois Lane atau Louisa Chong. Beliau merupakan bekas winger Liverpool pada tahun 2004-2007. Salah seorang 'Hero Istanbul' yang membawa Liverpool memenangi Champions League pada tahun 2005 bersama Captain Steven Gerrard.

Luis Garcia ni pemain kebangsaan Spain jugak. Walaupun mata aku lebih tertumpu pada Raul Gonzalez dan David Villa yang baru nak up time tu, aksi beliau dalam World Cup 2006 tetap aku ingat. Spain balik agak awal, kalah dalam Round of 16 kepada Perancis. Spain memang banyak striker power-power. Masalahnya bab defend. Tu sebab bila Puyol bersara dari pasukan kebangsaan dan prestasi Casillas merudum, Spain pun hancus masa World Cup 2014. Lepas Xavi, Xabi Alonso dan Iniesta blah entah apalah akan jadi kat team Spain ni.

Sudah-sudah la membebel tu Sal, kau ingat kau pengulas sukan ka? Daripada korang layan auta aku, baik layan gambar.

Penyokong-penyokong paling sabar dalam dunia

The moment he arrived. Ramai dok chant 'Luis Garcia song'. Memang true fan diorang ni! 'Mat Yo song' aku tahu. Ku yakin Mat Yo tak salah, tak salah..


Interview dari pengacara Astro. Kalau hot macam ni baru boleh jadi pengulas sukan perempuan. Aku jadi pengulas kat blog ni cukuplah.

Melayan soalan-soalan dari peminat. credit gambar : FB Stadium Astro

Barcakap tentang pengalaman beliau bersama Liverpool, the memorable Champions League, 'gol hantu', his teammates and much more selama lebih setengah jam. credit gambar : FB Stadium Astro

 Nak sign kena beratur. credit gambar : FB Stadium Astro


Aku request dia sign dua gambar tu, satu untuk Cik A (yang mengajak aku ke event ni tapi tetiba dia plak malas nak beratur), dan dekat mafla tu. Ikut hati nak request sign kat jersi Spain jugak, tapi kesian pulak dia penat. Orang pun dah ramai. Kan ke peminat Liverpool ni baik hati orangnya. Thanks Cik A sebab amikkan gambar! Boleh pulak ada cameo kat belakang tu..Cis!

Oh my, aku faham apa rasanya adik-adik fangirl Kpop yang lupa diri masa jumpa artis Kpop hari tu. Slang Spanish Luis Garcia ni memang mencabar iman. Aku dah practice nak cakap 'Hola' depan dia terus jadi 'Hai' je. And his smile. Wow... Nape dia nampak makin hensem ni! So glad dia tak hulur tangan untuk salam kalau tak...(sila habiskan ayat dengan kreativiti anda sendiri).

Tapi korang jangan risau, sebab Cik A kan ada. Kalau aku buat bukan-bukan mesti dia akan volunteeer bagi pelempang kat situ jugak. Hahaha. Hampunnnn!

Dah selesai, kitorang pun gerak cari makan, solat kat Low Yatt dan teman kawan aku beli barang. Kesian SR, kena tunggu lama. Tapi aku dah bagitau awal-awal, so dia pun takdelah complaint. Dia pun kenal aku dah lama. Dia ngan ND slalu jadi mangsa dengar aku membebel pasal bola walaupun blur. Love you gurls!

Dari tadi dok sebut Cik A, sape pulak lah Cik A ni kan. Ni lah orangnya, Anies, pemilik blog Anies and you Thanks Anies, kau memang the great! Korang dah follow blog dia belum? Kalau belum, silalah sebab dia ni peramah orangnya. Dalam alam maya dan jugak kat luar. Memang sempoi, kepala boleh layan tau. Baik punya aku puji hang ni Anies! Hahaha.


Aku rasa nanti esok lusa citer pasal event 'meet n greet' ni kluar kat Astro. Glamer lah kak Sal korang.

Sudahla, aku nak gi sambung kerja. Walaupun bos aku pun penyokong Liverpool, itu tak menjamin yang aku ni kesayangan dia. Mungkin juga ada sikit-sikit bibit cemburu di hati lelaki dia tu sebab aku dapat jumpa dan bergambar dengan Luis Garcia. Hihihi. Ampun, Encik Bos!

Till then, Adios mi amigos! You'll Never Walk Alone!!

55 comments

  1. Kalau bukan pemain bola pun akak anggap pemain bolalah, Sal. Dah tau dah minat tuan tanah terhadap bola ni macamana. Hensemlah mamat ni. Tapi dek kerana minat sangat, penerangan tu detail bebeno sampai akak rasa nak skip jerk. Tapi tidak, akak baca juga sambil menguap sebab bukan tak best ulasan tu cuma akak tak minat bolakan....

    Demi Louisa Chong katanya, eh... Luis Garcia, sanggup tak pi kenduri kahwin jiran sebelah! Sal minta maaf setulus hati penuh kejiwaan ke masa beritahu alasan kat mak pengantin? Hahaha...

    Nasib baik dia tak hulur salam, kalau tidak memang dah terpeluk dah budak Sal nih! Kalau berlaku pun akak tak terus kutuk, cuma akak tersayat hatilah sebab Sal dapat peluk dia.... *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. penerangan tu rasanya peminat Liverpool atau peminat Spain je yang faham kak MD..haha.

      segan, suruh Mak yang cakapkan kat makcik tu.

      amboi kak, kalau terpeluk memang viral terus.But one thing la, mat salleh ni biasanya respect kalau tengok kita bertudung. Saya kerja retail dulu, ada customer terpegang tangan saya masa ambil barang, terus mintak maaf. Tu yang saya pelik bila ada lelaki Melayu tak segan silu hulur tangan kat perempuan Melayu untuk bersalam.

      Delete
    2. Tau pun segan. Ingatkan dah tiada sifat kesopanan dan keseganan tu lagi bila dapat jumpa pemain bola. Hahaha!

      Kalau terpegang, dan-dan tu juga dia terus upload kasi jadi viral. Glamour kejap!

      Tapi itulahkan orang kita ni, selalu sangat lupa adab sopan dan agama. Ada sesetengah lelaki yang akak jumpa waktu bekerja ni tetiba je bila perkenalkan diri terus hulur tangan. Kita ni bila terpaksa menolak bersalam, kesian juga kat dia termalu sendiri. Tapi salah sendirilah siapa suruh hulur tangan kat kitakan! Takkan sebab tak nak dia termalu kita kena bersalam dengan dia pulak!

      Delete
  2. perghh..Liverpool die-hard fan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, biasa-biasa je nohas.saja buat sibuk

      Delete
  3. Kemain lagi adik Sal kita sengeh sebelah pakwe tu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan selalu kak Sham..sengih je, tak buat pape pun..hihi

      Delete
  4. wah hebat lah Sal, dapat bergambr dgn LG lagi U..femes lah lepas ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, boleh join angkatan blogger retis..

      Delete
  5. puji melambung klau kasi tiket ke anfield ok gak har har har... sy ckp kt member, ensem giler mamat ni... lg slim banding ms main utk liverpool...rugi sapa skt lutut x dt... har har har

    p/s garcia up gmbr selfie tu tp sbb brader tu angkat jersi dia x psl2 muka kite x nmpk cis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dah gambar selfie tu.wah, memang frust muka tak nampak sebab mamat tu..huhu. ish, ish makin sakit lutut kawan tu kan.

      belanja tiket Anfield? tiket snbj belum tentu mampu..haha

      Delete
  6. Lepas Luis Garcia, Sal kena cuba dapatkan tanda tangan Raheem Sterling pula, baru lengkap, dia sedang meletop sekarang. Kalau susah nak tangkap Raheem, dapat tanda tangan Balotelli pun OK jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meletop sebab orang menyampah..huhuhu.biasa player famous ni lepas bersara baru dapat jumpa. target saya pas ni Khairul Fahmi Che Mat..hehe

      Delete
  7. Amboi Cik Sal... Komain lagi... Ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. Tepek skit cemana roper sign mamat tuh!

    ReplyDelete
  9. wah...ingat juga luis garcia ni..hensem..bestnya sis dapat snap gambo dgn dia...hola luis..hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...orang kalau folow bola sepak memang ingat dia ni kan.hebat jugak masa zaman kegemilangan dia.

      Delete
  10. Nampak muka happy nya tu kak Sal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat jumpa football legend ni Farah, memang la happy ;)

      Delete
  11. akak dengar nama dia tapi takleh komen banyak sebab bukan peminat bola, hihi.
    last part bergambar tu yg tak tahan...
    tambah2 bila tengok berdua dengan anies yang pemurah tu....rugi kalau tak kenal dia tau!!!

    ReplyDelete
  12. Dah tengok keterujaan Sal masa lawat blog Anies semalam. Tajuk entri u all, tok sah cakaplah hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk entry Anies lagi gmpak, saya biasa je..hehe

      Delete
  13. Luis Garsia? mmg x kenal..sbb? x minat bola....kalau K-pop...gila x kenal heee

    ReplyDelete
  14. isshh..pesal hensem dan tegap sgt Luis ni..buat jantung i berdebar2 je tau...*pitam!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak JM tahu tak umur dia dah nak masuk 40?saya mujur tak pitam dekat situ..hehe

      Delete
  15. kalau sis JM booking buat adik ipar nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik kak JM bukan kecik lagi ke?musykil ni..

      Delete
  16. klu kat blog sal , mestilah pemain bola ... betul2 fan liverpool no . sanggup dia beratur panjang dari tgk org bersanding ya . lagi byk faedah katanya ... heheheee ... bab hensem tu , sape ler tak teruja kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tengok orang bersanding dah banyak kali..dapat jumpa Luis Garcia, bukan selalu

      Delete
  17. Wahh meriah.. paling best dpt bergambar sama2 tu.. kenangan tu Sal.. tahniah!!
    Jumpa Anies sekali eh.. satu geng penyokong kuat ni hehee.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, best jugak sesekali dapat berkumpul dan berjumpa ngan orang-orang yang sama minat..hehe

      Delete
  18. Fweeetttttttty....2 awek cun bertudung merah..

    ReplyDelete
  19. Fweeetttttttty....2 awek cun bertudung merah..

    ReplyDelete
  20. tu Luis Gracia la apa mak nenek nama lagi tobat makcik tak kenal..makcik ni tak la tua Sgt..tp tak minat bola..mamat hensem camni pun memang tak kenal la..mat yo tu gagah la kenai.hahaha...

    cantik gambar..cameo kt belakang tu crop aje pastu buat gambar ni sebagai profile picture.kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. giler tak kenal Mat Yo..hahahaha

      memang, nanti nak sruh member crop..tapi buat masa ni tak boleh, peminat Liverpool tengah berkabung.hihihi

      Delete
  21. peminat bola jg yer,,MV kalau bab pemain luar Mv minat sgt kat legend davor suker

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemain Croatia tu kan?hebat gak dia tu..hensem pun hensem..haha

      Delete
  22. Mmg minat sungguh bola ek hang ni Sal..... sanggup tu beratur, mak kalau nak autograf CT Nurhaliza sanggup gak beratur hihi....Tak mencabar langsung kan hihi....

    Ramai gak fan dia kat sini yek..... mcm tak cayalah pulak


    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, akak jangan tak caya kak...walaupun dia x famous sangat, tapi dia ni one of Liverpool's legend..hehe alang-alang dah jumpa kak, beratur jelah..bukan selalu.artis saya x heran sangat..

      Delete
  23. kak sal, saya jeles :')
    salute r dgn kak sal sbb berpengetahuan luas tentang bola. sy xsempat nak kaji mcm kak sal. rasanya kalau jumpa kak sal in person sy sanggup dgr akak bercerita semua pasal bola. moga kita jumpa nanti. hehe. you'll never walk alone ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah terer sangat Budak,kalau tanya pasal Liverpool atau Spain tahulah sikit-sikit. Itupun yang tahun 2000 ke atas.Dah start tengok bola since sekolah menengah, so banyaklah jugak belajar dari ayah, abang dan kawan-kawan lelaki.

      jomlah, 24 Julai ni turun Bukit Jalil :)

      Delete
  24. LUIS GARCIA YG HENSEM RAMAI PEMINAT NI...

    ReplyDelete
  25. LUIS GARCIA YG HENSEM RAMAI PEMINAT NI...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah