Aku ni kalau nak diikutkan, bukanlah suka berjalan sangat (Ye ker...) Weekend aku suka chill je duduk rumah. Tapi lepas adik aku asyik menyebut-nyebut nak tengok satu filem ni, tak sampai hati pulak tak nak bawak. Yang misterinya, kawan baik aku pun hantar wasap ajak tengok filem yang sama. Pelik betul diorang ni. Dahlah nama sama, taste pun sama.
Diorang ajak gi hari Sabtu, which means aku tak dapat tolong jiran aku rewang. Jiran aku yang sorang ni kalau buat kenduri, berkampung sampai tiga malam. Memang style
family dia. Kenduri doa selamat lepas nikah, Marhaban dan hari langsung.
Mana kau nak cari wedding macam tu kat tengah-tengah KL! Diorang ni je.
Disebabkan tak dapat tolong diorang pada siang hari Sabtu, balik kerja petang Jumaat tu, aku terus pergi menyibukkan diri sampai tengah malam. Memanglah letih, tapi nak menebus dosa tak dapat hadirkan diri pada hari Sabtu, terpaksalah aku layankan. Dahlah tidur lewat, pagi-pagi Sabtu dah gi NU Sentral nak tengok filem Pitch Perfect 2 ni.
Honestly, aku yang noob ni tak tau pun kewujudan filem ni. Memandangkan aku tak tengok yang first movie, aku takdelah bernafsu nak tengok yang second. Tapi kenangkan kedua-dua cik S (my sister n my best friend) dah ajak, aku pun pergilah. Aku siap pasang niat nak tidur masa dalam panggung nanti. Ngehngehngeh.
Filem ni merupakan sambungan dari filem Pitch Perfect yang pertama, tentang sekumpulan gadis yang menggelarkan diri mereka 'Barden Bellas' dari Barden University. Diorang merupakan group penyanyi acapella, ala-ala dalam drama Glee. The Bellas telah melakukan kesilapan semasa melakukan persembahan di hadapan Presiden US, menyebabkan reputasi mereka jatuh merudum. Untuk membersihkan nama baik diorang, The Bellas berazam untuk memenangi Kejohanan Acapella Dunia walaupun menyedari mereka perlu mengalahkan saingan terhebat mereka iaitu 'Das Auto Machine'.
My verdict? Filem ni best! Aku tak tidur langsung! Hahaha. Tak tengok yang first pun boleh faham. Sesuai untuk peminat-peminat filem muzikal. The singing memang awesome wei. Pitch Perfect 2 ni kelakar, just that lawak dia racist dan sexist. Kalau yang tak berapa open minded mungkin akan flinched here and there.
Balik tengok wayang, aku terus gi kenduri jiran aku. Malam tu ada Marhaban. Kepala dah ting tong, which is salah aku. Aku mana boleh makan seafood sangat tapi bila diorang ajak gi lunch kat Manhattan Fish Market masa kat NU Sentral aku terus lupa diri.
Habis kenduri, korang ingat aku akan balik rumah dah tidur? No way! Aku berjaga sampai 12.30 tengah malam, takut terlepas tengok bola. Oh tak, ini bukan perlawanan biasa-biasa. Ini perlawanan bersejarah. Ini perlawanan terakhir Captain Fantastic, the one and only Steven Gerrard. Liverpool and England legend!
Must. not. cry
Walaupun Liverpool kalah 1-3 kepada Crystal Palace, tapi aura kesedihan sebab Steven Gerrard akan meninggalkan Liverpool lebih kuat. Memang sebak wei! Gerrard deserves a better send-off, tapi sayangnya kalah pulak. Terima kasih, legend!
K lah gais, kita jumpa lagi ye...Love you!
dalam mengantuk2 dan penat sempat juga tengok bola ya sal....ialah dah minat kan!
ReplyDeletehehe..kan, masa untuk diri sendiri kena ada jugak..
Deletewah wah kak Sal. hahahaha. proaktif betul hari Sabtu ye. saya p Nu Sentral gak hari sabtu lepas. mungkin xde jodoh nak berjumpa. hehehe.. patutnya saya dapat tgk pitch perfect, tapi jauh sangat xde trasnport, saya kasi kak Scha yang layan cter tu. hehee
ReplyDeletela ye ke? yelah, NU Sentral kan besar..akak gi sana pun tak lama.kejarkan nak gi kenduri petang tu yang rushing.
DeleteCT p Nu Sentral p makan hahaha.. x penah tngk wayang situ..
Deletebiasa je wayang dia, takdelah best sangat..hehe
DeleteMenjaga hati jiran, menjaga hati adik, memnuhi kehendak diri akhirnya sendiri yg letih ye Sal. Tapi bukan selalu kan... sesekali oklah layankan juga.
ReplyDeletebetul tu kakzakie, sekali-sekala penatkan badan..sementara muda dan banyak tenaga ni..hehe
DeleteAdehh.. apalah jadi dgn nasib liverpool lepas ni huhu...
ReplyDeletehopefully Liverpool akan bertambah baik.. 'This will be our year..'. katanyalah!
Deletekena tgk yg 1 dulu laa br bleh lyn yg ke 2 ni...
ReplyDeletesob sob SG...sob sob SG...
yelah..yelah, nanti tengok yang nombor satu..
DeleteSekali sekala layan wayang memang best...
ReplyDeletekalau selalu boleh bankrap!haha
DeleteSiap niat nak membuta tu yang tak menahannnn!
ReplyDeletealeh tak jadi..haha
Deleteniat aje...buatnya tidak..haha
Deletexdan nak membuta.. cerita kelakar stiap ayat rasa nak gelak..
DeleteKak Sal ni macam hosmate I, layan kehendak adik dan kawan, pastu membuta dlm panggong.. adeeyyy.. dia membuta betul.. Kak sal nasib xjadi..
ReplyDeletenasib baik citer tu best!tapi so far akak x pernah tido dalam wayang..bising, susah nak tidur.
Deletesanggup tu tgk bola
ReplyDeletekadang-kadang kalau tertidur, bola yang tengok akak..haha
Deletewahh kat tengah2 KL mmg rare la kalo kenduri jenis 3hari 3 mlm cenggitu =P
ReplyDeleteadoi sibuk merewang tgok wayang segala sempat lagi tgok bola..klu dah minat kan
ReplyDeletesis layan filem muzikal . tak lah boring sgt sbb blh hiburkan hati dgn nyanyian . sis suka betul dgn mama mia ... sis pun selalu je tgk tv jam 1 mlm bila hujung minggu ...
ReplyDeleteorang suka Mama Mia dan Glee maybe akan suka Pitch Perfect ni
DeleteMama Mia CT kureng sket.. tapi Glee yes yes !!! angkat tangan kat sini.. cuma singing part okay.. loveline mcm hareeeeem sket.. hahaa..
DeleteGlee ke?ah, glee tu makin lama makin 'songsang'..awal-awal je best
Deletewah...
ReplyDeletetu je? x nk tonton? ehh...dh siap preapare itie ke belum ni bang
Deletenama sama taste pun sama? jgn pulak nanti suka org sama ....bergaduh kang heheh
ReplyDeletehahaha..moga tu tak terjadi..mati lah saya tersepit kat tengah-tengah nanti
Deletepeminat tegar ni kan Sal..
ReplyDeletemerewang 3 hari 3 mlm? meriah....kalau sis JM berjiran dgn org mcm tu mmg gantung peyuk lah..mkn free!!!
ReplyDeletehaah..memang ye pun.breakfast, lunch, dinner...semua kat rumah diorang..hehe
Deletebagusnya Sal..inilah jiran yg di cari...bukan jiran yg jenis x kenal jiran...kalau sis JM nk buat rewang....booking Sal boleh?
ReplyDeleteboleh..boleh...tadahal punya.janji penginapan ditaja..hehe
Deletenoob? same to me...pitch perfect? pertama kali dgr...belum masuk tgk lagi dah pasang niat tu kah kah kah..itu lah rewang samfai thg mlm
ReplyDeleteeh eh kak JM, tak sembuh lagi ke felatnya..hehehe. saya kalau tak kerana diorang berdua ni, memang tak tau pun kewujudan citer ni.
Deleteleas baca review movie pitch perfect ni rasa cam x kena dgn jiwa 'muda' sis JM nih hahahaha
ReplyDeleteeleh, jiwa kak JM memang sentiasa muda ke? ok je citer ni kak JM..boleh layan
Deletetgk tu tgk tu..mmg minah bola tul.....ishh...kalau sis JM...bantal menjadi peneman.....bagi lah apa pun dh x leh nk layan
ReplyDeleteAkak mmg sokmo sweet dream hehehe =P
Deletetak payah bantal pun boleh lena..haha
DeleteBudak-budak dekat sini sangat excited nak tengok Pitch Perfect 2 ni. Saya teringin juga nak tengok tapi ingat nak tengok yang first dulu.
ReplyDeletekalau tak tgk yg 1st pn dh blh faham tu best la untuk spesis cam kita ni, tp bile tgk balik yg nombo 1 nnt dh kurang excited la.
ReplyDeletegerrard tu dh lame sgt dh tu hehehehe
memang dah kurang excited, sebab dah banyak spoiler dari kawan-kawan..huhu
Deletelama sangat dah kan..masa untuk dia move on. *mata berair*
pergh penat dari kenduri tu sis.. boleh lagi tido lewat..haha.. siap boleh tgk bola... klu akak dah lama fengsan... hihi.. belum pernah dengar tajuk filem kt atas tu... :)
ReplyDeleteOh, nafsu berblogging dah kembali membuaslah ni! Baguslah, baguslah! Senang hati akak boleh komen ikut suka hati nak buat macamana.
ReplyDeleteSal, akak pun tak pernah dengar nama filem ni. Maklumlah akak ni mak dara, kisah-kisah anak dara akak jarang ambil pusing gitu! Akak tak lehlah tengok cerita ni. Bukan sebab akak takut tertidur dalam panggung tapi akak takut termenari over-over pulak kat dalam panggung. Viral terus dalam social media. Siapa susah? Akak juga...
Hahaha...pergi rewang Dik Sal? Rasa macam lama benor lah tak dengar perkataan rewang ni disebut-sebut. Selalunya attend wedding jadi tetamu separa VVIP jerk. Datang makan lepas tu balik :)
iye kak..wujud lagi rewang dekat KL di zaman moden ni.
Deletehahaha, panggung kan gelap, akak gi lah menari kat belakang tu orang tak nampak..
Gerrard will be back.YNWA
ReplyDeletekan..maybe dia boleh kembali as a manager.
Deletemiahahaha samalah.. CT paw kawan ajak tngk pitch perfect.. dptla kena blnja sbb bday hahaha.. best kan ? and yes.. lawak semua sinikel heheh.. kalo x faham mmg x dpt punchlines diorang..
ReplyDeleteyup..betul!memang best.akak x pernah tengok filem muzikal kat wayang.dia banyak kutuk bab-bab negara ni.
DeleteTeringin pulak nak tengok movie kat NU Sentral tu. Kalau gi situ, selalunya sempat mkn jek..huhu
ReplyDeleteAmboi, panjang betul hari Sal! Pitch Perfect 2 memang best!
ReplyDeletebaru2 ni p tgk wayang... xjadi ambik cita ni.. p ambek cita hantu ghost coin..huhu xbest
ReplyDeletepenampilan terakhir gerrard...oh..sedih..
ReplyDeletesal..akak dah lama masukkan blog sal dalam bloglist kak..
ReplyDeletetapi heranlah sebab tak update..
masih entry lama..camna ek...
3 hari 3 mlm ke kendurinya.....mak nak buat doa selamat yg separuh hari pun malas hihi.....
ReplyDeleteTak penat ke diaorang agaknya ek Sal.....
Cite apa tu Sal.....mak lahilah hanyut haha.....Tomorroland tadi tu ada gak terperasan
diorang memang rajin kak oi...maybe sebab ramai sedara mara yang datang kot..huhu..kadang-kadang cukur jambul je pun meriah macam kenduri..
Delete