Mengkaji tema-tema telemovie raya

Monday 4 August 2014

Korang suka tengok telemovie raya tak? Bagi aku, antara telemovie dan filem, aku lebih suka tengok telemovie time raya ni. Kecuali filem hindustan, hehehe. Aku prefer telemovie khas raya over filem sebab feel dia lain. Yelah, kalau filem tu takde beza pun kau tengok time raya korban ke, Krismas ke, Deepavali ke, tapi kalau telemovie Aidilfitri hanya seronok ditonton di bulan Syawal sahaja.

Berdasarkan pemerhatian aku yang memang hantu TV ni, antara tema-tema telemovie raya yang paling kerap digunakan produser drama adalah:

1.  Anak derhaka
Tema paling popular. Biasanya drama macam ni berunsur sedih. Aku rasa tema ni selalu digunakan sebab nak menggalakkan anak-anak yang dah melupakan ibu bapa mereka agar kembali ke pangkuan keluarga di hari raya. Yelah, kau buatlah ibadat banyak mana pun, kalau pegang status 'anak derhaka', takde maknanya pahala menggunung tu. Redha ibu bapa kan paling utama kalau nak berjaya dunia akhirat.

Personal favourite: Pondok Buruk. Lakonan Fauziah Nawi dan arwah Ismail Din. Memang tangkap leleh la! Jiwa kental pun boleh nangis..

2. Balik beraya
Biasanya kisah orang yang kerja di bandar nak balik beraya di kampung. Ada je halangan macam takde tiket, kereta rosak, kena rompak tengah jalan la dan macam-macam lagi. Biasanya berunsur komedi. Ada jugak yang sedih. Contohnya Daun Ketupat Kering lakonan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Rita Rudaini dan Intan Azura. This one memang sad ending. Huhu, kalau nak tengok cerita ni standby tisu banyak-banyak!

Personal favourite: Nak Balik Raya. Lakonan Johan,  Zizan, Nadia Mustafa n ramai lagi. Memang lawak tak hengat!

Antara scene dalam 'Nak Balik Raya'

3. Cari duit untuk raya
Watak utama cerita ni biasanya kalut nak cari duit untuk berhari raya sampai terlepas pandang ibadat sunat macam terawih dan tadarus. In the end diorang akan menyesal tu pun lepas dipulaukan oleh seisi keluarga yang dah pakat balik kampung tanpa diorang. Typical ending..

Personal favourite: Bahulu Gayah ke apa ntah tajuknya. Lakonan Shila Rusly dan arwah Hani Mohsin. Mix of komedi dan drama. Cik Gayah dalam telemovie ni sakan nak bisnes bahulu sampaikan anak dan laki berbuka dan sahur bahulu sepanjang hari. Lagi satu drama aku suka, lakonan Abby Abadi, Norman Hakim dan Remy Ishak. Abby dan Norman still together time shooting telefilem ni. Diorang ada kedai jahit dan Abby dok pulun ambil tempahan walaupun tak menang tangan. Tak silap aku tajuk dia Sabarlah Sabariah. Haha, main tibai je.

4. Perchentaan
Boleh jadi cerita sedih atau cerita komedi. Contohnya dua orang lelaki dok gaduh berebut sorang awek ke, bakal mertua tak suka each other ke ataupun cinta terhalang.

Personal favourite: Tak ada! Haha, aku kurang suka tema ni. Mungkin kerana aku hanya boleh hadam jiwang cerita hindustan, maka agak sukar menghayati jiwang drama Melayu.

5.Mak mertua yang mengerikan
Asas ceritanya sama..kahwin tanpa restu. Bila balik raya, mak mertua asyik nak cari salah. Biasalah kalau tak suka. Ayah mertua biasanya rileks je. Maka, bermulalah struggle seorang menantu untuk mendapatkan approval dan kasih sayang dari ibu mertua yang asyik nak cari gaduh je kerjanya.


Personal favourite :Menantu Mak Dara lakonan Arfah Damanhuri dan Shila Rusly sebab mak mertua dalam cerita ni memang vogue ala-ala wanita 50-an tapi menantunya si Shila ni, tentera yang sempoi. Memang huru-hara! Lagi satu, Rendang Untuk Mertua lakonan Fazura dan Wan Maimunah. Memang kesian tengok Fazura dalam cerita ni sebab mak mertua dia memang mimpi ngeri. Antara calon drama yang memerlukan penyediaan tisu sebelum menonton.

Telefilem favourite aku ni semua yang lama-lama. Tahun ni cerita takde yang best la. Korang plak cmane? Apa telefilem raya favourite korang? Share lah kat sini..

Till then..Selamat kembali bekerja!

*auto publish*

52 comments

  1. wahh.. siap ada review lagi.. kami tak berapa nak tengok sangat tv.. satu pun yg ada tajuknya di atas saya tak tengok.. adehh

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak tengok tv la kami...sibuk bersembang ngan adik beradik..langsung tak tengok drama ke..muvie ke..yang sempat tengok cite antu kak limah tu..tu pon sebab anak2 duk melayan...hahahaha..

    ReplyDelete
  3. time raya suka gak TV tapi jarang tgk telemovie ni sbb lebih layan citer korea..ahaha...matilah..hari tu sempat tgk wayang Mat Tudung..kelakar giler..bg mereka yg belum tgk harus terjah ..BESTtttt sgtttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke kak JM? takpelah, saya tunggu tayang kat TV raya tahun depan..hehe

      Delete
  4. Wahhh..rajinnya buat review..hehe.. time raya biasanya jarang sikit dapat duduk depan tv..kebiasaannya memang sibuk di dapur..jadi, terlepas tengok cerita-cerita best..huhu

    ReplyDelete
  5. tahun ni raya, tak sempat nak santai depan tv...

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya sal....kakak tak sempat nak tengok cerita2 kat tv pun ,kalau dah jumpa sedara mara cerita best kat tv dah tak pandang ...asyik sngat berbual....kalau tak pun tak kering tangan kat dapur je.

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya sal!!cikgu tak sempat nak tgk tv..huhu

    ReplyDelete
  8. Sal... sedih tak, akak tak sempat langsung tengok TV di hari raya... asyik berjalan rumah orang sampai ke malam. Dah penat terus tido...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..jangan sedih kak KM. Gi jalan-jalan lagi best dari tengok TV. saya biasa tengok drama-drama ni bila dah hujung-hujung Syawal. awal-awal ni dok sakan beraya lagi.

      Delete
  9. Tema yang pertama tu, mak dengan adik aku pernah nangis lepas tengok drama entah apa nama ntah. Sebab sebelum tu diorang ada bergaduh. Hehehe...

    Seburuk-buruk drama kita, at least dapat jugak merapatkan kembali mak dan adik aku tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama kita biasanya ok, ada pengajaran.biasanya yang ntah apa2 ni filem.

      Delete
  10. amboi, tajuk bukan main lagi ye.

    saya tak berapa minat sangat dah layan drama kat TV ni. hehe.

    ReplyDelete
  11. menarik!..tapi ummi pun terlepas semua tu, balik kampung sibuk beraya sana sini, hihi.

    ReplyDelete
  12. Kathy pun suka telemovie raya.. Ada satu lagi yg best..BARA CINTA RAMADHAN lakunan zamarul hisham,jasmin hamid dan fauziah nawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana satu ek? rasa macam pernah tengok..suka tengok lakonan diorang bertiga tu, memang mantap. beza dengan pelakon-pelakon baru..huhu

      Delete
    2. Tahun lepas punya citer sis.. Sedih samgat²..

      Delete
  13. Raya ni feel dia lain sikit. Tu yg suka tngok tu. hehe

    ReplyDelete
  14. akak terlepas semua telemovie raya.tunggu bila ada siaran ulangan baru bole tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. astro nanti ulang-ulang cite sama je..seminggu lepas habis raya pun nanti tayang lagi..haha

      Delete
  15. boleh jadi pengarah felem nih!
    akak suka drama yang ada pengajaran, kalau komedi yg ada lawak semata-mata, takdelah nak layan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tak mungkinlah kak..saya suka tengok je. lawak ke, sedih ke, semua layan. ;p

      Delete
  16. Kita hanya sempat tengok Baju Raya yaya aje raya ni..oklah cerita dia...nway kalau raya kita suka tengok cerita lawak berbanding sedih..mood happy kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya kali ni tak tengok pun lagi drama raya..macam tak ada yang best

      Delete
  17. boleh tahan gak story mory di hari raya

    ReplyDelete
  18. Drama Melayu biasalah, klise sangat plot cerita dia. Kenapa drama Melayu suka tonjolkan watak ibu mertua yang horror akhlaknya. Buatkan persepsi yang salah je kat bakal-bakal pengantin dalam mengagak perangai mertua masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tul gak tu.ada je mak mertua yang baik, tapi mak mertua horror lagi 'glamer'. aku yang belum kahwin ni takut la jugak kot nanti dapat yang macam dalam cerita-cerita melayu tu. tapi aku sangka baik. 'good things come to those who wait' ;p

      Delete
  19. Rajin kak sal mengkaji. Ehem. Hihi. Paling lumrah hari raya, citer mami jarum wajib hade. Hahaha..boring bak ang. XD dah hafal sume scene. Kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..raya kali ni pun ada.nasib baik time tu kat kampung, so dok busy layan orang beraya tak kisah nak tengok tv. tak mami jarum, jarum junior, tak pun anak mami dan rakan-rakan seangkatan.stresssss! hahaha

      Delete
  20. rajin Sal buat review, kak ana ni tiap tahun bila beraya di kampung tak sempat nak mengadap tv, ada je yang nak dibuat, bila balik rumah sendiri barulah ada kesempatan, lagipun tgk drama ramai2 ni tak boleh feel..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni kan biasa raya KL.so memang selalu raya pun layan TV.suka tengok drama ngan mak saya.dia 'excited' lebih kalau tengok cerita melayu ni..hehe

      Delete
  21. tak suka drama sedih masa raya, kalau blh biarlah drama yg lawak².. masa raya .. kalau blh nak happy.. nak mood ceria huhuhuhu

    ReplyDelete
  22. kalau time raya memang jarang menonton tv..sibuk layan tetamu lagi2 skrg dah berumahtangga lagi la waktu tu trbatas :)

    ReplyDelete
  23. Setuju...kebanyakan drama melayu ni kita dah dapat agak jalan cerita dia.... balik balik itulah.....
    Tapi Okje mmg suka layan SB....kalau pasal kekeluargaan lagi suka OKje layan tapi tulah tak berkesempatan nak duk depan TV

    ReplyDelete
  24. raya tahun ni tak duduk umah sgt...asyik jalan raya je...tak sempat nak tgk tv...hihi

    ReplyDelete
  25. Saya suka tengok telemovie raya ni.. tp tak berapa ingat tajuk2nya... mmg suka sbb ringkas & sempoi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang tajuk pun saya ingat sebab dah banyak kali ulang. .huhu. 'kajian' saya ni berdasarkan pengalaman bertahun-tahun.wah, statement. .hehe

      Delete
  26. ok la tue... variety... daripada dulu2... asik2 criter hantu... berderet2 citer hantu di hari raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kalau cerita hantu betul seram takpe jugak..ni yang ntah hape-hape..huhu

      Delete
  27. salam aidilfitri. hee maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  28. x igt laa sal...bla raya jarang layan tv sbbb bdk2 kt umah da kongker tgk katun dr dulu smpi laa ni

    ReplyDelete
  29. Wahh...betul sungguh tema-tema ni...hahaha

    Tema perchentaan tu mesti drama Skop Production...dulu-dulu mesti tiap tahun mainkan cerita...Sembilu 1 2 3, Maria Mariana dan seangkatan dengannya...kekek

    ReplyDelete
  30. farah suka jugak layan drama raya...sebab tue rasa nak melekat jer kat umah.. dari pagi sampai malam..=D

    ReplyDelete
  31. rajinnye sal..tapi betul ni..tema telemovie yg selalu ditayangkan time raya..kalo cite selain raya takde feel nk tgk lagi2 hindustani rasa nak tutup tv je (kompius raya puasa ke deepavali..ahaksss)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cmane, yang suka tengok hindustan kat Malaysia ni majoritinya Melayu. termasuklah saya..hehe

      Delete
  32. CN pun tak berapa sempat nk tengok tv thn ni sbb bz beraya ;)

    ReplyDelete
  33. wah byk cerita feveret sal ye

    ReplyDelete
  34. Cerita fasal kekeluargaan, banyak pengajarannya :)

    ReplyDelete
  35. review bab movie ni. tapi sayangnya satu pun saya tak tengok. sejak umur makin meningkat kurang dengan tv

    ReplyDelete
  36. Ada tak cerita Rendang untuk Mertua, Menantu Mak Dara. Bestnya kalau dapat download. Best cerita tu sobssss :(

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah