of Empire Damansara n Kulcats

Friday 29 August 2014

Aik, sejak bila aku jadi agen Majlis Perbandaran Petaling Jaya lak ni, promote Damansara sebagai destinasi pelencongan (bukan typo)? Kalau nak tau cerita, sila baca sampai habis ye..Oh ye, entry ni special sebab setelah sekian lama, aku up gambar yang ada muka aku dalam entry. Korang excited tak ni? Tak excited pun buat-buat la excited gak ye sebagai menjaga hati tuan tanah. Hahahaha!

First thing first, harus korang tau yang budak Ampang macam aku memang jarang sangat ke Damansara sebab jauh dan aku memang tak pandai jalan kat area ni. Highway bersimpang-siur! Sediakan duit jelah nak bayar tol. Kau cakap la Ikea ke, One Utama ke, Curve ke, memang aku yang humble ni prefer lepak kat Ampang Park dan Times Square je. Tapi bulan ni je dah dua kali gi sana. Pertama untuk tengok my BFF, Sarah shoot pre wed kat Empire Damansara.

Empire Damansara ni ada office building, apartment yang sewanya minimum dua ribu sebulan, lot-lot kedai high end dan restoran. Selain tu, Damansara Performance Art Centre (DPAC) pun kat sini jugak. Kira tempat lepak budak Subang Jaya memang ada gaya, macam hari-hari, hari raya. Tapi yang aku menyampah, mungkin sebab tempat ni belum fully occupied, tenant pun tak ramai, punyalah siksa nak cari dalam Google Maps dan Waze. Kitorang sendiri sesat sampai keluar masuk tol dua kali!


Kau tengok la, yang titik merah tu, keliling dia kelabu..Mesti ingat tempat ni terapung atas tasik kalau tengok Maps. Pfft! Redah jelah nak sampai ke sana.

Tapi kan, tapi kan..nak shoot pre wed kat sini memang cantik sebab dekorasi bangunan dia berunsur vintage. Kalau tengok gambar aku bawah ni cam feeling kat oversea je!


Budak dua orang tu anak kawan aku, Zana (yang tudung biru). Satu-satunya yang kahwin awal. Lagi dua orang tu,Dee dan aku, In sha Allah, ada jodoh adalah..Stop asking please...

Posing kaki patah

Gambar ni aku amik dari FB Sarah..huhu. Ni gambar candid..yang full version kat photographer diorang.

Habis photo shoot, kitorang gi makan kat cafe Kulcats Barrio, Taman Tun Dr. Ismail. Tempat yang sesuai kalau korang suka western food dengan citarasa tempatan. Sedap jugak! Harga standard, tapi portion besar. Decoration tempat ni bertemakan urban dan moden. Too bad kelaparan membuatkan aku lupa nak ambil gambar. Semua gambar bawah ni aku ambil dari Kulcats Foursquare

 The ambiance
CREDIT

 Antara makanan yang ada

The menus
CREDIT

Pas dah kenyang,  kitorang patah balik ke KL, gi Semua House pulak cari bunga telur untuk Sarah. Tak boleh nak share gambar kat sini,  tak surprise nanti. Nak patah gak la kaki sebab kawan aku ni cerewet sikit. Yelah, hari bahagia kan. Mesti nak yang terbaik, tercantik, tercomel dan segala ter lah! Pilihan banyak lak tu, masing-masing rambang mata. Empat orang, empat pendapat. Last-last ikut pilihan bakal pengantin. Dah dia yang nak kahwin kan..

Penat shopping, aku ajak diorang datang rumah aku untuk beraya. Haha, nampak sangat ni cerita dah basi! Busy betul kak Sal korang baru ada kesempatan nak transfer gambar!


It's definitely an awesome day well spent with the three of them. Cam sedih lak Sarah nak kahwin sebab dah lama sangat kawan ngan dia. Aku ngan dia sangat-sangat berbeza dari penampilan,  personaliti dan cara kitorang bawa diri. Tapi perbezaan tu yang buat kitorang rapat agaknya.

Nak cerita pasal destinasi kedua aku kat Damansara, tapi cam dah panjang sangat pulak entry kali ni. Kita sambung lain kali lah ye..

Thanks for reading...

*auto publish *

44 comments

  1. oiii....melencong tak ajak..kekeke...lain kali ajak la Sally kak...ittew org Ampang jugak..kekeke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kita melencong kat Ampang jelah Sally..hehe

      Delete
  2. Ada jugak gamba tuan tanah...hihihi...

    Cantikla trmpat dia...

    Jemput join GA merdeka mama kaori...hihi...

    ReplyDelete
  3. ha, vintage? bestnya!!!!!!!! saya suka apa-apa yang berkonsepkan vintage and kayu... hahaha...

    tapi kalau pakai waze pun sesat, susah ler.. sobs. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. and oh, terima kasih sharing ^^,

      Delete
    2. Maybb takes time la kot nak tunggu Waze n Maps upgrade direction ke sini... Lagipun kitorang memang jarang ke Damansara. Kalau dah biasa takde masalah kpt

      Delete
  4. Siapa? Saya ke? ? Haha perasan!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Huhu. ..kan tajuk entry ni lepak Damansara la baru cool!

      Delete
  6. Replies
    1. payung tu seperti di Korea Style..
      byk abe MKL komen..nak jadi top komentar ogos ke..nak lawan JM lah tu hahaha

      Delete
    2. Macam kat Korea ek? Hehe..boleh la feeling kpop kejap

      Delete
  7. Replies
    1. ehh..kenapa JM komen bagi part Sal ni..karang marah pulak dia..
      Ye..Sal orang KL tau heee

      Delete
    2. Kak JM dok usik abang MKL nanti dia report kat kak Cinta dia kang saya tak tolong..hehe

      Delete
  8. SAl...kalau sebut Damansara ni ..akak pun fail tau..baru sekali je jejak kaki ke Ikea , itupun kawan yg drive..nak pergi sendir..idoklah..kawasan ELITE katanya..x sesuai org kg cam akak ni heheheh

    ReplyDelete
  9. Kita suka lepak kat Mont Kiara Sal...calm & cooling place...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. That one pun kita tak pernah pergi Raudz

      Delete
  10. mama tak sampai lagi.. lalu lalang je kalau balik kampung tu.. nak menyinggah takde masa, dulu masa sekolah rajin jugak, sekarang bila menetap kat jb, lupa jalan .. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. .yang duduk KL ni pun tak pandai jalan gak..

      Delete
  11. wee canteknye tempat tu...
    akk pon jarang ke damansara, jalan mmg sokmo sesat
    ikea tu ada la 4-5 sekali pegi, itu pon kalau betul2 ade mende nak beli

    ReplyDelete
  12. sal.. gambar yg dari FB sarah tu cantiknya situasi tu... haaa nak ckp gi sana? akak yg dulu duk shah alam pon memang bercinta nak gi sana.. sbb tak suka pening pale pasal jem... ni klu dah pindah sepang, fikir 100x nak gi haha..

    ReplyDelete
  13. macam best je makanan dekat kulcats tuh.... jeles22! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap la jugak...aik, orang duduk German pun terliur ka?haha

      Delete
  14. Salam sal...lama akak x singgah sini..

    ReplyDelete
  15. Menarik juga tmpt ni.. tak pernah singgah lagilah. Manti boleh juga jln2 santai sekeluarga kat sini.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  16. Haah nampak menarik.
    * Adik saya kerja & menyewa kat Damansara.
    Tapi, tak pernah gi rumah dia sebab dia laki. So, penyewa suma laki-laki :)

    ReplyDelete
  17. Seronok melencong... Hehe..

    ReplyDelete
  18. kekekeke melencong ye Kak Sal hihiks.. bisa aja lencong sekali sekala :p
    huurm lama dah tingin nak makan kat kulcats tapi tak dop masa ronda kl lagi..

    ReplyDelete
  19. Kak sal, Damansara mmg byk pun tempat2 cantik. Sebab situ kan ramai pelancong stay situ. Rase cam kat oversea kan? Hik3. Turun Damansara tak gtau. Lau tak, leh join lepak ngan kak sal kat sane. Eekkeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ni pun adhoc.kalau tak memang liat nak mai sini.huhu

      Delete
  20. pernah smp damansara tp xpernah nk jenjalan sgt..

    ReplyDelete
  21. Memang best kalau dapat berjimba dengan kengkawan kan Sal....baru tau macam tu pose kaki patah haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tulah.ramai artis posing macam ni tau

      Delete
  22. Replies
    1. kalau iktu FB dia, satu je..yang kat TTDI nilah

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah