Piala Dunia 2014 - Mencerap bintang

Tuesday 8 July 2014

Assalamualaikum and hola guys!!

Memandangkan demam bola makin hangat, aku nak sharing sikit tentang bintang pada logo jersey pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia.


Sebab aku penyokong Spain, harus la aku pilih jersey diorang sebagai contoh. Hahaha. Ce tengok, ada satu bintang atas logo La Furia Roja, bermaksud Sepanyol pernah menang sekali dalam World Cup which is in 2010 di South Africa.

Sekarang ni saingan dah masuk separuh akhir. Makin menarik sebab kedua-dua perlawanan akan datang merupakan clash of Europe and South America. Tak pernah lagi pasukan dari benua Eropah menang di Amerika Selatan, jadi kalau Holland atau Germany berjaya menjulang Piala Dunia 2014 ni, diorang akan mencipta sejarah. So, memang ramai la yang dok berteka-teki siapa yang akan menang, sebab empat-empat pun sama hebat.

Match semi final 1: Brazil vs Germany.  9 Julai 2014, 4 pagi waktu Malaysia.

Brazil tempang sikit sebab Neymar dah cedera dan Silva digantung perlawanan. Tak best tak dapat tengok samba Neymar kali ni. Apa-apa pun, semoga beliau cepat sembuh. Brazil merupakan pasukan dengan bintang paling banyak di atas jersey, iaitu lima menandakan diorang dah menang 5 kali. Aku tak ingat bila, tu korang google sendiri lah. Last sekali diorang menang di Piala Dunia 2002,  Jepun.

Germany pulak pernah menang 3 kali dan pemain Germany, Miroslav Klose pegang record top World Cup scorer sebanyak 15 gol, sama dengan Ronaldo. Kalau dia score lagi, dia akan pegang rekod tu secara solo. Ronaldo takde peluang dah nak beat. Dah bersara dan 'bina badan' je sekarang. Hehehe. Peminat dia jangan marah, dia ni aku tetap anggap legend and one the best player walaupun orang kata dia banyak 'drama'.

Just in case korang konpius, aku cakap pasal Ronaldo ni, bukan duta syampu Clear tu ye.


Can't wait for this game! Tak tau nak predict siapa akan berjaya ke final.

Match semi final 2 : Argentina vs Holland. 10 July 2014, 4 pagi waktu Malaysia.

Argentina merupakan juara 2 bintang dan semua orang tau dalam line up diorang ada 'alien' bernama Lionel Messi. Kalau dia dapat bola memang bahaya. Takat nak bawak bola separuh padang sorang-sorang tu apa ada hal.

Holland pula, sadly tak pernah menang Piala Dunia.  Kalau ada penyokong Holland nak gebang kata diorang dah banyak kali menang, mintak dia tunjuk statistik. If Holland menang kali ni, akan muncul satu bintang atas kepala singa kat dada bidang Robie van Persie empat tahun lagi. Diorang ni pun team yang ada potensi jugak.


Game ni pun tak sabar nak tengok gak! Yelah tu, entah-entah tengok highlight je.

Nota kaki: maaflah aku suka tulis entry pasal bola. Nanti aku share resepi ke, outfit of the day ke, sinopsis drama ke..barulah gegurl sikit

OK lah peeps, thanks for reading.

51 comments

  1. Replies
    1. Hehe...jangan lupa masak untuk sahur sudah

      Delete
  2. dah demam world cup , layan jer ... sis ok jer .

    ReplyDelete
  3. aku takde sokong mana2. tapi dah dua kali wrld cup aku gayakan jersi team jepun.

    drama? kalau drama, mesti kau ingat drama yang rivaldo buat masa world cup tahun... eh, ntah. kalau tak silap kat jepun/korea kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang kata, bukan aku. Normal je main bola ada drama sikit, pemain bola pun manusia jugak. ;)

      Delete
  4. Harapan macam Jerman yg menang je. Isk! Ana tak layan pun boleh. Just amik tau gitu2 je. Muehehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. .bola itu bulat. Apa pun boleh jadi.

      Delete
  5. Hopefully Brazil dpt tumbangkan Germany. Mengharapkan perlawanan yg sengit pagi nnt.

    ReplyDelete
  6. peminat bola tegar nie... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la..sikit - sikit je.takat trivia macam ni tahula.saya kerja library kan..

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat org jerman hari ni extra membara!!

      Delete
    2. mesti meriah kat German sekarang ni kan..

      Delete
  8. Me go for Brazil...tapi kesian dia orang both of them memang best..harap-harap dia orang boleh beat German..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. too bad, Brazil yang kena sayur. harap German main macam ni kat final.

      Delete
  9. spain ok juga cuma sayang terkeluar awal.. tunggu euro games pula. cantikkan logo spain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. player Spain yang hebat-hebat semua dah tua, yang junior baru nak up, tak panas lagi...mana la tau kot boleh dapat Euro, tu pun kalau tak terlepas ke Germany la..hehe

      Delete
  10. As-Salam. Tak sangka Sal Bee Yah minat bola. Saya tak minat bola. Selamat mengikuti FIFA 2014 hingga final :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..takdela minat macam orang lelaki minat.layan sekadar hobi.

      Delete
  11. wee brazil dh bungkus mcm nasik lomak huhu..terbantut selera bersahur td tauuu :P
    mmg sgt terkesan dgn ketiadaan neymar dan silva dan diakui german mmg power rangerrrsss hihi
    orangeje dan argentina, akk predict orangje..walaupun akk suke team messi tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..akak sokong Brazil ke? Germany main bagus kali ni. siap-sedia la sape yang lawan diorang final nanti.argentina vs hollland, saya pilih argentina kot

      Delete
  12. Kesian betul Brazil kena lauk dengan Jerman waktu sahur tadi. Terkejut aku, punyalah banyak gol. Dah macam gol main hoki pun ada. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..Germany menang aku tak terkejut.yang sampai 7 tu yang kesian.macam main futsal plak.

      Delete
  13. perghh..tere jadi pengulas bola sepak.. hehe.. sian brazil.. pincang tanpa neymar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bab-bab trivia ni saya taulah rai..yup, sian Brazil.kesian Neymar, makin sakit dibuatnya.

      Delete
  14. Sal...akak asyik missed je tau..huhhu...sayang tdo dari BOLA hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi akak miss pagi tadi..Brazil kena lauk di tanah sendiri.huhu.ala, saya pun tengok lepas sahur.

      Delete
  15. Betul ke ayah saya kata jerman kalah 5-0 dgn Argentina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. world cup kali ni belum pernah dua tu bertembung..tak tau la kalau dulu-dulu.

      Delete
  16. boleh tahan gak akak ngan bola ek..hahaha..saya sokong pasukan mana yg menang agar tak nak kecewa di kemudian hari..ahahahaha..

    ReplyDelete
  17. Saya bermimpi yg pasukan Germany menang dlm piala dunia kali ini. Rasanya betullah huhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak. .Yang pasti sakit jantung tengok game Holland vs Argentina ni

      Delete
  18. kempunan lagi dorang..takde rezeki kali ni

    ReplyDelete
  19. Final Ger vs Arg nanti pasti mempamerkan aksi yang menarik kerana German ada record scoring yang baik dan Arg ada rekod defend yang baik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. betul tu Srider, bila dua tu bertembung mesti sengit nanti..tak tau nak sokong sape..huhu

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. Ni hepi sebab sokong jerman ke sebab x suka Brazil? Kekalahan yang epik

      Delete
  22. Fiza pun penyokong Spain.. sekarang nie sokong yg mana menang jer.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la fiza, jadi lalang je sekarang...hehe.kang sokong takut kecewa plak

      Delete
  23. germany the best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..yelah kak kathy.semoga jerman menang tahun ni ye.cipta sejarah kat amerika selatan.

      Delete
  24. betul betul minat bola nih

    ReplyDelete
  25. hobi je kak mimi..takdelah fanatik.hihi.

    ReplyDelete
  26. Hahaha...peminat tegar bola...lagi hebat dari saya.

    ReplyDelete
  27. MKL: ala minat stail orang perempuan bang, hobi je.esok dah kahwin takut dapat laki tak sporting, kenalah tinggal.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah