Friday, 20 June 2014

Al-kisah pemilik nama klasik


Assalamualaikum dan apa khabar u olls? Tau tak 'nama klasik' tu apa? Nama klasik adalah nama-nama orang dulu-dulu yang jarang kita jumpa diulang pakai oleh mak bapak zaman sekarang. La ni nama bebudak semua canggih-manggih. Kot kalau nak recycle nama klasik tu, harus diubah ejaan agar nampak moden dan bunyi Arab sikit. Contohnya Rokiah jadi Ruqayyah, Irfan dieja Erfan , Razak jadi Razaque, Sufiah jadi Soffea dan macam-macam lagi lah.

Aku adalah salah-seorang generasi lahir tahun 80-an yang memiliki nama klasik. Aku bangga dengan nama aku sebab rare. Kalau ada mak bapak nak bagi nama anak macam nama aku, mungkin diorang patut fikir dua-tiga kali. Takut diorang mengalami struggle seperti apa yang kitorang pemilik nama klasik di zaman millenium ni perlu hadapi seperti..

1. "Nama awak cam nama nenek/ makcik/ pakcik/ atuk/ moyang saya..."
Statement yang sering didengar setiap kali aku introduce diri pada kenalan baru. Huhu..tak tahu nak response apa. Terima jelah hakikat nama korang dah ketinggalan zaman.

2. Orang senang nak tahu kau yang mana satu
On the bright side, nama klasik macam nama aku dan nama bunga-bungaan (contoh - Melati), tak ramai yang guna. So di tempat kerja atau tempat belajar, sebut je nama kau, diorang dah tahu kau yang mana satu. Kalau nama yang common macam Nadia dan Farah kan kena describe sikit.

3. Susah nak cari nama glamour untuk digunakan di alam maya
Mula-mula nak buat blog, aku puas fikir nak pakai nama apa supaya nama blog aku catchy. So, aku decide untuk modified Salbiah jadi Sal Bee Yah. Bajet moden la tu! Yelah, nama klasik ni biasanya pendek. Kalau panjang bolehla dipotong-potong atau letak sedebuk je macam tu.

4. Senang bakal suami dan bakal mertua nak sebut nanti
Hehe...kalau lelaki, senang la bakal ayah mentua nak sebut nama before akad nikah. Sebab ada tempat, nama pengantin lelaki pun kena sebut betul-betul masa akad nikah kalau tak nanti saksi kata tak sah! Nama pengantin perempuan apatah lagi.

So, korang ada tak kawan-kawan yang memiliki nama klasik? Share la kat sini..

Salam Jumaat!

27 comments:

  1. FYI , nama Sal sama dengan nama bakal mak mertua kita. Hihihihi. Tu yang nampak Sal komen teringat kat dia. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. really...kim salam bakal mak mertua ye.jemput dia follow blog ni..hehe

      Delete
  2. ramai je nama tradisional ni..ada kawan kita nama Melur..berbunga-bunga je nama..apa lagi ek? sepupu2 kita nama halimah, kassim, rahman, razali..haha..kes ni memang nama tok moyang la sebab ayah diorang recycle balik nama tok2 kitorang..kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan.tapi mak bapak sekarang tak recycle dah kot nama-nama tu..nama akk pun ayah recycle nama makcik.

      Delete
  3. Replies
    1. klasik..tapi maksud pun bagus.ok lah tu :)

      Delete
  4. Best apa nama-nama klasik ni. Rare. Dah tak banyak. Kadang orang sekarang suka taruk nama anak panjang-panjang. Konon habis unik la tu taruk nama moden-moden ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...memang betul.bila sebut nama je, orang macam tengok kite speechless sekejap.kagum le tu..

      Delete
  5. Nama sis juga klasik ... di era sis lahir masih banyak nama klasik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah saya...yang lahir tahun 90-an dan 2000 ke atas yang banyak nama dah moden

      Delete
  6. Nama adik beradik ana semua nama srikandi2 zaman Rasulullah. Ada siti khadijah, ummu salamah, mohamad Tholhah. Hehe..klasik gak tu kan kak sal?

    ReplyDelete
  7. klasik sungguh!bagus la..parents ana nak diorang ikut contoh serikandi-serikandi tu,sebab tu bagi nama diorang... :P

    ReplyDelete
  8. amacam kalau tulis che'gu tu klasik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..klasik la tu ejaan dulu-dulu.

      Delete
  9. sy suka nama2 klasik dan berangan nak namakan anak2 dgn nama2 yg klasik. hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Jangan klasik sangat..takut kena malu anak tu nanti.

      Delete
  10. Syukri <- klasik x? Ke biasa-biasa je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klasik tu...tapi still ada orang pakai. Evergreen gitu

      Delete
  11. Nama kita tak klasik kot..tapi memang dah jarang sangatkan dengar nama-nama macam our parents dulu...nama sekarang panjang-panjang...mixed-mixed gitu..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...moden la katanya. Campur arab, omputih, korea..semua nak masuk la.hehe

      Delete
  12. Tak apalah kan. Asalkan nama tu tak bawa maksud tak baik. Orang sekarang nak nama glamour tapi entah apa maksud bila tanye taktahu nak jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...setuju! Nama shikin pun evergreen gak..;)

      Delete
  13. Salbiah nama ibu saudara kak ana, biarlah apa orang nak komen Sal, nama awak cantik di mata ibu ayah yang meletakkan nama tersebut.kak ana follow blog gadis manis ni yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...manis? thanks kak ana follow saya. Yup, bangga dengan nama saya sebab klasik dan rare :)

      Delete
  14. Prefer nama klasik daripada nama moden panjang lebar dengan ejaan pelik. Haha! Dulu masa sekolah ada kawan nama Azizah dan dia bangga dengan nama tue. Rare! Nak sebut pun tak berbelit lidah dan senang dieja. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu!Akak pun suka nama klasik. Simple dan senang ingat.

      Delete
  15. Nama saya, kira nama moden walaupun lahir 1970-an.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com