New Year's Eve 2022 buat apa?
Saturday, 31 December 2022
Merhaba Turki Part 6.0! Tasik Garam - Tuz Golu
Friday, 30 December 2022
Merhaba Turki Part 5.3! Suasana malam di Pekan Goreme
Monday, 26 December 2022
Catatan 22.12.2022
Friday, 23 December 2022
Merhaba Turki Part 5.2! Kilang seramik dalam gua & lunch sambil layan view awesome!
Tuesday, 20 December 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Sebelum entry Turki ni terkubur tanpa nesan, marilah kita sambung cerita hari pertama di Cappadocia, dan hari ke 5 trip.
Final World Cup 2022 - Korang pilih siapa?
Friday, 16 December 2022
Of Sotong Ride dan Orang Itu
Wednesday, 14 December 2022
Seingat aku, aku tak pernah naik 'Sotong Ride'. Tapi aku masih ingat memori last pergi fun fair bersama 'Orang Itu' beberapa tahun lepas. Tak pasti fun fair yang sama ke bukan.
Somewhere out there, 'Orang Itu' pasti baca berita kemalangan di Fun Fair Eco Grandeur Puncak Alam beberapa hari lepas lalu berkata , "Nasib baik aku tak mati masa pergi fun fair dengan perempuan gila tu!"
Apalah khabar 'Orang Itu'..Entahlah aku pun tak nak tahu.
p/s: Semoga mangsa tragedi 'Sotong Ride' dipermudahkan urusan dan kembali sembuh. Fun fair memang lagi murah berbanding taman tema macam Sunway Lagoon atau Genting Highland, cuma risiko kerana ride dipasang dan dicabut berulang kali kerana fun fair akan berpindah-randah. Bimbang diselenggara sambil lewa.
A little surprise from Mummy Ayu!
Sunday, 11 December 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Masa nak moderate comment last week, perasan ada satu komen by Blogger Mummy Ayu, request aku check out entry di blog dia. Ada surprise katanya! Wah, lama takde orang buat surprise untuk kiter! So, aku pun singgah entry 'A little surprise' seperti yang diminta.
Rupanya Mummy Ayu nak bagi aku kalendar 2023 sebagai penghargaan selalu komen kat blog dia. Terharu pulak aku sebab komen tak pernah mengharap hadiah dalam bentuk fizikal. Cukuplah kunjungan balas sebagai tanda ukhuwah. Eceh, ayat tak boleh blah. Tapi memang begitulah. Kalau orang ramah dan rajin singgah blog kita, kita pun balas lah balik. Sambil tu baca entry orang lain dan belajar sesuatu yang baru dari pengalaman diorang. Yelah acuan hidup kita tak sama kan.
Thanks a lot kak Mummy Ayu. Semoga akak dan keluarga dimurahkan rezeki. Siapa yang belum berkenalan dengan blogger lifestyle yang peramah dan selalu share masakan sedap-sedap ni, bolehlah singgah SINI. Lagi satu kak MA ni peminat kopi, so kalau nak tahu kat mana port kopi sedap, boleh follow blog dia.
Harap 2023 baik-baik aje. Decmber 2022 so far has been painful. Hidup aku pun muram, semuram cuaca di luar sana. Jaga diri gais. Thanks for reading!