Assalamualaikum dan hai semua! Aku kembali atas kecaman permintaan netizen supaya mengupdate blog. Amboi, kalau rindu mengaku jelah. Haha.
It's been a while tak solo holiday. Sekali-sekala nak nikmati masa bersendirian. Ada orang kata aku pelik, ada kata aku berani. Tak kurang juga yang kata aku sedih lagi menyedihkan, tapi kisahlah pulak aku. 😏
Destinasi pilihan aku adalah Melaka. Alang-alang aku balik Muar. Dari Muar ke Melaka aku naik bas je. Aku memang tak suka driving. Malam pertama di Melaka aku menginap di Tun Fatimah Riverside Hotel, Jalan Munshi Abdullah. Berhadapan dengan Panggung Bangsawan Melaka dan mestilah di tepi Sungai Melaka.
Entrance hotel
Nak ke TFRH, kalau drive cari je Tun Fatimah Riverside Hotel kat Maps. Tapi kalau naik Grab, search Best Western Wana Riverside. TFRH ni dulu dikenali sebagai Wana Riverside. Entahla dia tukar nama sahaja or tukar pengurusan, tak dapat nak interview mana-mana pekerja hotel. Musim Covid19 ni manusia semua tak borak lama-lama dengan stranger macam dulu-dulu.
Suasana lobi
Deko lobi TFRH ni klasik dan mendamaikan
Aku sampai pun dah pukul 5 lebih, so terus check in. Takde orang lain pun masa tu so urusan berjalan lancar. Aku dapat bilik tingkat 6, tapi tulah punyalah hujung dia bagi aku. Adush, patut aku request bilik dekat dengan lif.
Aku book Deluxe King Room, double bed. Tido sorang so nak bergolek sesuka hati. Harga RM85 melalui booking.com. Mahal sikit sebab aku amik yang free cancellation and full refundable. Musim Covid19 ni bukan boleh jangka. Buatnya tetibe PKP or larangan rentas negeri, dah tak boleh nak pergi. Burn duit macam gitu je. Rugi weh. Nak murah book direct by website hotel . RM75 je. Oh ye, mana-mana hotel di Melaka akan caj extra RM2 untuk heritage fee.
Bathtub takde ye. Ada shower sahaja. Tapi tak kisahlah, janji private bathroom.
Bilik ni tak sediakan kettle. Nak air panas ke sejuk ke, ambil dekat water dispenser.
Aku memang request river view.
Yang aku suka tentang hotel ni:
- Staf yang peramah
- Aircond sejuk
- View menarik
- Katil yang selesa. Bantal empuk, selimut tebal. Memang lena tido
- Channel TV boleh tahanla. Tapi aku tak tengok sangat. Stream bola kat HP sebab channel sport takde.
- Parking disediakan. Free pulak tu.
- Banyak attraction within walking distance. Dari segi lokasi layak dapat thumbs up.
Yang aku tak suka:
- Tak ada hot water. Menggigil aku mandi.
- Wifi kena bayar. RM5 untuk semalam. Aku amik pun sebab data dah nak habis. Nasib baik laju.
- Teruskan membaca
Yang bikin seram.......:
Ha... Tido hotel sorang-sorang ni kena consider risiko gangguan misteri nusantara. Sebab tu aku tak stay kat hotel ala-ala heritage dan ada deko perabot lama. Nanti aku sendiri terbayang bukan-bukan.
Teringin tido hotel klasik macam Heeren Boutique Hotel ni tapi tak berani gi sorang. Harga pun kayangan. Kredit image : TripAdvisor
Ikutkan aku nak ambil hotel mur mur je tapi last-last aku pilih TFRH sebab provide sterika. Sape suruh pakai tudung bawal, kenala gosok. Tak nak gosok lain kali pakai tudung saji.
Malam tu sebelum tido, aku call front desk request iron. Ingatkan dia akan hantar ke bilik, tapi rupanya kena turun kat bilik iron kat tingkat 5. Aku pun takde fikir banyak terus je pergi. Sekali tu dia, bilik iron dekat hujung sekali. Aku rasa level 5 tu macam takde orang duduk langsung. In fact, aku rasa macam aku sorang je duduk kat hotel tu. Wuwuwuw. Nak nangis. Sape suruh gi holiday time musim Covid19 kan. Weekdays lak tu.
Salah sebuah bilik kat situ dah diconvert jadi bilik untuk iron. Takde perabot lain melainkan 2 iron board dan 2 iron. Pintu ke bilik air nasib baik ditutup. Masa gosok baju aku dok terbayang tiba-tiba ada entiti berdiri kat pintu la, terbayang pintu bilik air terbukak or tiba-tiba bunyi air mengalir. Imaginasi. Haha. Aura seram buat meremang bulu tengkuk. Gambar? Memang tak la aku nak ambil.
Aku gosok cepat-cepat dan terus balik bilik tanpa menoleh ke belakang lagi. Alhamdulillah aku tak diganggu apa-apa. Segala perasaan takut tu sebab aku sorang-sorang. Kalau ada kawan maybe tak rasa sangat. Tu jelah. Hurm..seram tak u olls? Ke beshe-beshe je?
So..rekemen ke tidak? Entahlah. If korang OK dengan mandi air sejuk, wifi kena bayar dan bilik iron terpencil, then go ahead. Other than that, aku takde complain.
So, itu jelah review dari aku. Nanti aku share lagi aku gi mana, makan dan beli apa. Thanks ye sudi baca review ikhlas dan telus aku. Jumpa next entry!


























